Aku dan kehidupanku

Posted on Updated on

salam

Lainkan, orang kerja dengan mereka yang masih lagi belajar?

lainkan orang yang ada masa 24 jam untuk berehat dan berbuat apa2 sahaja tanpa ada sekatan mahupun disiplin yang diikutinya, dengan orang yang perlu menunaikan tanggungjawap terhadap amanah yang Allah berikan buatnya, perlu memperuntukan minit-minit yang berharga untuk menunaikan segalanya?

Banyak kali aku, dan juga ramai akhawat medik bertanya kepada diri kami sendiri:

Perlukah kami menjadi seorang doktor?

Bukankah patut kami duduk di rumah menjadi isteri, ribatul bait sahaja?

Ternyata pekerjaan doktor ini sangat rewarding, sangat mengfulfillkan hati insan terutamanya orang-orang beriman.

Kerana kita menyaksikan begitu banyak keajaiban dan kekuasaan Allah pada diri seorang manusia.

bagaimana ALlah boleh mematikan dan menghidupkan manusia.

bagaimana Allah memberikan kesembuhan sesudah kesakitan.

Ketika bekerja di wad strok ini, saya melihat ramai manusia selepas dapat strok, akan samada ada mati cepat, ataupun bertambah baik dengan ajaibnya.

Ada seorang pakcik yang menyentuh hati saya. Umur dia muda dalam 56 tahun. Dapat strok, infarct di bahagian lacunar. Takleh nak ubati. Brain dia kurang oxygen, maka sel otak menjadi mati.

Akibatnya, tubuh sebelah kirinya lumpuh.(left hemiparesis)

Tangan kiri lumpuh, kaki kiri lumpuh. Mulut dia senget ke tepi. DIa takleh nak telan sebab belah kiri dia lumpuh. ( Left TACS bagi kategori stroke)

Apa yang kamu leh buat kalau separuh badan kamu lumpuh?

Nak buang air pun tak leh buat sendiri.

Nak makan pun takleh nak telan.

How miserable ur life would be?

Sewaktu saya jumpa pakcik itu lepas dia datang ke wad kami, dia memukul-mukul mukanya dengan tangannya. Banyak kali ditamparnya.

‘ Mr Adam, what are doing? why do you that to yourself?’

‘i am so frustated. F*ck! I am no used. No used!

Kasihan aku melihatnya. Terdampar di atas katil. Nak telan tak boleh. Setiap kali aku tanya soalan, mesti ‘swear word’ je yang keluar dari mulutnya.

i am sorry, i dont know whats the word. F*ck! what is it i want to say? sorry, luv’, begitulah jawapnya ketika aku tanyakan dia apa yang berlaku. Macam mana boleh dapat strok dan apa lagi simptom yang dia ada lepas dapat strok.

Kebiasaannya orang yang dapat strok, akan susah nak cari perkataan untuk jawap soalan-soalan orang lain. Biasanya swear word yang keluar sebab mereka sangat frustated. Sedangkan mereka tak bermaksud untuk mencarut pun.

‘ John( memanggil nama pertamanya), don’t do that!,‘ sambil aku memegang tangannya, menghalang dia menampar lagi muka dia.

Come on, don give up ok! don’t give up! you can do this! you can get better! you’ll get back what you have lost. Just, don’t give up!’ aku memberikan dia semangat.

Susah jadi seperti mereka. Kasihan sangat.Tak mampu berjalan.KAlau telan apa-apa, akan masuk terus ke paru-paru dan dapat jangkitan. Kebanyakkannya mati ataupun takkan pernah sembuh dari strok. mereka lumpuh selama-lamanya.

ok, i will try. I wont give up!’ begitulah semangatnya. Tersenyum aku melihatnya, memberikan dia harapan.

3 minggu selepas itu, aku melihatnya kembali berjalan. Walaupun masih lagi memerlukan bantuan yang intens bersama fisioterapi, namun kini dia telah mampu ke bilik air dengan tongkat. Dia dah boleh makan dan minum. Dia dah boleh tersenyum. Dan dia mampu menggunakan tangannya sedikit.

Subhanaalllah! Itu sahaja dapat aku ucapkan. Daripada menjadi mayat hidup kepada menjadi seorang manusia kembali.

Ya Allah! nikmatMu takkan mampu didustakan!

Saya pulak menjadi begitu ekstatik melihat perkembangan dirinya. Sebab memang ramai pesakit lain yang tak dapat semula apa yang dia hilang. Terus lumpuh. Ada yang tak bersuara langsung. Ada yang sekejap sahaja mati terus.

Memang, dunia pekerjaan ini, terutama doktor, mengajarkan kita pelbagai perkara. Mengajarkan kita tentang nikmat Allah pada kita yang sihat, dan menunjukkan kita, the miracle of Allah, di sebalik sembuhnya pesakit2 kita.

– dengan intense physiotherapy dan SALT, pakcik itu dapat regain semula kekuatan pada tangan dan kakinya.

( saya tak tahu keadaan di malaysia camne, tapi saya mmg aim nak jadi menteri kesihatan supaya dapat jadikan health care di malaysia antara terbaik di dunia!)

namun, apabila kita bekerja, ada dua aspek yang perlu kita pelajari :

1) etika bekerja

2) pelajaran tentang sebuah kehidupan

orang yang tak pernah bekerja, takkan pernah rasa betapa sukarnya kehidupan ini.

orang yang tak pernah bekerja, takkan pernah melihat dengan bashirah akan hakikat kehidupan ini.

Daie yang terhebat di dunia, namakan siapa sahaja namanya, pasti pernah bekerja,dan merasai kehidupan mencari rezeki yang halal di dunia. Malahan muwasafat 10 menekankan kepentingan berdikari dan mencari rezeki sendiri

Dunia ini tidak ideal.

Dunia ini saya katakan : TIDAK IDEAL.

Penuh dengan masalah dan kita akan sangat kaget berjumpa dengan ramainya orang2 yang macam2 perangai sampai kita terkejut dan tak sanggup nak berhadapan dengannya.

Tapi itulah hakikatnya. Dunia ini dipenuhi dengan orang2 yang amat pelik dan macam-macam perangainya.

Seperti mana orang melihat kita pelik juga.

Apabila kita bekerja, kita akan mudah terbuka, kita akan mudah memahami jiwa-jiwa manusia dan paling penting:

kita belajar memaafkan sikap2 manusia dan memahami mereka.

Dahulu ketika ibu bapa saya keluar bekerja, saya selalu terkesan dengan ketiadaan mereka di rumah. Pulangnya di waktu malam sewaktu kami semua berada di dalam bilik. Dan sering kali apabila stress di tempat kerja, anak beranak dijadikan tempat untuk terlepaskan stress itu.

Di waktu itu saya tak memahami.

Kini, ketika tiba giliran saya menunaikan amanah saya pada Allah, mencari sumber rezeki yang halal di sisiNya, serta menuai pahala berbakti pada manusia, baru saya fahami apa yang mereka alami.

Tekanan pekerjaan mereka. Tekanan untuk mengimbangi keluarga dan juga performance dalam kerjaya.

Dan saya amat kagumi mak saya, bukan sahaja dia berjaya menjadi jutawan pada umur setengah abad, tetapi dia memberikan saya nasihat amat berharga buat diri saya sebagai seorang wanita:

‘ kita ini syah, semua benda kene fikir. Kitalah ibu, kitalah isteri, kitalah juga ketua jabatan, kitalah juga kene fikir masyarakat. Semua benda itu kita kene fikir.’

dan saya belajar pengajaran amat besar dari mak saya, bagaimana dia menguruskan rumah tangga, memastikan kami adik beradik semuanya masuk sekolah Al-amin, dalam masa yang sama menjadi pengurus organisasi yang besar. Dia jugalah yang paling banyak membantu adik beradiknya yang lain.

Sewaktu kami adik beradik selalu bermasalah, dia mempu sahaja selesaikan semua masalah itu satu demi satu, walaupun banyaknya lagi masalah dia di tempat kerja.

Satu benda mahal saya belajar, adalah, perlunya seorang wanita itu menjadi pengurus terhebat.( sebab itu digelar ribatul bait- pengurus rumah) Bukan sahaja rumah tangga, tetapi dalam dunia pekerjaan. Apatah lagi  sebagai daie, terlebih lagi perlu terurus dan multi tasker.

Setelah bekerja,memang saya akui, saya struggle untuk mengimbangi urusan dakwah dan tarbiyah, dengan dunia pekerjaan saya yang amat menyedut masa dan tenaga saya.

Jika bekerja 13 jam sehari, berapa banyak lagi masa yang tinggal untuk urusan lain?

Kerana itu, pernah juga belahan jiwa saya terasa dengan emosi tak stabil saya dan mutarabbi saya terasa kerana tak membantu mereka dalam urusan-urusan mereka.

Juga adik-adik kesayangan saya yang menanti-nantikan perhatian saya.

Alangkah bestnya dapat jadi daie sepenuh masa!!!!

STOOPPPPPP!!!

jangan hidup dalam mimpi occhayyyy!

ini dunia realiti!

+lepas belajar, kenalah kerja cari pendapatan, supaya banyak kerja dakwah lain boleh buat!

tapi susah weyh! lepas kerja, lagi susah je nak buat dakwah, better tak yah kerja susah-susah!

+Haish, apalah! Cubalah matang. Masalah datang, untuk kita selesaikan, bukan lari dari masalah ok?

Memang sukar nak imbangkan kerja dengan dakwah.

Kalau time student susah nak imbangkan masa untuk dakwah.

Time dah kerja dan ada family nanti, lagi susah wooooo!

tapi janganlah tak nak kerja dan tak nak ada family kan? itu lari dari masalah namanya!

Benda ini ( all out untuk akhirat ( dakwah) dan dunia) sangat sukar.

teramat sukar.

Dan dulu saya sangat terkesan apabila makcik pakcik yang dah lama dalam tarbiyah selalu sahaja menegur pemuda seperti kami yang amat bersemangat serta lolongan suara kami yang bergegar-gegar mahu laju dalam dakwah.

‘ kalau kamu dah kerja, kamu dah kahwin, kamu dah ada anak, dan time itu antum masih tsabat dalam dakwah, Wa caya sama lu!’

itulah kata-kata tokoh dakwah kita yang takkan kita lupai.

‘ Ala, antum ini semangat time muda je, tunggulah nanti bila dah kerja, bila dah ada anak, tengok nanti akan istiqamah ataupun tidak.’

Ketika mendengar kata-kata mereka itu, memang rasa kecil hati pada mereka yang seolah-olah menurunkan baraan semangat kami yang amat naif ini. Yang suka ‘main redah’ buat semua benda tanpa memikirkan kesan tindakan kami.( bukankah kami suka belajar dari sebuah kesilapan?ehhehe)

Namun di situ ada hikmah yang tersembunyi.

Dan kini, setelah aku bekerja dan bersuami, aku sangat merasai, nasihat itu benar-benar menujah kepalaku semula.

Tapi, di situlah kelebihannya menjadi generasi kedua dakwah ini. Kita dapat belajar dari kesilapan generasi silam. Harus belajar dari kesilapan mereka.

Orang beriman takkan jatuh lubang yang sama dua kali.

Dari situlah kita belajar dan mula menjangka situasi yang bakal kita hadapi.

Sebelum kita bekerja lagi kita sudah boleh anticipate apa akan berlaku dalam dunia pekerjaan kita. Kita tahu kita akan sibuk gile. Kita tahu kita akan deal dengan pelbagai manusia, termasuklah mereka yang bukan muhrim serta yang pelik perangai mereka ( minum arak, zina, gila, dan sebagainya)

Sebagai doktor, kita akan deal dengan berbagai-bagai patient dan buat macam-macam procedure. Procedure paling saya tak suka sekali buat adalah ‘male catheterisation’. Ramai pakcik2 tua takleh nak kencing, ataupun nak buat pembedahan, maka terpaksalah kita ini masukkan saluran paip air kencing itu.  Pernah dapat pakcik gatal; aiyooo!!! ( doktor2 faham kot apa saya cakap ni eh?huhuh)

Dunia kerja ini lain. Sebelum saya kerja, saya tak leh nak faham jiwa mereka yang bekerja ini. SAya tengok, apalah orang-orang yang kerja ini asyik stress je, asyik nak nangis je.

setelah saya bekerja, betul,memang air mata menjadi teman setia ketika bekerja. ( sape yang bekerja sahaja betul2 faham)

dah lah kerja separuh mati, penat dan paling tak tahan:

Kena marah, kena back stabbing serta kene kutuk dengan doktor2 lain.

paling teruk lagi, ada orang buat fitnah tentang kita, nama kita naik kat consultant atau ketua jabatan, habis kita kene ugut:

‘ if you do it again, i will write to GMC and tell them this is serious matter and you would’nt get your doctor’s qualification’

Malam itu saya takleh tidur. Dan saya teramat benci sangat doktor yang buat fitnah kat saya dan mulutnya sangat murai.

tapi nak buat camne? doktor itu juga seorang muslim. Kasihan saya melihat hidupnya. Memang dia peramah. Time saya terfitnah rasa nak sangat tarik2 rambut dia dan goncang2 badan dia :

‘ why did you this to meeeee????? what did I do to you?’

Tapi kita belajar dengan kesabaran yang panjang. Orang mula melihat kelemahan dia, dan episod fitnah itu menjadikan diri saya seorang doktor yang lebih baik.

Saya lebih tersusun dalam urusan dan lebih cekap buat kerja. PErnah sehari saya ada 3 ward round, utk 3 consultant utk jaga 30 patient. fuh.. alhamdulillah. saya dapat merit untuk itu.

Dari situ, kita mengenali pelbagai watak kehidupan, kita mengenali ramai manusia, dan kita mula menerima kelemahan mereka.

Paling penting; memaafkan kesilapan mereka.

Dunia ini mengajar kita erti kesukaran mencari rezeki. Mengajar kita memahami perasaan mereka yang perlu mengharungi cabaran pekerjaan yang kita takkan fahami jika kita tak bekerja.

Pernah satu hari, zaza terkesan dengan seorang adikku yang bekerja di bank di Malaysia. Setiap kali melatah, pasti terkeluar kata-kata yang kurang enak.

Dan kini, setelah aku bekerja, aku sangat faham, kenapa adikku itu mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Saban waktu, atau mungkin selang 2 jam ( jika aku bernasib baik), pasti doktor yang bekerja sama wad dengan aku akan melatah dengan ‘ sh*t, atau f*ck, atau ass*ole’ dan sama waktu dengannya.

Saya cuma senyum, cakap dengan dia:

‘relax staphanie. cool down,’ sambil mengucap istighfar banyak kali.

Namun lama2 apa yang dia kata itu benar2 selalu terngiang2 di kepala otak saya.

Adik saya kini dah bertukar pekerjaan dan kini mempunyai biah yang amat solehah di sekelilingnya.

Dan saya masih lagi bertahan untuk tidak juga mengeluarkan latahan-latahan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang mukmin.

Di sini ada dua jalan boleh kita pilih:

1) lari agar tak terpengaruhi

atau

2) stay untuk mempengaruhi.

Kerana pekerjaan dan suasana sekeliling kita akan sangat mempengaruhi kita.

Sebab itu, 3 tahun tarbiyah kita ( sekurang-kurangnya) di kampus perlu sangat mapan bagi menyediakan kita untuk bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang bukan mudah jalannya.

Jangan lari sebelum mencuba, kerana itu bukan sikap seorang rijal mahupun jantan ( sebut betina macam tak best lakkan?). Jika kita nak mendakwahi manusia, kita perlu fahami nasib mereka, perasaan mereka dan kehidupan yang mereka lalui.

Jikalah seorang itu tak bekerja, mampu bawak 5-6 usrah seminggu, mampu all out untuk dakwah, kita akan kata kat orang itu: hebatnya, bestnya hidup boleh all out dakwah!

Tapi jika seseorang itu bekerja sepenuh masa,namun, mampu bawak 3 usrah seminggu, mampu aktif dalam dakwah di kawasan, mampu juga membina keluarga dan ada anak2….

kita akan kata pada dia:

WA caya sama lu!!!

sebab tak sama orang yang beramal dengan segala kesempitan masa dan tenaga, berbanding dengan   orang yang mempunyai seluruh masa di dunia ini tanpa mempunyai kesempitan waktu.

Benarlah, dunia pekerjaan ini amat mematangkan kita. Kerana kita telah berjumpa dengan pelbagai manusia dan berfikir lebih terbuka.

Kita mula mengenali perangai manusia sedalam-dalamnya dan mengetahui betapa ramainya manusia yang masih gelap jiwanya, dan tentu betapa ramai manusia hebat di luar sana, yang masih mampu beramal dengan islam, dalam kebejatan suasana di tempat kerjanya.

Banyak kehidupan ini mengajar kita.

Camne nak seimbangkan diri menjadi seorang murabbi, dalam masa yang sama menjadi suami/isteri, ayah/ibu, mahupun pemimpin dalam masyarakat, jika tak bermula dari sekarang?

Tak sama dunia belajar , dan dunia perkerjaan, Tak sama dunia bujang dan perkahwinan.

Bila Allah kurniakan kita masa, maka gunakanlah ia untuk bersedia menghadapi fasa perubahan tersebut. ( dan jangan lari dari realiti kehidupan ya!)

Jom jadi manusia : WA CAYA SAMA LU!

wallahualam

ok, nak prepare usrah!!huhuhuh

wasslam

aisyahz

hari ke 14 kerja non stop. lagi 5 hari akan datang masih kena kerja lagi…  sampailah wiken depan ini..huhuhuuh

Advertisements

12 thoughts on “Aku dan kehidupanku

    Ummu Auni said:
    February 21, 2011 at 7:10 am

    suka suka suka!

      ummusalma said:
      February 21, 2011 at 12:12 pm

      salam,

      entry yang sangat dekat dengan hati ana syah…
      wa pun tak tau wa caya sama diri wa ataupun tak.. hehek

      dah kerja + kawen ni, mmg kena diri sendiri kuat, lebih dari org lain
      akhawat seusrah pun sudah jauh (bukan physically, tapi masing2 punya urusannya kan – dan apalah nak dibanding urusan kita dengan urusan dakwah mereka)

      Oh, am i still thinking too much like i used to?

      semuga kita semua tsabat.. doakan ana ye syah…

      cam kenal kereta, dan driver tu 🙂

    cahaya perjalanan said:
    February 22, 2011 at 3:28 pm

    u know what the thing i like most about your writting?

    akak sentiasa buat saya fikir,human have no limits!
    the can go beyond things yg mereka rs mereka xboleh.
    contohnya drive 5jam utk usrh,usrh,then drive 5jam lg untk bg usrh,then usrh lg..pastu balik rumah esok nya exam final ke kan…

    sblm DnT mmg kite fikir itu kerja gile!selepas mengenal ALLAH,kite fikir itu kerja paling best yg kite nk buat!n we want more!5jam xcukup.nk drive 10jam hehe ok joking=p

    jazakillah!

      muharikah responded:
      February 23, 2011 at 12:39 am

      zin.. ana selalu kagum dengan anti.. tak tahulah anak akan kuat atau tak kalau ana duduk tempat anti. mmg anti wa caya sama lu!

      cahaya–> tu lah.. benda2 gile ni time muda2 je larat buat… nanti dah tua2 tak larat dah.. so takpe je, kene gile2 buat kerja gile ni..ehehhehe… lepas tu baru nyesal.. apapun jangan abaikan tanggungjawap lain eh..

    abu faruq al-iskandari said:
    February 22, 2011 at 5:34 pm

    ada banayak pro n cont akhwat bekerja..pastinya ada keunikan dan hikmahnya yang tersendiri.. pad pandangan ana, akhwat harus lebih bersedia untuk menjadi surirumah tangga apabila diminta oleh suami atau oleh dakwah, kerna tarbiyah anak2 adalah menjadi aulawiyat bagi seorang akhwat.

      muharikah responded:
      February 23, 2011 at 12:33 am

      perbahasan yang amat menarik abu faruq. saya personally rasa mmg bestnya wanita duduk rumah dan membina rumah tangga mendidik anak2. itu merupakan satu impian. Namun dunia kita tak pernah ideal, dan ibu serta guru2 saya sangat banyak mengajar saya betapa perlunya wanita itu bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam hidup.

      Seperti kematian suami, penceraian, suami tak bekerja, ataupun suami gaji rendah yang tentu memerrlukan wanita utk bekerja. di sini saya rasa letak kepada kebijakan wanita itu mengurus masa dan rumah tangga.

      bestnya di UK, doktor boleh kerja part time. ramai wanita2 yang bekerjaya di sini, kerja 3-4 hari seminggu dan selain itu bersama anak2 di rumah. dan saya rasa itu sangat ideal. dan bestnya dapat buat begitu.

      wallahualam.

      sekadar menyumbang buah di fikiran…

      banyak contoh2 kisah dalam masyarakat di mana, wanita nak tak nak, perlu bekerja..

      wassalam

    syaradhiyah said:
    February 22, 2011 at 6:09 pm

    like!
    serious betul sgt.
    sekarang still belajar pun kdg2 rasa mencabar bila program sana sini, yet nak kena kejar assignments..
    mudah2an Allah bagi kekuatan untuk tsabat dalam barisan jundi2 Nya.
    tak tenggelam atau tertinggal, nauzubillah..
    jzkk ukhti aisyah!

    anonimes said:
    February 25, 2011 at 10:05 am

    ya Allah..jzkk kak aisyah..saya hampir putu smgt dgn tugasan yg diberikan..dan rakan sekumpulan yg seolah memandang rendah akan saya..mungkin sbb saya kurang pengalaman jadi sy mcm dipantang enteng juga..atau mungkin ini sekadar bisikan syaitan yg cuba menyalakan api persengketaan antara kami..berburuk sangka..nauzubillah..entri ini sgt dpt memuhasabahkan diri saya..walaupun konsep dokter itu bukan dr bidang saya..once again, thank you very much for the advice..jzkk kak aisya jzkk..i will never stop reading ur entry becoz byk sgt pengajaran saya dpt..Alhamdulillah..

    Iman Aisyah said:
    February 25, 2011 at 11:25 am

    Salam kak Aisyah (walaupun baru kenal)

    Tulisan akak mmg buat saya bersemangat! Thanks a lot! Semoga terus thabat di jalan-Nya. Amin 🙂

    Teringin mengenali akak lebih dekat.

    .Inilah aku. said:
    February 25, 2011 at 5:52 pm

    Tulisan panjang berjela-jela yang masih maintain untuk di baca.

    Petua paling mujarab nak jaga masa (i.Allah), jagalah masa solat anda~

    muharikah responded:
    February 26, 2011 at 1:42 am

    tulisan ini bebelan saje nih.. astaghfiirullah… alhamdulillahlah.. kalau antum semua dapat manfaatnya..

    inilah aku, ana suka nasihat anta.. teruskan lagi berkongsi ea.

    🙂

    auni said:
    July 4, 2011 at 4:34 pm

    jazakillah k.aisyah! (k.aisyah pun x knl saye…huhu) sgt2 eye opener for the future…insyaAllah…^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s