Sejak bila kita mampu berhenti?

Posted on Updated on

Salam

apa yang terjadi pada kehidupanku sejak kebelakangan ini amat menyedarkan aku akan sebuah erti yang amat besar sekali:

aku hanyalah seorang manusia.

jujurnya aku amat takut jika kisah diriku menjadi bencana dakwah. dan manusia membenci dakwah keranaku. dan manusia lari dari dakwah kerana aku. dan manusia akan cakap pada dakwah:

‘ kenapa nak join dakwah2 ini? tengok si anu tu. dulu sibuk sangat berdakwah, sekarang, dia sama je cam orang biasa!’

wal iyazubillah. astaghfirullah.

lantas saya berfikir. perlu tak saya berundur dari jalan ini? perlu ke saya menyembunyikan diri agar manusia tak mengenali diri saya? agar manusia tidak lagi memandang apa2 pada saya? bukankah itu lebih baik dari manusia membenci dakwah kerana apa yang berlaku pada saya dan kerana apa yang saya lakukan?

atau saya fikir saya gi ke palestin supaya saya mati di sana dengan cepat. tapi nanti niat dah lain nanti masuk neraka… uwaaaaaaaaaaaaa!!!!

Dan aku merasai bukan sendi2ku lemah, tapi seluruh jiwa dan emosiku turut melemah dengan ketetapan yang berlaku dalam hidupku. sekuat mana aku cuba untuk bertahan, akhirnya aku menjadi give up dan menunggu masa melepaskan apa yang telah ku pegang selama ini.

and I felt , i’m just losing myself.

and for the first time in my life ( erkk, tipulahkan, banyak je lagi episod2 lain dalam hidup saya camni pun),

i have no control of my life.

dan saya rasa sangat sedih dan amat sedih kerana tak mampu menjadi yang terbaik di atas keterbatasan yang saya ada.

dan saya cuba mencari jalan keluar. saya cuba untuk bangkit. saya mengadu pada Allah ( errr.. maybe tak cukup lagi), cuba mengadu pada mereka yang amat dekat dengan diri saya, but still, saya memilih untuk jatuh dari bangkit. saya memilih untuk sembunyi dari terus bergerak di atas jalan ini. saya memilih untuk lari dari berhadapan dengan realiti dan menyelesaikan masalah dengan penuh optimis.

sehinggalah seseorang menasihati diriku:

‘ memang camni syaitan nak suruh kita lari dari jalan dakwah ini. dia akan beri idea kat awak untuk cari jalan escapisme dengan benda2 duniawi dan lari di jalan dakwah ini. dia lagi suka kalau kita terus lari dan futur di atas jalan dakwah ini’

sedangkan iman itu sentiasa menghidupkan kita.

dan ia memberi cahaya kepada relung hati kita, menolak kita dan memberi makna kepada setiap langkah kita.

ia memberi jawapan. ia simbol keikhlasan.

dan kita bergerak ( atau berhenti bergerak) bukanlah kerana manusia. tapi kerana Allah semata-mata.

hanya kerana Allah semata.

Dan berapa banyak Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)

kerana terkadang kita berfikir dan bertanya pada diri kita sendiri:

apa motivasi kita dalam bergerak?

apa yang menyebabkan kita bangkit?

apa yang menyebabkan kita mahu berjalan walaupun bertimpa2 ujian melanda?

kerana adik2. kerana anak2 usrah kita. kerana malu kepada orang lain. kerana .. kerana...

kalaulah motivasi kita adalah manusia, bila ujian kefuturan melanda kita, bile kita rasa down sangat, kita tak kisah pun apa yang berlaku pada adik2 kita dan mad’u kita itu. Biaq pi lah adik2 kita itu. nak tinggalkan derang pun rasa tak kisah. nak buang mereka pun tak kisah. peduli apa kita?

tapi di situlah Allah nak bersihkan hati kita.

Allah nak pusingkan paksi hati kita..

hanyalah kepadaNya.

setiap kali aku melihat wajah adik2ku di saat kefuturanku ini, aku merasai rasa kecintaan yang dalam buat mereka. rasa sayang yang tidak dibuat-buat. menyentuhi mereka di saat mereka bermanja denganku. dan tentu meninggalkan mereka kerana sebuah emosi adalah sebuah tindakan yang kejam.

dan ketika itu, seorang ukhti mengingatkan aku:

‘ bertaubatlah kepada Allah. mungkin dosa2 kita menyebabkan kita jauh dari Allah’

motivasi kita adalah iman kepada ALlah.

motivasi kita adalah mencari makna kepada kehidupan kita.  mencari hidayahNya di setiap masa.

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Siapa yang kekenyangan maka akan mendapat enam bahaya: kehilangan manisnya bermunajat kepada Allah, susah menghafal ilmu, kurang peduli terhadap sesama (karena mengira semua orang kenyang seperti dirinya), merasa berat beribadah, dan bergejolak syahwatnya. Karena, seorang mukmin akan menyibukkan diri berada di lingkungan masjid sementara orang yang perutnya kenyang akan sibuk di sekitar tempat pembuangan sampah.” (Riwayat Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumidin)

sejak bila kita mampu berhenti?

takkan bila2 pun kita mampu berhenti…

kerana ujian terbesar kita, bukanlah untuk sentiasa memproducekan hasil2 yang hebat dalam kehidupan kita ini..

tetapi ujian terbesar kita adalah untuk beristiqamah di atas jalan dakwah ini.

dan istiqamah itu berat, dan amat sukar sekali.

believe it.

Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)

ada satu pengisian yang best tentang futur. http://www.rohis.org/artikel/dari-anak-rohis/196-yang-berjatuhan-di-jalan-dakwah-penyebab-futhur-dan-solusinya.html

moga dapat manfaat darinya…

sayang antum kerana Allah,
terima kasih kerana bersabar dengan saya,

ukhtikum fillah,
aisyah
glasgow

Advertisements

6 thoughts on “Sejak bila kita mampu berhenti?

    fieqa said:
    January 5, 2011 at 2:42 am

    k aisyahhhhhhhhhhhhhhhhh

    menangis sy baca post ni akk.

    akk, jom berusaha n make effort n du’a for everyone,
    moga kita sama2 terus kuat melangkah dlm jalan ini.
    insyaAllah akk!
    sgt2 best, Allah stil bgi kite byk ketukan ketukan ntok kita kembali pada Dia akk,

    insyaAllah, insyaAllah. mge kita sama2 terus istiqamah, thabat, dan tegar dlm jalan yang kita imani ini,insyaAllah.

    oh, lagu kt entry is so touching…really3 touch my heart n soul! T_T

    with love fillah from canterbury ❤

    farah said:
    January 5, 2011 at 6:05 am

    salam
    k.aisyah
    ya Allah , ya Allah ..
    entah kenapa sama yang amat sangat dgn apa yang pernah dilalui , fatrah sedemikian , sebagai ujian untuk menguatkan kita mudah2n

    ‘Dan aku merasai bukan sendi2ku lemah, tapi seluruh jiwa dan emosiku turut melemah dengan ketetapan yang berlaku dalam hidupku. sekuat mana aku cuba untuk bertahan, akhirnya aku menjadi give up dan menunggu masa melepaskan apa yang telah ku pegang selama ini.’

    ‘and I felt , i’m just losing myself.and for the first time in my life,i have no control of my life.

    dan saya rasa sangat sedih dan amat sedih kerana tak mampu menjadi yang terbaik di atas keterbatasan yang saya ada.

    dan saya cuba mencari jalan keluar. saya cuba untuk bangkit. saya mengadu pada Allah, cuba mengadu pada mereka yang amat dekat dengan diri saya, but still, saya memilih untuk jatuh dari bangkit. saya memilih untuk sembunyi dari terus bergerak di atas jalan ini. saya memilih untuk lari dari berhadapan dengan realiti dan menyelesaikan masalah dengan penuh optimis.’

    kalau tidak kerana Allah , saya mesti tak sekuat ini .
    kalau tidak kerana Allah, saya mesti dah lari jauh2 .
    maka segala pujian hanya dikembalikan kepadaNya,
    kerana Dia yang terus menerus menguatkan hati ini dijalan memburu redhaNya .

    hmm, dan sebab diri saya yg lemah sedemikian rupa , rasa bersalah yg amat sangat , bila sedikit sebanyak, shbt seusrah terkesan juga….

    takmahu selamanya futur n lemah~

    nsmg said:
    January 5, 2011 at 7:06 am

    subhanallah.

    tersentuh. jazakillah khair.

    nurul said:
    January 5, 2011 at 11:40 am

    ya ukhti solehah..

    tazkirah yang amat baik untuk saya..

    saya kongsi satu video..

      muharikah responded:
      January 6, 2011 at 10:46 am

      jzkk ukhti 🙂

    kiasatina said:
    January 29, 2011 at 10:12 pm

    jazakillah kak aisyah,.. kia pun pernah terfikir jgk ape yg kak aisyah tulis ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s