Hidup ini II

Posted on

salam,

 

buat yang berada di atas jalan dakwah ini…

 

tabahkan hati.. teruskan langkah, ikhlaskan niat.

 

Allah akan temukan kita dengan pelbagai jenis manusia. dan terkadang kita kaget dengan perangai mereka. Ada yang dah bersama kita, berpaling ke belakang semula. Ada yang perlu ditata hati mereka. Ada yang pelbagai lagi.

 

Yakinlah, bertemu dengan ribuan manusia berlainan ini bukan sahaja mewarnakan hidup kita dengan pelangi, namun sentiasa mematangkan kita dalam menghadapi hidup mendatang. Kita takkan hidup dalam monotonous. Kita akan sentiasa mahu meninggalkan kesan pada bekas hati mereka.

 

Tak semua manusia sanggup bersama kita hingga ke akhir perjalanan, namun pasti ada seorang dua yang perlu kita cari dan bimbingi dengan gigih dan tabah hingga ke akhir perjalanan.

 

Janganlah tinggalkan tempatmu sehingga kamu dapat melahirkan seorang pewaris.

Jangan tinggalkan tempatmu sebelum sempat kamu lahirkan itu.

dan dengan harapan itu, kamu akan bekerja, siang dan malam, tanpa mengira masa kosongmu yang ada, untuk membeli belah mahupun berfikir untuk rehat.

kerana hidupmu akan sentiasa dihadapkan menjadi khalif itu, bertumpu kepada RAbbmu. menghadapkan wajahmu untuk mendapat redhaNya.

Dengan itu, bangkitlah selepas jatuh seketika saat kefuturan. Kesatlah air matamu, pujuklah hatimu, maka berdoalah pada malam hari saat Rabbmu mendengar suaramu. Mintalah Allah menguatkan semula langkah kita dan memantapkan hati kita. Kerana perjalanan kita amat panjang dan jauh lagi. Sedangkan jahiliyah sangat dahsyat menarik kita kepada jahannam.

 

Buat yang masih baru mengenal Islam, kuatkan hatimu. Doalah agar Allah membimbing hatimu dan aku juga untuk kuat melawan jahilyah itu.

Istighfarlah kepada Allah agar adanya furqan dalam hatimu. Furqan, merasai sensitiviti antara salah dan benar, dosa dan pahala.

Nak berubah memang sangat susah. SAngat susahhhhh. tapi ganjarannya adalah nikmat hidup dunia dan akhirat.

Benar, hidup kerana ALlah dan hidup di atas jalan ini adalah sebenar-benar jalan, dan menyuluh hidup kita.

 

Aku tiada cerita terbaru bagaimana aku berubah, kerana zaman itu telah lama berlalu, namun belajarlah dari mereka yang baru berubah, dan rasailah apa mereka rasa. nescaya kau akan rasai kekuatan itu.

Berubah itu memang susah, kerana manisnya hidup kita sekarang.

Namun ada sesuatu yang amat tenteram dan tenang sekali.

 

Itulah hidup di bawah hidayah Allah.

bukalah hatimu seluasnya untuk merasai itu…..

yang menyayangi kamu semua

aisyahz

glasgow

my mind cant stop thinking! kene tidur ni!huhuhuh

Advertisements

5 thoughts on “Hidup ini II

    Kak Aisyah Ismail said:
    October 12, 2010 at 9:41 am

    Salam, I heard that you are recently married. Barakallahu lakuma, wabaraka alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair. It has been long since that last time we met. How are you doing? Miss you a lot!
    Im now in KK Sg Buloh, still living in Bdr Sri Damansara. Im contactable via email & mobile +6017 3643409. Do keep in touch.

      muharikah responded:
      October 14, 2010 at 12:41 am

      iAllah k aishah! rindu juga kat akak… im still surviving here!huhuhuh

    Ummu said:
    October 12, 2010 at 11:22 pm

    Janganlah tinggalkan tempatmu sehingga kamu dapat melahirkan seorang pewaris.

    kak, ianya tdk sng.sungguh byk mujahadah perlu dilakukan. saat kita rasa sgt2 down, teringat mereka2 yg kita sunguh2 kita mahu fhmkn dgn Islam dan dakwah ini. moga kita sama2 kuat menyelusuri jalan ini. kerna kita kenal satu perkara, iaitu USAHA. tiada yg lain.. yuk berusaha!!

    saye
    yg akn pulang huhu sedih je nk tgglkn tmpt ni

    muharikah responded:
    October 14, 2010 at 12:42 am

    ummu, iALlah saya akan jumpa korang nanti ok? doakan semuanya ok. saya pun sangat struggle ini…

    kakpia said:
    April 27, 2011 at 12:08 pm

    salam..jazakillah atas perkongsian..ketika diri ini sgt perlukan kata2 sokongan n dorongan huuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s