Sesuatu yang indah di hatiku

Posted on Updated on

Alhamdulillah summal hamdulillah,

 

antara nikmat Allah termahal buat diriku adalah kehadiran para murabbi di ‘sekelilingku’. Semua mereka jauh dariku dan seringkali tetingkap YM dan suara di balik telefon sahaja penghubung antara kami.

Dan seringkali airmataku jatuh, terharu dengan ingatan mereka buatku. Serta kesungguhan mereka membantuku di jalan dakwah ini. Mengajarkan sesuatu yang amat berharga, lebih berharga dari seluruh langit dan bumi.

 

Subhnallah summa subhanallah.

ternyata sebaris ayat dan seungkapan jawapan dari mereka terus seolah-olah menjawap segala persoalan di benakku.

dan semuanya menjadi ringan dan mudah.

teramat mudah.

mereka ini yang menjadikan dakwah sebagai kehidupan mereka, dan pengorbanan buat umat sebagai nyawa mereka.

walau mereka mempunyai ratusan tadahan mahupun jiwa-jiwa untuk disantuni, namun diriku yang kecil dan hina ini masih lagi dipandang mereka dan disantuni penuh cinta.

Subhanaallah. Alhamdulillah ya rabb, kerana memilih aku untuk mendapat sentuhan perhatian mereka teramat mahal itu.

( ok expresi saya sebenarnya: mereka ini sangat bagusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss sangaaatttttttttttttttttttttttttttttt2222XXx tak tahan tuuuuuu!!! ya allah, camne leh tahu jawapan kepada persoalan yang ramai orang takleh jawap????????? manalah mereka dapat segala hikmah ini untuk menjadi sumber rujukan ramainya manusia? subhanaallah! hebat sangat tak hingat! uhuhuh)

Yakinlah, setiap permasalahan pasti ada jawapannya.

Cuma kuncinya adalah bertanya.

Bertanya kepada mereka yang anda akan merasa takjub mendengar jawapan mereka dan kita akan berkata pada diri kita sendiri:

why didn’t i know that?

 

dan mereka jawap ringkas sahaja ( tak macam tulisan saya yang berjela-jela)

saya tak habis-habis tersenyum ini dan bersyukur.Alhamdulillah.

Dan tentu sesuatu yang indah adalah apabila mendengar suara kekasihku menceritakan perihal dakwahnya…Siapa lagi di sisi suami melainkan isterinyakan? 🙂

Lain sangat perasaannya bergayut dengan seorang lelaki bergelar suami dengan bergayut dengan mereka yang bukan muhrim, walaupun bercakap tentang hal-hal kerja.

Lainlah. lain…lain.. lain.

 

ianya teramat indah di hatiku…

oklah, saya kene study. doakan saya exam MRCOG eh!

 

PS: alhamdulillah, entry sebelum ini banyak hit. dalam 1000 views dalam masa 2 hari. allah akbar!

Advertisements

One thought on “Sesuatu yang indah di hatiku

    a.i. said:
    March 3, 2011 at 9:05 am

    akak.. post yg lepas.. mengalah kan post yg ‘hr tu’ tu ke?? :p

    lol~

    take care akak.

    moga ukhuwah yg dibina membawa kte ke syurgaNya.

    love ♥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s