Adakah ada RAmadhan buat kita..

Begitulah Ramadhan berkunjung lagi
Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.

Namun adakah benar kita memaknainya?

atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?

Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka

Mereka para sahabat Rasul tercinta
Mereka menyambut ramadhan dengan air mata
RIntihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran

Sedangkan kita menyambut Ramadhan
dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka

Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah
Kita menyambut ramadhan
dengan pembaziran menggila
serta lapar dan dahaga.

Bezanya kita dengan mereka

Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini
Untuk menyedut rahmahNya
menyedut maghfirahNya
Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya

Sedangkan kita
menantinya dengan keperitan.
‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’
Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru
Serta handbag dan kasut baru

Alangkah bezanya kita dan mereka!

Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata

Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria
serta juadah raya

Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia
di sepertiga akhir ramadhan

Pesta ibadahnya meriah
dengan tarawikh dan tahajud
serta tilawah Alquran

Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya
merasai kenikmatan seribu bulan itu.

Sedangkan masjid kita suram belaka,
Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran.
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.

Apakah ada ramadhan buat kita?

Muharikah
Glasgow
20/7/10

One thought on “Adakah ada RAmadhan buat kita..

Leave a comment