saya masih ada di sini

Posted on

salam,

saya masih ada di sini..

saya tak diam.

tapi mungkin ambil masa untuk adaptasi.

sungguh duduk berjauhan adalah sesuatu yang sukar. ternyata saya juga seorang manusia yang ada perasaaanya. banyak kali saya cuba deny juga perasaan itu, tapi memang amat sukar.terkadang saya terpaksa melupakan diri saya sebagai seorang isteri kerana sukar untuk menahan sesak di dada dan air mata, tapi saya rasa ini adalah fitrah, fitrah yang mungkin tak ramai dapat merasainya. terkadang tak mampu kulukiskan rasa itu. ianya sebak dalam kedamaian. duka dalam ketenteraman. padanya satu asyik yang sering menghubungkan kerinduan. adakah dia merasainya juga? aku tak tahu.. cuma aku yakin rabithahnya tetap bersatu di hatiku.. insyaallah.

saya rasa terkadang lemah dan lelah dalam tanggungjawap yang ada.

ntahlah, terkadang rasa malu nak cakap diri sibuk. sebab bile kita cakap kita sibuk, ada je masa nak buat benda2 lain.. ada masa nak borak lama2, tengok facebook lama2, berangan lama2.. tapi kata sibuk.

tadi rakan baikku menelofon menceritakan masalahnya, di waktu yang sama, liqaku dengan adik2 baru sahaja nak bermula. aku pulang malam ni pada tengah malam selepas menghantar pulang beberapa orang adikku. dan aku kira rakan baikku telah pun tidur di tika ini jika aku mahu tahu ceritanya lagi.

aku pernah kata pada suamiku saat kami pulang bersama ke bumi UK ini.

‘ rasa cam tak nak buat apa2. cam nak duduk je..’

‘ jangan begitu. kenalah buat kerja2 kita juga,’ katanya memujuk.

ntahlah, aku tak tahu apa yang dapatku ceritakan kepadanya. kesibukanku yang terkadang memakan diriku. tapi aku amat kasihankan adik2. pada jiwa2 dan hati2 mereka yang mahu aku simbahkan cintaku dan kefahamanku.

Apabila adik2 meminta, takkan boleh menolak?

takkan mampu kita menolak?

takkan sanggup nak menolak?

aku pernah ditolak daripada mendapat suapan tazkirah tatkala aku meminta, dan pengalaman itu amat pahit sekali.

‘ ana sibuk!’ itu ujar ustaz itu.

sedangkan mereka yang mendidikku, tak pernah mengatakan tidak kepada suatu ajakan tarbiyah.

adik2 baru di glasgow ini bertambah lagi. total adik2 yang perlu sama2 diberi perhatian adalah 25 orang. tak seramai adik2 di kawasan lain.

tapi jika benar2 nak DF dan benar2 membimbing 25 orang ini, ia bukan kerja mudah.

dan saya katakan..

ianya bukan kerja mudah.

ianya bukan sahaja spend 2 jam bagi usrah/tazkirah, kemudian habis.

dia mengambil keseluruhan masa kita, jika kita benar2 mahu menjadikan 25 orang ini benar2 mengenal Islam dan segala ufuk keluasan dakwah yang indah ini.

menjadikan islam cara hidup mereka.

perjuangan matlamat hidup mereka.

ia tak senang.

dan menjadi senior dalam jemaah juga, banyak juga tanggungjawap lain perlu dilunaskan. ramai manusia perlu diberikan perhatian.

dan terkadang, betul apa yang aku katakan pada suamiku:

‘ tak nak buat apa2.. nak duduk sahaja..’

supaya aku lebih tenang, menyusun tenaga dan masa. terkadang aku melihat jadual hujung mingguku yang penuh, aku tahu masaku untuk bertemu suamiku sendiri perlu dicatu. dan itu amatlah menyedihkan.

terkadang benar, kalau kahwin untuk dakwah, kenalah buktikan.

namun hakikatnya, jiwa ini manusia. hati ini manusia.

dan terkadang aku hanya mampu mengadu pada Allah, kerana Dia pasti menenangkan jiwaku.

dan aku tahu mungkin aku pada penghujung yang lemah, dan aku rasa tak ramai memahami apa yang dialami ini… dan memang Allahlah tempat mengaduku..

betul, terkadang kita merasai bahawa sesuatu itu pasti indah.. namun pada keindahan itu juga terdapatnya ujian2..

dan ujian itu sentiasa menyebabkan diri kita tertanya… adakah ikhlas semua langkah kita ini.

adakah ikhlas?

ntahlah.

yang penting saya rasa ‘overwhelmed.’

tak tahu nak explain..

doakan saya.

aisyahz
insan biasa
glasgow

Advertisements

5 thoughts on “saya masih ada di sini

    nurul said:
    September 30, 2010 at 7:09 am

    ya ukhti solehah..

    mungkin saya tak beberapa memahami perasaan ukhti tentang dakwah setelah saya hampir 2 bulan ‘bercuti’ dari program2 dakwah, dah lama tak menatap wajah2 teman yang bersungguh dgn dakwah, saya ‘beruzlah’ dgn baby yang baru hadir..[insyaALLAH doakan saya kembali istiqamah di jalan tarbiyyah].. 🙂

    tapi saya merasai sayu perasaan ukhti berpisah dari suami, benar sekali, kita sedang diuji ..bercinta kerana ALLAH dan dakwah.. benarkah cinta seperti itu..? Bukankah cinta seperti itu sepatutnya memberi kekuatan bukan melemahkan..?

    Ukhti bukan lemah, ukhti sedang adaptasi dengan kekuatan cinta halal itu.. Ukhti kuat hati, jiwa ukti sedang dikuatkan lagi.. agar hati itu betul2 mantap untuk menampung cinta halal yang diikat oleh iman dan taqwa, cinta yang akan menjadi peneguh langkah di jalan panjang lagi sulit ini..

    ..sebak dalam kedamaian. Duka dalam ketenteraman. betul kata ukhti tu, itulah fitrah seorang isteri. saya masih merasai rasa itu, kadang-kadang. Kalau berpacaran, sebak dalam keserabutan, duka dalam kegundahan. Ukhti.. bersyukurlah dengan anugerah suami, bersyukurlah ALLAH izinkan kita merasai secebis manisnya cinta manusia walau kadang2 sakit dgn rindu.. Moga kita tak lupa ALLAH pemberi rindu dan cinta..

    ummu said:
    September 30, 2010 at 8:30 am

    speechless utk respon pada entry kamu ni kan. kami adik2 akan tetap support akak, moga terus kuat dalam mujahadah. di sebalik kata-kata semangat yang akak berikan di balik tetingkap YM, akak lebih perit bermujahadah. moga allah kuatkan kamu kak. sayang akak sangat-sangat, dan sangat takut kehilangan selepas walimah akak hari tu, sepertimana saya merasai kehilangan kakak-kakak lain sebaik saja akad mereka sah. ujian mu lebih getir yang hanya difahami mereka yang melaluinya. namun kami mahu tetap melihat akak tsabat, sama seprti dulu, malah lebih laju. moga akak kuat mneghadapi ujian ini. tak boleh banyangkan bagaimana kak S boleh ditinggalkan berbulan-bulan oleh pak cik kan.

    love u,
    Saye yg sdg berdikari.

    Mimy said:
    September 30, 2010 at 10:22 pm

    kamon akak u can do it!!!! 🙂

    Arifah said:
    October 1, 2010 at 1:16 am

    Salam akak,

    Sebelum berumahtangga, bila melihat orang yang baru berBM ni ‘down’ sekejap, hati yg jahat ni semacam berbisik, “eleh dah kahwin nak lembik2 pulak padahal dah ade org teman, ade tempat mengadu”. Tapi bile diri sendiri yang merasai pengalaman itu, barulah faham ditahap mane pun kite berada, Allah akan sentiasa uji kita dan ujian itu akan bertambah dan bertambah, semakin sukar dan semakin mencabar. Tetapi benarlah janji Allah, takkan ada yang sukar melainkan akan Dia mudahkan. So that we will turn to Him, put all our trus in Him and believe that He will pull us through and guide us through to the right end.

    Sangat faham perasaan akak ni. Kami pun masih duduk berasingan walaupun mungkin x sejauh akak dan zauj. Rasa perit sangat bile hujung minggu terpaksa bahagi masa untuk ke program dan menunaikan hak kepada suami. Di sebelah ini terasa bersalah dengan D&T, dengan sisters, di sebelah satu lg terasa bersalah dengan suami yg redhanya adalah pintu kita ke syurga. Tapi insyaAllah, Allah telah memudahkan akak dengan megurniakan akak seorang zauj yg memahami dan memberi sokongan kepada dlm kerja yg akak jalankan. Moga itu akan terus menguatkan akak di jalan ini.

    Suke nak quote blk ape kak nurul ckp:
    “Ukhti bukan lemah, ukhti sedang adaptasi dengan kekuatan cinta halal itu.. Ukhti kuat hati, jiwa ukti sedang dikuatkan lagi.. agar hati itu betul2 mantap untuk menampung cinta halal yang diikat oleh iman dan taqwa, cinta yang akan menjadi peneguh langkah di jalan panjang lagi sulit ini..”

    Moga jiwa kita sama2 menjadi lebih kuat kak! Teruskan melangkah, ‘slow2’ dulu, tenang2, agar jangan lelah sampai terhenti mati, supaya dpt gain momentum semula dan memecut laju selepas itu. InsyaAllah.

    Uhhibukifillah,
    Dari berjuta kilometer seberang laut menghantar semangat =)

    aizadiha said:
    October 1, 2010 at 5:43 pm

    ana ‘like’ apa ukhti arifah tulis..
    sis, do remind me too.jazakillah khaer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s