Nak menulis.. tapi…

Posted on

Salam

 

saya sebenarnya takut kalau saya tak update kat sini.

tapi kalau saya tulis, saya tahu saya tak bersedia utk menulis. Kenapa? sebab diri saya tak bersedia, hati saya tak bersedia, dan saya takut apa yang ditulis tidak sama seperti apa ada di dalam. Tak sama seperti apa yang ada pada realitinya.

 

Dalam masa yang sama, mungkin juga ini simptom-simptom futur, seperti mana semua kita pasti mengalami fasa yang sama .

 

fasa untuk merefleksi. fasa untuk tidak muncul di publik. fasa untuk tidak dikenali.

 

fasa utk mereservekan diri ini hanya untuk yang mengenali.

 

tapi saya tahu, kalau saya tak menulis, anggapan2 akan pasti datang.

 

‘tulah, dah kahwin, dah tak rajin update. cakap pasal suami sahaja!’

‘tulah, lepas kahwin jadilah camtu. dah tak aktif.’

 

perkara2 itu menjadikan saya fobia. Takut menjadi fitnah pada dakwah. takut orang menyalahkan kahwin kerana orang yang tak kahwin lagi tak tahu apa yang dialami dan dirasai oleh orang yang dah berkahwin. hidupnya bukan mudah! tanggungjawapnya bukan senang! mujahadahnya berkali-kali ganda!

 

Sedangkan orang tk tahu apa yang kita alami. Apa yang kita rasai. alangkah  indahnya jika kita dapat mengetahui keadaan each other tanpa menulis? indahnya jika kita semua merasai bahawa kita semua adalah manusia biasa. Penuh kelemahan.

 

Begitu juga saya,

 

akan ada musim futurnya

Akan ada musim untuk beruzlah seketika, mencari makna diri, menyusun urusan-urusan hidup. merefleksi dosa-dosa silam, dan merancang masa depan.

 

Suami saya pernah berkata saat saya rasa sangat tensen dengan keadaan sekeliling saya:

 

‘ukurlah baju di badan sendiri. Di saat-saat ini, kekuatan kita hanyalah dari Allah.’

dan saya tahu di saat itu, baju saya mungkin telah longgar,kerana badan saya makin kecil. kecil dari iman, kecil dari himmah, dosa terlalu banyak berbanding amal.

Mungkin dalam perjalanan yang panjang ini, ada episod-episod yang mengikis iman, dan akhirnya menjadikan saya, duduk terjelepuk dan rasa teramat down dengan ujian sekelumit di depan mata.

 

Saya berharap kita dapat bersama2 di atas jalan ini, bersama-sama mengibarkan bendera ISlam ini. supaya walaupun saya tak menulis, anda tahu saya masih setiasa di sini, sedang cuba amat bertahan. Cuma tinta-tinta mungkin sedikit kering kerana masalah diri ini yang sedang mencari kekuatan utk bangkit semula.

Banyak saya nak kongsi, namun banyak saya kongsi dengan adik2 yang saya kasihi di sini. Bila ada terbaca sesuatu, teringin nak kongsi di sini, tapi setiap kali membuka emel dan facebook, terus tak sempat nak menitip tinta di sini.

 

Nak kata sibuk, takdelah sibuk, tapi mmg ada urusan perlu diutamakan. Tenaga untuk menolak saya menulis itu tiada. rasa itu tiada. ruh itu tiada. dan saya tahu ada satu sebab utama kenapa perkara itu berlaku.

 

And saya kene cari solusi kepada perkara itu dan cuba ubah perkara itu. ( dan saya rasa anda semua tahu kenapa kita boleh down at certain time, kerana kita sendiri tidak mengambil bekalan dari sumber sepatutnya)

 

saya cemburu melihat himmah adik2 muda saya. Dengki juga anak2 usrah saya yang tak berhenti beramal dan improvekan diri. Saya ingin rasa semua itu semula, namun ruhnya itu semakin surut.

 

Dan saya tahu saya perlu bangkit semula!

 

Kerana itu saya rasa, mungkin wordpress ini akan sunyi sebentar. Bukan sebab kahwin menyebabkan saya malas dan futur. Oleh kerana situasi saya memerlukan saya berhenti dan mendapatkan semula kekuatan yang ada. Jika antum di sini, antum tahu saya masih di jalan ini iAllah, cume bukan di medan maya ini.

 

PS: saya sangat takut setiap kali orang jumpa saya dan terus approach : oowh, ini ke muharikah! saya suke penulisan akak!…  ntahlah, saya rasa pressure, namun bersyukur kerana ramai mendapat manfaat darinya. cuma saya suka orang kenal diri saya penuh kelamahan ini. mengenali aisyah yang banyaknyaaaaa kesalahan. agar dia tahu, bahawa muharikah, tidaklah sehebat mana pun.

 

 

doakan saya. moga dapat menyengat kembali.. biiznllah..

 

wasslm

aisyahz

Advertisements

7 thoughts on “Nak menulis.. tapi…

    adik said:
    November 11, 2010 at 5:34 pm

    bersemangatlah..TAKBIR!

    Aisyahukimin said:
    November 11, 2010 at 9:09 pm

    Salam…
    semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada akak…
    take your time kak…
    always waiting for your inspiring entry (insya allah, inspired by Allah)…

    take care akak sayang~

    aniisah said:
    November 12, 2010 at 6:17 pm

    salam akak, aniisah ni

    saya dapat offer ke manchester

    muallimah said:
    November 14, 2010 at 8:45 am

    Teruskan menulis…

    ummu said:
    November 15, 2010 at 9:10 am

    sometimes writings make us stronger (: especially bila kita reflect diri selepas membaca tulisan sendiri.

    take your time kak, for i know everytime i read your wordpress, i know you are still with us, ttp tegar seperti dulu, cume bukan di medan tulisan sgt.. coz knowing u without this wordpress (without menulis) sudah cukup membuktikan amal yg dilakukan, buat aku kagum dan jeles utk menjejak di belakang..

    p/s: cume its quite weird bila mencari akk bukan melalui tinta (: sbb ia selalunya ia pelengkap taujih yg diberi secara live =p

    muharikah responded:
    November 20, 2010 at 3:15 am

    salam

    alhamdulillah. dah ok sket. teruskan doa eh.. aniisah! welcome to UK! nanti kita jumpa keh?

    Nurazah Fathirah Kamarulzaman said:
    November 21, 2010 at 2:57 pm

    Samalah kita… Tahap paling segan bila orang kenal kita melalui penulisan sahaja. Huh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s