Kerana redha Allah sentiasa menjadi nafas harian kita

Posted on Updated on

Salam,

 

saya bertemu anak2 muda lagi kali ini ( derr.. beza 4-5 tahun je kot) dan saya temui kekuatan dan cahaya dari mereka.

 

dan saya gembira tatkala adik2 saya yang bergerak ini menghubungi saya, menginformkan perjalanan mereka, berbincang tentang program2.. dan saya amat merindui untuk mendidik mereka yang tinggi himmahnya dan 24 jam kerja untuk dakwah.

 

Memimpin dan mendidik mereka itu satu impian.

 

Kerana mudahnya mereka dilentur, dahaganya mereka pada ilmu dan tentu mereka tak pernah sunyi dengan sebuah kasih sayang.

 

Namun Allah telah mengurniakan mereka yang terbaik buat diriku:

Adikku yang setia bersamaku semenjak 4 tahun yang lampau, seorang akak yang amat kagumi pengorbanannya dan perubahan dirinya yang ketara semenjak mengenal dakwah, seorang ustazah yang datang ke rumahku untuk meminta usrah padaku, juga adik kandungku sendiri.

Dan terkadang aku sentiasa muhasabah diriku, saban hari saban hari.

 

Bila orang tanya je pada aku:

 

‘ berapa orang scotland datang?’

Perlu ke tanya? ( saya tanya ni dengan nada bukan marah eh, tapi rasa sedih sangat nak jawap)

‘tak ramai,’

 

begitulah pertanyaan tiap kali kami hadir ke daurah2.

 

dulu aku ada kata pada mereka:

 

‘dua orang ‘

dan orang yang bertanya itu berkata pada aku:

‘laa.. sedikitnya.. kasihan…’

dan entah mengapa aku teramat sedih dengan kenyataan itu. Kerana untuk mentajmik mereka berdua sendiri teramatlah sukar dan mencabar sekali. Dan hakikatnya mereka berjalan selama 9 jam pada tahun pertama mereka di UK untuk sebuah program, adalah sesuatu yang amat besar sekali!

Dan bukanlah kerana kami tak bekerja keras, tapi kerana takungan mad’unya tak ramai di bumi eskimo itu.

Dan tahun itu kami dapat tajmik 100% adik2 kami. Sebab mmg dua orang je datang kan? ehheeh..

 

Ala kulli haal, Allah mengajar aku sesuatu yang amat besar dalam tarbiyah ini.

Kuantiti tidak akan menjamin kualiti duat.

Walaupun sedikit bilangannya, takkan ternilai dengan keberhasilan melahirkan sebuah umat!

Seperti Nabi Muhammad, seperti Ibrahim, seperti umar, seperti abu bakar, seperti Aisyah.

Mereka itu seorang.

namun nilai mereka adalah sebuah umat!

Dan aku melihat anak2 binaanku yang berlatar belakang yang amat berlainan. Dan ternyata kualiti mereka sebagai insan sendiri adalah sebuah umat.

Kami tak ramai, mungkin kami tak cukup lagi berusaha. Namun fokus kami tetap melahirkan sebuah umat pada setiap individu yang berada dalam sistem kami.

 

Dan itu bukan mudah. Perlukan usaha, perlukan doa. Perlukan ibadah.

Dan tentu ketika aku bertemu dengan adik2 penggerak yang jarang bertemu dengan murabbi, aku terasa mahu memeluk mereka dan terus memimpin mereka dalam mendidik manusia.

Terus menunjuk ajar dan juga memberi taujih buat mereka. Berdiskusi tentang dakwah dan planning2 dakwah.

 

Namun daie itu bukan seorang retorik. Dia tidak akan berselingkuh dengan kelompok daie sahaja. Selesa dengan lingkungan dia semata-mata. Semua orang akan selesa dengan mereka yang boleh dengar kata-katanya semata.

 

namun dalam dakwah ini, nilai kehidupan sebenarnya adalah mendidik manusia, dari jahiliyah kepada Islam.

Dari zero to hero.

Dari tak kenal dakwah kepada menjadi penggerak dakwah.

Bergelumang dalam hidup mereka, dalam kehendak mereka, dan cuba melawan arus jahiliyah yang menyeliputi kehidupan mereka.

 

Itu bukan mudah.

itu perlukan struggle.

Dari situ kita belajar ilmu teori fiqh dakwah kepada amal praktis. Di situ kita benar2 akan diuji kefahaman2 kita.

Kita akan diuji dengan iman dan tsabatnya kita di jalan Allah.

 

Dan di sepanjang perjalanan itu terkadang kita akan lost dan lari arah. Samada kita syok sendiri ataupun berputus asa.

Di situlah kita perlu selalu diremindkan, kita sedang membina batu bata untuk sebuah daulah.

 

Tatkala ada daulah sekalipun kita tak boleh meninggalkan kerja-kerja tarbiyah ini.

Dahulu kita pernah tertipu dengan amal-amal kita yang gah dan besar2. Kita rasa sudah cukup berbuat amal bilamana kita dah buat program2 islam mahupun kerja2 kebajikan.

Sedangkan amal kita belum cukup setakat itu jika kita tak mewariskan dakwah ini kepada generasi seterusnya. Dakwah kita akan mati jka tak terus menerus membina pelapis  secara bersungguh2.

Cuma nak balancekan antara dakwah aktivisme dan juga tarbiyah, itulah yang amat sukar. Malah masing2 kita ternyata mempunyai definisi yang berbeza dalam mentakrifkannya. (kita akan diskas dalam tajuk lain iAllah). Dua2 itu perlu kita kuasai dengan sebaiknya insyaallah.

 

Jahiliyah dan Yahudi semakin pantas dalam menjahanamkan umat islam.

 

Kita bagaimana pula dalam menghidupkan manusia2?

 

WAllahualam

 

sorry dah lewat malam. tapi saya rasa bahagia bersama adik2 yang menziarahi saya ini. Moga Allah satukan hati kami…

 

paling terasa sekali; saya rindukan senior2 mereka yang pernah menjadi mutarabbi saya, satu masa dahulu.. cepat sungguh masa berlalukan….

 

wassalam

aisyahz

 

 

 

Advertisements

4 thoughts on “Kerana redha Allah sentiasa menjadi nafas harian kita

    :) said:
    January 19, 2011 at 8:44 am

    🙂 [entry yg menghangatkan di sejuk pagi negara soviet.. lbh hangat dr heater gituh..] alhamdulillah.. 🙂

    kiasatina nublah said:
    January 19, 2011 at 12:29 pm

    entry yg amat mendalam sekali kak aisyah…

    a.i. said:
    January 20, 2011 at 1:02 am

    T_T

    merindui sentuhan murabbi,
    T_T

      muharikah responded:
      January 20, 2011 at 1:45 am

      meh saya peluk awak! saya rindu sama awak a.i! jom bekerja kerana Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s