Aqidah dan Harakah

Posted on Updated on

Memang benar diri kita ini berfikir dan bertindak mengikut acuan tarbiyah kita.

Jemaah ini mengilustrasikan kepelbagaian itu dan indahnya ukhuwah kerana menyatukan manusia-manusia yang berlainan latar belakang tarbiyahnya, cara fikir dan cara bertindaknya.

Jika bukanlah kerana faham dan cinta kerana Allah itu, mungkin jemaah ini akan bercerai berai dan hancur, melambatkan lagi gerakan kita dalam mendirikan sebuah daulah idaman.

Ini kerana manusia amat dekat dengan cara ditarbiyahnya. Dia merasai bahawa caranya ditarbiyah adalah yang terbaik dan paling tepat sekali.
Kerana itu dia mengaplikasikan cara itu dan mendidik manusia dengan cara yang dia dididik.

Namun terkadang seorang murabbi itu terlupa, manusia ini pelbagai garamnya. Pelbagai karenahnya.

Cara yang kita rasakan terbaik buat kita, mungkin tidak buat mutarabbi kita.

Di sinilah indahnya variasi, namun kita perlu tsabat berpegang teguh pada prinsip.

Prinsip asal fiqh islam, fiqh dakwah dan harakah adalah prinsip yang perlu dipegang. Ianya cedokan dari quran, asuhan dari sunnah dan tentu hikmah dari masyayikh duat para salaf.

Namun cara didikan setiap individu tentu berbeza.

Salahnya jika seseorang itu hanya menekankan dan membenarkan caranya seorang sahaja. Kemudian menolak dan menidakkan cara orang lain.

Kita merasa kaget dengan manusia yang mempertikaikan cara manusia lain mendidik manusia, mempertikaikan bahan-bahan yang dilalui. Palinglah mengecewakan apabila ada manusia mempertikaikan asuhan anak buah orang lain.

‘ itulah, asyik dapat benda2 dakwah je, benda2 aqidah dan akhlak lemah dan kosong, jadilah camtu, memetik buah sebelum masak. tak beradab dan berakhlak.’

Astaghfirullah. Bukankah kita ini sebuah jemaah? Kita saling tutup menutupi keaiban saudara kita. Bukan mengutuk. Bukan menidakkan, bukan menyalahkan.

Kita proaktif. Kita membaiki. Kita memperfectkan binaan afrad dalam jemaah kita. Tidak kira siapa murabbinya

Kerana kualiti kita berbeza-beza. Kelemahan kita berbeza-beza. Kerana itu kita saling menguatkan. Bukan hanya memenangkan cara kita sahaja.

Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pengajaran dari sebuah teguran.

Kita terima kritikan dan kita membaiki, bukan melenting keegoan mengatakan cara kita pasti terbaik, cara kita pasti betul dan pasti melahirkan manusia rijalud dakwah.

Sebab itu kita perlu belajar dari ramai manusia. Dari serendah2 manusia hingga setinggi2 manusia. Kerana kita perlu belajar hikmah dari mereka. Menerima pendapat mereka dan bertoleransi dengan mereka.
Namun, prinsip tetap perlu kita pegang. Prinsip asal dari quran, sunnah serta penulisan ahli salaf. Peganglah pada hujah, kita pasti takkan kalah.

Jika kita berpegang pada kata-kata manusia atau fikiran kita, tentu kita akan lemah dan terpinga-pinga dalam tindakan kita.

Apabila kita belajar dari ramai manusia, kita dapat temukan formula yang terbaik untuk setiap mad’u kita. Tidak ada dua manusia yang sama. Cara dan sentuhannya berbeza. Namun belajarlah dari manusia yang berhasil menghasilkan manusia dalam tarbiyahnya. Walaupun di situ ada kelemahan yang sentiasa perlu dibaiki.

Tak manusia sempurna. Seperti mana kamu juga tidak sempurna.

‘ mana boleh bahan-bahan lain memberi semangat dan menolak untuk
bergerak? Sedangkan Quran itu sendiri dah boleh menggerakkan?’

terkadang tersenyum kita membaca episode ini. Alhamdulillah, walaupun ada hati terguris, namun di situ ada tarbiyah paling mahal untuk Allah ajarkan buat kita. Allah mengajar kita untuk menerima pendapat semua manusia walau pahit dalam menerimanya.

Namun bukanlah harus kita tunduk, akur dan mengiakan jika rasa hati kita tahu, ada sesuatu yang boleh dibaiki di situ.

Walaupun kesalahan itu datang dari murabbi kita bahkan naqib kita sendiri. ( tentu ada adab menegur yang perlu kita santuni supaya nasihat kita itu diterima, bukan sekadar kita ucapkan sahaja)

Sirah menunjukkan bahawa hidayah Allah dan risalahNya itulah yang menggugah jiwa para sahabat dalam menyiarkan keimanannya di khalayak. Sehingga abu dzar ditumbuk, sehingga musab bin umair dipinggir ibunya, sehingga ratusan manusia mati dalam kesyahidan.

Di situ juga jangan dilupakan, adanya santunan Rasulullah. Adanya sentuhan kemurabbian. Menjadikan ayat Quran itu mengubah hati manusia dan MENGGERRRAAKKANNN mereka.

Cuma usrah kita kini disantuni manusia biasa seperti kita. Di mana tarbiyah kita terkadang ada turun dan naiknya. Ada best dan boringnya. Ada kering ada basahnya.

Berpijaklah pada reality, tanyalah hatimu, dan tentu kamu tak boleh menipu dirimu.

Memang ada episode kita mendapat murabbi yang amat kita sayangi, menjadikan usrah kita usrah paling best di dunia. Kita nantikan setiap saat untuk bertemu dalm usrah.. Ya setiap saat untuk pertemuan usrah itu. Usrah dinamik, vibrant dan  tentunya nadi kepada sebuah harakah yang bergerak laju.
Namun rata-ratanya usrah kita bersifat baku dan monotonous.

Menghabiskan silibus dalam buku, membentangkan ayat-ayat tafsir di dalamnya. Membacakan sahaja tulisan-tulisan dalam buku tanpa ada rasa.

Sedihnya, kita tak merasai apa yang kita dapat dalam usrah kita itu menggerakkan pun. hanya dirasai memaintainkan iman kita sahaja.

Kerana itu, apabila kita mendapat bekalan dari murabbi dakwah, dari asatizah yang membentangkan satu cara baru dalam mengembalikan himmah pemuda terhadap dakwah, kita berkata pada diri kita sendiri :

‘ yesss! Sepatutnya bahan inilah yang boleh menggerakkan kita. Kita patut buat bahan ini selalu!’

Maka kita merasa pelik, kenapa orang tak rasa Quran yang menggerakkan? kenapa bahan2 fiwh dakwah atau selain dari Quran pula yang menggerakkan?

Ini bukan salah sesiapa. Inilah variasi dalam pendidikan dan tarbiyah. Dia bukan salah satu yang betul.

Tapi ia adalah sinergi kesemua bahan dan wasilah dalam tarbiyah kita. Semuanya saling menguatkan.

‘ kenapa eh, kalau saya dengar muntalaq, saya rasa semangat dan nak
bergerak. Tapi bahan-bahan dalam usrah banyak untuk diri sendiri
sahaja?’

‘ kene pentingkan aqidah. Kalau aqidah, akhlak semua longgar sahaja, takkan kekal lama dalam dakwah. Kenapa nak tekankan dakwah kalau silibus awal2 usrah pun tak habis lagi. Dakwah kita nafas panjang. bukan untuk semangat-semangat sahaja.’

‘ apalah penggerak kita sekarang, asyik nak complaint je dapat bahan yang sama. Mana boleh cakap boring dengar bahan2 yang sama. Patutnya setiap benda kita dengar ulang –ulang pun mesti dapat something baru punya. Kalau kita buat soalan dan test pemahaman, baru tahu bukannya
pakar sangat pun bab basic2 ini. nak complaint-complaint plak.’

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Ya Allah ampunilah kelemahan kami dalam mendidik manusia ini.

Akhi wa ukhti,

Lebarkanlah sayapmu pada manusia lain. Kenalilah kepelbagaian manusia.Manusia itu bukan sejenis. Tidak semua manusia sepertimu. Santunilah kehendak mereka. Santunilah keperluan mereka.

Kita sedang mendidik pemimpin ummah!

Ya, pemimpin ummah!

Maka didiklah mereka ke arah itu. Bukan dengan tekanan dan paksaan.

Walau kamu itu naqib, tak semuanya kamu betul. Maka muhasabahlah dirimu selalu.

Tidak ada permisahan antara aqidah dan dakwah. Tidak ada permisahan antara bahan-bahan asas tafsir, hadis, dan sirah dalam pembentukan cara amal kita dalam dakwah. Kerana apa yang kita belajar itulah sepatutnya menjadikan seorang mukmin, seorang yang merasai bakaran iman dalam jiwanya untuk disebarkan manusia lainnya.

Salahnya seorang murabbi itu adalah kerana tidak menghidupkan bahan-bahan dalam usrahnya. bahan usrah diceritakan sekitar teori dan ucapan-ucapan yang sedap didengari. sedangkan Quran merangkumi terlalu banyak fiqh dakwah yang amat menghidupkan hati dan perasaan manusia yang membacanya.

Kita mahu membangun sebuah ummah. Setiap pengisian dan didikan kita pada mutarabbi kita sangat penting dalam menjadikan mereka pemimpin kepada ummah ini.

Kitalah yang menjadikan tafsir, hadis dan sirah itu menggerakkan. Kitalah yang menjadikan ia bakaran untuk manusia jelmakan kefahaman itu pada amal.

Aqidah bukannya monotonous, sirah bukanlah sebuah cerita, namun ia adalah kehidupan seorang daie, yang terus melaju bergerak demi sebuah risalah ini.

Fiqh dakwah mengadunkan kefahaman asas tadi, aqidah, ibadah, akhlak dan sirah untuk dihayati demi mencapai matlamat yang berfokus dan tepat. Taarif, takwin dan tanfiz dipelajari supaya kita tak meraba-raba di jalan dakwah ini.

Ada sebab mengapa di tahapan tamhidi kita membentangkan juzuk 30. ada

sebab kenapa di peringkat muayyid kita bentangkan juzuk 29. ada sebab
mengapa kita bentangkan level seterusnya bab 28.

Dan indahnya jika kita menjadikan keseluruhan usrah kita itu menggerakkan kita.

Muntalaq, fiqh dakwah, buku2 maududi, syed qutb, risalah taalim adalah bahan yang penting dalam menunjukkan kita jalan supaya kita tak mengulangi semula kesilapan duat yang silam. agar kita lebih tepat dan selamat sampai kepada tujuan. Mempelajarinya bukanlah untuk rasa semangat sahaja. Tetapi untuk menjadikan amal kita ini tepat dalam kontribusi kita kepada pembentukan sebuah daulah.

Kesemua bahan tarbiyah kita amat penting. Kesemuanya perlu diguna pakai dan diambil.

Menjadi kesalahan kita sendiri jika kita seronok mendengar muntalaq, namun kita masih gagal dalam membaiki perkara-perkara asas dalaman kita.

Menjadi kesalahan kita sendiri juga, jika kita selesa sahaja dengan keadaan diri kita. merasai selesa tidak bergerak dan selesa dengan perkara-perkara tazkiyatun nafs, tetapi tidak proaktif dalam mempelajari fiqh dakwah. lebih suka menjadi penonton dari berbuat.

Matlamat kita masih  jauh dan panjang. Nak menyelamatkan dunia ini dari jahiliyah. Kuatkan saff. Mantapkan ukhuwah kita. Salinglah kuat menguatkan. Kentalkan kefahaman asas dan juga fiqh dakwah.

Generasi dahulu menguasai semua cabang dalam kehidupan ini. Semuanya datang dari Al-Quran. Kefahaman yang membawa mereka merasai pentingnya mereka mengetahui semua perkara di dunia, kerana mereka bakal memimpin dunia.

Bagaimana pula dengan kita?

Maafkan salah silap saya dalam menulis…

Aisyah Z Glasgow

Advertisements

4 thoughts on “Aqidah dan Harakah

    Bashir IbnDzul said:
    December 3, 2010 at 2:57 am

    salaam,

    banyak ibrah yg didapati dari entry ini.

    perselisihan tak boleh dihindar. tapi bagaimana kita menghadapinya.

    menghadapinya dengan lapang dada atau membiarkan ego yg menguasai diri.

    srikandi said:
    December 3, 2010 at 7:07 am

    salam..

    kak..boleh tak nak tau gelaran tingkatan utk anak2usrah tu

    mean, muhib..muayyid..then ape2 lagi kah?

    istisyhad09 said:
    December 8, 2010 at 1:58 pm

    Subhannallah! Entri yang sangat tepat di kala kita semua menuju kearah suatu mihwar yang lebih mencabar. =) itulah rahmat dlm perbezaan. Bila melihat perwatakan 2 orang sahabat rasulullah, ‘Umar dan Abu Bakar sendiri berbeza wlupun keduanya celupan tarbiyyah rasulNya. Keunikan yang saling menguatkan saff pastinya!Jazakillah~

    istisyhad09 said:
    December 8, 2010 at 2:00 pm

    ukhtie, srikandi..insyaAllah bila tiba saatnya akan tahu tingkatan2 usrah yg lebih tinggi, yg penting komited! ^^,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s