Excellence dalam seluruh kehidupan kita..

Posted on Updated on

Salam.

Apa kabar semua?

Sungguh manik2 salju di luar sana akan terus mengamit rasa kagum kita pada Pencipta kita.

Subhanallah buat Allah yang menjadikan seluruh alam ini untuk kita berfikir, serta merasai dekatnya Dia pada kita ( walaupun kita sering jauh dariNya).

Dan tentu ajaibnya salju di luar sana ( sehingga setebal 5 cm di Scotland, jalan raya ditutup dan juga airport ditutup) dikagumi keindahannya. Namun apabila kita bertapak di atasnya, dan jemari kita bermain dengan gumpalannya, kebekuan itu dirasakan tidak begitu enak. Sehingga kita lebih selesa berada di rumah dan memerhatikan keindahan keputihan itu di sebalik tetingkap rumah kita.


Saya sendiri mengambil masa dalam 10 minit untuk mengikis ais batu di atas kereta. Kemudian mengambil 10 minit untuk membawa Talhah keluar dari tempat kereta yang ditimbuni salji. Di Malaysia, kereta tak bergerak kerana masuk lumpur, di sini, kereta tak boleh berjalan kerana salji.

Ramai juga selesa berada di rumah di saat ini. Ramai juga yang jatuh sakit. Ramai juga bermalas-malasan.

Terkadang aku berfikir sendiri, adakah manusia bernama daie ini cepat penat dan mudah mengalah setelah jauhnya perjalanan?

‘ Biasalah, kalau kita banyak buat kerja, memanglah pasti yang kita banyak kena.’

Begitulah ujar murabbiku saat aku mengadu kenapa banyaknya ujian-ujian menimpaku, berbentuk sangkaan-sangkaan, mahupun perasaan, mahupun ujian direct dari objek dakwahku.

Terkadang teringin juga menjadi mereka yang ‘mastur’. Duduk rileks , bersandar, menikmati teh herba yang panas dan berehat-rehat. Orang sebegitu takkan dihukum, takkan nampak kesalahannya dan takkan berhadapan dengan ujian.

Mereka yang sentiasa beramal, tidak putus dalam amalnya, pasti dihinggap ujian.

Itu adalah pasti.

Dan kamu akan kaget, ujian itu datang dari orang sekelilingmu, yang amat kamu harapkan sokongannya.

Kamu boleh duduk sahaja, tidak berbuat apa-apa. Ataupun ikut sahaja arus. Tak perlu berfikir, tak perlu proaktif. Tak perlu berbuat lebih dari orang lain.

Boleh. Dipersilakan.

Namun Tuhan kita, Allah telah memberitahu kita:

Tidaklah sama antara mu’min yang duduk [yang tidak turut berperang] yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. An-nisa: 95


‘ Adalah salah jika ada anggapan bahawa ikhwan mendorong orang untuk malas dan lalai. Setiap saat ikhwan menyatakan dengan lantang bahawa seorang muslim harus berada di barisan paling hadapan dalam semua urusan. Mereka tidak suka kalau tidak boleh memimpin, tidak boleh buat sesuatu, tidak boleh berjihad dan tidak boleh paling depan dalam segala hal. Lambat dalam bidang apapun, kami anggap itu berbahaya terhadap fikrah dan bertentangan dengan ajaran agama’ –Imam Hassan Al-Bana

Astahgifurllah, alangkah kagetnya, jika kamu masih muda, tapi sudah hilang bakaran semangatmu! Sudah kering lonjakan semangatmu, dan sudah mula berfikir-fikir : bilakah masa rehatmu?

Tidakkah kamu merasai bahawa berehat itu memenatkan?

(yes, you read it right)

Rehat adalah memenatkan.

Kerana sesungguhnya, apabila kamu penat itulah kamu akan dapat rasai kenikmatan rehat penuh membahagiakan.

Adakah kamu telah berputus asa dalam berjuang ini dan mahu kembali ke belakang? Kamu putus asa akan keadaan kamu dan menyerah kalah sahaja? Kamu tidak lagi seperti halilintar yang menyambar sasarannya, mahupun seperti helang yang pantas terbang di mana sahaja dia mendengar panggilan tuannya?

Kerana mudamu itu hanya sekali. Dan kelalaian kita dalam memanfaatkan masa muda akan menjadi penyelesaian kita di kemudian hari. Kerana di tika inilah bakaran semangatmu amat bermakna dalam menggerakkanmu.

Aqidah dan harakah, itu bersatu padu.

Islam mengajarkan kita menjadi umat yang terbaik. Terbaik dalam seluruh bidang hidupnya. Hidupnya takkan terpisah dari dakwah. Seperti mana dakwah takkan terpisah dari hidupnya. Segala yang dilakukannya adalah pancaran cahaya dari imannya, dan kecintaan kepada RabbNya. Dengan itu, dianggap seluruh kehidupannya adalah ibadah dan jihad. Dan dia akan persembahkan keseluruhan ibadahnya secara sempurna kepada Allah.

Kerana itu seorang yang faqih akan Deen ini amat memahami sekali bahawa, segala urusan kehidupannya sebagai mukmin dan muslim adalah satu perjuangan yang memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan terbaik.

Jika tidak dia pasti akan kalah.

Jika dia all out dan success dalam dakwah, dia akan all out dan success dalam study dia. Akan all out dan success dalam pekerjaannya. Akan all out dan success dalam family dia. Akan all out dan success dalam keperibadianya, serta hubungannya sesame manusia.

Seorang daie itu adalah qudwah. Bukan qudwah pada dakwahnya sahaja, tetapi qudwah pada seluruh kehidupannya sebagai hamba Allah.kerana dia faham bahawa tugasnya sama dengan tugas para sahabat, iaitu menjadi jelmaan Quran di atas muka bumi ini. Memijakkan isi Quran pada realiti dan menjadikan Islam itu teramat indah di mata dunia.

Kefahaman dan imannya akan melahirkan kesyukuran pada seluruh anggota tubuh badannya. Dan dia abdikan seluruh anggota tubuh badannya itu untuk Allah.

Dan segala pemikirannya adalah berfikir, bagaimana dapat dia gunakan pancaindera anugerah allah ini untuk menarik manusia kepada Islam.

Pertamanya, kita perlu faham, kita perlu all out dalam dakwah. Seluruh jiwa , perasan, hati kita, adalah untuk dakwah. Kerana dengan iman, kita rasai makna dalam hidup kita. Kerana iman, kita nampak hala tuju kita. Dan dengan iman, kita faham,bahawa tanpa dakwah sebagai matlamat tertinggi hidup kita, maka kita takkan dapat sampai kepada darjat kenabian.

Kedua, kita perlu tahu, Allah taala, cintakan hamba yang bersyukur padaNya. Bersyukur bukan sahaja dengan Hamdallah, tetapi dengan perbuatan. Gunakan kelebihan pancaindera untuk bawak manusia kepada Allah.

Jika kita ada otak geliga, gunakkanya untuk berfikir tentang dakwah. Jika kita pandai berkarya, gunakan untuk dakwah. Jika kita pandai bersukan, gunakannya untuk dakwah.

Ketiga, kita perlu tahu bahawa menjadi seorang daie jugalah adalah menjadi daie yang all rounder kehidupannya. Menjadi daie yang lengkap 10 muwasafatnya. Menjadi mereka yang first in everything. In all the muwasafat. Kerana inilah keseimbangan atau tawazun yang diajarkan dalam islam. Dia bukan hebat dakwah, dan meninggalkan sisi kehidupan Islam yang lain. Dia beramal sebelum dia berkata-kata. Dia buat sebelum memberi taujih. Perbuatannya itu melengkapkan isi perkataannya.

Bila dikatakan tawazun, tidak bermakna buat semua tapi ala kadarnya sahaja. Tapi tawazun itu adalah apabila kita buat semua, tetapi kita buat dengan terbaik, menggunakan seluruh kemampuan kita.

Keempat, kita perlu hargai dan terima realiti, masyarakat mad’u kita masih cintakan dunia dan melihat kepada perkara material.

‘ akak, kalau saya gune kereta BMW utk tarik mad’u saya boleh ke?’

Akak itu memakai kereta Mercedes c-class. Dan memang kebanyakkan murabbi kami memakai kereta mewah, untuk tujuan dakwah sendiri.

‘ bukan begitu adik, sebab bile kita jadikan kereta sebagai tarikan dakwah kita , maka orang akan datang pada kita, kerana harta kita, bukan kerana dakwah kita.’

‘ pastu, nak niat apa eh kalau nak pakai kereta mewah ini?’

( well, kalau beli kat UK, takdelah mewah pun. Saya beli talhah sama harga dia dengan kereta persona abang saya di Malaysia,huhuhu)

‘ untuk menunjukkan islam itu boleh.untuk menunjukkan bahawa seorang muslim itu terbaik dalam segala urusan kehidupannya’

Memang Rasulullah menyantuni perasaan abu sufiyan yang suka akan kemegahan dan meraikan kemegahannya itu.Malah sewaktu perang hunain, meraikan mereka yang baru masuk islam sehingga seluruh harta rampasan, tak dapat satu pun pada orang Ansar.

Namun rasulullah mendidik para sahabatnya untuk menjadi terbaik dalam segala urusan mereka. Tiada seorang pun para sahabat yang jatuh miskin dan meminta-minta di jalanan. Malah mereka ada harta yang teramat banyak untuk diinfakkan.

Rasulullah sendiri memakai kuda terbaik ketika berperang. Baginda juga memakai baju besi terbaik, dan memiliki tubuh badan terbaik ketika berperang.

Dan dalam seluruh kehidupan,  Rasulullah adalahwa manusia al-amin yang terbaik dalam urusannya.

Kerana itu, kalau kita buat yang terbaik dalam dakwah, kita akan terbaik dalam seluruh kehidupan kita.

Wahai daie yang banyak berkorban untuk dakwah ini,

Kita teramat perlu menjadi contoh buat umat. Dengan itu sahaja manusia akan melalui langkah-langkah dakwah ini.

Kerana kita teramat mahu manusia all out untuk islam. All out untuk dakwah. Namun ‘expectation’ mereka pada daie ini akan berkecai, jika kita tak perform dalam kehidupan kita sendiri.

Jika kita tak excel dalam study kita. Jika kita tak menjaga hubungan sesame manusia. Kita tak menjaga hati manusia. Jika kita tak menjaga kebersihan. Semua itu akan melambatkan sampainya Islam pada jiwa manusia.

Jika kita melakukan sekecil-kecil kesalahan, manusia boleh membenci dakwah sesungguhnya!

Kerana betul, ramai manusia bencikan dakwah, hanya kerana dosa-dosa dan kelemahan kita.

Mana aku mampu buat semua benda weyhhhh!!

Memang, kita bukannya robot. Bukannya manusia yang tidak ada masalah. Kerana itu, kenalilah dirimu,

Setiap perkara ada masa-masanya.

Ada manusia mampu buat semua benda serentak. Even, nak dekat exam, masih all out dakwah dan juga excel dalam study.

Ada manusia tak mampu, dia perlukan masa untuk study dia. Dia perlu study smart dalam study dia. Maka disitulah murabbi perlu bijak membimbing.

Di situ, macam saya katakan tadi, semua orang perlu rasa, hidupnya untuk dakwah. Walaupun fizikal dia sedang study atau kerja, nafas, fikiran dan nadinya masih dengan dakwah.


Kerana Allah nak dia be the best in everything. Cuma sewaktu nak dekat exam, dia perlu luangkan masa untuk study dia. Maka berikan dia masa. Bantulah dia.

Di sini semua orang kena akui, yang dia mungkin tak sepandai mana.

Cuma usrah memang tak boleh tinggal. Mungkin sahaja sebulan sebelum exam boleh diberikan kelonggaran,namun  apa salahnya untuk gunakan 2 jam untuk usrah diri sendiri bukan? Dan 2 jam untuk usrah mad’u pula.

Yakinlah, jika nafas kamu untuk dakwah, even kalau kamu sedang study pun, kamu sedang berdakwah all out.

Namun saya tak boleh terima orang tak nak buat dakwah sebab study. Itu salah faham namanya.

Sebab ini artikel ini ditujukan untuk orang yang gila-gila dakwah. Sebab saya nak kita sama2 jadi contoh. Supaya orang2 yang gila-gila study, dan tak nak pikul tanggungjawab dakwah itu nampak bahawa, dakwah ini memberikan keberkatan dan pertolongan yang besar dari Allah.

Tapi kamu kene berkorban dan all out lebih sedikit dari orang lain.

Saya tak mahu ulangi lagi ayat ini, sebab nanti kamu mesti bosan. Namun, memang kata-kata ini amat benar sekali: dakwah ini nafasnya panjang.

Banyak episode sudah berlalu. Ramai yang gagal dalam peperiksaan mereka, ada yang akhirnya sudah tidak lagi bersama dalam dakwah ini.

Namun tidak sedikit mereka yang bangkit dari kekecewaan. Mereka tukar course ( one of the reason kenapa mereka fail pun adalah sebab tak suka course mereka)dan akhirnya excel dalam study mereka, kemudian temui semangat utk all out dalam dakwah.

Namun pengalaman dakwah kita menunjukkan, mereka yang fail exam, ramai yang akhirnya tidak lagi bersama kita. Jika bersama, tidak lagi menyinga. ( well orang yang lulus exam, dapat kerja best2 pun ada juga yang sudah tidak bersama, dan tidak juga menyinga-ini kene buat entry muhasabah lain)

Dan ada yang sangat mengkagumkan saya, kisah beberapa orang ukhti yang 2 kali repeat tahun, tapi masih all out dalam dakwahnya. Dan sekarang makin cemerlang dalam study mereka. Mereka Berjaya grad dan akhirnya manusia lupa mereka pernah gagal dalam exam mereka.

Dan ya, mereka masih all out dalam dakwah dan tarbiyah.

Sungguh, kita takkan dapat rasai beratnya ujian mereka yang sedang hadapi ujian tersebut. Dan saya yakin, malaikat sedang memeluk mereka tanpa mereka sedari. Yang saya harapkan adalah mereka masih tsabat di atas jalan Allah ini. Mungkin episode ini Allah nak berikan mereka nafas dan kehidupan baru. Mungkin Allah nak lonjakkan keimanan dan menyuluhi jalan yang berliku ini.

Mungkin Allah nak berikan kehidupan yang lebih best di akhirat kerana kesabaran mereka yang utuh ini, dan juga kehidupan di dunia lebih baik dari kita, dapat pakai kereta maserati ( ouish, orang daie pakai kereta mewah!) dan kita masih dengan kereta Honda stream kita sahaja( Honda stream; kereta terbaik dakwah!)

Ya, kita pasti ditimpa ujian. Kamu mungkin ini, dan aku mungkin ujian yang kamu tak bersedia tanggung pula.

Kerana kita yakin, bahawa kita perlu all out dalam seluruh kehidupan kita, maka jalannya tentu tidak mudah.

Kerana syurga itu, mahal harganya.

Moga istiqamah iAllah

Ukhtikum fillah,

aisyah

Advertisements

4 thoughts on “Excellence dalam seluruh kehidupan kita..

    hisham79 said:
    December 5, 2010 at 9:02 am

    Salam,
    If there’s a vote for the best article in this site, i’ll vote for this one. Nicely done and said ukhti, keep up the spirit and the good work…may Allah bless you and always give you strength to overcome all trials of life…

    kuek said:
    December 6, 2010 at 12:54 pm
    ewan said:
    December 6, 2010 at 2:04 pm

    Assalamu’alaikum
    org baru kt sini. suka dengar petikan ni ‘ syurga itu mahal harganya’

    Mujaheedah said:
    December 6, 2010 at 7:52 pm

    Bismillah..

    Assalamualaikum wrm wbt..

    jzkk akak ats tazkirah yang betol2 mengena batang hidung plussss menaikkan himmah dlm diri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s