Aku masih di sini

Posted on Updated on

Salam semua,

 

saya just nak cakap saya masih di sini. insyallah idea banyak dalam kepala, tapi tuntutan banyak sangat menuntut masa saya. sementalahan pula entah kenapa badan saya mudah letih dan seronok pulak tidur lama-lama.. astaghfirullah.

 

cuba juga untuk menggapai masa untuk menulis tinta tapi masih tak punya waktu dan kesempatan.

 

Ilham itu datang, namun tolakannya belum kuat. tapi pada saya sendiri, saya perlukan tujahan iman dan hidayah dalam menulis. dan itu adalah anugerah dari ilahi. kerana menulis itu perlukan keikhlasan. Bukan sekadar untuk ‘bagi orang sedap baca’.

 

Menulis itu perlu dan acap kali saya menyarankan mutarabbi saya untuk menulis dalam ketidak mampuan mereka. namun terkadang saya sendiri terkekang dengan waktu yang mencengkam. dan rasa berdosa pada mutabaah amal yang perlu diutamakan.

 

Saya pun perlu duduk berfokus agar mampu memenuhi prioriti yang ada. Pada study, pada kerja, pada suami saya, pada pembinaan anak2 usrah saya, pada keluarga saya di malaysia, pada rumah saya sendiri, pada tuntutan jemaah dan macam2 lagi.

 

tak hairanlah mmg perempuan ini digelar superwoman! berbeza dengan lelaki yang medan jihadnya di luar, perempuan ini di dalam rumah dan luar rumah juga! semua nak perfect. rasa nak nangis pun ada.

 

tapi itulah kehidupan ini. banyak sangat perlu dikorbankan.

 

‘ada ikhwah cakap, kak aisyah ini macam iron lady. apa2 je yang datang kat dia, mesti tegar punya,’

 

Begitulah kata2 mutarabbiku, yang didapatinya dari zaujnya.

tergelak pun ada mendengar ungkapan itu.

 

entahlah, sesungguhnya pada kekentalan jiwa seorang wanita pada luarannya, hatinya tetap berkaca, hatinya tetap lembut dan ‘lembik’ ( ada tak perkataan lain nak ganti eh)

nampak tabah, tapi sebenarnya dia seorang manusia yang lemah. perlukan pertolongan. perlukan belaian. perlukan perhatian. perlukan cinta.

 

daie ataupun tak, wanita ini seorang manusia. WAlaupun dia tabah sahaja melalui banyaknya mehnah yang tak ramai manusia tahu. Dan terkadang terlalu banyak mehnah yang disembunyikan dari kekasihnya sendiri kerana tidak mahu kekasihnya itu serabut dengan masalahnya. (kisah ummu sulaim)

 

begitulah wanita. Manis ditelan. pahit pun telan. namun dia tetap senyum pada seluruh dunia walaupun jiwanya tertekan dalam menghadapi masalah.

 

Sekental manapun seorang wanita itu, dia tetap seorang manusia.

 

Saya katakan: saya tetap manusia. Sangat banyak ‘kelembikan’ dan kelemahan yang tiada taranya di sisi Allah… 😦

 

banyak yang saya impikan di dunia ini. jangka masa pendek:

1)menjadikan mutarabbi saya memahami Islam dan kesyumulannya. Cuma mereka ini ramai. dan saya sangat sedih kerana tidak mampu berDF dan membina mereka sebaiknya.

2) membina keluarga yang diredhai Allah. Menjadi isteri kedua suami selepas dakwah amat menguji kecintaan saya pada ALlah dan pergantungan padaNya. Banyak ibrah dipelajari dan ternyata bahawa kehidupan realiti itu penuh ujian dan cabaran. ia bukannya ros merah dan keindahan cinta semata. Ia adalah bahtera ujian.dan di situ terdapat banyaknya kemanisan tak tergambarkan.dan disinilah optimisnya kita pada Allahkan? nak masuk syurga Allah. Kena banyak sangat sabar..

 

3)lulus exam MRCOG saya. Ya Allah bantulah saya! camne nak selitkan semuanya dalam satu masa!

 

4) mampu mencoret2 idea2 tanpa perlu berlengah2 lagi.

 

jangka panjang:

 

1) study bahasa Arab dan Quran

2) sambung kerja di malaysia dan jadi pakar sakit puan

3) dapat ronda2 satu dunia .uhuh

4) dapat synchronisekan pemuda2 IKRAM agar kita sama dapat mendirikan sebuah daulah islam!

5) Pergi palestin dan mati syahid sebagai sukarelawan perubatan.

 

Hurmm..

 

oh ya.. saya teringin sangat2 nak try bawak audi TT baru ataupun kereta aston martin. tapi takpe. saya aim nak bawak kereta itu kat syurga!!! Ameen.

 

Ok, saya tulis mengarut2 ini sebab dah lewat malam dan esok kene kerja.

 

doakan saya ye semua

 

wassalam

 

ukhtikum fillah

aisyahz

Advertisements

4 thoughts on “Aku masih di sini

    nurul said:
    January 28, 2011 at 6:43 am

    ukhti yang dirindui.. betul sekali, menulis perlu iman dan hidayah, jika kita bukan menulis kosong.. kalau blog saya sunyi sepi, cepat2 lah sahabat semua bg tazkirah…itu salah satu tanda iman tgh down.. 😦

    Ya ALLAH kami mohon ampunan dan kasih sayang MU selalu.. buat peneman kami yang selalu penat…

    illi said:
    January 28, 2011 at 10:17 am

    sya, i know u can do it as u always did….owh, rindunye kt nti 😦 bittaufiq wannajah ya ukhti! doakan ana sekali ye…….

    Izzatiazmin said:
    January 29, 2011 at 1:16 am

    K aisya! Macam serius tapi last2 tak boleh brhenti gelak bab k.aisyah dgn impian kereta idamannye :). Insyallah insyallah. Bukankah janji Allah, sesiapa yg menolong menegakkan agamaNya,Allah akan bantu dia dari atas dan bawah :).

    Salam sayang dan rindu dari kami :))

    macho said:
    February 10, 2011 at 4:27 pm

    maybe lembik tu lebih seronok dibaca sebagai ‘jerlus’. kalo akak pahamla jerlus tu ape.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s