Suatu kehidupan buatmu

Posted on Updated on

Seorang adik pernah berkata padaku :

‘ akak, fokus untuk majlis akak eh.. dah nanti balik boleh fikir lagi pasal kitorg’

‘ apsal akak baik sangat dengan kitorg ni? tiap2 minggu belanja makan, sure nak something ni..’

seorang adik lain berkata padaku:

‘ kasihan k aisyah, asyik fikir pasal kitorang je, dah lah nak kahwin ni’

seorang lagi adik berkata padaku:

k aisyah mesti takde masa rehatkan? lepas satu, satu k aisyah kena buat

dan setiap kali aku menatap wajah adik2ku, dan memeluk tubuh mereka, aku tak tahu bagaimana dapat aku lontarkan perasaanku pada mereka.

Aku mahu mereka merasai kehidupan yang kurasai ini.

Kehidupan yang memberi cahaya,

kehidupan yang memberi makna,

kehidupan yang menjadikan everything make sense,

ianya membahagiakan.

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu

( Anfal : 24)

kerana itu aku sanggup bersusah payah untuk memberi peluang bagi mereka mengenal rasa itu.

rasa cintakan Islam.

rasa cintakan Allah.

Ianya bukan sekadar ucapan, tapi adalah perasaan yang akan terjelma pada perbuatan.

ia memberikan nafas baru dalam kehidupan kita.

Dan perlu aku tawan hatimu dulu sebelum kau dapat mendengar kata-kataku, kerana aku takut kau terus menolakku kerana hatimu belum bersedia menerimaku.

ukhtiku,

terkadang kita sering teraba-raba dalam membuat pilihan kita.

kita rasa pilihan kita tepat, membahagiakan, namun pilihan ternyata takde sandaran dan asas.

bahagianya seketika, kekosongan cepat sahaja mengisi jiwa

Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (Surah al-An’am, ayat 125)

Kita rasa kita dah buat benda yang betul.

tapi kenapa resah mengisi tetap mengisi jiwa?

Ada satu kehidupan yang sangat utuh, kukuh dan menenangkan jiwa jika kita memegangnya.

dan aku amat mengasihi adik2ku itu, kerana itu aku mahu mereka merasai kehidupan tersebut.

kehidupan atas dasar kefahaman, dan memberikan ketenangan jiwa buat mereka..

sesungguhnya petunjuk Allahlah, petunjuk yang sebenarnya. (QS. 2:120)

Biarlah aku kepenatan dan tiada masa kosong bagiku, kerana kehidupan sebegini amat membahagiakan jiwaku dan make life more sense.

Satu kehidupan yang memberi cahaya buat manusia lainnya..

untuk jadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi ( ahzab :46)

‘ I donno why, I felt so fed up! Everyhting in my life is so routine. wake up, go to work, then leave work, go home, have dinner and sleep. then the same thing happen again. I always wonder, is this life worth live for?’

Aku tersenyum sumbing mendengar kata-kata registrarku dalam bilik rehat kami. tak mampu aku banyak berkata-kata pada mereka.

Walaupun ingin ku katakan:

kehidupan dakwah dah islam akan make our life make more sense..because, dia menjadikan hidup kita ini ada tujuan, ada purpose, bukannya sebuah cycle.

Hasan Al-Bana pernah berkata pada kita: ‘

Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia. Kita tidak akan  menuntut sebarang wang atau ganjaran. Kita tidak akan meminta kedudukan. Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita. Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini.
Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang
menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu.

Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu.

Dan kata-kata ini menggambarkan perasaanku di saat ini.

adik2ku,mahukah kamu bersamaku?

Aku kira 2 minggu akan datang ini adalah minggu paling sibuk buatku.. moga setiap saatnya beroleh barakah dari Allah.. ameen,.

doakan saya,

aisyahz

dubai

Advertisements

5 thoughts on “Suatu kehidupan buatmu

    aisyah ismail said:
    September 11, 2010 at 11:29 am

    insyaallah akak.. moga sentiasa dalam redhaNya.

    do take care!

    loves fillah,
    🙂

    buat kakakku :) said:
    September 11, 2010 at 3:43 pm

    kak aisyah mabuk cinta sbnrnya ni..

    cinta kpd mad’u2nya dan cinta kpd kerja2 yg dibuatnya.. 🙂

    oh. masakan tidak, bila kt rasa nikmat islam dan iman itu diberikan kpd kt..

    tidak mahukah kt kongsikan bersama2 yg lain?

    moga dipermudahkan urusan2 akak slps ini..

    yg jg merasai perasaan yg sama apabila bersama dgn adik2ku~

    syg akak fillah~~

    hisham79 said:
    September 12, 2010 at 7:23 am

    bagus kalau dapat cerita tentang islam pada supervisor tadi..mungkin dia sedang mencari2 cahaya

    Haslina said:
    September 12, 2010 at 10:19 am

    kehidupan ini memang terasa kosong bila tiada dakwah dan Islam. both of these things working together to make life more sense.

    ukhti, jazakillah khayr for the entry. mengingatkan saat hati lalai.

    InshaAllah, barakahNya pada majlis mendatang ini 🙂

    aizadiha said:
    September 12, 2010 at 11:12 am

    salam sis,dah sampai msia?
    saya masih di KB.. rasanya tak sempat nak jumpe akak sebelum akak mengikat ‘mitsaqan ghaliza’.. huhu.. jumpe di hari itu sahajalah iAllah.
    jom bersatu dalam doa…

    mode x sabar jumpe sisters.Raya yang memenatkan,tapi xpe=ukhwah juga! ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s