Kerana kuantiti di sisi Allah itu lebih berharga

Posted on Updated on

Salam,

tentu matamu belum kantuk. Dan fikiranmu rancak dalam merencanakan agenda dakwah buat ummah di waktu dingin ini. Walau kudratmu telah sedikit kalah pada bakteria, namun ku tahu, kau gigihkan juga melawan kehendak sebuah kerehatan demi menambat hatimu pada syurga Allah.

Sungguh aku kagumi kamu, kerama kecintaanmu pada syurgaNya.

Dan aku masih ingat lagi di saat aku menghantarmu keluar dari pintu rumahku. Kehendak batinku meronta-ronta mahu kau terus bersamaku selalu. Namun ku tahu di saat aku menerima maharmu, aku bukanlah berkahwin dengan lelaki biasa. Namun aku berkahwin dengan seorang mujahid. Dan kerana aku mahu berkongsi pahala denganmulah aku merelakan diriku menjadi manusia ketujuh dalam hidupmu, selepas Allah, selepasa Rasulullah, selepas mak x3 dan selepas abahmu. dan aku merelakan dirimu pergi…

Kerana aku menyintaimu kerana Allah dan aku tahu Allah akan mencukupkan rasa cintaku padamu sewaktu ketiadaan kamu di sisiku.

Dan di saat itu, aku melihat dirimu hampir sahaja tumbang kerana kamu berjaulah tidak pernah kenal penat. Aku tersenyum dan bangga melihat himmah syababmu menyala-nyala. Dan kamu mendidik anak binaanmu untuk memiliki sifat sekentalmu.

Aku tersenyum kerana masih wujud seorang rijal sepertimu. Seperti mana dinukilkan oleh Hasan Al-Bana berkenaan kisah seorang pemuda ikhwan yang hujung minggunya pergi ke berpuluh-puluh tempat untuk dakwah, dan akhirnya dialah juga orang yang pertama sanpai ke tempat kerjanya pada hari isnin.

Pernah tak orang bertanya, bagaimana dan bila sahaja mereka rehat?

Dan kini aku tahu keadaan dirimu yang sebegitu. Memandu kereta 6-7 jam tanpa henti. berehat di sebuah tempat untuk berprogram selama 4-5 jam, kemudia travel lagi 7-8 jam untuk ke destinasi seterusnya untuk 4-5 jam sahaja. Kemudian kamu pulang semula ke kampung halamanmu di kebekuan salji yang mengigit tulang itu( selama 6-7 jam juga). Masamu di dalam kereta lebih banyak dari masa program itu sendiri. ( walaupun ku tahu, Allah kurniakan kamu ikhwah yang sangat banyak membantumu).

Kau sangat mengingatkan aku pada murabbi kita yang banyak mengajarkan kita tentang jihad dan berkorban itu. Dan kerana itu kita belajar untuk merindukan sebuah kesyahidan.

‘ Ustaz, tak menyesal ke datang ke Scotland ini?’

Dulu aku bertanya ustazku yang tidak pernah menghampakan permintaanku. Acap kali aku meminta murabbi datang menziarahi kami ke penghujung UK yang amat membeku ini. Cuma seorang sahaja yang tak pernah langsung menolak; itulah dia murabbiku. Dan dari situ aku belajar satu pelajaran yang amat mahal sekali:

‘ JANGAN SEKALI-KALI MENOLAK PERMINTAAN MEREKA YANG MEMINTA’

Walaupun mereka itu sedikit bilangannya.

Selama murabbi kami itu sempat bersama kami, ( dalam 2-3 tahun juga), cuma 2 penggerak sahaja yang terhasil dari lawatan dan ziarahnya ke bumi paling hujung ini.

Ya! 2 sahaja!

Murabbi kami itu sering bersama-sama ikhwah dan akhawat di tempat yang ramai mad’unya. Di tempat itu lebih diperlukan tenaganya kerana ramainya manusia.Namun setelah meminta darinya untuk menziarahi kami. Maka dari tempat itudia ke tempat kami berjaulah yang memakan masa 6-7 jam menaiki kereta.

6-7 jam untuk bertemu 6-7 orang sahaja pada setiap ketika. ada kalanya dalam 10 orang.

tapi dari 6-10 orang itu, cume 2 sahaja yang lahir menjadi penggerak. dua2 itu akhawat.

Dia tak datang sekali dua. dia datang berkali-kali juga. Ada dikalangan kami yang amat tersentuh dengan dia walaupun tidak lagi bersama kami. Ada yang tersentuh cuma tidak mahu commit dengan dakwah ini.

Kalau nak fikir muntij atau tak muntij, memang langsung tak muntij. Pernah dari bumi hujung dunia ini sayangku, di ke tempat negeri kamu berteduh. Kamu tahu berapa lama perjalanannya itu? 10 jam!

Namun dia hadir ke dalam hidup kami. dia hadir meninggalkan bekas yang amat mendalam di hati kami. Kerana itu kami gencarkan langkah kami dan takkan kami pernah berhenti dan menolak dari apa-apa panggilan dakwah.

Walaupun yang meminta itu seorang dua!

Murabbiah pertamaku pernah berkata padaku:

‘ Kalau syah je yang datang seorang untuk usrah, makcik still akan bawak usrah itu untuk syah,’

dah lah dia ini murabbiah hebat. Macam tak berbaloi je nak bawak usrah saya sorang-sorangkan. Namun itulah kualiti yang dimiliki mereka.

mereka memilih kuantiti di sisi Allah berbanding di sisi manusia.

Di situ ku pelajari erti sebuah kecintaan yang besar pada pahala di sisi Allah, kuantiti yang amat berharga di sisi orang mukmin. Bukan pada bilangan manusia yang ditajmik dan mampu dilahirkan.

dan murabbi kita itu menjawap soalanku yang asal:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

Itulah dia jawapannya padaku.

Dan pahala di sisi Allah ketika solat di masjid nabawi akan digandakan 1000 kali. Bayangkan kalau beriktikaf di dalamnya selama 2 bulan!.

Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

Itulah dia manusia yang menancapkan teori pada amalannya. Yang menjadikan ilmu itu hidup dan mewangi pada realitinya. Ianya indah dan amat bermakna sekali. Pemahamannya mendalam, menusuk ke dalam kudis-kudis hati yang dibersihkan oleh sebuah hidayah.

Kerana mendambakan pahala di sisi Allah itu sahajalah dia hadir ke tempat kami. Dan seringkali dia datang seorang diri. Memandu selama 6-7 jam tanpa henti. Untuk bertemu kami selama 40 minit sahaja. 40 minit sahaja! Kemudian pulang semula ke bawah selama 6-7 jam juga.

Manusia apakah ini????

Keesokan paginya murabbi kami demam, namun digagahkan juga dirinya membentangkan tafsir yang sangat menggugahkan jiwa dan perasaan kami. DAn saya tak pernah merasai kehebatan perasaan dan kefahaman yang amat mendalam sewaktu mendengar taujihat tersebut. Kerana saya lihat manifestasi amalnya terhadap apa yang diajarkan pada kami.

Dan situ kesannya amat mendalam pada diriku. Dan walaupun usahanya itu datang ke negara kami selamat bertahun-tahun itu hanya melahirkan 2 orang manusia . Namun di sisi Allah, amat besar sekali nilaianya. Kerana apa yang dia cari, bukanlah pada pahala dan ganjaran di dunia, namun paling besar sekali, di akhirat kelak.

Oleh itu , memang hakikat kami di negara ini begitu sekali. Kamu takkan melihat ramainya manusia berbanding manusia di tempatmu itu. Dan aku takut mempersembahkan kualiti dakwah kami yang tak sehebat di kawasan kamu kerana tak sepadannya usaha kami berbanding denganmu.

Namun ku yakini, kerana jiwa besarmu itu, kau hadir bersama manusia binaanmu itu. Kami tak mampu mendatangkan kuantiti, kerana kuantiti itu tiada di sisi kami.

Namun kami yakin, kuantiti di sisi Allah itu lebih berharga dan bermakna.

Yakinilah, apa sahaja pengalaman dan pemahaman yang mendalam yang kamu perolehi di jalan dakwah ini, pada perjalananmu yang panjang ini, pasti akan membuahkan hasil yang melimpah ruah di negerimu nanti.

Sejarah telah membuktikan. Dan kamu sendiri sudah melihat kesannya.

Moga ini menjadi kita lebih dekat dengan apa yang burui; syurga Allah dan redhaNya.

Melihatmu mengingatkan keberadaaan aku di dunia ini, iaitu sebagai hamba Allah dan khalifahNya…..

hamba Allah, pekerja dakwah πŸ™‚
aisyah

Advertisements

4 thoughts on “Kerana kuantiti di sisi Allah itu lebih berharga

    Haslina said:
    December 8, 2010 at 1:38 pm

    Memang realiti dakwah kan ukhti. ramai yang kita sasarkan tapi mungkin seorang dua sahaja yang sangkut. tapi sangkutnya seorang dua ini adalah sangkutan yang berkualiti. Kualiti penting berbanding kuantiti dan kuantiti Allah itu yang sangat berharga.

    Menjadi pekerja dakwah ini memang lelah. Hendaknya dia lagi penat berbanding mad’u mad’unya. Hendaknya amalnya lagi mantap dari mad’u mad’unya kerana dia menyerukan kepada Allah. Justeru dia yang mesti yang lebih dari yang lain. Tidak kira lebih penat, lebih sedih mahupun lebih gembira dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.

    Jazakillah khayr dengan perkongsiannya.

    a.i. said:
    December 8, 2010 at 9:00 pm

    T_T

    ..moga allah redha.. segalanya!

    umm khadijah said:
    December 8, 2010 at 10:14 pm

    jazakillah k aisyah..sentiasa mendoakan yg terbaik utk k aisyah kerana k aisyah antara hamba Allah yg bisa menggegar dunia..ukhuwah fillah…abadan abada…

    muharikah responded:
    December 12, 2010 at 11:31 am

    aiza… sangat rindu kat awakkkkkkkk…. hope smua ok kat kelantan sana πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s