Minta maaf

Saya minta maaf,

buat mereka yang tahu,

siapa diri ini,

terkadang

aku amat cuba lakukan,

yang terbaik

termampu aku,

bersedia,

pada sisa waktu yang ada,

namun ternyata

tidak mampu itu ada,

terkadang,

meningkatnya kita,

menjadi murabbi kepada para murabbi,

lebih mencabar

dari menjadi murabbi kepada mutarabbi,

perlu membaca,
mengaitkan,
membuat kesimpulan sendiri.

sedangkan
masa yang ada
ternyata
tidak ada
atau aku kurang
mahir dalam menyusunnya,

andai malam ni
ternyata lidahku kelu
isinya kering,
aku mohon ampun buatmu,

benar,
takkan mampu kau menjadi seorang mujahidah
jika aku tidak menyediakan bekal buatmu
seampuhnya
buat perjalananmu yang panjang ini.

dan aku akan cuba
dan akan cuba
tapi aku takut
risau
dan tak mampu…

seperti mana dahulu aku pernah melihat seseorang,
tak sempat bersedia memberikan usrahnya,
lantas usrahnya hanya membaca buku teks sahaja
dan hilanglah makna usrah itu

sedangkan
aku tahu duhai dindaku
kau mengharapkan sesuatu
yang lebih dari itu.

doakan aku..

aku tahu
aku tak boleh menolak
aku tak boleh berdalih
aku tak boleh memberi alasan..

dan aku akan terus mencuba

besarnya harapanku
buatmu
untuk menjadi pewaris dakwah ini
jauh
jauh
jauh lebih baik dariku.

kerana untuk itu aku hidup,
demi melahirkan manusia

sepertimu…

buat muassirah, ini untukmu semua,

aisyahz
glasgow
1.30am

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

3 thoughts on “Minta maaf”

  1. mari cuba utk istiqamah ingat mrk dlm doa, smg mrk ttp mnjdi pewaris yg hebat wp punya murabbi yg penuh kekurgn. pd Allah jualah terltk sgl kputusan.

  2. Salam….Sungguh..
    ana menangis melihat entri enti..
    ana juga akan mengalami keadaan seperti enti tidak lama lagi..
    ana juga punya ketakutan ..yang tak semua akan faham…
    mengapa dan kenapa ketakutan itu wujud..
    ana harap ukhti dapat bantu ana keluar dari bayang2 ana sendiri…

    1. salam miftahulqalbi, kenapa sedih sangat? ok tak semua kat sana? harap semuanya dimudahkan Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s