Tugas kita tetap sama…

Posted on

Salam,

banyak perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

dan terkadang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata berbanding bercakap dengan mulut. ( adakah sudah hilang seni2 dari tanganku?)

di satu sudut manusia umum amat dahagakan sentuhan hidayah. Mahukan sesuatu pada islam ini.

Pada satu sudut yang lain, manusia-manusia yang ditarbiyah turut dahagakan sentuhan seorang murabbi dan perhatiannya.

Jika disoroti perjuangan Hasan al-bana dan para sahabatnya, tumpuan terbesar mereka adalah pada pembentukan individu Muslim, pada pencernaan dan kelahiran seorang manusia rabbani. Dan kelahiran itu hanya akan terwujud dengan tarbiyah sahaja.

Namun itu memerlukan pengorbanan dan kerja yang amat bersungguh-sungguh.

Hujung minggu ini kami akan adakan daurah, antara tajuk yang nak disampaikan adalah‘thawabiΒ t wa mutaghayyirat’. membaca buku itu semula sangat2 banyak merefreshkan kembali, ke mana kita harus dan di mana harus kita bermula.

Terkadang , dalam satu2 jemaah, banyak masalah terlahir, seolah-olah rapuhnya tanzim yang dibina. namun hakikatnya, tanzim takkan wujud tanpa adanya asas yang kukuh pada tarbiyah.

sistem akhlak, aqidah dan fikrah hanya boleh terwujud dengan tarbiyah yang bertahap namun berkekalan hingga mencapai tujuannya.

Kita melihat ramai aktivis dakwah kita, hebat di gelanggang bicara, namun sering menyakiti hati manusia lain. Kita melihat fasihnya mereka menafsirkan Quran dalam liqa, namun tidak beramal apa yang diungkapkan. Terkadang kita melihat seorang aktivis itu amat mempertahankan fikrah dakwah yang dianuti, namun tidak seimbang dalam kehidupannya sebagai seorang muslim. Mengambil apa yang difahami, menolak sesuatu yang tidak serasi dengannya walaupun itu sebahagian dari Islam.

Maka apabila individu ini berada dalam saff jemaah, tidak hairanlah terkadang kepincangan ini masih berlaku. Dan tak hairanlah jika segala masalah itu berpunca pada sistem tarbiyah dan murabbinya sendiri. Apabila qiyadah menuntut ketaatan, dirasakan amat berat keputusan yang diberikan, sedangkan taat itu wajib jika perkara itu masih berada di bawah lingkungan syarak.

Dalam masa yang sama, kita melihat ada juga aktivis dakwah merasakan bahawa, kita terlalu lama berlegar kata di sebalik tarbiyah, dan seolah-olah tarbiyah diberikan juzuk yang utama berbanding amal dakwah yang lain.Sedangkan kita perlu maju ke depan, perlu lebih banyak menyentuh manusia.

Namun jika aspek tarbiyah ini terencat, sejauh mana dapat kita berjalan lebih jauh? Sejauh mana masyarakat dapat disentuh?

Dari aspek inilah kita perlu amat seimbang.

Tarbiyah tetap prioriti nombor satu kita. Ianya unsur tetap dalam ikhwan. Nak tak nak semua orang perlukan tarbiyah.

Namun di situ adanya aspek amal. Dan Ikhwan mengajak kita berpindah dari aspek teori kepada amal. Dari aspek kata kepada praktikal. Dan dari situ benar-benar kita rasai, adakah benar kita faham apa kita belajar selama ini.

Cuma yang menjadi kelemahannya, apabila usrah itu tak berjalan, kering, malah murabbi berperanan menjadi seorang diktator pada anak usrahnya, kering dari unsur cinta, keras dari sudut arahan. maka sistem usrah dan jemaah, semakin hari semakin rapuh, dan akhirnya manusia mula mahu melarikan diri dari jemaah kita. Alangkah ruginya kita!

Saya tak fasih berbicara tentang perkara ini. Cuba untuk mengeluarkan dari apa yang saya baca dari buku thawabit wa mutaghayyirat. Namun saya kira, kita semua akan lebih faham jika kita teliti setiap satu bait penulisan Jum’ah Amin ini dan hayati dengan sebenarnya dalam perasaan dan hati kita.

Kita perlu sentiasa berada dalam jemaah ini, walaupun amat pahit keadaannya. Kerana berbeza pendapat itu lumrah dan kemestian apabila bekerja dengan ramai manusia. Sedangkan bersendirian dalam amal islami adalah lari dari sunnah rasulullah.

Ketika bersama dengan pelbagai manusia dalam jemaah inilah, kita amat perlu berlapang dada, menerima pendapat dan mencari jalan tengah. Kita akan sentiasa merasai apa kita percayai itulah benar, namun jangan kita tutup ruang pembaikan yang manusia lain inginkan untuk kita. Kita perlu benar-benar mantap dalam tarbiyah kita walaupun kita ketiadaan murabbi, ataupun usrah kita tak membina kita. Memang kita akan temui dan rasai usrah sebegitu. Usrah yang tak tahu ke arah mana tujuannya walaupun mengikut modul. Tujuannya jelas iAllah menuju Allah, tapi dari sudut hala tuju dakwahnya?

Kerana kita sentiasa berlingkaran dengan manusia biasa yang punya kelemahan. Satu masa nanti, kita mungkin akan jadi sebegitu( naqibah sebegitu) dan anak usrah kita akan merasainya sedemikian. Namun kita perlu berusaha untuk sentiasa memantapkan iman dan taqwa kita kepada Allah.

Para sahabat yang berhijrah untuk berdakwah puluhan tahun tanpa nabi di negara luar. Salman, musab dan sebagainya. mereka belajar menjadi murabbi kendiri.

Generasi awal kita, makcik2 kita yang mendapat sentuhan Islam di UK tahun 70-an, mendapat islam dari bacaan buku, dan dibincangkan dalam usrah-usrah mereka. sekali sekala mendengar taujih dari syeikh IM di UK. Mereka belajar sesama mereka. bersikap kendiri.

We cannot change everybody. But we can make change to ourselves. Memang tarbiyah kita takkan pernah sempurna. Memang banyak cacat celanya. Memang rasa tak best terkadang mendapat tarbiyah dalam jemaah ini. Ini hakikat yang perlu kita telan bersama. Dan kerana hakikat ini, jemaah ini menerima ujian ukhuwah yang amat menyakitkan, apabila sebahagian dari kita keluar darinya dan membentuk jemaah baru. Ini kerana mereka mahu memperkasakan tarbiyah.

Tapi diri kita tak sebegitu. Kita tetap tak putus asa. Kita membaiki, bukan melarikan diri. Kita proaktif, bukan pesimis. Kita tetap bersabar, walaupun diri kita disalahkan dan tidak diendahkan oleh jemaah kita. Kerana balasan kita hanyalah dari Allah, dan kita mahu terus tsabat, dan terus istiqamah di atas jalan dakwah yang penuh duri ini.

Kerana itu, kitalah yang patut memantapkan diri kita. Kitalah patut mencari guru, kitalah patut membaca sebanyaknya. kitalah patut banyak mentadabburi Quran dan sirah rasulullah, seterusnya mengamalkannya..

Jika ada orang mengatakan bahawa diri kita kurang ruhiy, kurang akhlaknya, kurang peribadinya, maka kitalah yang dahulu membaikinya.

dan tarbiyah ini, perlu kita mantapkan!

Kasihan manusia di luar sana, mengharapkan sentuhan islam dari kita. Jika jiwa kita keras, tertutup dari menyebarkan rasa islam ini pada mereka, alangkah ruginya kita. Mungkin ini kurangnya tarbiyah kita. Mungkin ini yang kita rasa, kita tak merasai hubungan anak dan ayah dalam usrah, kita tak rasa hubungan syeikh dalam usrah.. menyebabkan jiwa kita tertekan dan akhirnya memberontak. Sedihnya keadaan ini berlaku.

Namun inilah dia asakan ujian. Jika tak berlaku pada kita sekarang, akan berlaku pada masa akan datang. Inilah tapisan Allah pada kita, untuk melihatkan pada kita, adakah benar fikrah Islam yang kita anuti ini, atau kita anuti pemahaman berdasarkan emosi dan sentimen semata-mata ( mengikut sahaja naqibah/murabbi kita walaupun dia salah)

jemaah kita takkan pernah perfect. tarbiyah yang kita dambakan tak pernah perfect. Namun kitalah yang perlu berusaha ke arah kesempurnaan itu.

doakan saya.. cuak ini nak present. baca ye buku thawabit wa mutaghayyirat itu.. best sangat.. boleh cari kat http://www.dakwah.info

salam sayang
aisyahz
glasgow
nak rehat sebelum gi kerja jap…

Advertisements

8 thoughts on “Tugas kita tetap sama…

    fieqa said:
    October 22, 2010 at 12:34 pm

    salam k.aisyah. πŸ™‚
    first time sy comment rasanya.
    selama ni jadi silent readers je kt blog yg menggugahkan perasaan ni =)

    akk!
    moge KITA terus diberi kekuatan oleh Allah,
    dlm jalan ini.
    ujian yg datang pd diri – diri kita, ada tarbiyyah ingin Dia ajarkan ntok kite lebih kuat kan? πŸ˜‰
    insyaAllah….

    salam sayang fillah dr canterbury,uk! πŸ™‚
    nt kita jmpe ye! hehe.excited nye! iA. πŸ˜‰

      muharikah responded:
      October 25, 2010 at 1:34 am

      hehhehe.. iAllah kita jumpa fiqa! saya dah jumpa zetot, azna dan ada dah..heheheh

    mimiamilia said:
    October 22, 2010 at 3:30 pm

    tak sabar nak dgr pembentangannya..

    p/s: hihihi bagi cuak lebih sket πŸ˜›

    mim said:
    October 23, 2010 at 9:30 am

    salam kak aisyah.
    urm, teringin nak join daurah tu. boleh akak terangkan lagi nanti dalam blog?? πŸ™‚
    tibe tibe terase nak lebih faham akan isinye.
    jazakillah kak aisya. best of luck, ye. πŸ™‚

    mim said:
    October 23, 2010 at 9:32 am

    salam, kak aisya.
    urm, boleh ke nnti bile bile kak aisyah terangkan denag labih lanjut isinye??
    terase nak lebih faham akan ape yang cube disampaikan.
    asif menyusahkan.
    jazakillah kak aisya. best of luck πŸ™‚

      muharikah responded:
      October 25, 2010 at 1:31 am

      salam mim, anti dari mana? dah baca buku tu? Elok baca dulu sebelum saya explain. sebab baca buku tu sendiri dah best πŸ™‚ iAllah ada masa saya explain ye..

      mim said:
      October 25, 2010 at 5:49 pm

      saye dri malaysia, kak aisya.
      m a new comer, kak aisya. a new comer with litres of tears bile bace blog akak.
      I need all the help that I can get, sis. I do.
      kene cari bukunye? ouh, ok then. will do. will do, kak aisya.

    ummu said:
    October 24, 2010 at 8:40 pm

    huh kak, buku yg sntiasa disebut di bibir suatu ketika dulu πŸ™‚
    all the best ya! byk yg dpt dipelajari, antara unsur tetap dan berubah yg ada pd jamaah ini. ada yg perlu baku dlm teori, namun anjal dlm pelaksanaa.

    ada kalanya pahit itu kene telan:)
    sbb kita bukan nk menang sendiri.namun utk kemaslahatan semua.

    -menanti masa pulang huhu.berdebar pun ade nk turun medan sebenar tuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s