Kesabaran itulah ubatnya

Posted on Updated on

Ada beberapa perisitiwa yang agak menggembirakan saya kebelakaangan ini.

Antaranya bila seorang adik saya, yang saya tajmik 3 tahun lepas serta mula menDF dia di tika itu , sampai saya bawak dia keluar negara bertemu ramainya akhawat, mengilustrasikan sesuatu yang saya impikan selama ini.

Mungkin sebekum ini , saya tidak sabar dan terpaksa cepat buat keputusan.. ( atau berputus asa ke?haish..) namun betul, jika adanya takungan adik-adik lain yang mahukan sentuhan tarbiyah, dan mungkin dengan kita mengalihkan perhatian kita pada oarng baru itu akan menjadikan dia pewaris dakwah kita.

idealnya ( read: IDEAL), memang bila kita bina satu lapisan usrah, usrah itu patut membawa usrah di bawahnya.

namun berapa lama dapat kita bina usrah tersebut sebelum mereka dapat menjadi murabbi?

Seoptimumnya 2 tahun. pemahaman dakwah dan islam selalunya akan mantap dan mapan selepas 2 tahun dalam tarbiyah.

Namun keadaan sebenar ( read: realiti) di bumi yang cepat proses transisi kedatangan manusia dan pulang ke luar negara itu tidak begitu kehendaknya.

Pelajar-pelajar baru datang dan memerlukan murabbi baru untuk membimbing dan mendidik mereka.

Dan ternyata terpaksa menggunakan tenaga murabbi yang sama, menyebabkan proses penumpuan dicurahkan kepada adik-adik yang baru.

Dan di tika itu aku hampir putus asa dengan dirinya.

Kami pernah berbicara tentang pakaian.

tentang kehidupan,

tentang perkahwinan,

tentang dakwah dan tarbiyah.

Dan aku pernah memintanya pada akhir tahun 2 tarbiyahnya untuk memikirkan peluang untuk menjadi murabbi.

Dan ternyata, dia belum bersedia menyambutnya. Dia masih merasai sukarnya melepaskan diri yang dahulu.

Jujur aku sedikit kecewa dan agak berputus asa.

( sebab masuk tahun ketiga, dia masih tidak mahu bersama dakwah lagi)

Namun seorang mutarabbiku teramat positif. Dia yakin sesuatu dapat dilaksanakan.

Dan akhirnya mutarabbiku mengambil alih tugasan didikan itu.

Dan seringkali aku berfikiran negatif terhadap dia. Aku merasai sukarnya untuk dia berubah.

‘ Akak pun macam lalang juga syah, akak tahu apa yang dia sedang hadapi.’

Mutarabbiku dan dia, mengambil tempoh yang sama dalam tarbiyah.Dan kami pernah bersama-sama ke pulau ireland berkenalaan dengan ramainya manusia di sana. Mengharapkan sesuatu perubahan berlaku.

Cuma mutarabbiku itu berubah dengan cepat, cuma seorang adikku itu lagi memerlukan masa.

Dan aku, seperti biasa.

Kurang kesabarannya.

Mahu sahaja tinggalkan dia.

( weyh, banyak kerja lain okkhaaayyy!ramai lagi adik2 yang perlukan bantuan dari kita)

Namun dunia tarbiyah ini, sangat banyak mengajar kita akan dua erti sangat besar:

Kesabaran

dan

Tidak berputus asa.

Dan subhanaallah, mutarabbiku ( dia tua 2 tahun dariku), berjaya membawa adik itu, mengenal erti sebenar kehidupan ini. Dia dengan sabar melayani adik2ku, mendalami mereka dan tidak mempush mereka seperti mananya aku.

( ahhaha, usrah dengan saya baru tahu, asyik kene saiko sahaja.. dan push kene buat. sian derang..)

-alasanku, nak mengejar masa, nak cari pelapis dakwah baruuuuuuuuuuuuuuu

namun, dakwah ini nafasnya panjang.

Kesan yang kita berikan seseorang pada hari ini, mungkin akan mendatangkan kesan kepada si dia bertahun akan datang.

seperti mana efeknya jatuh barisan domino.

Ada orang barisan dominonya pendek, maka beberapa orang sahaja yang mengetuk dia, terus berubah.

Ada orang, satu je tembok domino dia, tolak seket, terus berubah . seorang murabbinya sahaja, akan mengubah segala-galanya dalam hidupnya.

namun hakikatnya ( read: reality), mungkin orang yang menyebabkan kita berubah itu sendiri merupakan orang yang terakhir sahaja yang menjadikan kita berubah.

Kerana sebelum itu, mungkin telah ramai orang yang memberikan kesan pada hati kita, telah membuka sikit-sikit hati kita kepada islam, dan akhirnya bila orang terakhir itu mengetuk kita, terus sahaja–> wahhhh berubah!

Seperti kata seorang pahlawan, Azim Premji

Yang membuat seorang pahlawan yang baik itu gugur, bukanlah pukulan yang ke-100, tetapi 99 pukulan sebelumnya yang melemahkannya

begitu jugalah apa yang berlaku pada si dia:

‘ akak, akak nak buat usrah nanti akak ajak saya tahu, saya nak ikut akak’

tergamam aku seketika.

Sepanjang aku mendidik dia, akulah yang perlu push dan mengajak dia.

Dan sekarang, dia sendiri pula bertanya tanpa aku sangka-sangkakan sekali.

(ni ajak bukan nak ikut dengar tahu sebab dia dah ada usrah. dia nak join utk bantu..)

‘ eh, boleh sangat… iAllah.’

dan petang itu aku text dia:

‘ wiken ni ada program, anti boleh ikut?’

sambil aku bersedia mendengar alasan-alasan yang biasa juga dia berikan sebelum ini; nantilah kak saya fikirkan, tunggu dululah ye, saya confirmkan , penatlah ada assignmentlah…

‘ iAllah ok, saya siap mengikut!’

ya Allah, subhanaallah!!!

(nak gi program kat scotland ni tak semudah tempat lain. bila ajak ke program utk penggerak, biasanya akan ambil masa perjalanan 3 jam ke atas utk ke tempat program. maka bukan mudah untuk mendidik mereka bermujahadah untuk ke program)

tahu apa saya rasa?

BEST GILERrrrrr! tahap gaban! (hohohoho.. sorry, terover sket)

Alhamdulillah, summal hamdulillah.

Ya Allah, tak tahu nak cakap apa.

Itulah, kesabaran itu kuncinya. Lama sangat masanya untuk dia berubah. Dan tentu orang terakhir yang menjatuhkan dominonya bukannya aku, namun selagi mana ada oarng tak berputus asa, dan sanggup membimbing, di situlah iAllah hidayah Allah pasti akan datang.

Ia perlukan kesabaran.. sangat sabar. dan meyusun strategi, supaya orang lain pula boleh mencuba untuk menjatuhkan domino si dia.

Sebab mungkin lidah kita tak cukup mampu mengubah seseorang, dan di lidah orang lain, akan terus menghidupkan seseorang itu dengan cahaya Allah.

Alhamdulillah. Sangat happy, lebih happy daripada selesai periksa MRCOG saya (hohoho, cam kena ambil lagi sekali je september ni)

Kerana kelembutan dan kesabaran itulah yang akan sampai pada hati si dia..

dan dia akan bersama dakwah ini, insyaallah.. bukan mudah.. seperti mana diri kita tak mudah untuk menerima islam sepenuhnya suatu masa dahulu..

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut,Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasaran dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan) Sahîh Muslim (2165)

bersabar ye.. iAllah, setiap masalah pasti ada penyelesaianya.

Setiap orang pasti akan berubah, jika kita membantu dia berubah.

We cannot tell them, but we can educate them.

Tarbiyah, itulah yang akan mengubah segala-galanya.

Cuma proses itu adalah satu masa yang sangat melambatkan.

kerana itu, manusia seperti saya ( hohoho), terkadang gopoh dalam mendapatkannya.

Bukankah pengalaman, ilmu kita paling kaya?

wassalam

sehingga islam dan dakwah menjadi panutan agama kita

ukhtikum fillah,

aisyahz

PS: tengah plan nak buat website baru. sekarang dah ada domain muharikah.com. cuma tetiba ada problem plak. doakan semuanya baik utk dakwah k?

PSS: ada orang minta saya update blog, so saya updatelah. ekceli ada entry lain dalam minda, cuma ambil masa sket nak susun2 plot.. doakan..

Advertisements

7 thoughts on “Kesabaran itulah ubatnya

    wannuraishah said:
    March 8, 2011 at 9:39 pm

    Salam kak,
    Seperti biasa – Allah atur segalanya cantik dan sempurna. Tepat pada masanya.
    Waktu-waktu rasa mcm nak jatuh ni la selalu Allah hantar rescue team, alhamdulillah.

    *Jujurnya saya rasa sy pun ade sifat nak asyik rushing, so kena byk belajar utk bertenang, bukan bertendang [hehe]

    Jazakillahu khayran kak atas perkongsian ini, salam sayang dari bumi komunis 🙂

    abu faruq al-iskandari said:
    March 9, 2011 at 2:44 am

    alhamdulillah, teruskan pengisian untuk manfaat ummah dan dakwah.

    http://satuummah.blogspot.com

    amieheidi said:
    March 12, 2011 at 12:41 pm

    Salam Akak
    Betul lah kak, kena banyak bersabar tentang benda ni.
    Ada sister tu, walaupun sebenarnya dia boleh upgrade, dia tak nak terima upgrade tu sebab dia tak dapat lawan dia punya inner demons.
    Somehow, bekas naqibah dia tau dia dapat upgrade even masa dia jadi mutarabbi naqibahnya tu, makcik ni sound dia selepas dia bersama naqibah baru selama setahun, dia sangat tsiqah kat bekas naqibahnya tu, and terus je dia dapat terima kalau dia diupgrade.
    Huhu, memerlukan more than 3 years though. Selama 3 tahun dia tak kena push, naqibah2 dia sangat bersabar dengan dia.
    Kesabaran penting, tsiqah pun penting kak. Kalau kita tak tsiqah kat orang tu, susah kita nak terima teguran orang tu, at least for me lah kak, tak tau plak dengan orang lain.

    momon said:
    March 12, 2011 at 1:11 pm

    cool! jom berusaha kaks (:
    setiap perkara perlukan sabar, tmbh2 lagi jalan ini, kerna hidayah itu milik Dia (:

    momom
    mode senum teringat akk =p
    ade someone seronok bertanyakan akk(:

      muharikah responded:
      March 14, 2011 at 3:51 am

      Momon…. 😀 rindu ~

      amie, alfaruq, aishah, jzkk

    mujahidah said:
    March 18, 2011 at 11:06 am

    insyaAllah…kesabaran yang cantik akan membuahkan bunga..
    bunga pun cantik kan?
    🙂

      mujahidah said:
      March 18, 2011 at 11:07 am

      eh mana leh buahkan bunga…huhuhuhuhu menjadi bunga kottt 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s