Mutarabbi itu satu anugerah

Posted on Updated on

Astaghfirullah,

ada satu nikmat paling berharga dalam kehidupan ini;

anak murid yang bermanfaat buat gurunya.

dan  seorang mutarabbi yang benar2 menjadi rijalud dakwah adalah lebih baik daripada ratusan angka2 kosong yang meramaikan dan menyilaukan mata sahaja.

walaupun dia seorang, dia mampu menggegarkan seantero dunia.

Aku mengenali dirinya dahulu dan selalu tergelak bersendirian bila terkenangkan dirinya yang dulu.

dan memang aku kasihan melihat dirinya ‘dibuli’, ‘ditekan’, selalu kene pressure, selalu di’bossy’kan, selalu juga tidak dipedulikan. selalu juga dia termakan hati denganku kerana kebiasaanku suka mengkritik apa yang dia buat.

namun di situlah aku mengajarnya erti sebuah ketahanan. walaupun aku tahu, aku sendiri banyak perlu improve caraku mendidik manusia2 ini…

sering dia berkongsi denganku kesedihan dan kedukaan duduk berjauhan dari ramai manusia. sering kami rasai bersama kekontangan duit kerana harga transport yang mahal, mahupun masa2 yang terlalu lama dalam bas atau train untuk ke sesuatu tempat..

namun tarbiyah perjalanan itulah yang menguatkan hati dia, dan mencekalkan jiwa dia menghadapi pelbagai mehnah.

dan di situ aku melihatnya belajar bergantung pada Allah dengan lebih kuat lagi.

dan di tika aku ‘down’ dialah yang menjadi murabbi diriku, menasihati diriku, dan menarik aku semula dari lembah kerendahan itu. Sehingga aku mendapat kekuatan dan menyusun semula diriku dari saff ini.

dan anekdotnya aku sering melihatnya kelam kabut dalam melaksanakan tugasan yang dia tak biasa buat.

dahulu kami di ajar untuk menguasai semua skills.

SEMUA SKILLS.

dan itulah yang menjadikan diriku seorang mukmin yang amat bermanfaat buat manusia lain. resourceful and reliable.

kami diajar bertukang ( betulkan meja dan bangku sekolah sendiri), bersukan, bernasyid, memasak, menjahit, main kompang, bawak kereta, baiki kereta, sebutlah apa2 sahaja..

cuma buat benda2 berkek dan kuih sahaja aku kurang minat sket.

dan setiap kali program dilaksanakan, pada awalnya, kita akan mendapat posisi yang paling sesuai dengan bakat kita.

dan kita meletakkan tugasan mutarabbi kita begitu juga.

jika baru first time kita nak berikan tugasan kepada dia ( tugasan dakwah untuk program), maka kita berikan apa yang paling mampu dia buat.

BErikan dia tugas memasak jika memasak mudah baginya.

Berikan dia teknikal jika dia mahir dari sudut itu.

Jika dia menguasai bahan2 tarbiyah, berikan dia tugasan pengisian.

dan setelah berulang kali mendapat latihan dan menjadi cekap dalam area itu, maka kita anjakkan potensi dia seterusnya untuk mendapat latihan dari aspek lain. Sedikit demi sedikit. Bukan dilepaskan begitu sahaja.

Mulakan dengan dia menjadi pembantu, akhirnya menjadi ketua kepada sesuatu bahagian,

Dan akhirnya target kita adalah untuk dia menguasai semua lapangan skill yang ada sebagai seorang manusia.

Kita pernah bertemu dengan ramai manusia, dan mereka menjadi aspirasi saya sendiri yang amat unggul.

beberapa ikhwah dan akhawat menunjukkan bukti bahawa, mereka seorang, ya, seorang sahaja, menjadi tukang masak, menjadi camp comander, menguruskan teknikal dan juga pengisian (bukannnya memberi ceramah, just susun2 pengisian) untuk sebuah program yang ada dalam 20-30 peserta!

dan itulah dia manusia contoh. A very resourceful person. Seorang yang all rounder dan amat bermanfaat buat manusia.

Jika ada ratusan manusia camtu; can u imagine camne dunia ini akan jadi?

dan latihan demi latihan perlu kita hadapi. seperti mana kita nak mutarabbi kita develop, kita juga harus terus dibina dan terus dibina.

dan pada program lepas, mutarabbiku itu diuji dengan satu task yang amat besar dalam hidupnya.

banyak kali aku nampak air matanya hampir jatuh kerana aku tidak mempedulikannya langsung. dan aku menolak apa2 tugasan darinya kecualilah memasak. (derr.. tengah down kan. amende pun malas nak buat..huhuh). dia suruh aku jadi imam aku tak mahu. dia minta aku beri tazkirah aku tak mahu. dan setiap kali dia membuat muka memandang sinis padaku gaya-gaya –wut-eva-lah k aisyah– aku tahu hatinya dihiris pilu.

sebuah keyakinan yang terlahir dari tarbiyah ini 🙂

part of me time tu mmg tgh down dan malas nak fikir apa2 kecuali memasak. part of me tahu jika aku menolong, then she would not learned the most beautiful lesson when doing a program; which is making mistakes.

dengan kesilapan kita akan banyak belajar.

pertama kali dia menjadi pengarah program,memikirkan teknikal dan juga pengisian. menguruskan itenari dan pelbagai perkara. ada hikmahnya juga Allah berikan rasa down pada saya time ini, sebab time waktu biasa saya tengah semangat, sure saya cam tak suka langsung tengok apa2 flaws dalam program yang saya buat. mesti cam nak betulkan ataupun cam nak uruskan supaya menjadi purrrfeeectt.

but then Allah wants her to learn the lesson.

And i think she did very well indeed.

Malam selepas program dia duduk disampingku sambil kami memikirkan apa yang kami dapat sepanjang program.

belajar untuk bangun setelah jatuh

dan pada dia aku tanyakan soalan berharga:

‘apa yang awak dapat, dan apa yang awak belajar dari program kita buat ini?’

dan aku nampak optimisme pada suaranya untuk terus berlatih dan berlatih lagi.

dan saya katakan pada hati kecilku: hohohoh.. ur task is not yet over my dear.. banyak lagi benda  kene praktis ini!

sehinggalah satu hari nanti.. dia mampu menjadi seorang murabbi..

seorang yang mempu berbuat segala2nya untuk dakwah ini biiznillah.

dan tentu selain dari dia ( dia adalah orang yang paling lama saya tarbiah, so melihat dia membesar dan berkembang itu satu anugerah. dan achievement yang dia capai itu rasa cam nak buat chart atau graf je..heheh…. so saya masih lagi tgh experiment apa yang saya buat selama ini mengikut fiqh dakwah yang saya fahami berkesan tak pada dia dahulu) , ada lagi anak2 binaan saya yang perlu diperhatikan, diberikan latihan dari sudut amalnya, dari sudut skillnya, hingga menjadi manusia yang benar2 bermanfaat dan resourcefull buat manusia.

sehingga seorang sahaja dari mereka, mampu menggegarkan seluruh dunia biiznillah…

seperti jugalah kita dalam membina manusia… memikirkan dan terus memikirkan, apakah cara paling tepat dalam mendidik mereka.. bukan sekadr bagi kerja sebab mereka takde kerja..

pengalaman ski ini banyak mengajar kami sesuatu...

kerja membina manusia tetap paling aula dan utama. kita tak beri kerja teknikal sebab mereka takde kerja lain atau usrah. kita berikan tugasan pada mereka, atau apa2 tugasan sekalipun, kerana ada sebab, ada tujuan tarbiyah.

kerana kita mahu mereka all rounder dalam dakwah. letak di posisi manapun, mereka akan buat dengan terbaik. tanpa ada flaws. mereka ada semua essential skills as resourceful person.

Mutarabbi itu satu anugerah.

Ya, jika mereka mengingatkan kita pada Allah.

Alhamdulillah.

tarbiyah dan dakwah ini, gabungan ruhiyah dan juga sebuah kehidupan..

alhamdulillah. saya katakan pada dia: berjaya juga program ini..hehhe.. dengan izin Allah...

ok perlu rehat, esok kene kerja juga walaupun suara sudah makin tiada..huhuh

aisyahz

glasgow

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s