Redha Allah sebagai Tuhan kita

Posted on Updated on

Salam,

dalam salah satu pengisian usrah, ada tajuk marhalah dalam berinteraksi dengan syahadatain( marahil bitafa’ul assyahadatain). Intipatinya adalah, meredhai Allah sebagai Rabb, meredhai Rasulullah sebagai ikutan, dan meredhai Islam sebagai Deen (cara hidup).

Cuba tengok gambar di bawah ini:

 

Faham tak gambarajah di atas?

 

Haaa… kene belajar Arab semua orang ini! hehehe…….

 

Dalam kita benar2 nak lahirkan kefahaman pada dua kalimah syahadah kita, perlulah adanya cinta.

Ya, cinta kepada Allah.

Ada orang kata dia cinta pada Allah.

 

tapi…………. ehem ehem..

takkan sama cakap dengan buatkan?

Mereka yang cinta pada Allah, pasti akan redha bahawa:

1)Allah –> sebagai Rabb

2)Islam –> sebagai Deen/cara hidup/way of life

3)Muhammad –> sebagai rasulnya

 

Dan dengan perasaan redha ini, redha Allah itu Tuhannya, redha Islam sebagai cara hidup, redha Muhammad sebagi rasul utk dijadikan ikutan

Akan tecernalah diri kita dengan sibghatullah.Itulah dia celupan Allah. Dirinya itu terbukti merupakan Quran yang berjalan di atas muka bumi.

Bukan sahaja menjadi jurucakap hebat di pentas ceramah, mahupun penulis prolifik , namun dirinya, merupakan cerminan kepada Islam. Sebijik! Dirinya menjadi contoh dan qudwah bagaimana Islam ini patut dihidupkan di atas muka bumi ini. Bukan sekadar hebat dari satu aspek sahaja, tetapi keseluruhan aspek dalam kehidupan itu sendiri.( study, kerjaya, dakwah, perkahwinan, anak2, masyarakat dan seluruhnya)

بۡغَةَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬‌ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ

Celupan Allah ) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? dan kepadaNyalah kami beribadat. ( 2:138)

Subhanallah!

Siapa yang dapat menandingi celupan Allah?Celupan ini hanya akan terjelma pada peribadi yang benar2 redha Allah sebagai Tuhannya, redha islam sebagai cara hidupnya dan rasulullah sebagai ikutannya.


Kerana itu kita tak hairan begitu ramai pendakwah dibenci kerana akhlaknya dan sikapnya yang jauh dari ajaran islam itu sendiri.

Saya tak maksudkan mereka yang pergi berdakwah bebas dan pada ustaz2 yang Allah uji dengan kedudukan mereka.

Saya katakan ini pada kamu; daie yang cuba menegakkan kalimah Allah ini. Kerana tekadang kita tetipu dengan semangat kita, tetipu dengan tipu daya syaitan yang sentiasa mengelabui dan menyesatkan kita. Memberi kita rasa bagus apa yang kita laksanakan sedangkan kita sebenarnya sedang menguburkan pahala kita sendiri.

Kerana apa?

Kerana kita hanya mengambil sebahagian dari agama Allah, dan meninggalkan perkara yang lain.

Berdentum-dentum suara menyeru manusia kepada dakwah dan islam, namun dirinya, amat jauh dari kehidupan seorang muslim itu. Amat mengecewakan!

Bagaimana celupan Allah itu akan effect keseluruhan jiwa kita?

a) hatinya ( qalban)-->benar-benar yakin dan beriman kepada Allah(i’tiqadan)–> keyakinan itu akan terus menerus memukhliskan niat dia pada Allah. Imannya itu akan sentiasa menyalakan niat dia untuk beramal kepada Allah. Inilah menjadi penolak semangatnya dalam beramal.

b)Fikirannya ( aqlan) –> akan terbentuk dengan fikrah Islam–> fikrah itu yang membentuk manhaj (panduan/pegangan)hidupnya. Pegangan hidupnya yang berpegang kepada Quran dan sunnah.

 

Meraka yang tak tersibghah dengan sibghah Allah, akan mengambil manhaj/ideologi lain untuk dipegang. Dan dengan ideologi itulah yang membentuk cara fikir dan tindakannya.

Sebab itu susah sangat kita nak ubah pemikiran orang dari pemikiran jahiliyah kepada islam sebab jika hatinya awal2 lagi tak ada redha pada Allah, pada islam dan pada rasulullah, bagaimana mungkin kita boleh didik dia untuk berfikir dengan fikrah islam dan mengambil islam , sebagai manhaj hidup dia?

c) Jasadnya ( jasadan)– iman akan sentiasa mengerakkan tubuh badan untuk beramal.Iman takkan membiarkan tubuh ini kaku dan duduk diam. Jasadnya akan beramal—> seterusnya menjadi pelaksana(tanfiz) kepada dakwah dan islam ini.

Celupan Allah ini sangat indah. Kesemuanya berkaitan. Kesemuanya bersinambungan. Kesemuanya berinteraksi.Jika tengok gambar rajah, keseluruhan perkara itu akan menghasilkan dan memultitudekan keseluruhan yang lain.

 

Kerana itulah kita dapat melihat tahapan ini, ketika kita melihat bagaimana kefahaman kepada syahadah itu mampu mengubah manusia dari jahiliyah kepada Islam.

 

Dari cinta –> datangnya redha–> redha Allah sebagai rabb, Islam sebagai Deen dan Rasulullah sebagai ikutan –> barulah tercelupnya keseluruhan hidup kita ; hati, jasad dan pemikiran kita akan tercelup dengan celupan ALlah –> barulah adanya taghyir ataupun perubahan yang total.

Beginilah islam mengajar kita. Manifestasi syahadatain itu adalah sebuah cinta. Cinta yang menggerakkan dan mengubah segalanya.

Dan cinta kita itu adalah pada Allah, dan kerana cinta pada Allahlah, kita sanggup korbankan ego kita, korbankan perasaan peribadi kita, dan segala macam halangan2 diri kita ini, untuk benar2 laksanakan apa Allah suruh walaupun kita benci benda itu.

Ingatkah kita sebuah ayat dalam surah an-nisa?

 

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا

Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. ( An-Nisa: 65)

 

Allah kata; KAMU TAKKAN BERIMAN!

Ya, TAKKAN BERIMAN! sehinggalah kita menjadikan Rasulullah sebagai hakim dalam setiap perkara yang kita perselisihkan.

Maknanya kita menjadikan keseluruhan hidup Rasulullah sebagai panutan kita. Kita buat apa yang Rasulullah suruh buat, dan jauhi apa yang Rasulullah larang.

Benda ini susah. Dan inilah tarbiyah Allah nak ajarkan pada kita.

SEbagai manusia, kita selalu rasa, apa kita RASA itu lebih PENTING dan UTAMA. Kita selalu rasa diri kita betul, kitalah paling tahu nak selesaikan masalah kita, kitalah tahu jawapan kepada setiap keserabutan hidup kita. Ataupun kita rasa biar sahaja masa menyelesaikan segala2nya.

 

Ajaran tarbawi dari Allah, adalah menjadikan Rasulullah sebagai hakim dalam setiap urusan  kita.


Walaupun hati kita rasa berat.Hati kita  susah nak terima.

Kerana dalam ayat itu, Allah taala sebut, bila kita terima keputusan dan cara rasulullah itu, kita tak boleh rasa berat (kharaj) dalam hati kita. Rasa berat pun tak boleh. Kemudian terima arahan Rasulullah sepenuhnya.(sallimu tasliima)

Tak boleh; tapi, kita bukan cam rasulullah!

tak boleh: rasulullah lain! kita lain!

tak boleh: tapi, susah lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!camne nak buat tapi takde rasaaaaa?

Kalau bagi alasan, mmg boleh je bagi berjela-jela.

tapi Allah dah cakap kat situ, akibat mereka yang tak jadikan rasulullah sebagai ikutan—> TAK BERIMAN.

Inilah sibghah yang Allah mahu celupkan pada diri semua orang beriman.

Bukan sahaja buat, tapi kene redha dan tak rasa berat dengan apa ALlah suruh. Dalam seluruh kehidupan.

( dan kene ingat, surah an-nisa ini hampir keseluruhannya menceritakan tentang wanita dan rumah tangga.Apa hikmahnya?fikir-fikirkanlah ye 🙂  )

Syarat iman itu berat. Ia perlu meleburkan segala tembok keegoan kita dan mengajak kita mendahulukan Allah, dan RasulNya sebelum diri kita sendiri. Benda ini bukan mudah.

Kerana itu proses tarbiyah ini panjang dan perlukan banyak pembersihan jiwa( tazkiyah). Kerana orang yang ditarbiyah sahaja boleh menundukkan dirinya dan merasai jiwa hamba.

Satu kisah mengenai  Rabiah bin Kaab.

Dia adalah seorang khadam Rasulullah dan sentiasa berkhidmat pada Rasulullah.

 

Tidak ada yang paling disukainya melainkan untuk rasa dekat dengan Rasulullah.

“Hai Rabi’ah! mengapa engkau tidak berusaha untuk berkhidmat menjadi pelayan kepada Rasulullah saw.? Cobalah usahakan. Jika beliau menyukaimu engkau pasti akan bahagia berada di samping beliau dalam mencintainya dan akan beroleh keuntungan di dunia dan akhirat.” Monolognya pada dirinya sendiri.

Hinggalah beliau menjadi pembantu rasulullah dan pelayan baginda. Dan di mana sahaja Rasulullah ada, dia pasti ada juga di situ.

Namun satu hari Rasulullah bertanya kepada beliau.

“Apakah engkau tidak mahu menikah, wahai Rabi’ah?”

Jawabku, “Aku tidak ingin ada sesuatau yang menggangguku dalam berkhidmat kepada Anda, ya Rasulullah. Di samping itu, aku tidak mempunyai apa-apa untuk mahar kahwin, dan untuk kelangsungan hidup atau tegaknya rumah tangga.

Rasulullah diam saja mendengar jawabanku. Tidak lama kemudian beliau memanggilku kali yang kedua. Kata beliau, “Apakah engkau tidak mahu menikah, ya Rabi’ah?

Aku menjawab seperti jawapan yang pertama. Tetapi setelah aku duduk sendiri, aku menyesal. Aku berkata kepada diri sendiri, “Celaka engkau hai Rabi’ah! Mengapa engkau menjawab begitu? Bukankah Rasulullah lebih tahu apa yang baik bagimu mengenai agama maupun dunia, dan beliau lebih tahu daripada kamu tentang dirimu sendiri? Demi Allah jika Rasulullah memanggilku lagi dan bertanya masalah kahwin, akan kujawab, ya.

Memang tidak berapa lama kemudian Rasululah saw. menanyakan kembali, “Apakah engkau tidak hendak menikah, hai Rabi’ah?”

Jawabku, “Tentu, ya Rasulullah! Tetapi, siapakah yang mahu kawin denganku, keadaanku seperti yang Anda maklumi.”

Kata Rasululah saw., “Temuilah keluarga Fulan. Katakan kepada mereka Rasulullah menyuruh kalian supaya menikahkan anak perempuan kalian, si Fulanah dengan engkau.”

Kisah seterusnya agak panjang, namun kesimpulannya, dengan bantuan Rasulullah, Rabiah akhirnya berkahwin, dan dihadiahkan sebuah kebun oleh Rasulullah sebagai sumber pendapatannya selepas berkahwin.

Kisah penuh boleh baca di sini.

Kita lihat, bagaimana Rasulullah mengajarkan sebuah cara hidup kepada seorang yang mahu mengabdikan dirinya pada Rasulullah.

Apakah pahala paling best sekali melainkan memberi khidmat pada Rasul Allah?

 

Dan di sinilah konsep syumul yang Rasulullah ajarkan kepada kita. Walaupun Rasulullah boleh ambil kesempatan kepada Rabiah bin Kaab, namun baginda mahukan semua sahabatnya itu hidup, hidup seperti seorang manusia hidup.

Banyak lagi kisah yang kita dengar, Rasulullah mengajarkan para sahabat untuk mengambil islam dalam seluruh kehidupan kita, bukan sekadar apa yang kita mahukan sahaja.

Lihat respon RAbiah pada pertanyaan Rasulullah : Rasulullah lebih tahu apa yang baik untuk aku.

Dan dalam keadaan miskin sangat, tak mampu sangat, tak pernah cinta dan suka sapa-sapa, tetiba kena kahwin?????

biar benar???????

Ya, dah tertahkik pada tinta sejarah. Percayalah!

 

Dan inilah yang Rasulullah mahu ajarkan pada kita.

Keseimbangan itu sukar, namun itulah yang Rasulullah nak kita benar2 mujahadah dalam melaksanakannya.

Seperti mana alam ini hancur kerana jika tiadanya keseimbangan ( rujuk muqaddimah fi zilal), begitu jugalah kehidupan seorang muslim dan mukmin itu ,ia pasti hancur apabila tiada keseimbangan dan kesyumulan dalam kehidupan.

 

Insyaallah, kita boleh laksanakan, jika hati, perasaan kita, adalah untuk Allah, bukan kerana perasaan, pendapat dan pegangan kita semata2.

Bukankah syurga itu mahal harganya?

 

Doakan saya, ada course esok dan ahad ada exam ! =(

ukhtikum fillah,

hamba yang lemah dan hina,

aisyahz

_______________________________________________

utk nak share dalam halaqah tajuk ini, di bawah ini surah2 rujukan untuk setiap poin yang digunakan di atas:

  1. Cinta (QS. 2:165 , 8:2 , 9:24 )
  2. Ridha (QS. 2:207 )
    • Kepada Allah swt. sebagai Rabb (QS. 2:207 , 92:2021 , 94:8 )
    • Kepada Islam sebagai agama (QS. 3:19 , 85 )
    • Kepada Muhammad sebagai Rasul (QS.33:21 )
  1. Membentuk celupan Allah/shibghah (QS. 2:138 , 4:125 )
    • Dalam hati – keyakinan – niat (QS. 26:89 )
    • Dalam akal – pola pikir – manhaj (QS. 3:190191 , 30:20-24 )
    • Dalam jasad – amal – pelaksanaan (QS. 2:251 , 28:26 )

 

Advertisements

3 thoughts on “Redha Allah sebagai Tuhan kita

    rimbun pohon said:
    February 26, 2011 at 12:08 pm

    Subhanallah..

    Cuma kalau boleh betulkan ayat quran surah baqarah tu sebab tertinggal huruf “sad” .Jazakillah kulla kher atas perkongsian.^___^.

    abu faruq al-iskandari said:
    February 28, 2011 at 7:24 am

    alhamdulillah, perkongsian yang bagus kerana menjelaskan secara praktikal pengisian usrah ini. penjelasan diberi sesuai dengan sirah Nabi SAW.

    ya, kita takkan beriman hingga kita menjadikan Nabi SAW sbg hakim.

    Ruru said:
    May 5, 2012 at 8:11 am

    Jiwanya sudah terbang di langit Ilahi,namun aku baru tersedar yang ku masih mengulit mimpi di sarang ini.

    Syurga itu mahal harganya,
    Kalolah aku memahaminya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s