Demi yang kucintai

Posted on

salam

buat yang kurindui dan merinduiku selalu.

moga kita selalu dirahmati kerana mahabbah ini.

lagi 3 hari saya akan menutup bicara dalam fasa tahun pertama housemanship.

teramat cepat dirasakan detik-detik dan masa berlalu. like a blink of an eye. cepat sangat. sekarang aku bakal memasuki tahun kedua housemanship yang tentu akan lebih banyak tanggungjawab dan mencabar.

beberapa hari lepas saya menerima beberapa emel yang saya hanya sempat balas semampu dan sekadarnya. saya mmg gemar berbicara dari menulis apabila adik2 bertanya pada saya. biar puas sket bila cakap. baru faham dan mahsyuk,.

namun tentu ramai adik2 amat kecewa tika mana menegur saya di YM, saya mungkin tidak membalasnya atau membiarkannya tak berbalas beberapa ketika.

astaghfirullah.. terlalu sibukkah aku?

Apabila melihat rotation baruku, memang terasa diri amat bingung sekali menyusun jadual.

aku teringin nak jadi pakar sakit puan. the subject really enthused. really make me passionate. really make my heart dance whenever i see the miracle of born child with the affectionate of a mother had, fogetting all the pain that she had gone through the labour.

i did me felt important as a woman doctor when a female patient came to me and seek my advice regarding their reproductive problem. and i can see the relief in their face when a female doctor ask to examine them. walaupun mereka tu mat salleh, but segan tu mmg ada.

And i really want to do this job.

tapi mmg kerja doktor ini menggila.

sedangkan dakwah adalah hidup kita.
kerana dakwah itulah muslim.
dan muslim itulah dakwah.

bila memperkatakan dakwah, umum selalu mengatakan :

‘cukuplah jadi doktor tu dah boleh dakwah kat patient. berilah tazkirah apa2 ke..’

aiseyman.. kalaulah dengan tazkirah camtu dah boleh ramai orang, nescaya dah jadi baik separuh dari penduduk malaysia..

tapi manusia tak boleh berubah dengan dengar ceramah,.

dia tak boleh berubah dengan tazkirah semata-mata.

manusia hanya boleh ubah dengan tarbiyah.

tapi siapa nak buat tarbiyah tu?

memang tarbiyah itu renyah, penat dan mengambil masa.
apabila dah melalui belasan tahun dalam tarbiyah, hati menjadi jemu dan bosan dan tarbiyah.

maka kita akan lihat ramai angkatan yang pernah melalui tarbiyah dahulu, berpada dengan diri dan keluarganya menjadi soleh antara mereka, dan cukup sekadar melakukan dakwah sekadarnya..

sedangkan memang boleh lagi melaksanakan tarbiyah.

tapi mungkin kemapanan tarbiyah di kalangan orang melayu ini kurang bile dah naik marhalah. buku-buku tidak banyak ditulis. majalah tarbiyah dan dakwah sendiri jarang diterbitkan untuk menyalakan dan memberikan motivasi dalam amal.

yelah, terkadang ikut usrah, ikut silibus sahaja. naqib kurang dinamik dan produktif sebab kekurangan masa untuk prepare usrah ataupun kerana kesibukan amal lainnya.

hakikatnya itulah yang berlaku.

astaghfirullah. camne nasibku nanti?

terkadang pilu hatiku menerima emel adik2 yang meminta panduan dan tunjuk ajar. kasihan kerana mereka tiada bimbingan dalam peringkat penting dalam amal dakwah mereka. benar pengalaman adalah guru terbaik, tapi murabbi itu penting untuk sentiasa menyuluhkan jalan. teramat ingin aku bersama mereka dan membimbing mereka. waqieku tak sama dengan mereka dan terkadang sukar memberikan pendapat.

semoga allah sentiasa membimbing mereka dan menunjuk ajar mereka. memang terkadang aku tak mampu menceritakan banyak perkara buat mereka.

Melihat kepada rota aku sendiri, aku tidak tahu bagaimana hidup baruku akan disusun. Nights akan ada 2 kali. on call pada wiken 3 kali. semua itu terjadi dalam 4 bulan . selama 4 bulan aku akan oncall wiken sebanyak 5 kali.

kemudian aku melihat taqwim nasional MSM. wiken agak penuh dengan program2 nasional dan kawasan.

Kemudian memikirkan masuliyah dakwahku yang bertambah. anak binaanku akan berada di 4 negeri berbeza. memang boleh online, tapi memang perlu usahakan juga untuk bertemu dengan semua. kene ada sentuhan, pelukan dan juga gaduh bersama. itulah bekal dalam dakwah ini. tentu nak qadhaya kene bertemu muka, tak boleh dengar ikut skype sahaja.

kemudian aku memikirkan usrahku sendiri yang amat jauh naqibah. negeri naqibahku berlainan dari negeri anak2 usrahku. bagaimana nak imbangkan semua itu?

kemudian aku memikirkan adik-adik baruku di kawasanku sendiri. melihat mereka menceriakan aku. aku tak tahu kenapa aku selalu rasa gembira bertemu adik2 baru. kerana pada wajah mereka, aku lihat sinar baru untuk Islam. alangkah indahnya jika jiwa mereka dapat berubah menjadi jiwa manusia yang mendokong islam. bukankah itu satu nikmat?

Bagaimana pula dengan tarbiyah zatiyahku sendiri..

Ya Allah, bagaimana doktor-doktor kat malaysia yang ikut tarbiyah itu boleh buat?

demi yang kucintai, kerana cita-cita kita amat besar..

sebab itu memang kita kene jadi manusia luar biasa.

Dulu seorang akhwat pernah kata pada saya, bila saya tegur dia kenapa dah jadi doktor tak aktif dakwah pun. sebab sebagai kakak, kita perlu tunjukkan qudwah. kalau kita sendiri tak tunjukkan contoh, bagaimana dengan generasi seterusnya?

‘ awak tak tahu syah, selagi awak tak kerja awak tak tahu…’

entah kenapa dari detik itu saya amat berazam.. walaupun saya dah kerja, dakwah tetap nyawa dan hidup saya. saya tetap bersamanya, kalau tak lebih aktif, sekurang2nya tak mundur.

dan Allah amat banyak membantu saya..

dan antara bantuannya adalah mendatangkan mutarabbi yang lebih baik dari saya sendiri..

Saya menulis ini bukan untuk menjadikan kamu semua takut untuk mengemel saya dan berYM dengan saya. saya menulis untuk difahami keadaan saya. kalau boleh memang nak layan semua orang.. namun memang tanggungjawap saya memang pada pesakit saya pada siangnya, dan dakwah pada malamnya..

iALlah , saya berazam, waktu umur saya 45 tahun, saya dah cukup duit utk bersara dan boleh fulltimer untuk dakwah..

doakan

baru abes on call nih.. nak kene balik.

utk farahin –> jangan malas belajar! ingat Allah akan bagi pahala pada usaha kita, maka sungguh2lah.

utk aisyah sukimin –> nanti tegurlah saya kat YM. kagum dengan semangat orang kiwi.. teruskan usaha korang!

utk amirah –> moga ok study dan dakwah awak kat sana.. moga dapat balance keduanya.

utk amy –> jzkk kerana selalu ingat kat saya.. terharu..

utk ezzah –> moga allah berikan kekuaatn dan kemudahan utk awak dalam study awak…

wassalam
muharikah
sepital

Advertisements

10 thoughts on “Demi yang kucintai

    Khair_Jiha said:
    August 1, 2010 at 4:42 am

    Hmm dakwah

    klcitizen said:
    August 1, 2010 at 12:22 pm

    selagi hendak, Allah akan tunjukkan jalan dan peluang.
    selamat berjuang

    terbaru dari saya : mengidamkan menantu

    hisham79 said:
    August 1, 2010 at 3:20 pm

    Salam,
    Terima kasih atas perkongsian demi perkongsian walau dihambat kesibukan tugasan untuk merawat manusia. Moga Allah mengurniakan tsabat disepanjang jalan ini hingga kehujung hayat.

    Bergelumang dengan secubit pengalaman dakwah, pelbagai rempah ratus dapat dilihat dan dirasa. Semua ini menambah rencah pengalaman dan menampakkan dimensi dakwah yang sedikit berbeza.

    Ukhti, sampai di satu peringkat usia nanti, ukhti akan dapati bahawa kedudukan ukhti bukan lagi pada kedudukan sekarang(bersama adik2 usrah berprogram dan diprogramkan). Ukhti nanti akan sampai ke satu peringkat untuk menjadi qudwah, memberi kesan kepada masyarakat dan menjadi jurubicara ummah.

    Luangkan sedikit masa untuk diri, menuntut ilmu, mencari kekuatan fizikal melalui riadhah yang tersusun dan bacalah juga sketsa-sketsa politik yang sedang direncanakan oleh musuh Allah di negara kita.

    Dakwah ini akhirnya akan menuntut kita untuk terjun ke medan yang medan itu bukan lagi pelajar universiti, tetapi adalah buruh, nelayan, petani bahkan konglomerat ternama.

    Sediakanlah diri untuk menghadapi hari2 yang penuh dengan cabaran dihadapan sana. Cabaran sebenar ada pada hujan emas di negeri sendiri.

    amirahsaryati said:
    August 2, 2010 at 3:21 pm

    salam, kak aisyah. baca2, tak perasan ada pesanan untuk saya di hujung entry nie, second baca baru perasan. :’) jazakillah kak.. kagum dgn semangat nafas panjang akak.. doakan saya survive di sini dalam kekonfiusan biah solehah vs. biah celaru.. inshaAllah..
    Allah pasti mahukan yg istimewa di sini..

    all the best utk rotation br akak. semoga Allah permudahkan segala2nya buat akak!! πŸ™‚

    hakimah. said:
    August 2, 2010 at 3:23 pm

    huee. tk dpt nak imagine diri sendiri nnt mcm mana. rasa malu pulak dekat diri sendiri, now baru year 3 pun dah terkapai2 nak balancekan semua. HO nnt macam mana pulak. tskk. semoga tsabat.

    hakimah, medic uitm

    qumfaanzir said:
    August 3, 2010 at 7:16 am

    kak,

    utk org yg dah smpai malaya ni, xde pesanan ke? hhu
    yok2 ami, berusaha!!!

    Infiruu said:
    August 3, 2010 at 3:13 pm

    Hugss k.aisyah! :’)) jzkk! baru faham dgn situation akak. semoga tsabat!! doakan utk ana ya

    qs said:
    August 9, 2010 at 5:29 am

    untuk saya apa kak? hehe

    muharikah responded:
    August 9, 2010 at 8:40 pm

    utk adik2 lain!!!! saya rindu kamu semua!!!! tak sbarnyaaaaaa nak jumpa!

    Aisyahukimin said:
    August 24, 2010 at 9:30 pm

    Assalamualaikum wbt kak….

    huuu..baru baca entry ni…
    awal2 baca, terase macam ditujukan kpd saye je…
    finally, footnote, hah, terbukti! ada yang dtujukan utk diri ini…

    Apepun kak, sgt2 berterima kasih atas sokongan akak… sbnrnye entry2 akk kt blog pun sgt2 mmbntu…
    insya Allah, sy amin kn doa akak… by the time 45, dah cukup duit utk retire and jd fultimer… and saya mahu seperti itu jugelah!

    p/s: saye muslim yang belajar di bumi kanggaroo…jiran kiwi… πŸ˜›

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s