Posted on

Adik-adik yang kukasihi,

Orang-orang Arab berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan  jika kamu taat kepada Allah RasulNya , Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  ( hujurat : 14).

Iman itu dia bukan sekadar ucapan.
Ianya apa yang dibenarkan oleh hati kita.

Dia rasa dalam hati kita.

Dan kita tak boleh nak rasa iman itu jika kita tak faham.

Jika kita tak faham islam.

Bila kita tak faham islam, maka kita tak mampu beramal dengan islam.

Bayangkan berapa lama kita belajar tentang islam di sekolah menengah dan rendah. Betapa banyak kali juga kita dengar ceramah-ceramah agama, tapi berapa banyak sahaja yang kita ketahui itu masuk dalam hati kita dan mengubah diri kita?

Dan kita tahu semua itu terjadi kerana setiap kali ilmu itu datang, kita tak bersedia untuk mendengarnya dan beramal dengannya.

Lantas kita tak rasa manis dengan islam. Kita tak rasa bahagia dengan islam, malah rasa terkongkong dan rimas.

Lantas kita pilih cara hidup lain, kita ambil prinsip-prinsip hidup lain. Kita cari kebahagiaan yang mensemukan.

Lantas kita bertanya pada diri kita, kenapa hati kita masih resah dan gelisah?

Perjalanan kita untuk mengenal islam adalah panjang. Tapi tidak susah. Cuma hati kita perlu bersedia untuk melalui jalan ini. Kita sendiri perlu rasa untuk cari dan terus mencari.

Kerana mengenal islam akan memberi sebuah makna kepada kehidupan kita.

ia memberikan kita cahaya.

Ia mengenal kita akan erti sebuah cinta.

Dan cinta itu tak pernah kita rasai selama ini.

‘ orang-orang beriman itu amat cintakan Allah’ ( albaqarah : 165) .

Bila cinta pada allah, barulah ada rasanya iman, ada rasa bergantung pada Allah, ada rasa syok gila beribadah pada Allah dan rasa rindu pada Allah.

Dengan itu segala orientasinya akan berpijak pada Allah. Matlamatnya hanya untuk Allah.

Sesungguhnya orang  beriman kepada ayat-ayat Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan, mereka segera merebahkan diri sambil sujud dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidurmereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. ( sajdah: 14-15)

Dan dari situ kita akan temui motivasi untuk mengenal agama Allah ini.

Cuma kita kene terus berusaha dan terus berusaha. Tak boleh hanya berharap manusia lain akan terus menerus membimbing kita dan menunjukkan kita.

Kita perlu terus belajar.

Seorang ulama bernama maududi, pernah mmemberi nasihat kepada kita.

‘ hendaklah kamu curahkan sejam sehari sekurang-kurangnya untuk belajar tentang islam.’

Tapi kalau tak mampu sejam, setengah jam pun ok. Tak mampu setengah jam tu, 10 minit agak melampaulah kan. Kalau tak belajar langsung lagi teruk.

Kalau kita mampu untuk belajar 4-5 jam untuk lulus dalam exam kita, takkan kita tak sanggup untuk luangkan setengah jam, untuk mengenal Allah dan untuk lulus dari ujian akhirat kita?

Nanti share lagi. Saya nak kena balik rumah. Nak kene kemas rumah. Esok dah pulang ke Malaya…huhuh..

PS; selamat hari raya! entry tentang raya saya letak kat facebook saya..

Wassalam

Ukhtikum

Muharikah

glasgow

Advertisements

One thought on “

    Haslina said:
    September 10, 2010 at 5:36 am

    Selamat hari raya ukhti! Hari itu sudah mendekat bukan? Moga barakahNya melimpah dalam hari itu dan hari seterusnya, Insha Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s