Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya

Posted on

 

salam

terkadang kita pasti berhadapan dengan satu ujian.
dan terkadang ujian itu datang pada saat kite amat memerlukan kekuatan.
datang saat sebelum nak ke usrah ke mungkin,
datang saat rasa kepenatan untuk ke tempat kerja,
datang saat kita memerlukan kekuatan hati untuk berjumpa manusia.
ia datang, pada saat hati kita paling berkaca sekali( fragile)

dan di saat itu kita tahu,
Allah sesungguhnya memberikan kita satu teguran yang amat mahal
lantas kita menutup muka kita
meletakkan dahi pada tanah
dan menangis
terus menangis
memohon kekuatan dari yang memiliki segala kekuatan
dan kita mencurahkan isi hati pada Dia
mengungkapkan rasa kita
sedalamNya
dan berharap Dia akan memberikan rasa kuat pada hati kita
yang mungkin sedang remuk , merekah pada nadi ujian yang parah
dan akhirnya Dia membuatkan kita berfikir:
‘ Bukankah aku jadikan ujian ini buatmu, supaya kau kembali padaKu? supaya kau ingat balik dosa-dosamu? supaya kau kembali dan bertaubat padaKu?
dan tentu banyak sekali dosaku padamu Rabb.
di saat ditimpa ujian itu,
mahu sahaja aku melarikan diri
dari negeri yang amat jauh sekali
menyorok,
bertapa
berkhalwat denganMu
ataupun berlari
ke beirut
bersama pejuang perubatan
mengubati mujahidin
dan berharap ada peluru sesat menembak ke jantungku
dan akhirnya aku rebah
bermandikan syahadahMu
namun Kau telah menetapkan aku
berhadapan dengan ujian itu
dan tidak kiralah
berkecainya hatiku
remuknya jantungku
gelapnya jalan-jalanku
jika itu sudah menjadi ketentuanMu
agar aku menikmati resepi indahnya mengabdikan diri padaMu
maka ketetapanMu itu pasti berlaku
dan antara melarikan diri
mahupun terus berada di jalan dakwah ini.
Kau menjadikan aku sedar
bahawa, jalan dakwah inilah nyawaku,
jalan dakwah inilah makna kepada kehidupanku ini,
jika aku larikan diri dari ia,
maka matilah aku
sesatlah aku
dan ujian itu hanyalah rencam
menjadikan aku
lebih akrab
lebih dekat
lebih mengenal
erti Rahman, dan Rahimnya Mu.
buat yang kucintai,
ujian pasti datang dalam hidup kita, silih berganti, silih berganti
Dan Allah sering berkata pada kita..
lepas susah, pasti ada senang..
lepas susah , pasti ada senang.
hidup ini ibarat roda, sebentar kita di atas, sebentar pula kita di bawah.
dan Allah letakkan kita di bawah, supaya kita belajar, bagaimana untuk mendaki semula ke atas.
Moga Allah jadikan kita hamba yang lebih dekat denganNya
ukhtikum
aisyahz
sptital
Advertisements

17 thoughts on “Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya

    kak humaira said:
    October 15, 2010 at 10:46 pm

    seronok baca..beri kekuatan pd jiwa akk yg tgh lemau juga:)

    Aisyahukimin said:
    October 16, 2010 at 8:23 am

    Akak~
    saya suka sangat entry ni… sangat kena pada masanya…
    ya, moga dengan ujian ini, kita lebih dekat dengan Nya…
    amiin…

    shymushah said:
    October 16, 2010 at 9:33 am

    sangat membina entry ni.
    tq.
    🙂

    saidah said:
    October 16, 2010 at 10:31 am

    salam. kak,entry ni.. sama macam apa yang saya rasa.
    jazakillah kak, entry akak ni buatkan hati saya yang tgh saket ni boleh bernafas sikit2.
    alhamdulillah..

    dik said:
    October 18, 2010 at 8:41 pm

    assalamualaikum kak.

    jazakillah khair 🙂

    ummu said:
    October 19, 2010 at 12:23 am

    kak, sajakmu memang kena dgn mood skrg ni..huhu

    walau remuk juga berkecai hati
    langkah perlu diteruskan
    kerna itulah indahnya jalan Ini

    manakah kenikmatan yg lebih utama dr nikmat merentasi jalan yang sama oleh Muhammad?
    manakah kenikmatan yang lebih agung dari teguran Allah
    utk kita terus belajar dan tsabat inshaallah??

    p/s: i love u 3,4 and 5….

      muharikah responded:
      October 22, 2010 at 6:43 am

      ye umu, mmg Allah datangkan ujiwan pada kita.. sebab Allah sayangkan kita .. 🙂 bile nak jumpa ni?

    zafirahhatta said:
    October 19, 2010 at 7:18 pm

    salam wrt k aisyah..zaf dr moscow dtg menyinggah, mohon pada Allah utk diberi sedikit kekuatan..bc pulak entry akk..jazakillah khayr ukhti.. 🙂

    “jika itu sudah menjadi ketentuanMu
    agar aku menikmati resepi indahnya mengabdikan diri padaMu
    maka ketetapanMu itu pasti berlaku”

    Allah pilih kita terima ujian utk kembali pada Dia…
    jazakilla khayr k aisyah..moga Alla pelihara akk selalu 🙂

      muharikah responded:
      October 22, 2010 at 6:43 am

      zafff, apa kabar orang moscow? takde aral saya nak ke sana nanti… jaga diri ye…

    pengemisredha said:
    October 21, 2010 at 7:38 am

    sangat terkesan …jklh kak

    muharikah responded:
    October 22, 2010 at 6:47 am

    jzkk semua atas komentar.. tak sangka kita punya rasa hati yang sama 🙂

    syarifah radiah said:
    October 22, 2010 at 9:28 am

    salam.

    subhanallah.
    kak, sy rasa sangat terkesan
    jazakallah
    😉

    mun said:
    October 23, 2010 at 6:06 am

    jzkk…erm memg begini ye jln dakwah…. ana mahu sharekn di blog ana dan fb. doakn ana juga kuat.

    kiasatina nublah said:
    October 30, 2010 at 8:46 pm

    thanks akak mmg kena ngn kondisi kia skrg…

      nazihah said:
      October 31, 2010 at 8:40 am

      kia,akak nyibuk kat sini..huhu 😛

      kak aisyah, jazakillahu khair..:)

      sangat memerlukan peringatan ni di saat ini

      moga Allah pelihara.

    syida said:
    November 23, 2010 at 5:07 pm

    SubhanAllah…Allah datangkan semangat (motivator) untuk sy (iAllah) dalam bentuk nukilan akak ni. Jzkk kak aisyah. Rasa mcm mampu nak face the days ahead. Jzkk 🙂 Sayang akak.

    […] Source: muharikah.wordpress.com/2010/10/15/apa-yang-terjadi-pasti-ada-hikmahnya/ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s