Jujur dalam penulisan..

Posted on

salam,

ada orang mengatakan pada saya:

– saya pandai menulis.

– saya pandai berkata-kata

– tapi kenapa terkadang perangai dan tindakan saya lain dengan apa yang saya tuliskan

– adakah saya hanya pandai berkata-kata sahaja….

saya pernah kata pada ratusan manusia lain,

anda tak boleh mengenal saya dengan penulisan semata-mata! kebanyakkan orang terkejut bila bertemu saya kerana lainnya saya di medan nyata ini.

Cuma yang mengenal saya dengan begitu lama memahami saya dan menerima saya seadanya.

paling best, mereka suka menegur saya dan menfire saya, untuk membetulkan saya….

( merekalah mutarabbi terbaik , kerana mereka menegur saya sesungguhnya tanpa takut dan tanpa terasa terhutang budi. Sebab mereka nak selamatkan saya dari azab api neraka…huhuhh)

sehingga saya tahu bahawa dan lebih merasai bahawa,

seorang mukmin, bila ada iman ada dalam hati dia,

mampukah seorang mukmin itu menipu Allah? mampukah dia mengatakan sesuatu yang bukan ada dlam hatinya? atau lebih tepatnya:

 

mampukah dia berkata-kata benda yang bukan dalam hatinya?

Orang mukmin, sebelum dia berkata-kata, mahupun menulis, apa yang nak dikeluarkan itu akan melalui hatinya dahulu. Dan hatinyalah akan menapis apa yang mahu dikatakan dan apa yang mahu dia tuliskan.

Kerana orang mukmin itu tidak mampu untuk:

Melukiskan keindahan pada luka-luka yang tersembunyi.

menukilkan duka-duka pada kegembiraan.

Saya berbicara tentang realiti, kerana realiti adalah sesuatu yang sering disembunyikan oleh ramainya manusia lain.

Kerana manusia tidak gemar mengiklankan kesukaran dan masalah yang mereka hadapi. lantas lebih gemar menceritakan gembira pada duka yang pahit. Berlakon di balik episod sengketa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Dan mereka tidak salah. Kerana mereka tidak mahu dunia tahu apa mereka alami. Dan lebih gemar menyorokkan diri sendiri.

Pada saya, cerpen dan sajak adalah satu lukisan yang indah, yang boleh dilakonkan dan ditokok tambah demi untuk menyedapkan rasa.

Namun pengalaman kehidupan, adalah sesuatu yang mahal, satu ibrah yang besar. Dan  sebuah pelajaran yang kita semua akui bahawa:

kita punyai pengalaman yang sama.

Apa saya nukilkan cuma secebis dari apa yang saya lalui. Bukan untuk manusia mengenali saya, tetapi untuk kita sama-sama harungi perjalanan kehidupan ini bersama. Hidup ini sukarkan? tak selamanya indah. Pasang surut bagaikan bayu laut.

Kita tak ramai penulis Melayu yang suka berkongsikan pengalaman dalam kehidupan. ALhamdulillah, saya berkesempatan membaca ratusan artikel kehidupan berbahasa indonesia dan saya belajar dari pengalaman hidup mereka.

kerana belajar dari kehidupan orang lain akan lebih mematangkan kita dan memberikan pengajaran yang amat mahal.

Orang beriman, menulis dari hati dia, penuh kejujuran.

Di alam nyata, kita pasti akan buat kesalahan. Kita pasti akan tersalah cakap. Kita pasti akan tersalah tindakan. dan orang akan pelik dengan kita.

Di alam tulisan, kita tak mampu padamkan tulisan kita once dah dipublishkan.

namun di alam nyata, kita mampu berubah, membaiki dan seterusnya bertaubat dari kesalahan diri kita.

Pada saya, jika beriman, sama sahaja di mana kita berada, kita tetap mengeluarkan output keimanan yang sama.

Cuma di alam nyata, orang melihat kita secara keseluruhan dan holistik. Sedangkan penulisan, anda hanya melihat sebuah keindahan bait-bait kata-kata sahaja.

Dan ternyata, apa yang kita tulis dalam hati, pasti jatuh pada hati juga.

Inilah dia kuasa sebuah kebenaran.

Satu pelajaran untuk diri saya sendiri:

Menjadi qudwah di alam nyata dan penulisan.

moga kita semua tetap istiqamah dalam keimanan ini insyaallah.

PS: astaghfirullah, banyak betul perkataan saya di atas..huuhh… bukan nak ananiyah ye. just penulisan sharing dari hati saya sendiri….

PSS: saya akan kongsikan pengisian tentang sidqu fiddakwah insyaallah…doakan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s