Diri kita tetap hamba Allah

Posted on Updated on

Dalam hidup kita, kita pasti diuji,

samada lambat, mahupun cepat..
ujian itu pasti datang pada kita.

demi mengeluarkan unsur-unsur dan jirim-jirim yang terbaik dalam diri kita.

sementalahan kita berhadapan dengan detik ujian itu,

pasti hati kita akan berdetak, bergoncang begitu dahsyat sekali:

‘ kenapa ALlah buat aku camni?’

‘ baik aku mati lagi senang dari berhadapan dengan ujian in!!!!!!!!!!,’

‘ arghhhhhhhh, tak pernah aku tahu ada orang menghadapi ujian lebih berat dari aku ini!!!’

sehingga jalan di hadapan kita kelam.

sehingga kita kaku dalam mencari jawapan.

teraba-raba pula pada detik sebuah hiburan mahupun gelak tawa teman-teman yang tentu bersifat sementara cuma.

Sedangkan kita terlupa, walaupun sakit dan dahsyatnya detik kita berhadapan dengan ujian tersebut, itulah tarbiyah terbaik Allah berikan buat kita.

walaupun kita rasa,  tak patutnya ujian itu menimpa diri kita.

Percayalah.

Sedangkan Rasul Al-Amin sendiri berhadapan dengan kesengsaraan perasaan.

Hidup tanpa adanya Khadijah dan Abu talib.

Bertali arus ujian mendatang, dari sudut tekanan perasaan dan kejiwaan. Ujian yang datang dari keluarga terdekat baginda sendiri. Bapa-bapa saudara baginda yang dahulunya memeluk cium baginda, kini menjadi musuh ketat baginya.

Sehinggalah baginda menghadap wajahnya ke langit. Meminta dengan penuh tangis pengharapan.

Ya Allah, berilah aku kekuatan ya Rabb!,‘ barangkali itulah rintihan baginda.

sehinggalah Allah menyambut seruannya dengan penuh gembira, menenangkan jiwa yang lara penuh duka..

itulah dia tarbiyah Allah pada seorang Nabi. Tarbiyah penggantungan pada Rabb. Tarbiyah pendidikan mendidik jiwa seorang rasul, menjadi seorang hamba ALlah…

.مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى

Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu. ( Dhuha: 3)

Semilir lembut panggilan Ilahi cukup mengembalikan semula kekuatan baginda. Cukup untuk meneguhkan tapak kakinya di atas jalan penuh mehnah dan ujian.

 

Sebelumnya itu baginda, seorang yang yatim, seorang yang tiada pedoman, dan miskin akhirnya Allah berikan segalanya buat baginda.

Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allahmemberi perlindungan kepadamu?Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu? ( ad-dhuha: 6-8)

Sedangkan, kita cuma dihadap mungkin dengan mehnah sebuah kehidupan. Kerana kita struggle teramat untuk hidup sebagai seorang hamba yang sempurna di atas dunia ini.

Dan Allah berikan kita ujian…

dush…

dush…

dush..

untuk menggertak, menyedarkan kita, akan suatu hakikat yang teramat besar.

Kita hanyalah hamba Allah semata.

We are His servant. Hanyalah seorang hamba.

Hamba yang hanya menjalankan perintah Tuannya. The servant that only serves his master.

Sehinggalah seluruh kehidupan kita, seluruh kehidupan kita beserta nafsu dan jiwa kita, hanyalah mengikut perintah Allah.

Ada seseorang pernah berkata kepadaku:

Saya takkan buat sesuatu kalau benda itu saya tak rasa nak buat.

saya bertanya dia semula:

walaupun benda itu wajib untuk awak buat?

dan dia jawap

 

Hurm.. sebab saya tak rasa nak buat benda itu…camne nak buat kalau tak rasa? faham ke?

dan saya tahu dia sendiri dalam keadaan keliru dengan kenyataan itu.

Manusia beriman, takkan pernah meletakkan ‘rasa’ dia dahulu sebelum sesuatu yang diperintahkan Allah.

Kerana hati, perasaan dan jiwa orang beriman, diselaputi dengan acuan Rabbani, sehingga seluruh hati dan perasaaannya itu akan terbentuk dengan celupan, sibghah Allah.

“Itulah sibghah (corakan/celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah.” (Al-Baqarah: 138)

 

 

“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 65.

 

seorang mukmin, sebelum berbuat apa-apa, akan merujuk pada Islam, agar dia berbuat menurut neraca islam.

 

Itu kerana iman sudah menyeliputi dirinya, sehingga nafsunya gagal untuk menguasainya. walau hati dia jengkel dan susah untuk berbuat apa yang Allah suruh, akan dibentur, dan dididik hatinya perlahan-lahan, sehingga dia mampu berbuat seperti mana Allah suruh dia buat.

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

Tidak beriman seseorang dari kamu sekiranya nafsunya tidak mengikuti apa yang aku bawa

Itulah dia tarbiyah dalam islam. Sehingga seluruh rasa diri kita sudah tidak penting, yang penting segalanya apa yang Allah redhai, dan apa yang rasululullah ajarkan.

kerana jiwa kita ini hamba. hamba takkan pandai2 je buat dan ikut apa yang dia nakkan. Hamba perlu ikut dan buat seperti mana yang master dia kehendaki.

“Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada    Allah.”

– Surah al-An’am: ayat 162-163.

 

Dia akan berusaha mendidik jiwa dia untuk merasa suka akan sebuah kewajipan, walaupun diri dan perasaannya tak suka malah teramat berat sangat-sangat untuk melaksanakan kewajipan itu.

Seperti mana kalau dia sendiri mencipta jam, mahupun television.

Jika ada kerosakan pada jam dan TV, tentulah dia lebih tahu di mana rosaknya.

Begitu juga jika ada kepincangan dalam kehidupan dirinya. Ada sesuatu yang tak kena. Even, ada ujian yang bertalu-talu menimpa, tentu dirinya sedang mengalami kerosakan. Dan tentu Allah yang Maha Pengasihlah, tempat dia kembali untuk menserviskan dirinya.

Bukankah Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita, walaupun kita amat membenci dan tak suka sangat-sangat keadaan diri kita?

Sebab kita akan mudah buat benda yang telah dimudahkan untuk diri kita.

Ada orang senang sahaja untuk berdakwah. Dalam diri dia, sudah ada elemen kesediaan untuk bergerak, untuk berdakwah.

Namun, dia amat sukar menjaga hubungannya sesama manusia. Percakapannya kasar. Tindak tanduknya angkuh. Dirinya ego dari menerima teguran.

maka di situlah ujian tarbiyahnya. Sehingga diri dia lentur dalam sibghah Allah. Menjadikan jiwa, diri, dan hatinya, menurut neraca Allah. Bukan kerana ‘rasa’ hatinya dahulu.

 

Ada orang terbalik pula. Amat terbaik dalam hal-hal dunia dan kemanusiaan. Lemah pula untuk berdakwah.

 

Untuk akhawat pula, lemah dalam menukar pakaian, dalam menutur bicara seorang akhawat, untuk berakhlak dengan akhlak muslimah. Walaupun gencarnya dia dalam medan jihad dakwah!

Bukankah di saat kita melaungkan kalimah syahadatul haq dengan tempikan suara yang menggetarkan hati manusia yang mendengarnya, kita mengajak mereka supaya mentahkikkan syahadah pada amalan mereka dan tindak tanduk mereka? kita mengajar mereka erti kehidupan muslim yang sebenar, iaitu menjadi khalifah Allah dan hamba Allah? kita mengajak mereka untuk sama-sama memaknai nikmatnya mendapat jawatan dari Allah, jawatan sebagai seorang hamba Allah yang mengungguli kalimahNya?

Namun di saat perlaksanaan Islam itu sendiri, kita menjadi lemah dan kekok. Kita masih enggan mensibghahkan sepenuhnya diri kita pada makna Islam itu sendiri. Sehingga ajakan kita itu sendiri tidak menggambarkan apakah itu Islam sendiri.

 

Sedangkan selama ini, begitu tajam sekali kita menasihati manusia dengan sayonara jahiliyah.

Kita akan diuji oleh Allah dengan sebenar-benar ujian, hingga kita menyedari kelemahan kita dan bertaubat dari dosa-dosa kita. Sehinggalah kita mampu keluar dari kelemahan itu menuju manusia yang lebih baik dari semalam.

Kerana Allah mahukan kesempurnaan pada kita sebagai hambaNya.

Agar kita kembali padaNya dengan sepenuh keikhlasan.

Agar kita kembali padaNya setelah menjadi sempurna,

sempurna sebagai hambaNya
sempurna sebagai khalifahNya.

menjadi seorang daie itu adalah satu struggle ( jihad)
melaksanakan apa yang diserukan itu  lebih struggle dari dakwah itu sendiri….

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢)ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٣

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? (2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan ( As-saff 2-3)

Dakwah dan kehidupan, ia tidak pernah terpisah, ibarat mata wang yang mempunyai dua sisi wajah. Salah satu takkan lengkap, tanpa salah satu darinya.

ukhtikum fillah,

hamba Allah khalifah Allah,
aisyahz
glasgow

Advertisements

9 thoughts on “Diri kita tetap hamba Allah

    danial al asr said:
    January 11, 2011 at 9:21 am

    tulisan2 yang trus mengesani pada hati….

    amieheidi said:
    January 12, 2011 at 8:40 am

    Salam akk,

    Amy ada baca somewhere that kalau Allah bagi kita ujian, ertinya Allah cinta kat kita, coz ada ayat kan… yang cakap ‘Jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan mengujinya’

    Sya betul2 merasakan cinta Allah tu semasa pegi mengembara hari tu. Pengembaraan yang santai tapi at the same time penuh dengan ujian. Saya ada email akk sharing tentang pengembaraan sya, hopefully akk dpt baca and bagi feedback. 🙂

      muharikah responded:
      January 13, 2011 at 3:21 am

      dah baca amy 🙂 dah balas dah emel awak tu.. teruskan lagi sharing ok?

    cik mus'ab said:
    January 12, 2011 at 11:06 am

    akak… doakan saya ya.

      muharikah responded:
      January 13, 2011 at 3:22 am

      doa iAllah. moga awak terus kuat cik musab! insyaallah…

    kiasatina nublah said:
    January 12, 2011 at 7:56 pm

    salam akak.. walaupun kite tk pernah bertemu.. tp say7a selalu mengikuti perkembangan blog akak.. n this articel is reallynice na good remainder to me… jazakillah akak..

      muharikah responded:
      January 13, 2011 at 3:22 am

      kiasatina, jadi ke datang UK eh? kita akan jumpa ke tak nanti?

    kiasatina nublah said:
    January 13, 2011 at 11:44 am

    jadi iA flight 20 jan ni.. sy tk pasti kite akn jumpe ker tk nanti.. tu kena tanye kak aisyah kaulah or kak zafirah hatta…

    thesmall said:
    January 14, 2011 at 1:17 pm

    Salam. akak ade cakap kalau kita ni di bagi bermacam2 ujian untuk buat kita sedar. saye dah banyak terpesong dlm hidup dan saye terbace artikel akak ni. adakah kealpaan saye selama ni, hidup skedar duniawi ujian buat saye? saye sering rase bersalah kalau nak berdoa sebab saye takut Allah dah xterima doa saye lg sbab byknye dosa yg telah saye buat. ape pendapat akak? tq 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s