Suatu yang indah

Posted on Updated on

Salam,

alhamdulillah. Rahmat Allah itu tidak terkira dan Allah itu Maha Baik. Sangat-sangat.

Saya memang menahan diri dari mengatakan sesuatu dengan BM saya secara peribadi. Kita takkan tahu apa akan terjadi sehinggalah detik terjadinya akad dan sahnya ikatan suci perkahwinan itu.

Di tempoh inilah, tawakal kita kepada Allah benar-benar diletakkan pada tempatnya.

Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti [keinginan] orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (1) dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan, (2) dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara. ( ahzab :1-3)

Urusan jodoh ini milik Allah.

Dan kepada Allah kita meminta dikurniakan jodoh terbaik buat deen dan diri kita.

( in other word, belum nikah, belum confirm!huhu)
Maka di tempoh ini adalah tempoh persediaan dalam memikul tugasan baru, tempoh meletakkan seluruh urusan hanya kepada Allah, dan tempoh mempersiapkan majlis mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah swt.

Namun saya menerima untaian demi untaian emel dari ramai akhawat dari serata tempat. Subhanaallah, nikmat ALlah itu amat luas, dan saya amat merasai rahmat Allah berupa ukhuwah fillah di bulan mulia ini.

akhawat yang amat saya rindui berutus tahniah dan juga doa. Subhanallah, dan ramai mengucapkan syukur.

Entah, tiada kata dapat mengungkapkan ketulusan perasaan itu.

Kiranya saya merasakan saya tak layak pun menerima anugerah ini. Namun Allah amat penyayang, dan Allah amat baik pada hamba2Nya. Dan saya dapat rasai kasih sayang akhawat yang saya kenali mahupun tak kenali kepada saya.

Entah, maybe the best word that can describe what I felt now is:

I feel BLESSED!

Indeed.

Dan hari ini saya menerima emel dari seorang adik yang amat sweet. Saya tak tahu nak rasa terharu bagaimana.

Nikmat ukhuwah fillah, bersatu atas nadi aqidah yang sama.

Ianya manis.

Dan indah.

Ia ibarat denyutan nadi yang memberi harapan untuk hidup
Ia ibarat irama yang menghiburkan qafilah dalam pengembaraan menuju fajar yang baru.
Ahmad Ar-RAsyid

jzkk semua yang menyayangi diri ini.. saya sayangkan kamu juga!

dikongsikan buat anda semua…

buat empunya ilham di bawah ini…

I’m touched…

alhamdulillah Ya RAbb!

Dedikasi buat k Aisyah z

Bismillahirrohmanirrohim
Alhamdulillah
Allah sudah mentakdirkan akak bersama pasangan ke jannah Firdausi akak, yang insyaAllah bukan sahaja peneman & penyejuk hati di dunya tetapi hingga ke negeri kekal kelak
Sebagaimana Hawa diciptakan oleh Allah untuk Adam,
Begitulah akak dengan teman akak,
Sayangnya Allah kat akak, hamba Dia.
Rasanyalah, inilah pasangan yang Allah dah plilh single-handedly untuk akak dari Lauh Mahfuz lagi. Ketika akak belum wujud pun lagi.
Al-Insan:1
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut,
Cocok
Sesuai
Compatible
Matchmake in heaven
soulmates
Atau kata melayunya, ‘Bagai pinang dibelah dua’
Apa-apa la, *(^U^)*
Walaupun dari teknikalnya begitu, tapi
Pilihan Allah itu pastinya perfect utk akak,
Kalau nak kait dgn medic pulak (hihi)
akak lah substratenya
dia lah enzymenya
Tak berfungsi ‘ummah’ tanpa enzyme-substrate complex ini,
Subhanaallah, sempurna sekali ciptaan Allah
Dimana-mana sahaja kita boleh lihat keAgunganNya
Kadang-kadang rasa nak nangis kuat-kuat sebab hati tak tahan dengan kebenaran al Haq ni
Kebenaran yang memecahkan hati Umar
Yang berselaput & tersadur dgn Jahilliyah
Hatta gunung-gunung pecah belah kerna keBenaran kata-kata Al Quran
Kata-kata Tuhan kita,
Rubb, Malik, dan Ilah kita,
Pemilik sekalian Alam
Lantas manusia sujud menyembah Tuhannya
Sujud penyerahan
Penyerahan jiwa, raga, segala-galanya
Yang Allah beli dengan syurganya
Padahal in the first place setiap zarah kita milikNya
Akak dan teman bakal mengikut tapak-tapak kaki uswahtun hasanah kita,
Sebagaimana ketika lemahnya Rasulullah dihimpit segala mehnah berada di jalan dimuliakan Allah ini, Siti Khadijah berada di sampingnya menjadi sumber kekuatannya & penenang jiwanya
Dan segiatnya Siti Khadijah memarakkan lagi api perjuangan Rasullullah membawa manusia kepada Esa
Yang Awal & Yang Akhir
Di mana kita semua akan dikembalikan
& bertemu denganNya
Menghadap WajahNya yang selama ini kita dambakan,
Yang menjadi motivasi hati kita yang kadang-kala lara
Tapi apalah nilainya jika hendak dibandingkan dengan pabila kita dapat mendengar
Kata-kata Allah
Al-Fajr 29,30
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “
Akak, saya sayangkan akak,
kenapa saya sayang akak,
Dengan melihat akak,
saya teringat kepada Allah,
Apakah peringatan yang lebih besar dari itu?
Saya doakan akak benar-benar dapat mencapai fauzul kaabir, kemenangan yang agung
Moga dengan baitul muslim ini, ikatan hati kerana Allah ini
Membuat akak lebih terus menerus menujah ke depan melepasi rintangan angin Allah
Kerana apa kak,
Kerna Hidup ini satu ujian
Untuk kita berjihad di jalanNya
Yang pernah dilalui para Rasul & Nabi
Tangis, darah, lelah mereka dihitung teliti oleh Allah
Untuk menjadi saksi di akhirat kelak,
Akak,
Adikmu sentiasa mengharapkan akak bahagia denganNya
Hangat bercinta denganNya
Kerana tanpa Dia,
siapalah kita?
7.54am
28th May 2010, Jumaat yang mulia
Yang nak cahayaNya yang tak pernah padam,
Adikmu,
‘Ya Muqallibal Qulub, Tsabit kulu bana ala dini’”

*nak dedikat lagu untuk akak. saya suka bait-baitnya.

Erti pertemuan dari Ning Baizura & Jay-jay
Menerjah batas
Gelora pun berserpihan
Menghempaskan buih
Di lautan

Acapkali tumpas
Masih jua menyusuri
Arus pergolakan
Setianya
Begitulah adat mestinya hidup
Selagi jasad dan hayat berpaut
Rintangan harus bersahut

Benar kata
Jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa
Wanita di sisi
Mujur tuah nasib
Diri kita ketemui
Jikalaulah tidak

Mungkin tak ku sedari
Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sana, sini kekuatan

Masing-masing
Punyai bibit kelebihan
Supaya salimg memerlukan
Bertemu demi menyulam
Cahaya nurani dan akal fikiran
Naluri serta perasaan
Menyingkap erti tangisan
Bukankah kita in dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sini, sana kekuatan
Dirimu, diriku
Bagaikan pelita
Yang memercikkan sinar
Menyuluhi malam

Advertisements

6 thoughts on “Suatu yang indah

    aizadiha said:
    August 20, 2010 at 10:04 am

    T__T
    *speechless..*
    kata2 yg indah,,,jzkk akak sebab kongsi..
    sesungguhnya seluruh dunia dakwah gembira dengan ‘berita’ akak ni..hu,tapi xmau express lebih2 la kt sini..
    yang penting doa kita bersatu sentiasa….
    semoga banyak lagi berita2 baik dari Allah selepas ni.. :’)

    salam sayang,rindu,kasih….

    Zinn said:
    August 20, 2010 at 3:30 pm

    ana pun speechless mcm aizadiha..
    T_T

    Haslina said:
    August 21, 2010 at 4:44 pm

    Subahanallah, Walaupun saya hanya baca yang blue one tapi mampu buat tergamam.

    atam said:
    August 22, 2010 at 2:07 pm

    mabruk akak.!!
    betul kata kak diha, dunia dakwah gembira dgn berita ni..
    subhanallah, alhamdulillah.

    salam =)

    qs said:
    August 24, 2010 at 4:15 am

    sy je ‘sedih’ kak hehe

    kacang hijau said:
    September 10, 2010 at 9:45 pm

    subahanaAllah.

    T_T baca dedication puiisi utk k aishah ni.

    mabruk kak =)

    Allahuakbar!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s