Allah itu ada…

 

Allah itu ada,

sentiasa bersama kita

susah

senang

kita sentiasa ada Dia

untuk berpaut

untuk mengadu

untuk meluah rasa,

 

Dan Dia,

akan sering berikan kita kekuatan,

meringankan beban di dada

mensurutkan resah di jiwa

melapangkan kusut di fikiran

serta membuka jalan yang amat luas

bagi kita meneruskan perjalanan.

 

Masalah,

ujian,

pasti hadir dsetiap langkah kehidupan.

Ada kala ia menyentak kita,

terjelupuk di tengah perjalanan,

namun,

kita harus bangkit

istighfar

istighfar

mungkin inilah kafarah dosa-dosa yang silam.

 

Allah pasti membantu kita,

dan menjadikan mudah,

masalah-masalah kecil kita

agar lebih segar jiwa kita

memikirkan masalah-masalah yang besar.

 

 

betapa banyak masalah kecil , menjadi besar kerana kita membesarkannya. Sedangkan masalah lebih besar lagi tidak dipedulikan.

 

Dan kita harus cari penyelesaian dalam setiap halangan-halangan yang menimpa.

kerja kita terlalu banyak

mehnah-mehnah ini adalah batu-batu kecil

yang Allah campakkan

untuk kita lebih mendekati diriNya

untuk lebih suci jiwa untukNya

 

jangan mundur ke belakang

atau beku kerana tekanan

 

takut-takut,

kita lambat sampai ke tempat tujuannya.

sedangkan syurga itu

mahal

hargaNya

sabarlah

istighfarlah

dan berdoalah

 

kerana,

 

Allah itu ada…

 

wasalam

muharikah

1.28am

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

7 thoughts on “Allah itu ada…”

  1. Assalamualaikum akak.
    Post ni makan dalam kak. (zouqnya entri ini).
    Benda yg akak ckp ni kan, memg mudah dan semua org boleh bercakap tentangnya, tetapi jarang diiingatkan yang Allah itu ada sentiasa ada, bukan tyme2 ada mslh je….

    dan kerana Allah itulah sebenarnya kaki kita semakin melangkah laju mengharungi jalan tarbiyyah ini.

    nice sharing kak…terima kasih atas ingatan ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s