Gerimis Salju

Salji melewati musim sejuk di sini buat kali ke dua.

Gerimisnya itu seolah-olah boleh diramas jemari. Jika kita hayunkan tangan pada udara walaupun salji tidak turun,  kita mampu memegang wap-wap air yang bertukar menjadi ais itu.

Subhnaalah. Allah Maha Kuasa menciptakan segala sesuatu itu. Keputihan pada langit, pada bumi, pada pohonan, malah pada jalan-jalan yang kami tempuhi dengan sabar, sungguh menggamit rasa kagum kepada Pencipta kita itu.

Flight kami ke Milan batal semalam. Ibu dan dua sepupuku datang menziarahi kami di sini. Rancangannya untuk sama-sama luangkan masa setelah sekian lama tidak bertemu. Aku teringin ke Milan kerana aku ingin melihat kota fesyen itu. Katanya banyak barangan designer ( not that Im that ecstatic!). Tapi aku ke sana untuk melihat kemodenan tamadun Eropah dan moga-moga aku belajar sesuatu dari situ. Padaku, pilihan shoppingku tetap pada Clarks untuk kasut dan next utk seluar dan coat. Itupun dibeli ketika boxing day ketika semua barang di bawah paras GBP10!

Edinburgh Airport terpaksa ditutup semalam kerana salji yang amat tebal. Dan aku kaku untuk berbuat apa-apa di Glasgow kerana adik2 sudah pun pergi berjaulah, dan keadaan di luar amat beku. Aku memandang Arinah seketika kerana kami perlu melakukan sesuatu. Namun keadaan menjadi kekok bila keluarga ada bersama kami. ( Ya Allah , camne nak balik Malaysia ini???)

Namun banyak aku pelajari dari dua sepupuku dan ibuku sendiri.

Melihat keadaan ibuku kini, aku teramat bersyukur. Aku masih ingat pusingan masa dahulu, di detik ketika aku mula untuk bersama kafilah dakwah. Keluargaku lain dengan keluarga suamiku. dua2 keluarga kami bukanlah keluarga ikhwah. Namun penerimaan keluarga suami sangat berbeza denganku. Mungkin aku perempuan dan mungkin juga aku duduk di rumah bersama ibuku sewaktu aku bermula di arena dakwah ini.

Suamiku mula mengenal dakwah di UK dan kerana dia lelaki, hakikatnya seorang lelaki perlu berjuang di luar rumah.

Kini aku dan arinah boleh berbual tentang PMS dan dakwah di hadapan ibuku. Mungkin dahulu dia belum memahami. Sekarang dia sendiri support untuk kami ke PMS walaupun tempat itu jauh buat kami. Aku memintanya untuk membawa buku-buku ISK dari Malaysia, dan dia sendiri membuat pembayaran untuk buku itu.

di saat aku mahu membayarnya:

takpelah syah, mak sedekah untuk perjuangan Islam.

Subhanallah! Bukannya perkataan sedekah itu yang mengkagumkanku. Tetapi, perkataan perjuangan Islam itu sendiri! Subhanaallah walhamdulillah!

dan aku menyoroti semula peristiwa ketika adikku dan sahabatnya berziarah ke bumi glasgow sebelum kedatangan ibuku.

Melihat dua orang adikku, aku amat bersyukur pada Allah.

Ketika aku mula mengenal dakwah ini, aku berdoa dan terus berdoa agar semua ahli keluargaku bersama dakwah dan Islam. teringat lagi zaman dahulu setiap kali aku balik ke rumah, adik-adikku yang masih muda itu, masih seronok berada di hadapan television mahupun internet tanpa memikirkan bebanan pada ummah ini.

Ya, kami bersekolah Islam,. Ya kami belajar tentang fiqh sirah di Sekolah. Kami sudah belajar usul dakwah di sekolah. Kami menghafal Quran dan hadis. Tapi apa yang kami rasa?

Apa yang kami rasa? Hanya orang bersekolah Islam memahami perasaan ini.

Islam itu tidak dirasai pada hati. Ia bukan tempelan. Ia cuma tak masuk  dalam jiwa dan otak kami. maka keadaan di sekolah kami berbeza dalam kehidupan sebenar kami.

dan setiap kali aku bersama adik2ku, mengajak mereka untuk mengenal islam dan dakwah, teramatlah sukar untuk memahamkan mereka.

pertama kerana aku kakak mereka. ( yesssss, i know i am bit bossy…huhuh)

kedua, kerana suasana di Malaysia, did not permit them to kenal Islam dengan mata hati mereka.

Sewaktu Qila ke Australia, aku mengenalkannya dengan akhawat OZ yang sangat qawiy. Mereka benar2 merasai islam dengan perasaan mereka. Dan di sana Qila mengenal Islam dan dakwah. Aku masih teringat first time kami berchatting tentang dakwah fardhiyah stelah umurnya 20 tahun. fuh..time itu dia nak dekat exam di OZ dan aku sedang belajar di library di Dundee… aku di library di tika itu dan aku rasa mesti semua orang di situ pelik melihat diriku tersenyum seorang diri. first time kami tak berbual tentang dunia, tetapi tentang dakwah!

Kemudian Arinah datang belajar ke bumi UK. sudah 3 kali dia datang ke Uk sebelum itu slepas dia sekolah menengah untuk join PMS kami di sini. Tapi tentu keadaan di Malaysia amat mempengaruhi keadaan dan peribadi dia. Dia sendiri berusrah dengan bekas murabbiku. namun dia tak merasai lagi kemanisan iman dan dakwah itu. dia belum lagi merasai hidup untuk dakwah dan islam.

setiap kali dia pulang ke Malaysia, keadaan dia masih tetap sama tidak ada perubahan.

kemudian semenjak tahun lepas,  dia duduk bersamaku. Aku tahu amat susah jika aku nak berDF dnegan dia. rasa cam pelik sket. ( astaghfirullah! ke saya yang teruk?)

Maka saya minta mutarabbi kesayangan saya, jantung hati saya, untuk berDF dengan dia. Dan arinah mula tsiqah dan sayangkan dia. mungkin lebih banyak bercerita dengan dia berbanding saya sendiri. Dan saya melihat perubahan Arinah. melihat kedewasaan dia dalam dakwah dan tarbiyah. Melihat kesedaran demi kesedaran. Dan di tika itu, usianya baru sahaja melangkah ke 19 tahun.

Bila kita mengenal Islam dan dakwah, bila kita mula menyintai dakwah dan Islam, kita akan berfikir siang dan malam untuk membawa mereka yang kita sayangi untuk kenal dan cintakan dakwah dan islam ini.

Dan kita akan berusaha untuk membawa mereka bersama kita. Dan jika kita tak mampu, kita berdoa. Siang dan malam. Dan Allah itu maha mendengar.

Nikmat terbesar Allah berikan pada kita adalah apabila kesemua manusia yang kita sayang, bersama-sama dengan kita untuk bersama dakwah. Ahli keluarga yang amat dekat pada hubungan darah dan juga aqidah inilah yang paling terutama untuk merasai kemanisan dakwah dan Islam ini.

Dan padaku, itulah anugerah terbesar. Tentu aku sedang berfikir membawa semua ahli keluargaku mengenal islam dan dakwah ini.

Dan bersama dua sepupuku yang sudah berkerjaya, seorang dari mereka earning more money than my mom. Yang bekerja dalam multimillionaire company, yang sudah mempunyai mindset sendiri tentang cara hidup. Dan aku tahu, aku perlu berfikir dengan keras, bagaimana mampu memusingkan cara fikir dan hala tuju mereka agar kembali kepada Allah.

Dan Insyaallah moga Allah mudahkan aku.

dan saya teramat rindukan akhawat dan tentu belahan jiwa saya….. di saat ini….

wasalam

ukhtikum fillah

aisyahz

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

2 thoughts on “Gerimis Salju”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s