Moga allah membantu kita

Posted on Updated on

Salam,

Alhamdulillah,

Sudah berlalu 10 malam pertama bulan barakah ini, dan kita dalam pelayaran menjalani bahtera 10 malam seterusnya.

Saya sendiri ditakdirkan oncall waktu malam pada detik ini.

Bekerja bermula pada 9pm hinggalah selesai 9 am.

7 hari berturut-turut.

Saya terkadang memujuk hati saya dan badan saya.

Takpe syah, ko mampu buat ini.. . Be strong.

Tapi ini malam kelima saya on nights. Dan saya rasa teramat letih sekarang.

Saya berpuasa pada dua hari pertama on night. Memang agak struggle memandangkan waktu berbuka di sini pukul 8 45pm ke atas.

Saya sendiri perlu berada di wad pukul 9pm tepat.

Terkadang saya datang awal, menunggu maghrib, makan kurma, kemudian bersolat maghrib. 9pm tepat saya melaporkan diri di ward labour/bersalin, dan terus dapat hand-over dari team pada waktu siang hari.

Di waktu itu, terkadang kerja bertimbun-timbun. Untuk kami di sini, hanya ada seorang sahaja SHO yang kene cover labour ward dan juga gynaecology ward ( wad sakit puan) pada waktu malam.

Maknanya, jika ada yang datang waktu malam untuk beranak, atau ada masalah sewaktu mengandung ( things like PV bleeding, discharge, acute abdominal pain, or even query PE in pregnancy) saya perlu berjumpa dengan mereka.

Terkadang ada ibu yang dalam prolonged labour. Baby dia dalam keadaan distress sebab lama sangat proses contraction dia. ( faham kan medical term ni?huhu.. sorry tak reti nak translate ke melayu).

Maka ibu itu kene buat C-section.

So biasanya saya kene scrub in juga dan tolong registrar saya dalam membedah ibu itu.

Dalam masa yang sama, saya juga kena cover A&E dan ambil referral dari A&E ataupun GP jika ada wanita yang datang dengan masalah sakit puan seperti pendarahan, sakit pelvis atau keguguran.

Pernah satu ketika saya berbuka puasa pukul 1.30 pagi. Badan memang teramat longlai, dan saya paksakan diri saya untuk makan juga.

Saya tak sempat tarawikh malam itu. Selepas berbuka, saya sempat solat Isyak dan terus kena bleep untuk jumpa patient di wad sakit puan. Ada patient yang tiba-tiba sahaja sakit ( becoming septic).

Dan malam itu juga saya tak sempat sahur, Cuma meneguk air 10 minit sebelum sahur habis. Ketika itu saya masih di wad menguruskan pesakit itu.

Cuma kebiasaannya, keadaan agak senyap pukul 5-7 pagi. Waktu itu saya sempat melelapkan mata dan merehatkan tubuh.

Kadang-kadang sempat juga membelek email dan menguruskan urusan-urusan dakwah sewaktu masa sengang yang ada.

Walaupun begini keadaan saya, saya tahu tak seteruk keadaan doctor di Malaysia yang memang langsung tak sempat makan dan berbuka. Balik rumah terus sahaja tidur.

Di sini, midwife/bidan banyak memainkan peranan dalam pengurusan kelahiran bayi. Banyak juga mereka buat termasuk sambut bayi, cucuk venflon dan sebagainya. Jika ada complication, baru mereka akan panggil doctor.

Selang beberapa hari kemudian, menstruasi saya datang dan keadaan tidaklah begitu teruk sangat dan saya tak rasa serba salah dengan Allah sebab tidak sempat untuk solat tarawikh.

Saya memang sukakan pekerjaan ini. Pekerjaan membantu wanita. Suatu perkara yang amat memalukan wanita dan menjadikan mereka trauma adalah apabila sesuatu masalah berlaku pada system peranakan dan juga kemaluan mereka. Dan tentu lebih trauma apabila doctor lelaki yang terpaksa memeriksa mereka.

Setakat ini , registrar saya kebanyakkannya lelaki. Dan mereka memang bagus dalam pekerjaan mereka. Saya sendiri suka bekerja dengan registrar lelaki dalam O&G kat sini sebab mereka memang kurang emotional sket, lebih straight forward dan cepat buat kerja.

Tapi mereka tetap lelaki. Dan saya boleh perasan leganya wajah seorang wanita melihat saya yang memeriksa mereka berbanding doctor lelaki.

Ini di Negara barat, yang tak berapa kisahkan sangat tentang aurat dan perasaan malu.

Bagaimana di Malaysia nanti?

Satu lagi keindahan dalam bidang ini adalah apabila derita seorang ibu dalam melahirkan seorang anak itu seolah-olah hilang apabila anak itu dilahirkan.

Ianya sesuatu yang ajaib!

Bila saya membantu dalam C-section, memang teruk jugalah kulit-kulit dilapah dan disiat-siat. Saya sendiri kene tarik daging-daging yang ada untuk memudahkan kami membuka ruang bagi uterus. Bila air tuban pecah, kami keluarkan bayi itu.

Subhanaallah miracle sangat rasa melihat kelahiran bayi yang suci bersih itu walaupun ketika saat keluar, diselaputi selaput-selaput membran dan air tuban.

Dan masyaallah banyaknya darah keluar dari uterus ibu tersebut. Disebabkan uterus mengembang di saat mengandung, maka arteri di dalam itu turut terbuka. Cara untuk menyurutkan pendarahan adalah dengan mengecilkan semula uterus tersebut supaya dia dapat menutup saluran arteri tersebut.

Kemudian kami berusaha menjahit uterus tersebut. Agak messy jugalah jahitan tersebut. Jahit berlapis-lapis.

Selepas pembedahan, biasanya akan rasa sakit sedikit dan rasa tak sedap badan. Namun kesemua kesukaran itu hilang dengan kelahiran seorang makhluk Allah di dunia ini.

Ini belum termasuk ibu-ibu yang melahirkan anak dengan cara yang normal. Ada yang kene gunting, ada yang terkoyak, dan semua itu sangat-sangat sakit selepas dijahit.

Dan tentu ada ibu yang tak berehat selama 24 jam kerana terpaksa meneran.

Namun, demi seorang anak, semuanya itu hilang.

Subhanaallah.

I’m loving this job because of those things.

It reminds me of Allah dan kekuasanNya yang amat besar dengan kelahiran seorang bayi.

Dan tentu pekerjaan ini amat sibuk.

Saya sendiri terpaksa menyusun jadual hidup dan belajar untuk meneruskan karier saya dalam bidang ini.

Dalam masa yang sama dakwah dan tarbiyah tetap berjalan tanpa henti.

Keadaan di UK ataupun Glasgow ini tak sama seperti di Malaysia.

Saya memang cemburukan akhawat di Malaysia. Bilangan mereka ramai, dan semuanya semangat.

Jika adanya satu katibah, semuanya tetiba lahir dan meletup bersemangat dalam dakwah. Semuanya amat berkorbar-kobar. Semuanya tanpa segan dan lelah mencuba dalam memberi dan menyampaikan dakwah, walaupun mereka masih muda dalam dakwah ini.

Dan melihat semangat mereka sangat mengorbarkan semangatku yang terkadang tenggelam dengan masa ini.

Satu kelebihan di sana, jika ada sesuatu program, ramai boleh Bantu, ramai boleh jadi penyibuk ramai boleh memberi sokongan.

Dan terkadang aku sendiri rasa nak menangis dalam mengurus dakwah di sini.

Tertekan kadang-kadang. Tertekan kerana tak dapat nak memberikan yang terbaik buat dakwah di sini.

Anak binaan bawahku semuanya perlu dibimbing lagi. Semuanya ada constraint masing-masing, study, masih belum confident dalam menyampai, masih terlalu awal dalam tarbiyah, masih memerlukan masa dalam memilih priority.

Kekurangan dan ketiadaan seorang ustaz amat-amat terasa di sini. Seorang naqibah yang dijumpai saban minggu takkan sama dengan seorang ustaz yang lama dalam dakwah. Bila ustaz cakap dan tegur, teguran tu biasanya akan zasss dalam hati dan akan terketuk.

Tapi jika seorang naqibah yang memang dimaklumi cacat cela dan kelemahannya, kemudian terbatas ilmu dan pengalaman dakwahnya, bercakap, mungkin tak terkesan ataupun lambat memberikan impak.

Dan semua orang tak suka dipaksa. Semua orang tak kisah betapa crucialnya keperluan dakwah dan tarbiyah tak suka dipaksa, walaupun dia tahu dia kene buat sesuatu perkara, tapi dia nak buat bila dia nak buat dan rela untuk buat.

Mad’u umum sangat ramai. Kerja-kerja dakwah amat banyak, dakwah fardhiyah, program-program tarbiyah lain.

Aku sendiri dalam proses berpindah rumah kerana tuan rumah asal mahu menaikkan harga rumah.

Dalam 11 jam keberadaan aku berada di rumah selama 7 hari ini, semua itu perlu dilaksanakan: tidur, masak, menguruskan program adik2, kemas rumah, pack barang untuk pindah, beli barang rumah,urusan dakwah dan tarbiyah dan sebagainya..

Astaghfirullah..

Masakan aku ada cukup masa dalam mengulang kaji dengan sebenarnya untuk pengisian nanti?

Tapi apabila ramai menolak dalam memberi, apa yang patut kukatakan lagi? Aku cuba memahami namun aku tidak dapat tidak merasai kesedihan dan teramat mahu menggapai mana-mana akhawat yang mampu membantu. Yang boleh mengurangkan beban dakwahku ini..

Namun siapa lagi yang ada? Siapa lagi.??

Memang , sukar dirasai keadaan ini..semua mutarabbiku sendiri berusaha semampu mereka untuk membantu, seperti juga semua manusia, kemampuan kita semuanya terbatas kerana tanggungjawap, dan tidak cukupnya masa dalam persiapan. Bukan sebab mereka tak mahu, namun keadaan memang tidak mengizinkan. Dan mereka sudah membantu semaksima yang mampu, dan aku amat bersyukur, sekurang-kurangnya ada mereka di sisiku… dan sanggup bersama di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini..

Dan memang aku terasa mahu menangis… sebab terkadang aku sendiri mahu mengatakan aku tak mampu. Dan tubuhku teramat penat.. tapi masakan boleh dakwah ini boleh kita larikan begitu sahaja.

‘oh, sorry dakwah, im busy,my anak usrah also busy. What can we do? Dah memang tak mampu nak buat apa2, so dakwah,bye bye. Till we meet again when all of us not busy…Taaa…..!!’

Bestnya kalau aku dapat cakap camtu, tapi inilah tanggungjawap..mana boleh lari dari tanggungjawap. Inilah amanah syahadatain, lari ke manapun amanah itu pasti mengejar kita.. nak lari ke mana?

Nak cakap tak mampu camne?

Dan kita terpaksa juga menempuh keaadaan itu dengan segala macam kekurangan-kekurangan yang kita ada serta kepayahan-kepayahan yang kita ada.

Terkadang aku cuba sangat-sangat untuk tidak mahu berharap pada sesiapa dan tidak pushy pada semua mutarabbiku..

Tapi bagaimana dapat aku katakan pada mereka yang amanah dakwah dan syahadatain ini amat berat. Kita bertanggungjawap menyedarkan manusia tentang adanya Rabb kita, tentang tanggungjawap kita pada Dia.

Dan itu tak cukup dengan hanya menjadi pendokong dari jauh, hanya menjadi penonton kepada tayangan yang ada.

Kita perlu buat dan menyampaikan, dalam kudrat yang ada. Memang dah takde kudrat, tapi memang kena cari setiap kudrat itu.

Dan Ramadhan masih terbuka bagi kita untuk mengutip maghfirahNya. Memohon bantuanNya.

Moga Allah membantu kita.

Dan aku kira perang badar, perang hittin semuanya berlaku dalam bulan ini. Ketika orang islam berbondong dalam beribadah siang dan malam, jihad dakwah tidak pernah mereka tinggalkan. Mereka pun busy gila dengan dakwah dan tarbiyah, tapi hubungan dengan Allah, terus menerus ada, dan inilah kekuatan yang mereka dapat sepanjang bulan ini.

Ya Allah, bantulah aku… bantulah aku dan mutarabbiku dalam menjalankan amanahMu ini…

Saya menerima emel seorang adik hari ini yang bertanyakan soalan yang menjadi tanda tanya ramai akhawat lain.

Sepatutnya entry kali ini adalah untuk menjawap persoalannya, tetapi jadi entry luahan perasaan pula.

Bagilah saya can eh, terkadang saya takde tempat nak meluahkan perasaan sebab saya tak tahu siapa yang dapat memahami keadaan ini.

Soalannya lebih kurang :

Tahniah kak atas baitul dakwah. Saya sendiri dalam proses awal dalam baitul muslim ini. Nasihat yang sy butuh dari akak adalah tentang cara2 menjaga hati dan memelihara niat.
Oh…susah utk saya nyatakan di sini ttg kerisauan saya ttg hati ini… kerana ia lebih sukar utk dkawal berbanding anggota..betul tak kak?

Hurmm.. menarik, dan lama juga saya berfikir, merefleksi kelemahan saya dan dosa-dosa saya..

Moga Allah bantu dalam menjawap soalan ini dengan penuh kejujuran..

Jadual hari ini: ambil projector dari ikhwah, pack barang, hantar barang balqis, tidur, masak sket, usrah kol 5 pm dengan brother MAB, survey kereta kawasan sebelum gi kerja… kol 9pm

Bila nak prepare ISK ni?

Ya Allah, allahumma yassir wala tuassir.

Bantulah tegur saya jika saya ada sindrom-sindrom kefuturan dan ananiyah ok? ( sindrom penyakit-penyakit hati..)

Muharikah
8 am
Paisley Hospital

Advertisements

3 thoughts on “Moga allah membantu kita

    Aisyahukimin said:
    August 26, 2010 at 1:41 pm

    Assalamualaikum wbt kak…

    kesiannya akak, xdpt trawikh sgt, bbuka lewat, x sempat sahur…
    masya Allah, malu saya membaca entry akak kali ini.
    malu membanding keadaan di sini berbanding akak di sana.
    di sini, alhamdulillah, masih penuh tarawikhnya.Berbukanya juga awal seawal 5.30pm.
    Oooohh..tiada alasan!!!

    Moga akak (dan akhowat lain) terus…terus diberiNya kekuatan…

    p/s: xpe kak, meluah perasaan di sini… biar dush2 sikit orang yang nmpk mcm bz tp sebnrnye free di sini:p

    hakimah. said:
    August 27, 2010 at 2:48 am

    salam ‘alaik. kagum dengan akak terpilih untuk ujian sedahsyat ni.
    semoga sabar nya sabar yang baik, fasabrun jameel iA.
    if i were in yr shoes, tak tahulah macam mana. tsk
    sekarang pun d&t tah kemana tskk.
    oh semoga akak tsabat dlm activism di jalan ni.
    salam ukhuwwah,
    hakimah, year 3 medic uitm malaysia

    amirahsaryati said:
    August 28, 2010 at 12:44 pm

    salam, kak aisyah. aduhaii, tough dan strugglenya akak di sana.
    tsk, membacanya pun seakan seperti sesak dada.
    semoga akak terus kuat ya! ya, akak bolehh!
    inshaAllah, i’ll be doing great over here, no worries ya akak.
    tp terkadang rasa mahu bercurhat tu, taktahu ke mana, hrp tak mnyusahkan akak anyhow, just need some opinion though.
    masih *baru*, tak mahu *shock*..
    akan mintak banyak2 pertolongan dengan Allah juga..
    exam lagi 2minggu nie.huhu..
    semoga sama2 tsabat, sama2 kuat !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s