Dengar ISK, tapi tak mahu lagi bergerak.

Posted on Updated on

Soalan:

Bagaimana nak berhadapan dengan adik2 yang jenis agak sukar nak berubah. Contoh: bile dengar ISK ada je kan yang dah stat nampak tangungjawap dan peranan, tapi dari segi nak buat benda itu, dorang rasa berat, dan selalu rasa belum sampai masa nak buat lagi. Camne akak berhadapan dengan perkara ini?

Hurmm..

Camne nak jawap soalan ni eh?

Hurmm.. minum teh jap.. hehhe

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Best bile explain benda ini bila kita berhadapan face to face supaya lebih mudah faham maksud dan sampai kepada tujuannya.

Saya bukanlah orang yang terbaik. Harapnya boleh berguru dengan ramai lagi orang.

Lagi satu, saya menulis ini di ward, dan kekurangan sumber-sumber rujukan untuk saya lihat. Maka maafkan saya jika tak dapat nak menulis dengan baik.

Adikku,

Pertamanya dalam kita mendidik manusia, selalulah bertanya diri kita sendiri; kita nak melepaskan tanggungjawap kita kepada Allah ataupun kita nak result dari perubahan adik itu sendiri?

Keikhlasan dan pertolongan dari Allah yang menjadi titik tolak kejayaan kita. Perubahan adik2 kita ke arah menjadi rijalud dakwah adalah hadiah dari Allah. Bukan kerana usaha kita. Hanyalah kerana
Allah telah memilih mereka untuk bersama kita.

Tugas kita adalah menjadikan hakimiah Allah tertegak di muka bumi ini. Menjadikan seluruh makhluk tunduk dan patuh kepada Allah. Kita benar2 mahu hidup dan mati sebagai seorang syuhada di atas dunia ini. Sebab itulah kita merasakan bahawa ISK itu merupakan ‘eye-opener’ ummah ini. Untuk merasai bahawa pentingnya mereka berada dalam gerombolan tarbiyah ini demi mengembalikan sebuah khalifah

ISK is not a syllabus. Non juga satu kewajipan untuk semua orang dengar. Namun kita faham inti pada ISK itu bukanlah pada sebuah cerita, tetapi kepada kefahaman bahawa kita perlu kembali mengikut sunnatulah untuk kembalikan daulah islam.

Dan apa sahaja pengisian yang kita berikan( tak kisah apa sahaja pengisian kita beri), kita perlu kembali pada pokok getah kita itu,iaitu  memusingkan manusia kepada satu matlamat:
‘ islah nafsak wad’u ghairak.’ ( MENGUBAH DIRI SENDIRI DAN MENGUBAH ORANG LAIN)

Namun begitu, perlu kita santuni kemampuan mad’u-mad’u kita dalam memahami dan menghadamkan isi kepada ISK itu sendiri.

Mungkin kita sendiri tidak menyediakan bekas hati mereka untuk mendengar ISK itu. Lantas mereka menolak atau kurang bersedia untuk bertindak.

Efektif dalam pembelajaran bergantung kepada dua individu, guru dan anak muridnya.

Maka penyampai sendiri perlu muhasabah. Muhasabah dari sudut hubungannya dengan Allah, muhasabah terhadap kefahamannya terhadap bahan penyampaianya, mahupun muhasabah terhadap kata-kata yang digunakan ketika penyampainya.

Pendengar kita tak semuanya sama. Kita boleh berkata perkara yang sama, namun manusia akan menerimanya mengikut kotak pemikiran mereka yang tersendiri.

Di situ, kita perlu lihat faktor peribadi setiap pendengar-pendengar kita.

‘ saya tak fahamlah kak, saya dah banyak kali cakap dengan adik saya itu. Tak faham-faham juga. Tak gerak-gerak juga. Bukannya dia itu baru je ikut usrah.’

Saya ketawa sahaja mendengar omelannya yang comel itu. Alahai adikku, takkah kau ingat sejarahmu dulu juga?

‘ sayang, inga tak berapa lama awak ambil masa untuk berubah, dan jadi seperti awak sekrang? Berapa lama awak tenggelam dengan perasaan awak dan kekeliruan awak?’

‘ alaa.. akak…huhuh.. saya tahu….’

‘ 3 tahun sayang. 3 tahun! kalau awak sendiri ambil masa nak berubah,adakah adil awak nak adik awak cepat juga?’

dan kami tertawa dan dia mula menerima kekhilafannya itu.

‘ masa itu mengubati’ begitulah kata-kata pepatah arab.

Masa memang diperlukan untuk memahami sesuatu. Cuma kita jangan putus asa dalammemberi. Jangan berhenti memberi penekanan terhadap ISK. Terhadap kefahaman-kefahaman. Lama-lama mereka akan sebati dan memahami apa yang kita nak sampaikan

Tak semua manusia sama. Ada manusia yang ambil masa 3-4 tahun untuk memahami. Ada yang setahun dua. Ada yang sekali dengar ISK terus sahaja meloncat melompat dan commit dengan tarbiyah sungguh-sungguh selepas itu ( dan ukhti itu berada di Sheffield sekarang. Tak boleh nak lupa lompatan takbirnya saat kesimpulan Isk kami dibuat..heheh.alhamdulillah.)

Untuk kamu ukhti,

1)      bersabarlah. Dan teruskan membaiki dirimu.
2)      Berdoalah pada Allah agar diberikan hidayah buatmu dan mutarabbimu dulu.
3)      Keep on merancang dan berfikir akan cara-cara supaya adik2 akan mendapat percikan hidayah itu. Bawak dia bertemu dengan rakan-rakan lain yang sudah bergerak. Perangai manusia suka mencuri. Dia akan terkesan melihat manusia lain yang sudah pun bergerak.
4)      Berikan kesedaran tentang keruntuhan masyarakat islam, katakan pada mereka, tiada yang dapat selamatkan dunia ini melainkan mereka. Merekalah harapan ummah!
5)      Berikan mereka peranan dalam dakwah di kawasan. Agar mereka rasai kebersamaan dengan antum
6)      Dakwah fardhiyah! Dakwah fardhiyah! Ramai manusia menjadi cepatbergerak hanya kerana murabbinya mengambil masa-masa keemasan untuk mendidik mereka tanpa mereka sedari pun. Dalam borak2 ada unsur2 untuk terus mengubah masyarakat. Namun dakwah fardhiyah memakan masa dan memerlukan pengorbanan kita.

Ingatlah, kemenangan dan hidayah itu milik Allah. Allah akan pilih hamba2Nya.

Moga membantu..

 

menjawap soalan sebenar:

saya beri masa pada adik2 saya itu. memang ISK hanya muqaddimah, bahan2 lainlah yang perlu diberikan untuk menggerakkan mereka. tafsir, tauhid, sirah, fiqh dakwah, semuanya itulah yang akan gerakkan mereka. paling penting mereka kene rasa manisnya iman itu. dan itulah yang perlu kita tanamkan dalam hati kita dan mad’u kita. bila iman itu merupakan kehidupan, dakwah itu sendiri juga pasti akan menjadi satu kehidupan juga..

 

alhamdulillah, ada yang lepas 2 tahun, baru bergerak. ada yang laju. ada yang sederhana. doa banyak2 pada Allah ok?

wassalam

Advertisements

2 thoughts on “Dengar ISK, tapi tak mahu lagi bergerak.

    fieqa said:
    December 3, 2010 at 2:38 pm

    like like like.
    agree agree agree.

    ada jugak je, dah tahun ketiga ikot tarbiyyah/usrah, tapi masih lagi x bergerak, masih umum lagi kefahaman mereka.

    moga kita sama2 berusaha.insyaAllah.
    klo kite expect adik2/orang laen ntok berubah, mcm kita pulak y tetapkan/hadirkan hidayah tu kan,
    sedangkan hidayah segalanya milik Allah. Allah yang memilih dan menapis hamba-hambaNya.
    mungkin kene reflek juga usaha2 kita mengembalikan manusia kepada penghambaan kpd Allah.

    ayat y sweeettt dr Allah,

    Wahai orang2 yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, dan apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesunggunya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan.
    (Al-Anfal, 8:24)

    inikah jawapan bgi soalan y akk ckp smlm.heee =) wink3 😉
    jzkk k.aisyah ats pencerahan 🙂

    double Z said:
    December 4, 2010 at 4:59 am

    Hidayah di tangan Allah… Bukan ISK… =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s