wanita itu ibarat ombak

Posted on Updated on

Salam,

selepas saya kahwin, barulah saya memahami karekter seorang wanita.

Sebab suami saya selalu hairan dengan hypermanic dan monotonousnya mood saya , bertimbal balik.. Berpusing2 karekter antara ecstatic dan juga kesedihan, kdang2 kala ceria dan boleh jadi terlalu serius.

Sampai dia terpaksa clarify mmg perangai perempuan macam:

ombak eh perempuan ini?

Sampailah saya terdiam, kerana memikirkan betulnya kata-kata dia itu.

Namun itulah dia pasang surut emosi seorang wanita.

Cepat downnya, cepat juga mendapatkan semangat dan kekuatan.

Dan emosi kita bergantung kuat pada kadar hormon estrogen dan progesterone dalam badan kita. sangat bergantung kuat ada perasaan dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan kita.

Dan bila orang tak endahkan perasaan kita, kita rasa amat tertekannnn!!!!!!

Dan emosi perempuan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka , apatah lagi kehidupan mereka sebagai seorang daie.

Dahulu kami semua fikir, kalau kahwin sure dapat jadi stabil. Kalau kahwin sure ada teman untuk sentiasa mendengar luahan perasaan kita, menjaga perasaan kita dan sebagainya.

Dan kebanyakan akhawat merasai bahawa berkahwinlah dapat mengatasi masalah emosi yang tak stabil dan seperti ombak ini.

Bila saya sudah berkahwin ini, barulah saya tahu, kahwin, tidak akan dapat menyelesaikan masalah emosi perempuan ini.

Kerana, kita tak pergi pada root of the problem itu sendiri.

Kita tak pergi Pencipta kepada manusia itu sendiri, yang menjadikan fitrah seorang perempuan sebegini.

( tapi seorang lelaki bila tak stabil, lebih horror dari perempuan pula…hohoohoh)

Dan bukankah Allah lebih tahu cara mengatasi masalah perasaan kita yang selalu down, dan selalu rasa takde support itu?

Kalau kita mencarinya pada sebuah perkahwinan. Tentu kita akan kecewa. Kerana suami tidak akan memberikan segala-galanya buat kita.

Terkadang kita cuba lari dari kenyataan itu. kita malu untuk mengakui pada diri sendiri yang kita sedang down. Maka kita mencari kekuatan kepada benda-benda yang jauh dari Allah. Kita mencarinya pada shopping atau tengok movie, atau bersuka ria. Maka bertambahlah jauhnya kita dari ALlah.

Kenalilah simptom futur anda

Bila iman makin menurun, maka jaga-jagalah: Ia mungkin boleh turun lagi.


Kerana itu kita perlu mengenal simptom futur supaya kita dapat merawatnya dengan segera..

 

Bila kita futur, hati kita meliar-liar mencari sesuatu untuk mengisi hati kita.

Syaitan yang sedang menghiasi futur kita akan sentiasa menggoda kita dengan DAHSYATNYA sekali.

Tengoklah movie itu. ko kan dah buat usrah banyak dah, sekali sekala tengok movie apa salahnya. belajar cara diorang movie. tgk diorang buat cerita. best per.

dan dari satu movie ke satu movie kita akan tengok, menyebabkan bertambah-tambah futur kita. Bertambah-tambah tompok dosa pada hati kita.

Dan di saat futur itu, ibadah makin longgar. Hati sudah tidak khusyuk. Membaca quran sudah tidak penuh lagi tadabbur.

Di situlah syaitan menghiasi lagi futur kita:

Ala, apa salahnya dengar lagu kejap. Boringlah asyik2 dengar nasyid je. Quran pun ko dah baca banyak. alaa.. apa salahnya dengar lagu rihanna?ehek ehek…..

Dan bila kita menjengok facebook pula, sambil melayan2 dan menjawap komen2 manusia, kita mula menjengah dan melihat gambar2 rakan kita yang sudah berkahwin . Maka hati kita berkocak dan bergoncang lagi.. Dan pertanyaan terus datang silih berganti dalam benak hati kita:

aku bila lagi? aku bila lagi?

dan jemari kita mula mengclick dan menjengah gambar2 mereka yang bukan ajnabi pada kita. Membina angan-angan dan menambah dosa pada mata serta hati. Akhirnya terjebak kepada lembah kefuturan demi kefuturan..

dan kita lebih jauh dari Allah..

bertambah jauh.

Maka kita bagaikan mayat yang sedang hidup. Hati kita mati, tetapi badan tetap mengaku masih aktif.


Akhirya perlahan-lahan kita mahu melarikan diri dari dakwah. Kita mahu menyendiri, dan akhirnya kita tersingkir seorang diri.

Siapa yang akan gembira dan gelak ketawa bila seorang pendokong dakwah mula mengengsot pergi?

Syaitan!

dan siapa yang akan kalah  dan menangis ? Islam dan diri sendiri juga!

Sebab itu, kenalilah sifat kita yang mudah down, dan berombak. Dan ubatilah kefuturan dengan setepat-tepat ubat. Bukan mencarinya dan mengubatnya dengan hiburan dan kelekaan.

Jawapan itu ada pada:

1) Kembalilah pada Allah.

Yes. I mean this.

Go back to Him. Bersolatlah kepada Dia. Bercakaplah dengan Dia.

Kalau uzur, baca ma’thurat. Hafal surah. Buat perkara -perkara yang mendekatkan diri dengan Allah. Even membaca buku yang mengingatkan kita pada Allah.

Berdoalah. Kembalikan kekhusyukan. Istighfar berulang kembali.

Dan paling best untuk dilakukan adalah:

Membaca Quran, serta mentadabburi setiap makna kalimahNya.


“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (QS Al-Isra’ : 9)

Perkara ini juga dikuatkan oleh Ustaz Hasan Al-Hudhaibi yang berkata :

“Yang menjadi panduan seseorang dalam tilawah Al-Qur’an bukanlah seberapa banyak ia membacanya, namun sejauh mana ia dapat mengambil manfaat dari hasil bacaannya. Al-Qur’an tidak akan turun sebagai barakah kepada Nabi saw dengan lafadz-lafadz yang tidak bermakna. Sesungguhnya barakah Al-Qur’an itu adalah pada saat kita mengamalkannya, dan saat kita mengambilnya sebagai manhaj hidup yang menerangi jalan orang-orang yang menempuhnya. Maka ketika kita membaca Al-Quran, mestilah diniatkan untuk merealisasikan kandungan makna tersebut dan itu hanya boleh dilakukan dengan mentadabbur ayat-ayatnya, memahami dan mengamalkannya.”

Allah SWT berfirman :

“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu Ruh (Al-Qur’an) dengan perintah kami . Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami tunjuki siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami”. (QS As-Syura : 52)

Ketika Ruh tersebut melekat ke dalam hati dan setiap penjurunya dipenuhi dengan cahaya iman, maka ia mampu mengusir hawa nafsu dan rasa cinta terhadap dunia dan kemudiannya akan mempengaruhi perilaku seorang hamba dan tujuan hidupnya.

Maka temuilah ketenangan itu pada tadabbur Al-Quran. Berkata-katalah dengan Allah dengan membaca ayatNya, penuh dengan kehadiran sebuah perasaan.

 

Ibnu Mas’ud berwasiat :

“Janganlah kau membaca Al-Qur’an secepat kau membaca sya’ir, atau seperti buah kurma yang berguguran dari tangkainya, berhenti dan renungkanlah keajaiban-keajaibannya, gerakkanlah hatimu dengannya dan janganlah menjadikan akhir surah sebagai pusat perhatianmu.”


2) Bergaullah dengan orang-orang yang soleh.

Tak semestinya kena cari naqibah, atau ustaz. Carilah teman yang mengingatkan kita pada Allah. Yang akan remindkan kita tentang akhirat. Yang dapat menyedarkan kita dari tidur yang lena itu.

Sebab time kita down, memang hati tengah gelap. Sukat untuk kita menerima nasihat orang. Maka sentuhan orang-orang soleh ini dapat melembutkan hati kita, dan memberi cahaya baru dalam hati kita dengan izin Allah..

Jangan bersendirian ketika futur. Kita akan diganggun dengan bisikan syaitan jika kita terus bersendirian.

3) Berdoa kepada Allah.

Berdoalah diberikan semula hidayah yang malap. Berdoalah untuk diberikan kekuatan. Dan berdoalah supaya Allah mudahkan urusan kita yang menyebabkan kefuturan kita.

Berdoalah kepada ALlah:

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ

Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir” (QS al-Baqarah [2]: 250).

Berdoalah dan temuilah kekuatan itu dengan doa!

4) perbaharui kefahaman kita.

Sebelum ini mungkin kita dah faham akan erti hidup kita. Kita faham tugas kita. Kita tahu apa yang perlu kita buat di dunia ini.

Namun bila saatnya futur, maka kefahaman itu seolah-olah terbang ditiup angin nafsu yang mengelabui iman dan akal kita.

Di saat itu, perbaharuilah kefahaman kita. Bila kita menganggur, syaitan akan mudah menjadikan kita futur.

Maka perbaharuilah kefahaman itu dengan tarbiyah. Pergilah kepada majlis-majlis ilmu. Nyalakan semula semangatmu. Semarakkan semula baraan himmahmu.

Katakan pada dirimu bahawa:

‘ Hidupku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam!’

Kerana memberi dakwah itu menghidupkan dan merupakan jalan keluar kepada kefuturan. Kerana itu di saat kau meninggalkannya, perkara itu akan lebih mendownkan kamu.

 

Maka di saat down, ambillah masa sekejap untuk istighfar dan perbaiki semangatmu. Seterusnya, bangkitlah dan teruskan memberi kepada manusia!

5) Mengingati negeri akhirat.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya ketika ia ditanya tentang makna ‘insyirah shadr’ (keterbukaan dada) dalam firmanNya :

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? (QS Az-Zumar : 22)

Nabi saw menjelaskan :

“Apabila cahaya iman masuk terbukalah hatinya” (untuk menerima kebenaran).”

Kami bertanya : “Wahai Rasulullah, apa ciri-cirinya?”

Rasulullah saw bersabda :

“Kerinduan kepada kampung keabadian, merasa jauh dari dunia yang menipu, bersiap-siap untuk menghadapi kematian sebelum ia datang.”

 

Di dunia ini kita akan selalu ditinggalkan keseorangan. Apa awak ingat awak seorang je ke takde murabbi? ( kita akan selalu mengadu benda yang kita takde, benda depan mata, selalu tak kita hargai…)

orang terdahulu sendiri banyak belajar berdikari. Banyak membina diri mereka sendiri.

Semakin lama kita dalam tarbiyah, Sedarlah, kita perlu lebih banyak bergantung pada tarbiyah dzatiyah berbanding tarbiyah jam’iyah ( tarbiyah diri sendiri, daripada tarbiyah beramai-ramai)

Maka, bila kita down, kitalah yang perlu merawat ke’down’an kita itu sendiri. Dengan cepat!

Jika kamu tak mampu merawatnya, siapa lagi?

sedangkan ummah mendambakan parajurit-parajurit yang sentiasa terpadu iman dan amal jihadnya, untuk menongkah jahiliyah yang amat pekat di luar sana.

Mampukah kamu bangkit semula?

Wassalam

ukhtikum

aisyahz

yang banyak kali down juga…

Advertisements

27 thoughts on “wanita itu ibarat ombak

    ewan said:
    January 13, 2011 at 5:50 am

    Assalamu’alaikum

    saya pun selalu down jgk.
    nk nasihat kwn. x berape pandai sangat.
    takut nanti terikut dengan kwn2.
    yg boleh saya buat,
    doa yg tebaik untuk kwn2.

    nurul said:
    January 13, 2011 at 7:15 am

    bagus sekali perkongsian ini 🙂 alhamdulillah~

    amieheidi said:
    January 13, 2011 at 11:36 am

    Salam akk

    Huhu, before pergi mengembara hari tu, terasa yg diri ni futur actually, sampai lepas kena tanya by Makcik J tu baru nak buat objektif pengembaraan.

    Alhamdulillah, dapat beli beberapa buku yang insyaaLlah akan mengatasi masalah futur tu, huhu, so masa ni kalau terlanggar dinding ke, meja ke sampai sakit… huhu, kafarah utk benda2 yg terbuat semasa futur.

    Kalau kita futur, kita sendiri yg kena cari punca and kita sendiri yg kena ubati, x dpt rely on naqibah or adik2 or kakak2, I realized this before this dah, huhu, alhamdulillah pengembaraan dpt buka mata dan hati saya.

    Jzklh for sharing… 😀

    rabiahadawea said:
    January 13, 2011 at 7:29 pm

    Salam Kak Isya…suke sangat!^_^

    nik said:
    January 13, 2011 at 8:17 pm

    akak..
    sob2..
    terkena..
    T_T

    aisyah ruslan said:
    January 13, 2011 at 9:09 pm

    nice. tq ukhti 4 sharing

    haq said:
    January 14, 2011 at 12:38 am

    Allahurabbi. kupasan menyentuh.

    terkadang dalam sedarpun kita terbuat jugak.

    syukran

    wayfarer said:
    January 14, 2011 at 7:58 am

    aah.. terpukul!
    jazakillahu khairan, k. aisyah z.

    thesmall said:
    January 14, 2011 at 1:06 pm

    thank you so much for sharing!:)

    ainun said:
    January 15, 2011 at 1:00 am

    dlm tv al-hijrah ada satu rancangan jam 11pm setiam malam tajuk dia al-quran: the new dawn. ana sgt suka rancangan tu. ada je perkara2 yg mengetuk minda. salah satu topik baru ni: taqallub (berbolak-balik) boleh dipandang dari sudut positif. tentang nabi saw yg suka pandang langit bila banyak masalah di bumi. tentang ikhtiar kita sbg manusia utk sentiasa bebas memilih apa yg lbeh baik.

    aisyah masih igt soalan cepumas ana? sbnrnya yg sedang ‘down’ tu ialah ana tapi ana gunakan soalan berkias ttg mutarabbi. skrg ana btol2 perlukan masa. mgkn tawaqquf bukan cara tbaik tapi btol2 perlukan masa utk berada dlm ‘gua’ buat sejenak. wanita umpama ombak, ana rasa ungkapan ni sangat tepat! 😉

    harapan semasa tawaqquf, dapat ikhtiarkan jalan atau pilihan yg mbolehkan kita menyumbang dgn lbeh baik dlm merealisasikan cita2, insya Allah.

    tolonglah doakan semua akhawat kita mati dlm keadaan masih hidup segar dgn cita2 drpd hidup dlm keadaan sudah mati cita2nya. wslm

      muharikah responded:
      January 18, 2011 at 8:51 pm

      salam ainun. afwan lambat nak balas comment ainun ni. tak tahulah ainun membacanya atau tidak. moga2 sampai satu hari annti pada ainun juga :0

      tawaquf itu terkadang mampu menerangkan mata hati dan akal dalam mencari jawapan.

      tapi yang paling pentingnya adalah untuk atasi semula kelemahan dan down tersebut. kene kembali pada Allah.

      amazingly umat sangat perlukan kita. saya dan kamu ainun. dan kita terkadang perlu sangat keluar dari gua kita itu cepat2, kerana jahiliyah sudah lama di hadapan berbanding kita.

      saya pun teramat banyak dosa2 saya… aduh.. takutnya nak cakap banyak2.

    danial al asr said:
    January 15, 2011 at 9:07 am

    subhaallah.terima kasih.saya amat menghargai tulisan akak ni..lelaki cool je eh kalau tak stabil….mana ada horror..

      muharikah responded:
      January 18, 2011 at 8:59 pm

      alhamdulillah. mungkin anta tak pernah lagi down betul2 danial sebab itu anta tak pernah lagi pergi kepada state horror tu.uhhuuh. anyway, alhamdulillah ada manfaat artikel ini buat anta..

    kembang semangkuk said:
    January 15, 2011 at 4:50 pm

    Wanita yg bagai ombak adalah wanita yg masih bergejolak nafsu amarahnya dan tinggi mazmumahnya. Ego. Panas baran serta tidak stabil emosinya. Jika tidak dirawat ruhiyahnya ….rosaklah dakwah. selamat bermujahadah!

      karipap said:
      January 16, 2011 at 2:21 pm

      kerana itu mungkin suaminya menegurnya sekaligus memainkan peranan sebagai pelengkap hidupnya..

    mun said:
    January 17, 2011 at 12:03 pm

    salam kak lama ana tak singgah sini. ana sedang dalam kondisi ini sekarang. ana rasa nak pergi satu tempat yang jauh…bersendiri…dan muhasabah… tak pernah ana menyangka makin lama ana dalam tarbiyah, ana akan diuji begini…
    ana konflik untuk buat yg terbaik dalam dakwah dan juga dalam akademik.
    tmbhn pula dis is the last year utk 1st degree ana. ana rasa stress nak imbangkan kedua2nya…
    ana dah kurg fikir pasal bab khwin…
    ni yg ana fikir skrg…kerja2 dakwah dan kerja2 akademik… ana tak semangat dalam akademik, as a consequence ana rasa tak smngt juga dlm gerak kerja dakwah…
    sampaikan 1 masa hari tu ana rasa ana nak jadi pengikut je… ana tak mau jadi penggerak… tolong nasihat ana kak… jzkk….

      muharikah responded:
      January 18, 2011 at 9:01 pm

      munnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ( eh, ni mun mana eh?)

      sabarrrrrrrrrrrrrrrrr.!!!!!!!!!!!!!!!!!!! jgn give up okkkkkkkkkkkkkkkkkkkk???

      mmg camtulah dakwah..

      makin lama, makin deep ujiannya. makin rasa sesak dan berat sangatttttttttt.. itulah sunnatullahnya.. sebab bila dapat atasi ujian itu, kita makin kuat dan tambah mantappppppppppppp iAllah.

      buat semua kerana Allah.

      all out semua kerana ALlah.

      study kerana ALlah. dakwah kerana Allah. di situ awak temui kekuatannyaaaaaaa! biiznillah!

    akmal said:
    January 17, 2011 at 1:53 pm

    jazakillah..jazakillah..jazakillah..
    tarbiyyah dzatiiyah tu sgat penting..

    muharikah responded:
    January 18, 2011 at 8:49 pm

    Afwan semua, amik masa untuk balas comment2. tak sempat nak reply ikut emel masing2 sebab tak sure betul ke tak emel2 anda semua..huuh

    saya sangat teringin berkenalan dengan semua. lebih best borak dari tulisan secara maya neh.

    buat semua, doakan diri saya juga ‘terkena’ dengan tulisan sendiri dan tak ‘mahsyuk’ asyik nasihat orang sahaja…

    amyheidi–> be tough sis! umat perlukan kita!yeah!

    danial al asr said:
    January 18, 2011 at 11:01 pm

    hehe..betul2..saja je …moga terus tabah dalam kehidupan alam perkahwinan..terus mekar.

    izzati hashim said:
    January 21, 2011 at 6:43 pm

    Salam.

    sgt bermakna perkongsian ini!. terima kasih 😀

    NIkM said:
    January 22, 2011 at 12:23 am

    salam akak, ibarat teguran Ilahi ke atas saya..alhamdulillah wa astaghfirullah..
    Banyak keje yang perlu dilakukan, namun kadang2 rasa diri ini lebih memikirkan diri sendiri dan angan2 yg memanjang2 sampai xde st keje berfaedah pun dibuat. Sungguh bijak syaitan nih.

    Jazakillah kak.

    kura2 itu said:
    January 22, 2011 at 11:30 pm

    Wujud x wanita yg stabil kt dunia nih? Kerana ana seorg llaki yg agak x stabil , huhu

      muharikah responded:
      January 25, 2011 at 6:52 am

      wanita mmg stabil. bile beremosi sahaja dia berombak. lepas itu dia akan rasional balik. mmg lelaki ramai je yang tak stabil. ada apa2 boleh bantu kura2?

    munirah hishamshah said:
    February 2, 2011 at 11:12 am

    Alhamdulillah.grateful to have come accross this.
    jzkk sis!

    kalau baca tulisan john gray, beliau ada cakap, terutama buat wanita2 yang aktivis, yang punya career…..semakin berombak lah dia……..spjg aktiviti harian, to survive, testosterone akan meningkat, way more than we can handle…..bila balik, we need our oxytoxin build up back so that we become ourselves again….in this sense,other than a good spiritual and physical health, memang suami amat2 diperlukan..mereka perlu faham hakikat ini dan bantu isteri mereka, dengan cara mendengar…memahami dan kemudian barulah memberi tazkirah kembali….and then if sesuai, beri cadangan yang berpatutan…yang utama, redakan ombak emosi itu dulu (which does not take a lot, but listening, very good listening.). kalau tak, rugilah pasangan tu…sbb perempuan can do wonders bila emosinya stable….and lelaki can do wonders when they know that its largely because of their patience and understanding…..:)

    sbb tu dia kata ironi bila perempuan zaman sekarang rasa tak ada suami lebih baik.hakikatnya dunia sekarang di mana perempuan lebih aktif, lebih memerlukan synergy yang baik anatara suami isteri…..

    tapi betul kata akak, kalau kahwin dengan expectation begitu, mmg sgt tak berpatutan kerana ada kemungkinan kita takkan mendapatnya……;-) sebaliknya pasanglah harapan yang lebih Allah centric…

      muharikah responded:
      February 4, 2011 at 1:22 am

      alhamdulillah. betul apa anti cakap ini ukhti. jzkk 🙂

    abrar said:
    April 23, 2011 at 6:00 pm

    jazakillah ya ukhti ❤ saya ingatkan saya yg tak normal huhu. kembali bersemangat baca post ni^^ Allah ghayatuna jihad sabiluna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s