kebangkitan Islam, sudahkah kita bersedia?

Posted on

Salam buat semua
hati saya sangat tempted untuk mengulas sesuatu tentang kejatuhan regim pemerintahan kuku besi yang telah berlangsung selama hampir seabad. Peristiwa bersejarah ini merupakan kajian sosiologi yang amat menarik dan tentunya menambahkan pengalaman sejarah bagi kita ambil pengajarannya.

Bangkit dan jatuhnya sebuah bangsa adalah berdasarkan sebuah sunnatullah. DAn inilah kemenangan Allah yang dinyatakan dalam Surah Al-fath di mana Allah memenangkan hamba-hambaNya tanpa hambaNya perlu menggunakan kekuatan senjata pun.

Perbahasan ini panjang, memerlukan penelitian yang teliti, dan saya lebih suka mengambil langkah ; apa yang boleh aku buat selepas ini?, berbanding dengan bergembira akan sesuatu yang akhirnya mengecewakan kita, kerana penilaian kita yang buta pada sejarah dan kerana semangatnya kita menggapai sesuatu sebelum masanya.

Terkini kita melihat bahawa pemerintahan tentera akan memerintah Mesir selama lagi 6 bulan. Apa yang akan terjadi lagi 6 bulan ini? Dan kita melihat banyak sejarah memaparkan jika pemerintahan negara diterajui oleh pihak tentera, kesannya lebih menyukarkan penduduknya dari sistem demokrasi sendiri.

 

Adakah keadaan selepas regim Husni Mubarak ini bertambah baik atau sebaliknya? adakah rakyat mesir akan mendapat apa yang mereka sebenarnya mahukan?

Apa sebenarnya mereka mahukan? Kerajaan yang bebas dari Husni Mubarak?

atau sebuah negara yang bebas dari semua sistem-sistem yang menindas mereka selama lebih puluhan dekad yang lampau?

Dan adakah jalannya ada untuk mereka lalui sebuah cahaya bagi kesempitan hidup mereka yang telah lama merana itu?

 

Apapun kita mendoakan yang terbaik buat saudara kita di sana, dan moga-moga ALlah akan mengurniakan kesabaran dan ketabahan hati buat mereka untuk melalui perjalanan yang panjang ini.

Ingin saya nukilkan apa yang diceritakan oleh Imam Hasan Al-Bana dalam risalah Halatuju dakwah kita. Ini merupakan bahan yang sesuai dibincangkan pada era kejatuhan kerajaan mulkan jabbariyah di Timur tengah dewasa ini. ( dan iAllah saya akan kupas lebih lanjut lagi dalam artikel lain)

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu: Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. Memahami prinsip, meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain. Dengan hanya memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak merasainya.

Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian.Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Maksud Yunus: 36).

Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam ini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini

Selagi mana kita tidak lagi memiliki prasyarat kemenangan sebuah kebangkitan ini, selagi itu kemenangan itu masih lagi jauh. Kita teramat sangat perlu berhati-hati. Perlu bermuhasabah. Perlu terus merancang. Perlu mengambil iktibar dari kejayaan.

Ya! kita telah menemui formula untuk menjatuhkan kerajaan diktator melalui suara rakyat. Kerana sunnatullah menetapkan bahawa kerajaan yang zalim pasti akan dijatuhkan oleh kebangkitan rakyat yang mahu keluar dari kezaliman mereka.

Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya.

-Halatuju dakwah kita

Namun untuk memimpin, dan membangkitkan seluruh bangsa dan negara. Apatah lagi untuk mengekalkan sebuah pemerintahan Islam yang kekal, memerlukan sekurang2nya sekumpulan manusia yang mempunyai:

1)Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan.

2)Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

3)Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut.

4)Memahami prinsip,meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain. ( tajarrud)

Panjang lagi perjalanan kita dan kita akan terus menyaksikan gelojak yang berlaku di bumi sana sambil juga cemas dengan segala tindakan barat yang mahu memonopoli sumber minyak terutama di dunia itu.Tentunya bangsa Israel teramat kecut menyaksikan perubahan yang berlaku di negara-negara Timur tengah, yang tentu mengugat ‘kedamaian’ ciptaan mereka selepas perjanjian damai negara Arab dengan mereka.

Saya nak buat entry lain sebenarnya, tapi tertulis juga pasal Mesir. Harap malam ni saya sempat mencoret sesuatu buat semua.

WAssalam

kena masak sebelum gi kerja ni…huhu

aisyahz

glasgow

Advertisements

One thought on “kebangkitan Islam, sudahkah kita bersedia?

    amieheidi said:
    February 14, 2011 at 1:39 pm

    Salam akk,
    masa ni kat Mesir, protestors berbelah bagi, ada yg nak stay kt Tahrir Sq, sbb x caya dgn army, tapi ada gak yg nk bagi army a chance, kalau army x buat apa yg dijanjikan, diorang akan protes lagi, skrg ni army ambik keputusan utk haramkan strikes dgn union workers. X dpt tgk keadaan kt Tahrir Sq dri Al Jazeera lgi masa ni, army x bagi.

    Tadi ada tweet ttg perjumpaan coalition shabab2 mesir dgn army supreme council, ada dlm link ni: http://ow.ly/3VQCR, it’s in Arabic though, akk guna je google translate, xde versi english.

    Hopefully sempadan Rafah – Gaza dibuka secepat mungkin utk rakyat Gaza yg desperately need medical attention tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s