Detik2 terakhir dan minit-minit yang berharga

Posted on Updated on

salam,

Dah lama juga saya tak menulis. seperti mana lama juga saya tak bertandang ke surau berdekatan rumah kami.

where have u been sister? havent seen u for ages!’

nabila, ketua wanita persatuan islam di tempat itu bertanyakan khabar aku. Tersentuh juga aku dengan perhatiannya, kerana tentu ramai yang bertandang selalu ke surau tersebut sewaktu iftar, tapi dia masing ingat akan wajahku.

dan ku terangkan padanya.

Aku baru sahaja abes on call waktu malam 7 malam berturut2.

hujung minggu abes sahaja on call, jaulah dengan adik2.

kemudian isnin sampailah ahad ini, aku oncall Isnin, rabu, jumaat, sabtu dan ahad. 2 hari sahaja aku pulang pukul 6 pm ke rumah. itu pun berbuka di rumah kerana ada tetamu dan sebab pindah rumah ke rumah baru.

Tadi aku teramat sebak di dalam kereta. Melihat kesungguhan k mimi , sarah dan sahabat2 lain dalam mengejar al-qadr, amat menjadikan aku teramat cemburu.

di waktu lain, terkadang terasa kesedihannya melihatkan ramainya manusia yang mempunyai banyak masa, namun mungkin mereka kurang merasai berharganya masa mereka..

andainya mereka boleh menggantikan tempatku, dan aku boleh mengambil masa mereka untuk bersama Tuhanku, alangkah indahnya.

Namun hidup ini bukannya fantasi.

ianya berpijak pada satu realiti.

ianya berpijak pada satu tanggungjawab dan ujian.

Alhamdulillah buat Allah yang mengizinkan kita menghirup minit2 berharga ini walaupun kesuntukan masa yang kita ada.

pada masa kita adanya jihad.

Jihad pada tanggungjawab kita, be it study ataupun kerja.

be itu utk teman serumah kita, ataupun keluarga kita.

Semua itu memerlukan masa dan perhatian kita.

Kita juga ada jihad dalam dakwah.

Sungguh, itulah sebenar2nya jihad.

Terkadang kita melihat ramai manusia yang soleh didunia ini meluangkan masa mereka yang amat banyak di masjid dan bersujud pada Allah.

namun kita lihat, tak ramai yang mampu mengangkat senjata, mengurangkan masa tidur mereka untuk mengangkat panji Allah ini.

terkadang kita teramat mahu mereka merasai beban dakwah yang kita perlu pikul ini.

Kita bekerja, kurang masa rehat, ibadah dilakukan seoptima mungkin, dan terkadang memang tak setanding dengan mereka yang soleh tadi.

tapi tanggungjawab dakwah yang kita rasai dalam hati ini teramat besar. Kita rasa teramat merasakan umat ini perlu diselamatkan. Dan ketika manusia pulang selepas beribadah untuk menjalankan rutin harian mereka, kita berhempas pulas memikirkan agenda dakwah dan melaksanakan jihad ini.

dan terkadang memang aku sendiri merasai kekuranganku yang teramat banyak.

hafalan, bacaan, ibadah.. ya Allah, terasa jauh sekali.

namun tanggungjawap dakwah itu terlalu banyak.. hati2 manusia yang perlu diisi dengan hidayah Allah. dan manusia terkadang berharap pada kita menyampaikannya.

dan jauh di sudut hati kecil kita, kita bertanya, ‘ kenapa aku seorang sahaja kena buat kerja2 ni?kenapa orang lain tak rasa perlu bantu dan sungguh2 bersama dalam hal ini?’

dan akhirnya aku bertemu sesuatu.

sungguh keseimbangan antara keduanya teramat penting.

keseimbangan antara rabbaniyah- menautkan hati kita dengan Allah, dan juga meraih prestasi dalam amal dakwah kita.

satu adalah bekalan dan motivasi, satu lagi adalah tanggungjawap syahadah yang wajib dipenuhi.

sungguh berada di sebuah masjid itu adalah sebuah bekalan:

“Sesiapa yang sentiasa ke masjid, dia akan mendapat lapan sifat: Tanda yang meyakinkan, saudara yang berguna, ilmu yang dimiliki, rahmat yang menanti, kalimah yang menunjukkan jalan atau menghalangnya daripada kemusnahan, dan meninggalkan dosa sama ada kerana malu atau takut.” ( Hassan bin Abi talib)

keseimbangan ini antara bekalan dan amal ini diungkapkan indah oleh maududi:

“Cuba perhatikan bagaimana Rasulullah saw sentiasa menggunakan at-tadarruj ( membebaskan diri dari sesuatu selain dari Islam) dan at-tartib bagi mencapai matlamat tersebut. Pada mulanya dan sebelum melakukan perkara lain, baginda saw menyeru manusia kepada iman, memantapkannya di dalam hati mereka dan meneguhkannya di atas paksi dan dasar yang amat luas. Kemudian baginda saw menghidupkan di dalam jiwa orang-orang yang beriman melalui ta’lim dan tarbiyyah ke arah keperluan dan tuntutan iman tersebut secara beransur-ansur bermula dengan ketaatan amali (yakni Islam), kesucian akhlak (yakni taqwa) dan cintakan Allah serta memberikan wala’ kepadaNya semata (yakni ihsan).
Kemudian baginda saw mula menyusun mereka yang telah beriman dan ikhlas itu di dalam satu susunan yang berterusan bagi memusnahkan sistem rosak jahiliyyah dan menggantikannya dengan satu sistem yang soleh, yang tegak di atas prinsip-prinsip akhlak dan tamadun bersumberkan undang-undang Ilahi.

Bila orang yang telah menerima dakwah ini mula berubah dalam semua sudut – hati, pemikiran, jiwa, akhlaq, minda dan amalan – dan mereka menjadi muslim, muttaqin, muhsin dengan sebenar-benarnya dan melaksanakan apa yang patut mereka laksanakan. Maka pada ketika itu, barulah Rasulullah saw mula menunjuk ajar mereka tentang adab dan adat yang baik ketika berpakaian, makan, minum, bersosial, bangun, duduk dan lain-lain perkara adab zahir yang menambahkan seri dan hias kepada kehidupan muttaqin muhsinin. Seolah-olah Rasulullah saw pada mulanya membersihkan emas daripada sebarang kotoran dan kemudian barulah menempanya menjadi dinar. Baginda saw terlebih dahulu melatih mereka menjadi para pejuang dan kemudian barulah memakaikan mereka dengan pakaian perang. Inilah konsep tadarruj yang betul dan diredhai oleh Allah swt dalam hal ini sebagaimana jelas kelihatan bagi setiap orang yang memerhati dan mengkaji al-Quran dan al-hadith dengan teliti.

dan tepat sekali firman Allah pada akhir surah Al-fath:

Nabi Muhammad ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir dan bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud . Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: seperti pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

sungguh detik2 terakhir dan minit2 berharga akhir ramadhan ini teramat mahal.

ia mengandungi ruhaniyah yang teramat mahal.

barangsiapa yang merasai keperluannya, akan memegang penuh kejap akan bekalan ini.

seperti mana seorang musafir yang perlu berjalan jauh, apakah persediaan yang perlu dibuat?

tentulah menyiapkan bekalan makanan dan pakaian yang secukupnya.

seperti itu jugalah orang beriman pada bulan ramadhan ini.

orang beriman tahu dia perlu berjalan lebih jauh selepas ini, melewati hari-hari penuh ranjau dan amat besar pancarobanya.

orang beriman tahu dia perlu menelusuri jahiliyah pada jalanan, dan memberikan cahaya pada kehidupan ini.

kerana itu dia tahu, dan amat merasai pentingnya bekalan pada bulan ramadhan ini.

Hubungannya dengan Allah, bukan setakat mahu ke syurga.

tetapi menjadi bekalan baginya untuk membuka hati manusia kepada Allah, dan memantapkan iman mereka kepadaNya.

Selamat bertemu dengan detik2 terakhir dan minit2 berharga anda.

hargailah dia.

pesan hassan albana kepada kita:

“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”

sebelum anda ditimpa ujian masa, seperti mana saya.

Buku antum boleh baca selain dari quran adalah buku ‘komitmen daie sejati’ oleh ust muhammad abduh. banyak saranan dan bekal yang banyak dalam buku itu.

ukhtikum fillah,

aisyahz

glasgow darul dakwah.
doakan ISK kami…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s