artikel · buah fikiran

Kerana Allah sentiasa bersama kita.

Salam,

Siapa tak tempted nak jadi penulis popular? Penulis yang sentiasa dirujuk tulisannya dan sentiasa ditunggu-tunggu penulisannya.

Apatah lagi penulis sebegitu begitu pantas sekali mengeluarkan buku-buku keluaran mereka.

Saya tak memperkatakan tentang penulis novel biasa mahupun penulis barat lain.

Tapi penulis-penulis Islam yang menyampaikan dakwah mereka melalui media penulisan elektronik mahpun kertas ini.

Memang menjadi impian seorang daie menyampaikan fikrahnya hingga keseluruh juzuk alam ini.

Namun daie itu hidup dengan amalannya. Penulisannya menggambarkan kehidupannya yang berhadapan dengan pelbagai cabaran manusiawi. Cabaran yang bernama masa , harta dan dunia.

Namun aku pasti, satu masa nanti, akan lahir ribuan daie sebegitu.

Yang mampu menukilkan penulisan dakwah, buat tatapan generasi mendatang.

Pernah aku mengikuti liqa seorang ukhti dari Indonesia. Aku mengenalinya dahulu dari buku cerpen yang ditulisnya sewaktu aku masih form 3 di tika itu.Buku itu dibawa oleh kakak angkatku yang mendapat tarbiyah dari Indonesia.

Diizinkan oleh Allah, aku bertemu ukhti itu 7 tahun setelah itu di UK dan menjadi mutarabbinya.

‘ Kak imun inilah ke penulis buku bernama maimunah itu?’

Pertama kali aku bertemu dengannya dan pertama kali itu terus aku terkejut bertemu dengan seorang penulis yang banyak memberi kesan di jiwaku.

Barangkali jiwaku banyak terbentuk dari penulisan cerpen dakwahnya. Menerusi cerpennya itulah keazamanku untuk menulis terus menyala.

‘Iya, cuma menulisnya dulu di kampus. Umur 20 an begitu. Sekarang sudah ada 2-3 anak. Tak sempat berlama-lama di depan komputer.’

‘Bila kak imun ada masa untuk membaca dan menulis?’ aku bertanya, penuh tanda tanya.

‘Entah, duduk je depan komputer, terus sahaja menulis’

Subhanallah. Sejurus dari katanya itu, terus dia memanggil anaknya yang sedang berlarian di sekeliling liqa kami.

‘Muharrik, mari sini. jangan buli adik itu…’

Muharrik.. subhanaallah. nama yang sungguh menusuk kalbuku.

Semenjak itu, bulan disember 2004, nama penaku bertukar dari raudahhuda kepada muharikah.

Perasaan keseorangan

Baru-baru ini aku menerima emel seorang ukhti yang ditulis dalam sebuah YG. Aku tak tahu samada dia akan membaca blogku ini. Jika ya, ingin sekali aku memeluknya dengan kata-kataku, semoga dia kuat dengan kesepian yang dia ada.

Blog ini wujud juga kerana diriku kesepian. Ya, satu masa dahulu sebelum aku bertemu semula dengan dakwah dan merasai sentuhan dakwah yang bermakna darinya.

Dari sinilah perasaanku dialirkan. Dan tidak disangka-sangka rupanya ramai yang senasib denganku dan memberikan kata-kata peransang buatku.

Aku rasa, kesepiaan itu pasti akan wujud.

Samada kamu dalam keseorangan mahupun keramaian.

yang menjadikan kita sunyi, sepi, dan sendiri,
bukanlah kerana fizikal dan tiadanya manusia,

Tetapi kerana hati kita sepi,

kerana mungkin Allah sepi dari hati kita.
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Kerana yang menjadikan kita rasa ada ‘teman’ adalah iman itu sendiri.

Bayangkan Rasulullah beruzlah beberapa hari di gua hira. Kenapa rasulullah rasa best dan tak sunyi berada di situ?

Begitu juga uzlahnya fudhail bin iyad walaupun tidak dipersetujui langkahnya oleh Abdullah bin mubarak.

Mereka sendirian dalam uzlah, tapi tak pernah kesunyian.

Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati.” ( hadis)

Memang yang menemani kita adalah iman, perasaan adanya Allah, adanya ‘something’ dalam hidup kita.

Namun benar, sewaktu kita berhadapan dengan unsur-unsur yang melemahkan iman kita, terasa sangat jeritan batin untuk ‘reach’ out sahabat seperjuangan kita.

Terasa sangat di tika itu, kesepian dalam menjaga iman. Kesepian kerana tiada teman di sisi untuk membicarakan hal-hal yang menyuburkan semula iman.

Pada kita, cukuplah dengan melihat anak mata sahabat kita dan memeluk tubuh mereka, tentu dapat melunturkan kefuturan di hati.

Kebaikan menyebabkan sinaran putih pada wajah, cahaya dalam hati, keluasan dan kelapangan rezeki, kekuatan pada badan dan kasih sayang di dalam hati orang lain. ( pesan rasulullah pada ibn abbas)

Pada saya dengan pengalaman limited ini, kita perlu cari solusi kepada masalah kita.

Betul kita mengadu.Mengadu itu mampu mengurangkan beratnya bebanan dalam jiwa kita.

Namun kita perlu melangkah mencari penyelesaian jangka masa panjang demi mengubat kefuturan hati.

Bayangkan betapa ramainya manusia yang terlepas dari gapaian kita hanya kerana banyaknya masa kita dihabiskan kerana merasa sedih dan kesunyian?

Ukhuwah itu adalah bekal

Dahulu waktu saya merasai kesunyian dan kefuturan, ramai orang menasihati saya dengan pelbagai perkara.

Kebanyakannya menasihatkan saya untuk mendekatkan diri dengan Allah dan membanyakkan istighfar dan zikir.

Anekdotnya ( astaghfirullah), di saat saya futur itulah hati saya sangatlah janggal nak dekat dengan Allah. Malah ‘temptation’ untuk berbuat maksiat itu teramatlah tinggi sehingga saya memerlukan tangan manusia untuk menarik saya dari memasuki lembah jahiliyah itu.

Ubat kepada keresahan hati adalah mengingati Allah.
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.

Namun sahabat dan lingkungan yang baik itu teramat penting untuk menarik kita semula untuk mengingati Allah.
Sebab hati kita memang cepat lemah. dan kita amat mudah kalah dengan diri sendiri.

Formulanya

Bergantung kepada situasi kita sendiri. Terkadang di tempat akhawat ramai pun kita merasai sunyi. apatah lagi kalau memang kita seorang sahaja akhawat di tempat itu.

1) carilah kawan/akhawat terdekat. ziarahlah mereka, ataupun minta mereka ziarahi.

Saya tak mampu ungkapkan kepentingan ziarah ini. Ziarah inilah yang mungkin menjadi bekal bermakna untuk meningkatkan himmah dan kebosanan dalam diri. Ziarah yang ikhlas serta bermakna dengan taushiyah dan qadhaya ( perbincangan dakwah), cukup untuk membersihkan karat-karat dosa di jiwa ( tentu dengan istighfar juga).

Saya tertawa di saat akhawat France pernah bercerita bagaimana mereka tiap-tiap pagi pasti akan melihat inbox mereka dan menantikan emel dari akhawat. Terkadang emel di hantar itu sekadar mengucapkan selamat pagi ataupun menunjukkan mereka ada ( maknanya bukan emel penting pun). namun cukup dengan emel itu menjadikan hidup mereka bermakna.

Apabila kita merasai kawan2 kita ada sekeliling kita, pasti jiwa kita akan ‘hidup’.

2) Seperti mana yang disebut oleh Rasulullah :

Kebaikan menyebabkan sinaran putih pada wajah, cahaya dalam hati, keluasan dan kelapangan rezeki, kekuatan pada badan dan kasih sayang di dalam hati orang lain..

Apabila rasa futur, berdakwahlah.

memang pelik. Dahlah takde bekal. TAkde murabbi. takde yang menegur kita.

Yakinlah sesuatu kefahaman dan iman itu tertancap apabila kamu menyampaikan semula kefahaman itu.

Dahulu saya ingat saya boleh ubati futur saya dengan membaca. Maka saya banyak membaca buku-buku sufi dan ruhiyyah untuk mengubatnya.

Benar terkadang dengan bacaan itu saya insaf, menangis dan bertaubat pada Allah.

Namun satu keenakan yang berbeza serta menyucikan hati adalah apabila bacaan kita itu dikongsikan dengan sahabat dan mutarabbi kita.

Kita akan mudah faham, dan apa kita katakan itu menjadi bekal buat kita.

Menambah iman buat kita.

Itulah dinamakan dakwah itu bekal buat kita. Di zaman IT ini tiada alasan untuk mengatakan tiada orang untuk kita dakwahkan. Medium facebook, blog dan emel akan cukup membuatkan kita teramat sibuk dari merasai kesunyian itu.

3) Sunyi itu membawa kita kepada Allah.

Barangkali kita rasai sunyi dan down itu adalah petanda kita perlu dekat dengan Allah.

DAn tima kita down betul-betullah kita rasa lebih tunduk dan khusyuk pada Allah.

Ketika itu, mintalah Allah bantu kita. Minta Allah pegang hati kita. Minta Allah berikan kita hidayah dan petunjuk.

Menangislah sepuasnya nescaya kita akan lega. Sebab kita adalah penyambung risalah para anbiya. Kita membawa satu gagasan agama Allah ini. Tentulah bekalannya datang dari yang menciptakan Deen ini..

ALLAH SWT berfirman; Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. [Al Baqarah ayat 186]

Itu sahaja yang saya terfikir di saat ini.

Sebenarnya kesepian dan keseorangan kamu itu adikku, adalah salah satu tarbiyah untuk Allah menguatkan kamu.

Percayalah, Allah takkan pilih sebarangan orang.

Dalam rabithah, kita pasti temui kedamaian dan ‘keramaian’ hati.

Wassalam

baru abes on call,

muharikah

inverclyde

11 thoughts on “Kerana Allah sentiasa bersama kita.

  1. Salam.. akak… terima kasih…
    sangat beza rasanya ada murabbi depan mata dengan murabbi depan laptop. huhu.

    jazakallah atas peringatan dan perkongsian.

    di saat ini, saya sangat rindu.. rindu dengan rasa yang dulu. T.T

  2. salam akak.
    saya rasa akak tulis entry ni specially utk saya plak.
    haha.
    perasan.
    biarlah.nak perasan jugak =p

    jazakillah..
    dah lama lacrimal gland ni x secrete air mata.
    huhu

  3. salam..kakak..

    selalu jadi silent reader je..kali ni baru nak tinggal jejak sebab rasa entry kali ni betul-betul kena dgn diri saya!
    AllahuAllah~

    [Sebenarnya kesepian dan keseorangan kamu itu adikku, adalah salah satu tarbiyah untuk Allah menguatkan kamu.
    Percayalah, Allah takkan pilih sebarangan orang.]

    so,kena kuaat~!!
    jazakillah,sis.. :’)

  4. habis!

    Alhamdulillah, perasaan nak komen tapi akal tidak ada sebarang input untuk di keluarkan. Namun, kerana ukhwah yang terjalin kerana Allah sangat indah.

    Meskipun berlainan jemaah tapi ukhwah itu penting sebab kita satu tujuan, yakni Allah.

    Insha Allah, moga akhwat yang bermujahadah dalam membangkitkan iman mereka sendiri khususnya dan iman mereka yang berada di sekeliling, terus tsabat di jalan Allah.

    Salam kerinduan dan kecintaan kerana Allah.

  5. banyaknya orang komen kat sini! thank u semua kerana doa dan sokongan! sayang semua!

    utk hikari.. ya entry ni utk kamu semua! takpe je perasan!

    utk semut, kene jumpa akhawat ok atau calling2 time down…

    blossom! jzkk akhirnya memunculkan diri kamu!hehehe.. rajin2lah comment lagi supaya best saya baca..

    haslina.. nanti sama2lah kita gi program sama2 k?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s