Stesen perhentian

Posted on

Bumi Polska ini seakan-akan ‘kasar’ bagiku.

 

Bahasa dan mimik muka penduduknya mengajarkan erti itu bagiku.

 

Kesian aku sendiri melihat akhawat Malaysia di Poland itu cuba berkomunikasi dalam bahasa mereka, cuba untuk berinteraksi dalam bahasa yang teramat sukar dan tiada langsung relation dengan bahasa arab, melayu ataupun inggeris.

warsaw

 

Kasar seperti juga bahasa rushcki ( russia) , setidak-tidaknya aku juga melihat sedikit kesan-kesan komunisme di ibu negara Poland itu. Pembangunannya seperti yang dilihat di Malaga Spain, bangunan tingginya tak seberapa, namun cukup untuk menganggak bahawa negara itu sendiri masih sedang membangun akibat perang dunia kedua yang amat dahsyat satu ketika dahulu.

 

Dan aku cube mengenali adik-adik yang amat menyentuh hatiku itu. ( haish, asyik tersentuh sahaja dengan adik-adik ini)

 

Mungkin kerana aku membandingkan diriku dahulu seusia mereka dan juga membandingkan dengan diri mereka sekarang.

 

Dan terasa malunya diriku kerana kehinaan dan kerendahan pada diriku dahulu di usia mereka. (huuhuh, kisahku amat panjang, dan ramai tidak tahu)

 

Pada usia 22-23 tahun itu, mereka menjadi perintis kepada jalan dakwah di bumi ketandusan sinaran Islam.

Membeli ayam halal sendiri sukar, perlu membeli dari ikhwah Malaysia yang mendapat bekalan dari negara Arab. Perlu menyimpan stok sebulan kerana bekalan ayam yang tidak selalu.

 

Apatah lagi, berharapkan adanya pusat-pusat Islam mahupun masjid-masjid yang subur azannya.

 

Alangkah beruntungnya kita yang berada di bumi yang menjalar sinaran islam itu. ( UK, Malaysia dan Timur tengah)

 

Senyuman dipaparkan pada detik pertama, dan di situ hati tertaut dan seolah-olah ‘mengenali’ sesama sendiri.

 

Aku sendiri berada di negeri itu sekejap cuma. Memenuhi tuntutan untuk berkongsi dan menautkan ukhuwah menjalari seluruh pelusuk bumi.

Menghubungkan mereka dengan mata rantai yang sama-sama sedang membina diri menjadi pelapis dakwah di masa akan datang.

 

Sungguh aku kagumi mereka.

 

Dalam usia muda mereka, mereka telah berkenalan dengan islam, memahami dakwah dan menyintai Allah sepenuh jiwa mereka, sungguh itu adalah kualiti pemudi yang jarang dimiliki oleh kebanyakan manusia biasa di dunia ini.

 

Mereka, menyintai Islam, dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya!

 

Serta sentiasa berfikir bagaimana mampu mereka membaiki keadaan diri mereka dan menyelamatkan umat ini daripada kegelapan.

 

Mereka menemaniku di sepanjang perjalanan yang agak jauh dari Warsaw ke Lodz ( sebut Wudj).

 

Sebelum itu, malam sebelum itu (sabtu), aku tiba sudah hampir tengah malam. ketibaan aku di rumah RI terbesar di seluruh dunia( yes, i am not kidding!) itu dimulai dengan berbual dan bersembang untuk mengenali waqie di negara itu.

 

Tentunya untuk berkenalan dan menautkan hati bersama pelopor dakwah di situ.

 

Owh, mereka teramatlah muda, namun cahaya kematangan terpancar di wajah mereka!

Kesungguhan dalam menghidupkan dakwah di bumi Poland itu jelas tampak pada kerutan di dahi mereka, kerana bersungguh dalam berfikir.

 

Pada usia muda, mereka belajar memimpin dakwah. Dengan penuh kenaifan dan tentu ketidak tahuan. Belajar banyak dari kesilapan.

( ya, 22-23 tahun dah jadi qiyadah dakwah)

 

Namun di situlah, ketegaran dan kesungguhan dipelajari. Di situlah keinginan mencuba takkan pernah terhenti.

Di situlah tarbiyah termahal : JANGAN DISURUH BARU MAHU BUAT.

 

Kami tidur agak lewat malam itu, berbual dari aspek tarbiyah, kepada keluarga sehinggalah baitul muslim ( haish, apa lagi kan?heheheh) , walau baru berkenalan(hohoho, tak sampai sejam lebih berjumpa), terasa telah lama bersua.

 

Pagi esoknya kami bergegas pula untuk memulakan daurah 02 ( jam dicepatkan sejam dari UK, maka daurah dimulakan jam 7 am). Kantuk tidak surut di pagi itu, namun kesegaran anak-anak muda itu memaksaku untuk terus berjaga, penuh bersemangat berkongsi.

 

Kerana masaku amat terhad di bumi itu ( perlu bekerja hari isnin kol 9 am) , kami teruskan sesi dengan pelapis dakwah mereka di situ (01). Ketika itu tahap ngantukku berada di hujung otakku sehinggakan air kopi mereka gagal berfungsi pada neuronku. Akhirnya aku terpaksa bersuara lantang untuk menjagakan diriku.

 

Sesi terpaksa dihabiskan awal kerana aku perlu bergegas ke aiport di Lodz, 2 jam setengah jauh dari warsaw.

 

Di hatiku: terkilan sangat kerana terlalu sebentar di bumi baru yang telah mula kucintai ( sedih horrrooooorrrrrr! Ya allah, napelah selalu sedih bile berpisah?)

 

Dan dua orang adik penggerak menemaniku ke airport tersebut. Yang jaraknya dua jam setengah itu. (uhuuhu, serta membayar semua pembelanjaanku! )

 

Pertama kali aku menaiki keretapi di eropah yang memiliki gerabak yang ada bilik/pintu serta langsir bertutup.

 

Kerusinya ada 6, dan ada sliding door di setiap bilik. ( kewlness! Boleh buat usrah tertutup kot dalam train tu!)

 

Dan kami bercerita dan terus bercerita. Entah, sehingga habis idea kami untuk bercerita. Aku sendiri lebih gemar bercerita dengan santai dari memberi pengisian yang baku, kerana dari penceritaan itulah didikan akan lebih terkesan di hati mereka.

 

Mereka menghantarku pulang , sehinggalah aku selamat melepasi imegresen di kastam airport.

 

Entah pukul berapa mereka pulang dalam kelewatan malam. Merempuh dua jam setengah lagi perjalanan pulang ke warsaw. Dalam keadaan adanya class test pada hari esoknya. Subhanaallah akhawat! Kagumness!

 

Banyak aku belajar dari mereka.

 

Mana mungkin seorang murabbi yang berjaulah ke tempat baru, berkenalan dengan orang baru dan mendidik mereka, tak belajar apa2. mustahil! Kerana setiap anak murid dan tempat itu pasti mempunyai pelajaran yang amat mahal.

 

 

Kerana itu jaulah tarbiyah ini, merupakah jaulah ruhiyah yang sangat besar bagi para murabbi.

 

 

Bila dia keluar dari zon selesanya, keluar dari kelompok mad’unya yang sama, dia akan temui kekuatan baru yang amat luar biasa.

Ia sedang berhenti sejenak pada stesen tarbiyah, untuk merefleksi dirinya dan meningkatkan hamasah ( semangat) dirinya.

 

Ianya memberi kesan pada hati, melatih dirinya untuk betul-betul ikhlas pada Allah, melatih jiddiyah dan jihadnya.

 

Memperbaharui ikrarnya pada Allah, untuk membawa seramai manusia untuk mengenal Allah dan risalahNya.

 

 

Pada pemudi Poland itu, adanya sinar harapan yang sangat besar buat ummah. Adanya bibit kejayaan buat kemenangan islam.

Selagi mana, mereka tetap istiqamah pada tali Allah, terus menerus memperjuangkan agama Allah tanpa henti, di situlah, keberadaan mereka di jalan dakwah ini, akan mampu memenangkan islam, dengan izin Allah!

 

Diri ini sudah rindu. Ya Allah, sekejapnya rasa bersama mereka!

 

Moga kita dapat bertemu lagi. Tidak di dunia, moga-moga di syurga ya Insyaallah!

 

PS: teringat akhawat seantero dunia, terutama di malaysia dan juga di russia..huhuhuhuh

 

Advertisements

15 thoughts on “Stesen perhentian

    wannuraishah said:
    March 14, 2011 at 4:43 am

    Salam kak,

    Saya tak kenal akak, tak pernah jumpa, tak tahu pun nama penuh akak

    Tapi saya pun rindu akak ^^

    Salam sayang dari bumi komunis, Russia

    NOR NABILAH BINTI AZMI said:
    March 14, 2011 at 2:41 pm

    salam kak!! hehe rindu dekat akak laa! bersyukur dapat bersama dgn murabbi celebrity 🙂 almaklum ketandusan muwajjih merangkap sahabat hehe

    keep up with the great work kay!

    smoga pertemuan sementara kita akan membawa kepada pengakhiran abadi di Jannatul Naim hehe amin

    Kak yong said:
    March 14, 2011 at 5:02 pm

    Subhanallah, Allahuakbar..
    Bestnye dngr cerita akhowat seanterio dunia. Poland, berjumpa dng akhowat sane masa KONSIS 2010, sebentar, tp cukup berbekas kt hati. Miss u all akhowat..= )
    Jepun dan gempa bumi susulan yg x stop2 lg.
    Banyak belajar dr peristiwa kali ini.
    Belajar dr org Jepun yg cukup optimistic dan organised, even dlm keadaan spt ini.
    Hikmah yg hilang dr org2 muslim
    Jadi sharing negara Jepun pulak.

      shieren said:
      March 14, 2011 at 8:55 pm

      ait kak yong, saya kenal akak. heheh. (saya yang di US nih).hihi. ^_^
      akak, moga selamat sahaja di Jepun ye. jaga diri. 🙂

    saya said:
    March 14, 2011 at 8:47 pm

    salam wrt wbt,
    kagum jg dgn org2 poland. mg dakwah menderu laju di bumi polsko~ salam sayang~

    kiasatina nublah said:
    March 14, 2011 at 9:14 pm

    rindu akk jgk.. semoga dpt bertemu lg… he8.. take care akk..

    kauthar said:
    March 15, 2011 at 12:17 am

    jeles3! teringin nak jmp akak. teringin nak semangat2 dan menderu spt akak. iAllah..salam sayang dr Urdun 🙂

      muharikah responded:
      March 15, 2011 at 1:18 am

      salam,

      bestnya!! semua akhawat tulis kat sini! wow! alhamdulillah!

      kak yong, plsssss cerita pasal jepunnnn!!! nak tahuuuuuU!!!

      wan aishah–> camne kita leh belum bertemu neih?huhuhu… dah ramai dah orang rusia datang sini, termasuk kiasatina

      beeee—> Ya Allah, rindduuuuuu!!!!

      saya–> siapakah kamu?huhuhuh

      kauthar–> urdun tu mana eh? pakistan ker?huhuhuh. ke yaman eh?

    wannuraishah said:
    March 15, 2011 at 10:19 am

    Hehe insha Allah if saya datang sana nanti saya roger akak =)

    taklukan ghafiqi said:
    March 16, 2011 at 12:44 pm

    urdun tu jordan la kak…tlg jwb utk org jordan…hihi

    muharrikdaie said:
    March 16, 2011 at 6:56 pm

    Sebenarnya para duat amat rugi berada dibumi menjalar islamnya dan beruntung berada dibumi yg masih jauh islamnya kerana menjadi mu’assis dan perintis adalah keutamaan yang paling besar disisi Allah meskipun pelanjut dari dakwahnya melakukan lebih baik darinya.

    Jangan dihairankan melihat duat berada dalam situasi yg sukar dibumi yang asing kerana segala ujian dan kesukaran itulah merupakan ‘murabbi’ yang terbaik yg dapat melahirkan jundi dalam masa yang singkat berbanding murabbi manusia yg meriah berteori tapi sunyi beramal meskipun berada dalam kondisi yg terprogram!

    Hidup ini adalah rangkaian peristiwa peristiwa tarbiyah. Dimana kita bermukim, disitu tarbiyah berlaku kerana kita bermetamorfosis dari satu kondisi ke satu kondisi untuk mengapai puncak kematangan!

    Tahniah buat semua adik adik yang telah dan sedang melalui proses kesukaran ini dalam meninggikan muwashafat peribadi kamu dalam mihwar dakwah disana. Muga semuanya terus thabat membina jatidiri dan impian untuk menjadi srikandi yang berjiwa besi! Insyaalah
    muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

    mujahidah said:
    March 18, 2011 at 11:10 am

    nak kena round jumpa semua akhawat europe, uk, eire sebelum balik nanti…insyaallahh….

      muharikah responded:
      March 24, 2011 at 11:54 am

      salam ukhuwah mujahidah, siapa anti?

      terima kasih lain2 atas komen 🙂

    ummu said:
    March 24, 2011 at 4:13 am

    and bile balik malaya nnti, semua dtg share story perjalanan dakwah kamu pd kami huhu (:

    – akahwat malaya

      muharikah responded:
      March 24, 2011 at 11:05 am

      ummu sayang, rindu ye saya?huhuhuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s