Kesan domino di Timur tengah

Posted on

Salam,


barangkali kamu semua lebih ‘up-to-date’ dari saya sendiri dengan berita-berita kebangkitan umat yang berlaku di Mesir mahupun sebelum itu di Tunisia.

Dan kini kita melihat kebangkitan umat di negara Yaman mahupun perubahan struktur pemerintahan di Jordan.

Dan kita bertanya pada diri kita sendiri….

apakah yang akan berlaku?Apa akan berlaku pada diriku , jika ia benar2 berlaku?


Amat berat sekali bagi saya sendiri membicarakan hal ini walaupun niat di hati mahu sentiasa menyebarkan islam itu sendiri di muka bumi ini. Ini kerana persoalan umat ini memerlukan pembacaan yang mendalam serta analisis yang kritis dalam melihat suasana.( serta ilmu mendalam yang saya cetek dan perlu sangat kuasai)

Sunnatulah jatuh dan bangkitnya sebuah bangsa itu perlu diambil kira dalam kita menilai suasana yang berlaku di dunia ini:

“Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam.” (HR Ahmad)

Sila baca penerangan selanjutnya di sini.

Manakala dalam masa yang sama kita melihat, berhati-hatinya ikhwan Muslimun dalam mengambil langkah yang tepat demi menghadapi keadaan dan realiti yang berlaku di sana.

Dan kita pelik, kenapa tak ambil peluang ini? Kami dah lama tunggu ini!

Aik, dah orang nak jatuhkan husni mubarak, naiklah untuk mem
impin ummah di sana!’

Namun mereka mengambil langkah untuk undur kebelakang sebentar, menjadi pendokong kepada pemimpin Islam liberal, Baradei, demi untuk memastikan bahawa, apabila kemenangan Islam itu dapat diperolehi, biarlah dalam keadaan ianya kekal dan tidak jatuh tumbang begitu sahaja.

Langkah penuh berhikmah dan teramat bijak. Tidak didorong oleh semangat semata-mata dan pendek akal. Mereka melihat keadaan dunia ini dan menganalisa adakah dunia sudah bersedia menerima sebuah negara islam ataupun tidak?

Sedangkan kita melihat,betapa Barat semakin lama semakin dihantui oleh kehadiran Ikhwan Muslimun yang dikatakan teramat mengugat mereka. Mereka teramat kecut perut dengan idea terlahirnya sebuah Khalifah. Seolah-olah kiamat akan menimpa mereka dan semua sumber kewangan or ‘kebahagiaan ‘ mereka akan disekat.

Walaupun secara jelas, ikhwan mengatakan mereka tidak akan bertanding posisi jawatan president.

Kerana masanya belum tiba lagi.

Sunnatullah mencatitkan sebuah peristiwa di tika Rasulullah mendapat kememangan yang agung di Fathu Makkah. Satu kememangan abadi dan sungguh menjadi prolifik kepada ummah.

Kemenangan mendapat sebuah daulah ketika itu tidak diiringi dengan peperangan dan keganasan, namun penerimaan yang amat baik sekali oleh rakyat Makkah di tika itu.

Malahan di mana-mana negara pun selepas zaman Fathu Makkah itu Islam akan bertahan di situ beratus tahun lamanya sebelum sunnatullah menetapkan, bahawa daulah itu ianya jatuh di tangan kuffar kerana kezaliman dan kelalaian umat Islam sendiri.

Dan mereka , ikhwan muslimun, melihat kekuatan mereka dengan amat jujur tanpa mendabik dada.

Walau mereka ini parti pembangkang terbesar di bumi anbiya itu, namun ketika ditanya mengapa mereka tidak mencalonkan Prof Dr Md Badi untuk menjadi calon President mesir?

Mereka menjawap:

Kita masih jauh lagi untuk ke arah itu. Tapi, kalau majoriti rakyat menyokong kami, barulah kami akan mencalonkan calon kami’

Sumber: Hardtalk bersama Kamal Helbawy. http://www.bbc.co.uk/iplayer/episode/b00y6g7c/HARDtalk_Kamal_ElHelbawy_Muslim_Brotherhood/

Subhanaallah. Merancang dengan teliti. Melangkah dengan penuh ketepatan dari sudut masa dan keadaan.Tanpa gopoh, keputusan itu diambil.

Dan ternyata perjalanan kita masih jauh walaupun kita nakkan sangat sebuah daulah Islam.

Kita nak sangat hidup di bawah lembayung kekhalifan.

Namun, jika adanya khalifah pun, kerja-kerja dalam mentarbiyah manusia takkan pernah selesai. Kerja-kerja kita dalam menyampaikan syahadah takkan pernah selesai.

Amal tertinggi kita bukanlah sekadar mendapatkan sebuah daulah sahaja, tetapi mendapatkan sebuah empayar islam.

Dan even bila kita dapat empayar islam itu pun, kerja kita takkan pernah selesai dan takkan pernah berhenti.

Bukan boleh duduk berteleku dan rilek-rileks minum kopi dan boleh tengok bersahaja dunia ini.

kerja kita takkan pernah selesai.

Terus membina dan membina manusia itu sendiri. Menyampaikan Islam dan terus beramal dengannya.

Percayalah, kerja kita teramat banyak.

Cuba lihat sekeliling kamu… berapa banyak sahaja manusia yang benar-benar istiqamah di jalan Islam ini?

Bila sudah dapat sebuah daulah, kita mahu daulah itu kekal. Kita nak orang mengamalkan islam , menegakkan hakimiyah Allah seluruhnya. Kerja itu tak mudah. Sukar.

Maka kerja itu bukan senang. Bukan sesenang mulut berbicara.

ia memerlukan amal.

DAn amal menuntut pengorbanan darimu,

Sangat2 menuntut pengorbanan dari kamu.

Benar, kita hanya menjadi penonton sahaja kepada drama yang berlaku di Mesir serta tidak dilupakan juga rakyat Palestin saban hari ditekan Israel, dalam masa yang sama seluruh bangsa Arab lain yang sedang ditindas tanpa kita sedari pun.

Bayangkan pengorbanan mereka untuk sebuah daulah.

“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku berdiri atas kebenaran, mereka tidak boleh digugat oleh orang-orang yang menentang mereka atau menggugat mereka, sehinggalah datangnya ketentuan Allah” (Hadith Riwayat Muslim)

Dan kita…

apa kita buat?

asyik melopong tengok berita sahaja……

hurmmm….

and yes, Husni Mubarak, please step down!

wallahualam

PS: maaf dah jarang update, saya tahu terkadang tulisan saya ini menjadi ‘nafas’ buat kamu. Moga Allah terus memberikan kekuatan pada kita dan ummah ini insyaallah

Moga kita tergolong dikalangan kekasih Allah insyaallah,
aisyahz

Advertisements

5 thoughts on “Kesan domino di Timur tengah

    anonimes said:
    February 3, 2011 at 12:15 pm

    salam wbt kak aisyah.

    saya sgt suka bace tulisan akak..they somehow motivate me in every way..tapi sejak akak tukar template ne, susah nak bace plak..sebab tulisan kene cover ngan background..jadi kalo nak baca, saya kene highlight sume baru dpt bace..huhu..so harap sgt akak dpt tukat template dulu ke..:)

      muharikah responded:
      February 3, 2011 at 11:49 pm

      salam anonimes. suka tak layout baru ni?

      anonimes said:
      February 4, 2011 at 10:06 am

      salam wbt..saya suka:) jzkk kak aisyah..:)

    amieheidi said:
    February 3, 2011 at 2:08 pm

    Salam kak Aisyah, sy sdg mengikuti perkembangan kt Mesir thru aljazeera dgn twitter. Mula2 tu pelik gak rasanya bila brotherhood sokong Elbaradei, and brotherhood x ambik lead dlm protest tu, tapi lepas baca artikel ni, oh gitu, bru faham.

    Semoga muslimin muslimat yg mati kena tembak by ‘pro-mubarak’ ppl tu syahid eh, kak?

      muharikah responded:
      February 3, 2011 at 11:52 pm

      iAllah amy, moga mereka beroleh syahid… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s