Rahsianya adalah pada istiqamah..

Posted on Updated on

suhu di sini makin membeku.

Ianya sudah mencecah angka sifar, mahupun lebih rendah dari itu.

Baru2 ini sarah  cekkan minyak hitam kuda dakwah kami; salahuddin namanya. Terus keras minyak hitam tersebut dan tak boleh ditanggalkan tangkainya hingga melekat. Nasihat bijak dari K mimi setelah itu : startkan enjin kereta supaya cair minyak hitam itu!

Akhirnya selamat kami sampai ke destinasi dengan kuda dakwah itu, setelah sara buat final cek up pada kuda dakwah kami.

Kesejukan ini acap kali kita temui. Sehingga berkabusnya mata kita dalam melihat jalan di hadapan, kerana bekunya wap air di luar sana ( menghasilkan fog ).Hingga tingkap kereta sering perlu dilap kerana berwap.

Malah nafas-nafas kita berasap dan tulang kita menggigil . Di saat sebegitu, berada di rumah dan berkabung dalam duvet adalah sesuatu yang amat indah sekali.

Aku juga menemui adik-adik aku di jalan dakwah ini dengan suatu peristiwa. Dan aku fikirkan, adakah kerana musim dingin menjadikan mereka sebegini?

Mereka sering datang padaku, dengan lontaran-lontaran masalah. Dan aku bersyukur, kerana masalah yang ada itu mengilustrasikan giatnya mereka bekerja di jalan dakwah ini.

Mereka masih baru di jalan dakwah ini.Masih mahu belajar dan mengenal. Aku katakan bahawa 2-3 tahun masih lagi baru, kerana dalam tarbiyah ini , walaupun kita sudah bergerak, masih banyak bekalan perlu kita raih. Terlalu banyak benda perlu kita pelajari di jalan ini.

Namun begitu, mereka ditimpa ujian di jalan ini. Diuji Allah dengan tarbiyah mereka. Dengan dakwah mereka. Keadaan jadi berbeza buat mereka, kerana berbezanya kisah mereka pada awal kemanisan tarbiyah dan cabaran tarbiyah mereka di saat ini.

 

Malah, di saat memperjuangkan hak tarbiyah mereka, terkadang mereka disalah ertikan oleh mereka yang kurang memahami dari mana mereka datang. Dan terkadang kehendak mereka dirasai agak berlebihan dan terkadang mereka dikatakan kurang bersyukur dengan tarbiyah yang sudah mereka dapati.

Lantas mereka mahu memilih jalan sendiri. mengutamakan manusia lain sebelum diri sendiri. Menyibukkan diri dengan adik-adik, untuk mengubat kesedihan pada tarbiyah diri sendiri. Mereka ligat memikirkan ummah, dan mereka merasai telah membuat pilihan yang betul. Merasai bahagia dengan memberi, dan sudah kurang endah dalam berusaha meraih tarbiyah diri.

dan kemanjaannya untuk mendapatkan sesuap taujih dariku sendiri kelihatan tawar.Api yang pernah membakar pada jiwa dan wajahnya ketika mempertahankan hak tarbiyahnya telah malap dan sejuk, sesejuk musim dingin yang ada. Aku fikir, adakah dia telah berputus asa?

Dan dia katakan padaku:

Insyaallah saya takkan putus asa kak. Saya masih akan jaga adik2 saya. kat malaysia keadaan mungkin akan berubah.

Bukankah lebih melegakan jiwaku jika dia mengatakan; Insyaallah saya takkan putus asa kak, saya akan memperjuangkan hak tarbiyah saya dan akan terus membaiki diri saya.

Terkadang, apabila kita terus memberi, kita akan lebih mudah melupai diri sendiri. Kita agak sukar merasai sedikit tunduk, tawadhu, merendah diri ( in other words, sentiasa merasai diri ini sangat teruk) dan akhirnya merasai apa yang kita buat ini, betul sahaja.

Dirimu itu terlalu mahal adikku. Untuk mendapatkan diri kamu seorang, berjuta jam manusia telah abeskan buatmu, beribu wang dihabiskan buat kami, bergelen air mata bergenang kerana kamu. Kerana itu, aku terpaksa aku katakan perkara ini:

‘aku tak risau jika kau tak melahirkan pewaris di bumi dakwah ini, namun aku cukup risau,jika  kamu tak mampu istiqamah atas jalan dakwah ini, takkan mampu tsabat jika kamu berhadapan dengan keadaan cabaran tarbiyah yang lebih dahsyat dari ini.

Dirimu lebih aku sayangi daripada pewaris dakwah yang baru kamu cetak itu. Kerana keberadaan dan istiqamahnya kamu di atas jalan dakwah ini lebih bermakna bagi kami semua dalam jemaah ini berbanding dengan ratusan mad’u kamu bina, namun takkan pasti akan bersama dengan kita kelak.

Mentajmik manusia, dan mentarbiyah mereka adalah tarbiyah paling besar buat kita. Dari situ kita merasai makna, dari situ kita merasai cinta, dari situ kita belajar banyak perkara.

Namun tidak akan sama dengan usaha kita melengkapkan diri kita dengan muwasafat dan bekalan ilmu dan fikrah yang ada. Dan ini semua takkan didapati tanpa adanya tarbiyah.

Dakwah ini memerlukan nafas yang panjang. kita mahu tsabat dan kekalkan kaki kita di atas jalan dakwah ini hingga kita masuk syurgaNya. perjalanan kita masih jauh dan ramai lagi manusia akan kita temui.

nak tak nak, kita perlu selamatkan diri kita sebelum manusia lain.

aku tahu kau mengatakan dirimu ok. Aku tahu kau merasai keseorangan dalam menbincangkan masalah dakwahmu, dan kau amat struggle dalam tarbiyahmu,.

tapi di situ masih ada sebuah lilin yang takkan pernah padam. Dan lilin itulah lilin harapan. Selagi mana kau masih berharap, dan positif bahawa setiap masalah pasti ada penyelesainnya, iAllah akan kau temui lilin harapan di situ.

Berusahalah adikku untuk mencari tarbiyah itu. Jangan kau bandingkan dirimu dan aku. Dalam usia dakwahmu  yang muda, terlalu banyak perlu kau pelajari,banyak perlu kau dengari dan tahu dari manusia lain.

Dalam menyediakan pelapis kita, mantapkan juga diri kita. Jika usrah kita tak berjalan, carilah majlis ilmu, bergurulah dengan akak2 dan syeikh yang kita kenali. Sentiasalah muhasabah naqibah kita. Sentiasa berbincang dengan masulah kita.

Dan sentiasa berdoa kepada Allah.. Betul, mendengar mp3, membaca buku, membaca quran dan beramal itu bekalan, namun, tidak dapat tidak, kau perlu juga mendapat sentuhan tarbiyah itu. Sentuhan seorang murabbi kepada mutarabbinya.

Harga istiqamah itu amat mahal sekali. dan aku takut kau akan kepenatan di tengah jalan dalam beramal, dan kau menjadi selesa dngan keadaanmu, puas dengan tarbiyah yang miliki, seleasa dengan tak berjalan pun tarbiyah, tanpa kau peduli untuk memperjuangkannya lagi.

Rasulullah saw bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَارِبُوا وَسَدِّدُوا وَاعْلَمُوا أَنَّهُ لَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِنْكُمْ بِعَمَلِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْتَ قَالَ وَلَا أَنَا إِلَّا أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللَّهُ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ رواه مسلم

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda, “Berlaku moderatlah dan beristiqamah, ketahuilah sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat dengan amalnya. Mereka bertanya, “Dan juga kamu Ya … Rasulullah, Beliau bersabda, “Dan juga aku (tidak selamat juga) hanya saja Allah swt telah meliputiku dengan rahmat dan anugerah-Nya.” (H.R. Muslim dari Abu Hurairah)

Sebagian orang-orang arif berkata, “Jadilah kamu orang yang memiliki istiqomah, tidak menjadi orang yang mencari karomah. Karena sesungguhnya dirimu bergerak untuk mencari karomah sementara Robbmu menuntutmu untuk beristiqomah.”

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ  نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ (فصلت: 30-32)

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS 41:30-32

 

Aku sayangkan kamu, dan merindui dirimu yang dahulu..

kerana itu, tinta ini ditulis, pada kebekuan subuh yang panjang,

wassalam

akakmu,

glasgow

Advertisements

17 thoughts on “Rahsianya adalah pada istiqamah..

    hanyahamba said:
    October 25, 2010 at 1:57 am

    Really touching. Mohon diletakkan pd fb ana 🙂

    SouthernStar said:
    October 25, 2010 at 3:02 am

    sungguh mencabar utk istiqamah bila diri digelar murabbi, disibukkan dgn tarbiyah mutarabbi yg sgt ramai.. tapi diri sendiri tiada supervision.. aku juga rindukan seorang murabbi.. terasa menzalimi semua mutarabbi dikala hati sangat-sangat kering… mujahadah ye? hmm..

      muharikah responded:
      October 29, 2010 at 12:14 am

      salam, southern star, anti kat mana? usrah ada tak kat sana?huuhuhu

    aniisah said:
    October 25, 2010 at 4:29 am

    aniisah berharap dapat menjadi a part of your team in the future, ameen ^_^

      muharikah responded:
      October 29, 2010 at 12:15 am

      of course you are already in my team aniisah! 🙂

    salwa auckland said:
    October 25, 2010 at 10:22 am

    salam..kak aishah..betul sangat..
    jazakillah khair sbb sharing..
    tgh mencari-cari jawapan pd persoalan..
    hari berlalu, tahun berlalu..
    moga allah meneguhkan hati utk benda yg super duper best kat SANA.
    nak request satu bnda..nti saya gtau k

    themujaddid said:
    October 25, 2010 at 10:23 am

    salam..kak aishah..betul sangat..
    jazakillah khair sbb sharing..
    tgh mencari-cari jawapan pd persoalan..
    hari berlalu, tahun berlalu..
    moga allah meneguhkan hati utk benda yg super duper best kat SANA.
    nak request satu bnda..nti saya gtau k

    salwa auckland

      muharikah responded:
      October 29, 2010 at 12:15 am

      salwa….. sila beritahu apakah benda itu!!!!!! saya ni tak boleh sket orang simpan2 tauuuuuu!! nak tahuuuuuuuuuuuuuuuu!!!huhuhuh…nanti YM/emel saya ok?

    cucutokjanggut said:
    October 25, 2010 at 11:39 am

    salam wbt..

    alhamdulillah, wa jazakillah kak..
    ana minta izin untuk share ye kak…

    Ummu said:
    October 25, 2010 at 12:09 pm

    (T_T) jzkk kak. sy akn usaha!

    alhamdulillah said:
    October 26, 2010 at 6:54 am

    salam …
    kak nak tanya maksud ayat ni..agk konfius
    ‘apabila kita terus memberi, kita akan lebih mudah melupai diri sendiri’

    lautchinaselatan said:
    October 26, 2010 at 8:57 am

    kak..it`s soo true

    bila saya mula memberi,saya mule lupe tarbiyah diri sendiri..
    and i ignore it…
    sedangkan sebelum ini saya langsung tidak ada anak usrah,dan sekarang alhmdulillah saya ada 3usrah di bawah saya..

    tapi tarbiyah saya ?
    tidak lagi sperti semalam…

    jzkillah for making me think and re do

      muharikah responded:
      October 29, 2010 at 12:16 am

      u ok di sana laut china selatan? tarbiyah awak camne? lautchina selatan kat mana skrg?

    ukhtimu said:
    October 26, 2010 at 1:42 pm

    speechless when i read this…..doakan kami yg jauh n kerdil nih agr istiqamah n tsabat dlm jalan ini..take care kak aisyah n may the One bless us alwaz!!! 🙂

    a.i. said:
    October 26, 2010 at 4:11 pm

    T_T

    allah sahaja yang tahu betapa besar makna tarbiyah ini dalam hidup saya.

    jazakillah for the advise.

    doakan saya terus thabat. T_T

    yang dahagakan kasih sayang murabbi,
    a.i.

      muharikah responded:
      October 29, 2010 at 12:17 am

      a.i meh saya peluk awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!muahhh!!!!!

      utk lain2, boleh kongsi dengan sapa2. tabahkan hati ye suami. sama2 kita ingatkan each other dalam rabitah…

    Speechless said:
    November 1, 2010 at 1:20 pm

    Salam akak…

    T__T sayu pula baca entry ni…

    jazakillah for the reminder akk..

    mmg sgt2 n always wonder camne la yg org selalu cerita ttg “pelukan cendekiawan” tu..

    dan bila dah lama sgt camtu.. buatkn diri redha n cuba bersyukur je la dgn apa yg ada..

    tapi, bila ada cabaran2 D&T dari adik2, kami duduk bersama.. cuba cari kat mana silapnya?
    rasa macam ada missing point, tapi susah nak cari apa dia…

    n finally we conclude…

    mungkin kurangnya keterikatan hati.. antara kami sendiri, juga antara adik2 lain…

    wallahua’lam..
    iA cuba memperbaiki keadaan yg berlaku.. ^__^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s