Cerpen:Nilai 100 pounds

Posted on Updated on

‘ Sayang, abang kasi sayang 100 pound ye. Hadiah sebab dapat honest time exam hari itu.’

Batrisya memandang kaget wajah suaminya sambil cuba menenangkan anak bongsunya Affan yang merengek-rengek meminta perhatian darinya.

‘ Kenapa abang? kan abang kata hari itu perlu berjimat cermat untuk kita simpan duit bila balik ke Malaysia nanti?’

Suaminya terus tersenyum penuh kecintaan buat sang isteri yang sentiasa memberikan yang terbaik buat suaminya.

‘ Tak apa. Abang ada banyak lagi simpanan. Duit ini hadiah dari abang buat isterinya tercinta. Tapi abang masukkan online tau.’

Batrisyia terus angguk tersenyum melihat suaminya itu. Kaget juga kerana suaminya jarang memberikan hadiah sempena kejayaan peperiksaannya. Lagipun exam master. Bukannya hebat sangat walaupun diakui amat sukar untuk menghadapi kertas kejuteraan mikroelektronik itu. Apatah lagi perlu menyesuaikan diri di tempat baru bersama dua orang anaknya.

Seketika pula, Affan sudah menjerit kerana dipukul adiknya Adlina. Lantas terus dia bergegas menenangkan dua anaknya itu sebelum bersiap-siap pula untuk menyiapkan makanan tengahari mereka di hujung minggu itu.

Suaminya, Salman, terus menghadap semula ke kekaca komputer, samada menyiapkan thesis PHD ataupun mungkin sedang memasukkan duit ke dalam akaunnya.

_____________________________________________________

Emel dibuka pada pagi hari seusai subuh. Suaminya menyambung tidur kerana pagi masih awal. Subuh di waktu musim panas seawal 4 pagi. Entah mengapa matanya tidak kantuk. Dan anak-anaknya sendiri masih lagi tenang dalam tidur mereka. Inilah masa terbaik mendapat inspirasi dan ilham dari Pencipta langit, memasukkan setiap zarah ilmu pada relung hatinya.

Seperti kebiasaan, dia aka membuka emel-emelnya sebelum meneruskan pembelajarannya di pagi hari. Membaca emel tentang dakwah mahupun tarbiyah sering menggoncangkan semangatnya. apatah lagi emel-emel ukhuwah yang terus menguatkan hatinya di jalan dakwah ini.

Matanya terus tertancap pada satu tajuk emel yang BERBOLD besar daripada banyak timbunan emel yang masih belum dibukanya. Terus diklik ke emel tersebut.

[ahli-ahliprogram]INFAK DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SUMMER CAMP KITA

from: masulahprogram

to:ahli-ahliprogram@yahoogroups.com

Dearest akhawat fillah,

moga dalam himmah dan iman aliyah. Afwan sangat2 jika emel ini menyusahkan antunna sekalian. Seperti antunna tahu, ini program pertama kita buat untuk jemput adik2 baru kita. Maka kita nak ensure adik2 kita takkan terbeban dengan bayaran yuran yang mereka perlu bayar.

on the other hands, cost yang perlu kita cover untuk program ini agak besar. So ana harap akhwat sekalian mampu untuk menghulurkan infak untuk menjayakan program kita ini.

insyaallah kita akan cari juga sponsor dan juga buat jualan untuk come up with the money. Namun sumbangan dari kalian amat-amat diperlukan.

Moga kocek-kocek kita menjadi bekalan buat kita di akhirat nanti. DAn sungguh Allah menyintai orang yang menjual harta dan diri mereka di jalan Allah..

Untuk Infak, boleh masukkan ke dalam akaun bendahari kita insyaallah.

Nama: bendahari

account:43444444

sortcode:111111

boleh berbuat demikian sebelum 8 June 2009 ye.

Jazakumullah khairan khathira kepada akhwat semua! Sayang antunna fillah!

Yang benarrrrrr,

masulah.

Butiran emel di subuh hari itu membuatkan Batrisyia termangu sendirian.

Bukanlah untuk berinfak itu memberatkan dia, cuma terkenangkan betapa jauhnya diri dia dari amal dakwah akhawat lain seangkatan dengannya.

Sebelum dia berkahwin, dia tidak tahu bahawa baitul muslim itu boleh dibincangkan dalam usrah. Padanya usrah itu untuk sesuatu yang sacred. Yang suci. Baitul muslim bukan sesuatu yang boleh dibincangkan secara hati ke hati dengan naqibah. Di tika itu dia masih naif dan muda. Dia masih tak tahu untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya.

Bila seorang lelaki hadir ke rumahnya untuk meminangnya, terus diterima pinangan itu. Lelaki itu seorang yang soleh dan sudah bersedia menjadi seorang suami. Dia tidak mengenali lelaki itu sebelum menerima lamarannya. Dia cuma pernah bertemu dengan di beberapa kelas di universiti tempat mereka belajar.

Setelah istikharah sekali dan berbincang dengan ibu bapanya, dia terus melangkah ke alam perkahwinan pada usia yang muda. Menjadi orang pertama dalam usrahnya yang berbaitul muslim.

Namun, satu yang tidak diperhatikan ketika menerima lamaran suaminya adalah: penerimaan suaminya terhadap dakwah dan tarbiyah. Suaminya seorang hafiz Quran. Seorang yang tahu asas-asas ajaran Islam. Padanya itu sudah cukup untuk seseorang itu faham bahawa dakwah dan tarbiyah itu penting bagi seorang muslim.

Ternyata selepas perkahwinan, sangkaannya itu bukanlah sesuatu yang realiti.

Suaminya seorang yang amat baik pada seorang isteri. Cumanya, pada suaminya, tugas isteri adalah perlu berada di rumah. Isteri adalah hak dan milik suami, maka perlulah sentiasa berkhidmat pada suaminya semata-mata.Isteri tidak boleh menjadi tontonan masyarakat di luar. Tidak perlu berdakwah ataupun mengikuti tarbiyah. Cukuplah biar suami sahaja yang berperanan seperti itu.

Maka blog dakwahnya terpaksa ditutup. Dia tidak lagi mengikuti halaqah usrahnya. Berhenti dari mengelolakan usrah.

Dan setahun dua keadaan dia begitu, hidupnya terasa dalam kegelapan. Dia hilang dirinya yang dahulu. Cahaya keimannnya malap. Hidupnya bahagia bersama keluarga, namun ada kekosongan di situ. Ada ketenangan yang telah hilang. Dia tahu dia perlu hidup semula seperti mana yang Allah mahu hamba-hambaNya hidup.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Itulah dia hidup untuk Allah dan kerana Allah.

hidup untuk dakwah dan menegakkan agamaNya.

tidak ada gunanya dunia ini jika tidak ada dakwah didalamnya.

Ibu bapanya masih lagi tsabat di atas jalan dakwah. Pada ibunya dia mengadu. Dan dari ibunya dia mendapat kekuatan.

Sedikit demi sedikit dia cuba bangkit dari tidurnya. Cuba bangkit berhadapan dengan suaminya. Meminta penuh kelembutan. Terkadang menggunakan akal rasional untuk berdebat dengan suaminya akan kepentingannya berada dalam jalan dakwah dan tarbiyah. cuba mengajari suaminnya. Namun itu teramat sukar kerana ego seorang lelaki yang teramat tinggi. Namun dia terus berdoa dan berdoa. Meminta izin tanpa bosan sehinggalah suaminya membenarkannya. Β Cuba memahamkan suaminya walaupun dibidas pada akhirnya.

Dirinya takut, jika dia tidak bersama semula kelompok dakwah dan tarbiyah, maka suatu hari nanti jahiliyah akan memasuki rumahnya dan merasuk anak-anaknya pula. Wal iyazubulillah….

Dia meminta izin untuk mengikuti semula usrah. Pada awalnya suaminya menghalang. Kerana suaminya amat skeptikal pada usrah orang-orang Melayu. Dia pun tak faham mengapa.

Bila mereka berdua berpeluang ke bumi UK untuk melanjutkan pelajaran, Allah telah membukakan jalan yang luas baginya untuk menggapai cahaya hidayahNya.

Ternyata ada akhawat bangsa Arab yang fasih berbahasa Inggeris. Dia berkenalan dengan mereka menerusi rangkaian jemaah Melayu juga. Walaupun suaminya tak mengetahui bahawa semua jemaah di dunia ini adalah dari jemaah tunggal yang sama, kerana itu fikrah mereka sama juga.

Dari situ dia memulakan semula usrahnya. Mencari kekuatan semula pada DeenNya. Berusaha semula mencari yang telah pun hilang. WAlaupun dia perlu mengheret Affan dan Adlina bersama ke setiap usrah dan program. Sedangkan untuk ke usrah sahaja dia perlu menaiki tren selama sejam dua. Namun diketepikan semua kesukaran tersebut, kerana masa yang telah terbuang kerana kehidupannya dahulu tidak mampu tertebus.
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (At-Taubah 9:41)

Dan Allah itu teramat baik. Allah Akbar!

Suaminya sendiri mula mengikuti halaqah dengan ikhwah Arab di tempat mereka. Dan dia menyukai halaqah tersebut walaupun dia masih lagi skeptik pada gerakan dakwah berbangsa melayu. Dari situ sedikit demi sedikit suaminya mula untuk memahami fikrah Islam.

Akhawat-akhawat Melayu di sekitar kawasannya telah dapat berhubung dengannya. Dari situ dia mengikuti perbincangan-perbincangan serta aktiviti-aktiviti mereka.

Dan acapkali juga dia meminta untuk menghadiri program-program daurah ataupun camping yang dikelolakan oleh jemaah Malaysia di situ, namun suaminya pasti menghalang. Entah apa lagi yang mampu dia lakukan untuk mengubah persepsi suaminya. Seolah-olah rasa jelek pada gerakan dakwah orang Melayu ini.

Insyaallah moga tarbiyah yang suaminya dapat dari orang Arab itu mampu mengubah mindanya.

Dan dia akan terus berdoa dan berdoa.

Membaca semula emel yang diterima pagi itu, dia tahu, amat sedikit pengorbanannya sendiri pada program summer camp tersebut.

Paling mengejutkan dirinya, suaminya mengizinkannya untuk pergi. Walaupun dia terpaksa memanipulasikan situasi agar suaminya tidak mampu menghalangnya. Menggunakan alasan Affan dan Adlina perlu jumpa kawan-kawan baru. Menggunakan kerana terperap lama di dalam rumah selepas peperiksaan.Alhamdulillah, trick itu kelihatan berjaya. Walaupun dia hampir kematian idea untuk menjawap kata-kata suaminya.

Page account HSBC dibuka pada google chrome.

Dan terus GBP 100 pound ditransfer.

Confirm.


Dia menutup page itu dan ditutup komputer ribanya. Masa untuk belajar pula sebelum Affan dan Adlina bangun dari tidur.

______________________________________

‘Abang, duit untuk bayar yuran summer camp untuk anak-anak kita hari itu tak cukuplah abang beri kat sayang.’ Tanyanya dengan lembut pada si suami.

‘owh, berapa sebenarnya?

‘untuk kami bertiga dalam 60 pound juga. abang kasi 40 pound je hari itu’.

‘ok. kan abang kasi 100 hari itu pada ayang. tak cukup ke yang itu?’

‘ ala abang, itu kan duit hadiah ayang. Manalah boleh guna duit itu.’ jawapnya penuh manja untuk menutup sebuah kenyataan.

‘ gunalah duit itu dulu. nanti abang gantikan ye?’

Duitnya bulan itu memang hampir-hampir sifar kerana sebahagian besarnya telah dihantar untuk ibu bapanya di Malaysia. Untuk menunggu duit tajaan masuk, mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu lagi. Dia sendiri telah membeli duit tiket yang agak mahal menaiki keretapi untuk ke summer camp di persisiran Wales. Menggunakan duitnya sendiri itu.Hanya dia dan 2 orang anaknya sahaja yang pergi.

Dia meninggalkan suaminya di ruang tamu yang masih sibuk di hadapan komputernya. Dia mundar mandir ke dapur, kemudian ke bilik tidur anaknya, kemudian ke bilik tidurnya sebelum dia duduk di atas katilnya. Mencari idea dan ilham.

Tawakal Ala Allah. Dia perlu meminta juga duit dari suaminya kerana dia sendiri tidak tahu duit yurannya belum dilunaskan lagi sebelum dia memindahkan duit 100 pounds itu.

Dia ke dapur membuat kopi buat suaminya. Kemudian di bawanya ke meja suami sebelum duduk bersimpuh di sisi si suami.

‘ Abang.. ayang rasa ayang perlukan juga duit belanja sedikit untuk pergi ke program tu juga nanti. sekurang-kurangnya ayang perlukan lagi 50 pounds abang.’

‘ Abang tahu itu. Tapi duit ayang dah habis ke abang beri hari itu? ayang beli apa dengan duit itu?’

‘ hurm.. ada orang lebih memerlukan duit itu dari kita abang. Sebab itu ayang berikan buat mereka.’

‘Semua ke? bagus isteri abang yang solehah ini. tapi pada siapa ayang berikan boleh abang tahu?’

‘ Hurmm… pada program summer camp itu…’

suaminya terus terdiam.Muka dan telinganya mula menampakkan rona-rona merah. Tangannya menggigil mendengar jawapan di isteri. Terus dia letakkan semula kopi ke meja dan meninggalkan Batrisyia di situ bersendirian.

Dan di detik itu, manik-manik air mata telah mula berguguran dari pipi Batrisyia.

Esok, keretapinya akan mula bergerak pada pukul 9 pagi.

________________________________________

‘ Apa khabar ukhti? Lamanya tidak berjumpa! alhamdulillah seronok dapat jumpa anti. Ahlan, masuk sekali dengan anak-anak.’

Sejuk hati Batrisyia bertemu dengan akhawat yang telah lama tidak ditemuinya.Rasa tenang dan damai bertemu mereka.

Di meja pendaftaran, Bastrisyia terpaksa memohon maaf kerana terpaksa membayar lebihan yuran pada waktu akan datang. Namun kejutan yang dia terima; yurannya telah dikurangkan ke 40 pound sahaja. Alhamdulillah!

Di sepanjang musafir dan juga kehadirannya di summer camp itu, dia tidak putus putus berdoa buat suaminya.Tidak putus-putus, mendoakan suaminya agar terbuka hati untuk menerima sentuhan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila melihat akhawat-akhawat yang sudah berkeluarga dan beranak pinak, tidak kurang juga yang masih muda namun ke hadapan di medan dakwah ini, wujud rasa kagum dan cemburu sekaligus melihat mereka. Siapalah dirinya berbanding mereka.Dia tak sehebat mereka di jalan dakwah ini. Dia masih lagi perlu bangkit dan diperkuatkan. Namun menyerah diri pada keadaan; tidak sama sekali! .

Walaupun terpaksa membawa Affan di atas stroller dan mendukung Adlina di belakang bahunya, dia melihat ketabahan beberapa akhawat lain yang membawa 4-5 orang anak tanpa kehadiran suami mereka ke tempat program. Betapa kuatnya dan tabahnya hati mereka. Tanpa segan silu mereka mengikat janji setia dengan Allah untuk hidup dan mati di jalan ini.

Malam sebelum kepulangannya ke kampung halaman, sempat dititipkan sms buat suami tercinta:

-abangku sayang, maafkan adinda kerana tidak sempat menyalamimu ketika berangkat tempohari. Abang masih tidur di saat itu dan adinda takut untuk kejutkan abang. Maafkan salah silap adindapada abang. Moga Abang meredhai adinda di mana sahaja saya berada. Moga Allah berikan kita berdua hidayahNya sentiasa insyaallah. Adinda sayangkan abang lillahi taala.

Dia gembira Allah menakdirkan dia bersama temasya Rabbani. Berhimpun bersama mereka yang cintakan dakwah dan Islam. Merasai semula nikmat berada di atas jalan dakwah ini. Alhamdulillah. Moga satu hari, suaminya akan merasai juga nikmat berada di atas jalan dakwah ini..

Esoknya ketika pulang, suaminya telahpun menunggu dengan hidangan lauk pauk yang penuh di atas meja. Sambil senyuman terukir di bibir suaminya.

Dia sendiri merasa hairan dan kaget melihat suaminya.

‘ camne isteri dan anak2 abi? seronok ke camp? nanti time makan-makan bolehlah share apa yang anak2 abi dapat ye?’

Suaminya terus mengambil barang dari tangannya dan memeluk anak-anaknya.

Selepas itu dipeluk tubuhnya yang sedikit berpeluh akibat membawa beg dan anak-anaknya itu.

Disebalik pelukan itu, suaminya membisik syahdu:

‘ terima kasih sayang , kerana bersabar dengan abang..’

Batrisyia tidak tahu. Adakah itu cahaya hidayah ataupun hanya sebuah ucapan.

Namun padanya, apa sahaja yang telah Allah tetapkan. Itu sendiri sudah menjadi sebuah anugerah.

Alhamdulillah Ya Rabb!

Nukilan;

muharikah

Advertisements

5 thoughts on “Cerpen:Nilai 100 pounds

    Adilah said:
    January 7, 2011 at 12:36 am

    salam kak aisyah.
    subhanallah!~ sangat touching.. sangat real! that it reminds me of someone…
    Mmg susah tapi tak mustahil. Bahkan itulah besarnya peluang ynag ada untuk mendapat pahala.

    p/s: teringat cerita Dr T, macamana beliau kenal dengan dakwah ni.

    fathiyyah said:
    January 7, 2011 at 11:59 am

    kak, terima kasih atas sharing ni πŸ™‚

    ewan said:
    January 8, 2011 at 11:11 am

    Assalamu’alaikum

    cerita ni sangat menarik.
    seronok dapat baca cerita ni.
    memang beruntung dapat isteri yang sangat penyabar seperti batrisyah.
    tq Allah sebab bukakan pintu hati Salman.
    Insyaallah lepas ni mesti Salman akan faham.
    tq kak Aisyah.

    ummu said:
    January 8, 2011 at 7:09 pm

    kak, terubat rindu, br berpeluang buka blog ini!! huuuu
    jzkk, key word for everrything, sabar (:

    p/s: miss u (:

      muharikah responded:
      January 11, 2011 at 12:10 am

      cik ummuuuu! pelik tetiba dah takde orang plymouth utk dikacau.. jom! saya mahu balik malaya jugaa…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s