Kerana diriku lemah juga

Posted on

Salam

 

cuak juga saya entry lepas telah mendapat tempat di hati ramai orang. Mungkin selama ini takde siapa berani memperkatakan tentang perkara itu secara terbuka. Namun tak tersangka, ramai kita mengalami perkara yang sama.

 

Kerana itu juga saya selalu risau, adakah mampu saya menjadi diri saya sendiri ketika menulis ini? Takut orang judge. takut ada orang terasa. takut orang salah sangka…

 

tapi saya tak juga menjadi malaikat yang tak berpijak di bumi nyata. Mahupun manusia yang berselimut di balik kelubung labuh dan kewarakan lidah, namun hatinya tak sama dengan tuturan lidahnya.

 

ataupun orang yang perasan dah banyak buat kerja, tapi diri sendiri je tahu betapa jahatnya diri dia di depan Allah.

 

Astaghfirullah. ENtahlah, terkadang pernah tak kita rasa diri kita teruk sangat? saya rasa saya sangat teruk. tiap kali melihat wajah adik2 saya yang innocent , yang menanti-nantikan basahan hidayah, saya rasa macam nak carik2 diri saya..

 

kenapalah saya cuma ada masa untuk mereka time usrah sahaja? sedangkan keperibadian muslim itu lahir di luar usrah itu sendiri.

 

Kemudian saya balik rumah. Muhasabah diri. barulah saya sedar, saya tak cukup magnetik lagi utk meledakkan gelombang Islam itu pada 25 orang adik2 saya itu. Penuh tadi majlis kami. Memang tiada tempat untuk duduk. Perlu berhimpit-himpit. Aku memandang wajah adik2ku yang sudah komited dengan usrah.

 

Kemudian aku pandang wajah adik2ku yang baru pertama kali datang ke majlis sebegitu.

Dan tidak dapat tidak aku terpaksa comparekan amalku dengan suamiku sendiri.

 

Bagi dia, biar didik sedikit, tapi fokus, dan biar pekat. Memang pada peringkat awal, dia dah tanamkan kefahaman dakwah kepada adik2nya. mungkin lelaki. Mudah sedikit. tidak seperti aku, dia hanya fokus kepada kawasannya sahaja.

 

mungkin juga otak lelaki begitu. Dia menjunam. Menembak sasaran tepat.

 

Sedangkan bagi perempuan, kita suka buat banyak benda. Multitasker, tapi tak berfokus.

 

itu juga aku. dan aku sedih dengan diriku. Malas nak buat lebih dari apa yang patut. Alasan kerja! Konon! banyak benda aku tak buat lagi. tak tidur rumah adik2. tak banyak spend masa dengan adik2.

dan aku terkesan dengan kata-kata suamiku:

‘ apa fungsi naqib kalau hanya contact utk time usrah je?’

Zaaasss.. Ya Allah, rasa berdosa sangat. Dan aku rasa sedih sebab penggerak yang kami dapat cetak sedikit, malah lambat untuk mendapatkan hasilnya. Kerana begitulah sunnatullah dakwah. Takwin itu lambat, tapi pasti, dia panjang, tapi dia asli. Dia susah, tapi akan tsabat insyaallah.

Namun fokus itu memang penting, cuma kita sangat bertanggungjawap untuk menyampaikan islam ini pada semua.

 

Cuma , akan ada yang mampu menjadi qaidah sulbah. Akan mampu menjadi core group. Akan mampu menjadi manusia 3%.

 

Dan ada mereka yang hanya menjadi pendengar dan pengikut kita. Mereka tak mampu pergi lebih jauh dari kita. Cuma memang kehendak kita memang kita nak mereka bersama kita.

 

Dan aku sedang memikirkan, perlunya melahirkan 3% manusia ini dengan usaha yang tubi. Cuma ada 97% yang perlu dilayani, dan mereka ini sentiasa wujud di sekeliling kita. Dan antara 97% itu, mungkin ada yang akhirnya menjadi 3% itu. adakah sanggup kita meninggalkan mereka?

 

Kita tak sanggup. kita tak sanggup.

 

Dan mampukah kita untuk ada tarikan magnetik Islam, sehingga biah Islam itu wujud pada manusia lain, bukan sekadar hanya teori yang hanya berkutat pada lidah kita di dalam usrah?

 

Sebab kita bukan penghibur. Bukan mereka yang sedap sahaja bercakap untuk telinga yang suka mendengar. Kerana kita ada misi sangat jauh dan besar.

 

Kita mahu Islam itu memimpin dunia ini. Kita mahu lahirkan individu2 yang akan bangkitkn Islam tersebut. Namun mampukah kita melahirkan manusia2 tersebut? sedangkan mungkin ada yang mudah sahaja lari dari kita kerana tidak sanggup mendengar lagi amanah2 Allah ini?

 

Maaflah mencurahkan perasaan plak. tapi saya rasa sedih. Sedih. Sebab rasa diri sangat teruk.

 

biarlah orang nak cakap apa. sebab kita manusia biasakan. saya rasa they deserve a better naqibah . yang cergas. Yang boleh all out DF mereka.

 

dan saya plak?

 

Hurmm.. asyik tgk FB dan WP! 😦

 

 

muhasabah mode

PS: entry ni mungkin akan didelete bila saya rasa cam stabil sket..huhuhuhuh

AisyahZ

Advertisements

7 thoughts on “Kerana diriku lemah juga

    kay said:
    November 26, 2010 at 2:54 am

    salam akak..

    entri ni mcm sy plak yg meluahkan perasaan. tiba2 sy sebak, sedih. mungkin sy dpt rs apa yg akak rs. mungkin apa yg akak rs lg berat dr ape yg sy rs. setiap manusia itu ujiannya berbeza, walaupun hasilnya akan tetap sama.

    sy pun rs, didepan Allah sy sgt hina.

    moga akak tabah tak berbelah bagi.. =)

    kausar, bp

    Aspen said:
    November 26, 2010 at 3:01 am

    demi DIA…demi DIA..insyaAllah semuanya dipermudahkan….

    fuze said:
    November 26, 2010 at 7:26 am

    Salam kak,

    tibe2 part yang zauj akak tegur saya setuju. sebab saya pernah persoalkan benda tu, tapi saya bukan naqibah, cuma anak2 usrah. dan saya memang terasa cam kenapa contact cuma time nak usrah je. dan sedar atau tidak, benda tu boleh buat anak2 usrah jauh hati. ambil iktibar dari novel tautan hati. cara asiah yusro. sangat mendamaikan. πŸ™‚

    anyway akak, kita memang tak perfect tapi tak salah jadi baik atau dipandang baik dari berbuat dosa. hmm..teringat pulak tulisan ust. zaharuddin pasal taknak hipokrit akhirnya buat dosa. rasanya lebih baik hipokrit dan sampaikan ilmu semoga ilmu tu jadi penambah amalan. insyaAllah.

    kita taktau siapa akan tersentuh dengan tulisan kita, mana tahu, tulisan yang secebis tu buat orang terbuka hati untuk cinta Islam. Semoga pahala itu dapat juga kat akak. insyaAllah. πŸ™‚

    Jangan sedih2 akak. keep on moving!! πŸ™‚

    Ummu Auni said:
    November 26, 2010 at 8:42 am

    nak jadi naqibah kena istiqamah, ada atau tidak anak buah, jangan cepat mengalah! πŸ™‚

    ainun said:
    November 28, 2010 at 6:28 am

    salam aisyah!

    comelnya baca tulisan awak. mula2 tu rasa comel, sbb ramai rupanya sama cam saya, tmasukla awak. tp pastu jd takut, bahaya kan klau mmg kbykan drpd nuqaba kita skrg mula dijangkiti sindrom kelemahan camni? masalah xleh fokus ni mmg masalah perempuan kot, multitasker cam kata awak, sy tgh alami benda ni kembali juga skrg hm. sgt nmpk kita klau bleh nk buat keje plg muntij. yg mampu selesaikan sume isu utama dgn cara yg lebih jimat masa n tenaga. sbnrnya cuma prlu fokus. tp kdg2 terasa sndr seolah2 nk jalan yg lbeh cepat jd asyik tukar2 plan n xleh fokus.

    juga bfikiran yg sama n ada kekangan yg sama utk DF. sbb tu personally sy rasa idealnya mmg dakwah kampus kena digerakkn btol2 oleh pelajar kampus sndr. idealnya pelajar2 ni ada lbeh masa n peluang utk jumpa/ berinteraksi dgn kwn2 mrk. kta yg dah keje ni ada kekangan lain dr segi masa, tmpt etc (come on, ni alasan atau realiti ye?). idealnya setiap duat buat keje bfokus di medan masing2 eg doktor dakwah n tarbiyah doktor/nurse, peguam dakwah n tarbiyah peguam/ klien, cikgu dakwah n tarbiyah cikgu/ anak2 murid, lecturer dakwah n tarbiyah geng lecturer/ student, pelajar ipt dakwah n tarbiyah geng2 pelajar ipt/ pra-ipt. alangkah indahnya klau mmg sume org bleh bgerak serentak camni, tentu isu2 DF/ muayasyah luar usrah/ pbentukan jadi lebih bfokus/ mnepati citarasa target market/ memekatkan setiap sektor masyarakat.

    tp realitinya tidak begitu. kita masih sedikit. tenaga n kemampuan masih kurang. tak ramai org yg snggup galas amanah ni n buat yg tbaik di medan mereka sndr. maka tggallah kita org2 yg sedikit/ byk hak2 lain juga yg prlu dipenuhi ni utk sambut baton dan buat banyak keje yg melebihi jangkauan zon selesa kita. kena bina balik manusia dr asas. kena cari blk org2 br utk diberikan kefahaman dan ajar mrk step by step bmula dari bawah. keje ini kdg2 agak memakan masa klau adik2 br ni byk lagi bnda yg x settle dan sgt perlukan perhatian. sbb tu antara persoalan dlm fiqh dakwah, kita utamakan anasir taghyir atau anasir yg sgt mudah menerima perubahan dan juga anasir2 yg sudah sedia soleh/ penuh penghayatan islam/ banyak kepakaran etc untuk menjimatkan masa dlm menguasai medan bagi melakukan perubahan yg lebih bkesan. again kita kembali kpd realiti, bahawa kdg2 kta x mampu sgt nak memilih, lgpun dakwah kita adalah utk semua kan? kta kena bsyukur dgn apa yg ada.

    dlm rangka strategi ni juga, kta phebatkn fokus kita kepada golongan pelajar/ mahasiswa. lagi mudah klau makin ramai yg tdidik sejak usia muda dgn asas2 yg kukuh. klau ikut phitungan logik, dakwah kita skrg by right sudah mlahirkan ramai mutarabbi/murabbi lepasan ipt yg btebaran di setiap medan dan menjalankan ‘keje’ di medan mrk. namun kta kembali ke alam realiti, ia belum seindah perancangan kta. masih lg di sesetengah tempat/ medan (bukan semua!), asyik2 muka2 sama juga yg buat keje dr muda sampai tua, buat smpai penat dek makin byk tggjwb/kekangan, dan buat kta tertanya2 di mana generasi pelapis? kenapa ramai yg futur di tgh jln? kenapa ramai juga yg futur lps dah habis belajar? mmg sgt byk faktor (kta pon tau ada byk fitnah/mehnah yg blaku di zmn pkck/mkck kita dan juga faktor2 penapisan Allah), dan klau bleh kita xnk faktor2 tu juga mjangkiti/ melemahkan/ memfuturkan kita juga, itu plg pntg!

    mnta maaf mengomel pjg dlm entri awak. curhat sama.

    mendoakan diri sndr terus tsabat, terus beramal, makin segar keimanan dan jelas kefahaman, n dibukakan jln yg lbeh muntij. mendoakan doa yg sama kpd awak dan semua pembaca.

    jangan putus asa aisyah!! tetap yakin kpd janji Allah. kemenangan ni mcm hari kiamat. ia pasti blaku pd waktu yg ditetapkn yg kta xtau bile. xkn ditangguhkan walau sesaat jika sudah ditakdirkn. itu urusan Allah. urusan kta hanya berusaha sampai mati.

    (yg masih dlm dilema juga)
    ukht ainun

      muharikah responded:
      December 2, 2010 at 12:58 am

      ainun, saya sangat2 suka komen awak ini. mmg boleh buat blog sungguh! hehehe.. jzkk ukhti atas pandangan. saya sangat suke membacanya.

      banyak muhasabah saya dapat untuk meneruskan perjalanan ini… πŸ™‚ jzkk ukhti!

    danial UIAM said:
    November 29, 2010 at 8:34 am

    masyaAllah!

    sangat suka posting yg sebelum ini. mabruk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s