Demi cinta ini

Posted on Updated on

Tasbih di saat-saat yang berharga di penghujung mal;am dan menjalin persaudaraan seiman merupakan dua kekuatan yang saling berkaitan. kedua faktor inilah tertegaknya jemaah kaum muslimu, dan merupakan dua sumber yang melimpah ruah yang tidak pernah kering membekalkan kebaikan bagi para daienya.

Kekuatan kita yang pertama adalah mengukuhkan iman dan taqwa.

Keduanya adalah persaudaraan kerana Allah.

Semalam saya bertemu dengan saudara saya di jalan dakwah ini.

Bagaimana mampu saya ungkapkan kata-kata untuk mengambarkan perasaan saya di waktu kami bertemu itu.

Sewaktu dia pulang ke Malaysia 28 December 2009, memang air mata saya tidak tumpah sama sekali.

Kami turun bersama dari scotland ke program di Birmingham. Selesai program kami menghantarnya hari ahad itu ke heathrow. SAya masih ingat lagi Zarith ketika itu telah menangis teresak-esak bersama k mimi dan hana.

Saya masih kaku di situ. Mungkin sebab saya tahu dia pasti akan kembali semula ke bumi UK. Dan mungkin kerana setelah 7 tahun di bumi UK ini, saban tahun saya menyaksikan episod pertemuan dan perpisahan baru. Mungkin telah penat menangis, atau tak mahu menangis sebab tahu Allah pasti akan takdirkan pertemuan semula di dunia ini jika itu yang terbaik.

Huda memang teramat istimewa.

Saya mengambilnya sebagai mutarabbi selepas Zarith berjaya membawanya mengenal usrah. Kerana kematangan usia dan semangatnya, kami melajukan dia dan memasukkan dalam usrah penggerak.

‘apsal eh awak cam laju dan semangat je nak kenal islam?’ satu hari kami berada di nottingham dan berjalan-jalan menziarahi akhawat di situ.

‘ Akak, saya dah bazirkan 24 tahun usia saya dengan benda2 lain selain dari Islam, sekarang saya yg cam tak nak lepas tu,’

Suara dia memang lantang, tapi sangat lembut bila berkata-kata. Memang tegas dalam pendirian, namun sentiasa meminta padangan orang lebih dewasa.

Dia merupakan contoh manusia dipilih oleh ALlah untuk melaju di arena dakwah ini. Usia tarbiyahnya baru 6 bulan sebelum kami tingkatkan dia. Belum sampai setahun dia berada dalam usrah, dia sudah membawa 12 orang adik2 dalam sebuah usrah. Dan kesungguhannya membuahkan hasil setelah lahir adik-adiknya melekat dengan dakwah dan tarbiyah.

Hubungan kami pula memang unik.

Dia gemar bertandang ke Bushra ( rumah saya) dan buat macam rumah sendiri. Malah terkadang tak mampu saya melayan tetamu, dialah yang melayan tetamu.

Namun Huda, merupakan salah seorang mutarabbi yang banyak menangis kerana saya.

Pernah satu ketika saya pulang dari oncall yang amat memenatkan fizikal dan jiwa saya. Iman saya kering. Usrah telah lama tidak bersiramkan jiwa kerana kekangan.

Ketika itu, Huda memerlukan pandangan saya akan hal yang amat penting dalam hidupnya. Ketika itu kerana tidak sihatnya iman saya, saya termelenting di saat padanya dan dia menangis.

Jarang dia menangis di depan saya, dia masuk ke bilik lain dan menangis di situ. SAya sendiri terkesima kerana termarah padanya.

Mungkin saya tak benar-benar merasai jatuh cinta padanya kerana Allah sehinggalah di saat ini.

Atau seperti saya katakan, iman saya tengah tak sihat ketika itu.

Saya tahu dia amat menyintai saya kerana Allah.

Saya merasai cintanya itu setiap kali saya merasai dakapanya yang kemas pada tubuh saya.

Terkadang cinta itu tidak memerlukan kata-kata. Tidak perlu luangkan masa saban waktu. Tidak perlu wujud secara fizikal sepanjang masa.

Tapi cinta itu pada ikatan rasa, pada sentuhan jiwa, dan tautan hati yang mencengkam diri kita.

Setiap orang terikat dengan saudaranya sepeti mana mutiari terikat pada tali yang mengikatnya

Untuk menghadapi ujian yang terjadi dalam kehidupan mereka, setiap orang pasti berpegang erat kepada saudaranya.

( syair dari Iqbal)

Mungkin nadi kami sama. Bicara kami sentiasa menemukan citarasa fikrah dan dakwah. Kami sehidup semati untuknya, dan kerana itu, setelah dia kembali ke bumi UK bergelar seorang isteri, saya masih merasai cinta dan kasih sayangnya.

Benar, kita menyintai ramai manusia. Namun ada manusia yang benar-benar kita rasai keistimewaanya. Dan momen itu takkan kita rasai sehinggalah ada sesuatu yang membuka hati kita untuk menerimanya.

Dalam persaudaraan ini, yang menyuburkannya adalah ucapan terima kasih dan kesetiaan dalam persahabatan.

Matanya amat ceria ketika bertemu dengan anak mataku. Seri pengantin masih ada di wajahnya dan inai kukunya masih belum terhakis habis.

Aku menyangka cintanya pada akhawat berkurang setelah dia mendirikan rumah tangga.

Namun cinta itu tidak surut malah melimpah ruah.

Di majlis itu, di saat dia memasuki pintu rumah, dia melaju ke arahku dan memelukku teramat erat. Berkali-kali dia memeluk mencium kedua belah pipi mulusku.

Ya Allah, terasa betapa mengalirnya rasa cinta dan mahabbah di atas jalan dakwah ini. Subhanaallah. Terasa hilang kepenatan berada dalam tren selama 4 jam setengah menuju ke Shffield. Terasa kekeringan dan kerut-kerut hatiku ini dibasahi oleh mawaddah ini.

Subhanaallah, indahnya menyintai seorang saudara di atas  jalan ini.

Tidak ada apa yang menjadi gantian, kecualilah perasaan cinta yang kupulangkan kepadanya semula.

Kami berjanji dan berikrar untuk sama-sama membantu dakwah dan tarbiyah di uk ini. Terlalu banyak amanah yang perlu dilangsaikan.

Dan sungguh aku teramat gembira menerima kedatangan mutarabbi lamaku ke bumi dakwah ini. Dan malam ni aku benar-benar menangis kesyukuran, kerana kesyahduan ini..

Tidak ada suatu kebaikan yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Isla, selain dari saudara yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasai sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah dia berpegang kepadanya ( umar alkhattab)

tidak tersisa kesenangan dunia melinkan tiga perkara:

i) bersua dengan saudaranya

ii) tahajud dengan membaca Quran

iii) rumah sepi untuk melalukan zikrullah di dalamnya

(malik bin Dinar)

Ada sesuatu yang manis dan asyik selain dari nikmat iman.

Itulah dia nikmat ukhuwah.

Dari Huda saya merasai hirupannya hari ini.

Moga hati ini akan terus dialiri dengan mahabbah ini, dari hari-hati yang yang lain pula.

Sungguh saya menyintai semua akhawat kerana Allah..

sudah hampir pukul 4 am! saya perlu tidur! esok kerja pula..

huhuh

uhibbukum fillah!

muharikah

glasgow

Advertisements

6 thoughts on “Demi cinta ini

    qumfaanzir said:
    July 26, 2010 at 4:25 am

    yeah, kakak yg lantang tp lembut berkata-kata.
    sgt kagum juga dgn kakak ini, masih ingat saat borak-borak dengan die STC last year,
    sering dia sebutkan 24years dibazirkan utk perkara lain.

    saya di sni merasai termpias perasaan cintamu kak pd kakak itu:)
    mahu pulang ke malaya, mencari mereka-mereka yang telah merebut hati ini sejak dulu:)
    rindu mereka! rindu kamu jua kak!

    take care,
    love,
    saye 🙂

    Haslina said:
    July 26, 2010 at 7:34 am

    Ukhti, saya selalu rasa sayu bila baca entry kat blog ni. Sebab semua berkaitan dengan ukhwah. Dan ukhwah ni sentiasa buat saya teruja dengan keistimewaannya.. Bila ia kerana Allah, subahanallah sangat indah. nak coretkan ia dengan kata kata susah sangat. hati je yang faham. Ya Allah, moga kita semua sentiasa terikat dengan ukhwah kerana Allah ini. Walaupun saya tak kenal sapa ukhti n your sahabiahs, tapi saya dapat rasa ukhwah tu…

    supir said:
    July 26, 2010 at 12:05 pm

    subhanallah, benar2 apa yang akak nukilkan.
    saya xsempat lama dengan k huda (w/pun agak lama dia di malaysia)
    hanya sempat mengenal suara dan sekilas wajahnya

    tp, jujur, dapat rasakan ketulusan ukhti ini sewaktu kami bertemu kali terakhir sebelum dia pulang ke sheffield. alhamdulillah, moga2 kasih sayang itu terus mengalir dan menyirami jiwa2 di sana pula…

    p/s; k huda sempat buat catatan comel di YG kami… terharu (!_!) … moga dapat ketemu lagi kak!

    klcitizen said:
    July 26, 2010 at 2:43 pm

    semoga kalian semua sentiasa diberkatiNya dan diberi kekuatan dalam jalan dakwah ini

    terbaru dari saya : meski kelihatan anda kalah tetapi tidak bererti anda tewas

    qs said:
    July 29, 2010 at 4:18 pm

    ah memang indah…
    omputeh kata, “bestest friend when you feel relief even only being with her, no talking”

      muharikah responded:
      July 31, 2010 at 5:20 pm

      salam gmex, tak dapat nak komen kat blog awak.. ntah nape.. suka entry2 awak skrang. semangat betul saya membacanya! hehhehe ..

      saya rinduuuu!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s