Murabbi: akukah itu?

salam,

 

acap kali ramai adik-adik bertanya padaku:

 

‘camne eh kak nak didik adik2 ini?’

 

‘ akak, bahan apa eh sesuai nak kasi adik2 ini?’

 

‘ akak, adik saya camni, camne eh nak kasi mereka sedar cepat sket?’

 

dan berbagai2 lagi soalan.  ( dulu saya lagiiiiiiiiiiiiii banyak soalan tanya pada murabbi saya)

faham tak gambar ni? kalau tak faham kene belajar ni..uhhuhuhuh

Kita kena sangat-sangat ingat; menjadi murabbi ini bukan hanyalah untuk mentransfer ilmu dan memuntahkan silibus-silibus usrah.

 

Ia adalah satu proses mengubah manusia dari jahiliyah kepada Islam, daripada islam, kepada menjadi pekerja Islam.

 

Bila kata proses; ada dua perkara penting perlu kita sematkan baik-baik dalam jiwa kita.

 

Ia adalah : Masa dan kesabaran.

Itulah dia proses tarbiyah. Ia memerlukan masa dan kesabaran.

 

Menjadi murabbi ini lain sangat dengan menjadi penceramah bebas. Menjadi murabbi ini bukan untuk jadi famous, bila dah tak famous, letak jawatan dan boleh buat pekerjaan lain.

Bukan juga dibuat bila rasa ada masa nak buat, atau bila rasa semangat sahaja.

 

Ianya adalah pekerjaan sepanjang hayat.

Ia adalah nafas dan cara hidup kita. Di mana sahaja kita berada, dengan sesiapa sahaja kita bertemu; kita tetap seorang murabbi.

Inna alakh ash-shadiq la budda an-yakuuna murabbiyan

Sesungguhnya seorang akh yang benar tidak diragui lagi mesti menjadi murabbi.

Begitulah kata-kata Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.

Ungkapan ini bukan semata-mata suatu suruhan atau galakan agar setiap aktivis dakwah menjadi murabbi yang aktif mengajak, membentuk dan membina umat kepada Islam, malah ianya memberi suatu kefahaman mendalam tentang sebuah pra-syarat bagi kebangkitan Islam.

Jika tak menjadi murabbi, bagaimana mampu kita membina sebuah daulah?

Dan apakah lagi jalan hidup paling mulia dan paling menggiurkan imbalannya melainkan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah? Bagindalah murabbi contoh bagi kita semua.

”Daripada berjuang bersama 2,000 orang tapi tidak berkualiti, lebih baik berjuang bersama 20 orang yang berkualiti.”

Begitulah kata seorang pendakwah.

 

Era kebangkitan dakwah di kalangan mahasiswa semakin subur terutama di luar negara. Namun ternyata, masalah besar mereka hadapi adalah: mereka sendiri ketiadaan murabbi.

 

Maka mereka belajar dalam meraba-raba; mencuba-cuba pada percubaan yang tidak keruan. Mengikut firasat dan sangkaan serta pengalaman-pengalaman kerdil yang mereka lalui.

Akhirnya kesalahan demi kesalahan dibuat menyebabkan mereka sering buntu dalam mencari jawapan kepada persoalan dakwah.

 

Dan kasihannya mereka, mereka hanya ada buku untuk dirujuk dan suara2 kaku di MP3. WAlau teknologi kini tidak membataskan sesiapa pun untuk mendapatkan sesuap tarbiyah.

 

Namun, menjadi seorang murabbi dalam keadaan kita sendiri kurang merasai sentuhan murabbi itu memang teramat-amat sukar. Kita hanya belajar dari pengalaman. Dan belajar dari manusia itu lebih baik dari belajar dari buku.

Kerana itu mereka selalu tertanya-tanya:

kenapa adik2 saya tak meningkat-ningkat?

nape kalau ustaz ni bagi ceramah semua adik2 macam tersedar dan terkesan, kalau saya berikan, semuanya tak dengar sahaja.

 

Membina manusia ini tidak mudah dan straight forward. seperti mana kita fahami betapa berbezanya manusia ini, maka berbezalah approach dan cara kita menyentuh mereka.

 

Cuma aku dapat katakan ini sahaja:

 

1) Jangan segan dan takut dari berguru dengan ramai manusia. Pergilah ‘tagging’ dan bertenggek pada murabbi-murabbi yang dikenali. (jangan sampai orang itu rimas pulak ye, sebab mungkin orang itu pun memiliki tanggungjawap lainnya).

 

Dunia sekarang semakin dekat. Adanya facebook, twitter, email, skype dan sebagainya. gunakan kemudahan yang ada walaupun berjauhan pelbagai benua.

Di waktu awal tarbiyah saya, saya kira saya didakwahfardhiyahkan( DF) oleh 5-6 orang akak yang sangat dahsyat peribadinya. Ada yang DF saya dari sudut penampilan ( sampai sekrang tak lepas2), ada bahagian aktivisme, ada bahagian kewanitaan, ada bahagian tsaqafiyah dan pembacaan, ada bahagian memasak dan sebagainya. Alhamdulillah, sampai sekarang saya amat terkesan dengan sentuhan mereka dan masih ingat sampai kini.

 

Maka, pergilah berguru dengan mereka. Jika ada masa, bertemulah dengan mereka. Rajin-rajinlah merujuk mereka, insyaallah mereka takkan bosan dalam mendidik kamu.

 

2) Rajinlah membaca.

 

Betul.there is no excuse!

 

Manusia kebiasaannya akan ‘tunduk’ pada orang yang lebih ‘alim’ dan inilah sunnah kauniyah yang mesti disedari oleh murabbi.

 

Keikhlasan dan kepantasan melakukan amal dalam harakah sahaja tidak mencukupi kerana betapa banyak halaqah yang kemudiannya terpaksa dibubarkan kerana mutarabbi tidak yakin dengan penguasaan syar’ie murabbinya.

 

Sebaliknya jika seorang murabbi mempunyai semangat untuk mempelajari ilmu, meskipun tidak sampai darjat ‘mumtaz’, namun para mutarabbi boleh melihat dan menilai akan perkembangan ilmu murabbinya.

 

Ketika mereka mendapatkan perkara-perkara yang baru, tentulah mereka menyukainya dan ketika mereka menghadapi permasalahan, mereka terus merujuk kepada murabbinya kerana mereka yakin bahwa murabbinya berkebolehan sebagai penyelesai masaalah dalam setiap permasaalahan yang diajukan. ( sumber – ikram)

 

Bukankah acapkali kita dengar dari lubuk hati kita sendiri:

 

‘ nak bagi apa eh lagi? rasa cam dah bagi semua dah!’

 

Memang betul kita mempunyai silibus. Dan kita boleh bentangkan silibus begitu sahaja. Namun, jika tiadanya ilmu lain bertambah, maka kita sendiri akan menjadi kaku dalam memberi. Sebab, tanpa kita mengolah silibus itu supaya berbentuk waqie dan sesuai dengan realiti hidup mad’u kita, silibus itu akan jadi baku dan membosankan diri kita dan mad’u sendiri. Silibus itu seolah2 tak related dengan kita sendiri.

 

Maka membacalah. Make time for it. And please, reading blog and email is not enough. Kalau Dr Mahathir boleh membaca 5 buku sehari, takkan kita tak mampu baca 10 mukasurat buku sehari?

Janganlah asyik baca buku yang serius dan membebankan. Kita manusia, ada hati dan perasaan. Bacalah mengikut suasana dan perasaan juga.

Pelbagaikan bacaan agar kita sendiri seimbang dalam pembacaan. Ada masa baca novel, ada masa baca tsaqafah, ruhiyah dan sebagainya.

Di tahap saya, kini kami dah perlu belajar tentang gerakan-gerakan islam dan perlu tahu tentang pembinaan sebuah negara pula.

 

Dalam masa yang sama, saya gemar lagi membaca karya-karya puisi dan cerpen, dan membaca banyak bahan untuk halaqah saya. Dalam masa yang sama, saya suka membaca buku-buku sentuhan jiwa oleh Anis matta mahupun Ahmad ar-rasyid. terkadang saya membaca buku sirah dalam masa yang sama sentuh sedikit perihal kemurabbian.

Insyaallah, anda pasti ada waktu untuk membaca. Percayalah!

Belajarlah kerana, sewaktu kita menjadi pemimpin, sudah kurang masanya lagi untuk belajar.

 

3) beramal dan terus beramal.

Pelikkan kenapa seseorang itu apabila bercakap sangat mengesankan hati pendengar, sedangkan kita cakap macam-macam, langsung tak rasa apa2.

 

Tahu sebab apa?

 

sebab orang itu bukan sahaja beramal dengan apa dia cakap, dia juga berkorban dan berjihad dengan apa yang disampaikan itu.

Harganya mahal.

Bukan sahaja bekal ikhlas dan ilmu, tapi juga pengorbanan. Tentu itu memberikan kesan.

 

Itulah dia rahsia menjadi murabbi. Tentu hidayah dan iman yang datang dari Allah itu antara sebab utama juga.

 

4)Jangan putus asa, masa masih panjang, perjalanan masih jauh.

Memang banyak perlu kita pelajari. Teruskan belajar dan belajar. Skill kemurabbian ini kita akan pelajari dari pelbagai orang.

 

Lagi banyak kita tahu, lagilah mampu kita menjadi murabi. Sebab itu, jangan putus asa walaupun terlalu banyak kesalahan yang kita telah buat.

 

Jangan risau, ramai sahaja murabbi-murabbi hebat yang kamu kenali sekarang pun, kehilangan banyak mutarabbinya kerana kesilapan silam. Namun dari kesilapan itulah kita belajar dan menjadi manusia luar biasa.

 

Bacalah buku2 kemurabbian. Banyakkan belajar. jAngan putus asa.

 

Bahan rujukan tambahan http://www.facebook.com/note.php?note_id=156034061103584

dan http://halaqahmuntijah.wordpress.com/2009/09/01/profil-murabbisifat-sifat-murabbi-yang-berjaya/

 

ok, saya perlu tidur, doakan saya dan suami agar terus istiqamah di atas jalan dakwah ini. Banyak lagi yang perlu dilalui… maaf entry tak seberapa. rasa perlu sangat tulis walau tak cukup masa.

jalan ini masih panjang, moga kita sentiasa berada dalam redhaNya.

 

wassalam

aisyahz

glasgow

 

Advertisements

4 thoughts on “Murabbi: akukah itu?

  1. murobbi oh murobbi.

    telah berlalu waktu tidur.

    hehe

    have a good rest.

    moga terus membimbing kami mengalir laju bersama arus da’wa (despite batu2 besar yg pasti akan dilanggar)

    take care.

    loves,
    🙂

  2. assalamualaikum kak aisyah. nak nanye, akak pnh tulis kn pasal tadabbur n tafsir quran? akak ingat lagi x link y mano 1 tulis pasa tuh? ade orang nanye, bulih ke idak kito tafsir ayt Quran dgn pemahaman kita?

    sdgkn kita sbnrnya bukan tafsir, tp tadabbur. kn2???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s