Islam ini hidup kita

Posted on

Salam,

skema mungkin tajuk di atas.

Malah orang yang bersekolah agama takkan memahami makna di atas sehinggalah sesuatu perkara mengetuk hati mereka untuk menjadi terbuka.

Aku bertemu dengan adik2ku yang telah lama tidak kutemui. keceriaan dan tawa mereka cukup menyegarkan nafasku dan nada irama semangatku.

Benar apabila kita hanya berada di zon kita dan selesa berada dalam lingkungan kita, keghairahan kita mampu luntur, dan kita akan kekurangan tenaga memaknai manisnya mata air dakwah yang kita hirupi ini.

Bukan aku berasa bosan dengan adik2ku dan akak2 di kawasanku. Malah aku amat menyayangi dan mencintai mereka. Tidak dapat aku bayangkan diriku tanpa mereka di sisiku melayanku, walaupun aku murabbi mereka.

Tanpa mereka, takkan ceria iftarku, takkan sempurna solat 27 darjatku ( kerana selalu solat sorang2), dan akan makin bebal jiwaku kerana tidak bertemu dengan orang melayu saban waktu.

Kehadiran mereka disisiku sepanjang waktu mampu me’maintain’kan imanku, jika tidak menaikkanya.

Cuma aku perlu mencari kelainan baru. nafas lebih segar. Rasa lebih enak. Dan keceriaan di sebalik melalui jalan dakwah ini.

Tidak hairanlah bapa dakwah kita, Hassan Albana, mengembara saban waktu dalam menyampaikan risalah ini.

Dia  mampu sahaja duduk di sekolahnya dan membina anak muridnya menjadi murabbi.. Namun dia berjalan, bermusafir, sebaik sahaja loceng sekolahnya berbunyi pada hari jumaat, kemudian kembali semula ke sekolah pada hari isnin.

Dan dia mengembara, bertemu ribuan ikhwan lain. Menautkan hati dan mempanjangkan ukhuwah. Membina rijalud dakwah. Menyebarkan Islam dan membina sistem-sistemnya.

Dan tidak berakhir perjuangan itu sehinggalah dia bertemu kesyahidan di sebalik bullet dalang yahudi laknatullah.

Dan itulah dia hidup dan ghairahnya memaknai jalan ini.

Merasai indah apabila bertemu pelbagai manusia dan mendidik mereka.

Merasai basahnya semula kekeringan hati, walaupun kita tak menerima sesuap pun bekalan dari murabbi kita.

Kerana dakwah ini cukup menjadi bekalan.

Dia memberi makna.

Dia memberi nafas pada kita.

Dan dialah JALAN hidup kita.

itulah dakwah.

Dan seharusnya aku berterima kasih pada adik2ku, kerana memustahilkan himmah dan imanku ini menyala semula. Membakar segala kemaksiatan dan kemalasan yang bermukim di jiwa.

Di sekeliling mereka aku merasai embunan syahadah, dan rasa zouqnya keinginan untuk memiliki syurga.

Kita semua, teramat inginkan bahagia di dunia.

Mahukan harta mewah.

Mahukan suami soleh

Mahukan anak2 ramai.

mahu hidup senang.

Pangkat dan darjat.

Namun ada satu kehidupan yang takkan dapat sebanding dengan segala nikmat di dunia. bahkan malaikat tidak dapat memiliki setinggi darjat manusia itu sendiri.

itulah darjat para mujahidin, orang yang menjual dirinya untuk dakwah. Dia hidup untuk dakwah. Mati untuk dakwah. Segala putaran hidupnya demi dakwah.

Sesungguhnya di dalam syurga kelak, Allah akan menyediakan 100 darjat syurga untuk para mujahidin di jalan Allah, jarak antara dua darjat adalah ibarat langit dan bumi. ( hadis rasulullah)

Dan dengan dakwah dia temui cahaya, kehidupan, juga kebahagiaan..

Kita akan down sahabat2ku. Kita pasti down. Dunia pasti menghimpit perasaan kita dan membuai kita. terkadang kita terlupa, untuk apa kita dihidupkan oleh Allah ini ( walaupun tiap2 minggu usrah). sebab hati kita tetiba rasa terputus tali pada ikatanNya. Fikiran kita mula berangan-angankan dunia. Dan hati kita mula keras membeku dan tidak diairi dengan kalimatullah.

Apabila tiba saat itu, mungkin kita perlu keluar dari kawasan kita. Cari mad’u baru. Sampaikan taujih seikhlas mungkin. Dari situ kita temui semula ‘diri’ kita.

WAllahualam

Muharikah

Leeds

Advertisements

3 thoughts on “Islam ini hidup kita

    Fathiyyah / Qudsia said:
    July 18, 2010 at 6:57 pm

    Assalamualaikum kak,

    Hadiah dari saya buat akak..

    Buatmu mujahidah solehah,

    Bidadari syurga, InshaAllah

    Dengan kecantikanmu

    Kau lebih bersinar dari matahari

    Dengan akhlakmu,

    Kau lebih wangi dari kasturi

    Dengan kerendahan hatimu

    Kau lebih tinggi dari rembulan

    Maka pertahankanlah keindahan ini

    Agar kau teruskan menjadi

    Sayap kiri perjuanngan Islami

    Penegak kalimah Allah di muka bumi

    p/s : Kak mohon tunjuk ajar dari kak.. Bittaufiq ya ukht..

    qumfaanzir said:
    July 18, 2010 at 8:42 pm

    jazakillah kak krn mewarnai hidup kami:)
    wont forget the moments.. never!

    kdg perjalanan 12jam lebih terasa walau taujihnye santai,
    yg takkn diperoleh dgn dhaurah 2jam penuh, namun hati entah ke mana:))

    moga allah mudahkan langkah kita di jalan ini,
    utk buang jauh2 sympton kasal dakwi:)

    love,
    saye.

      muharikah responded:
      July 20, 2010 at 1:10 pm

      fathiyah, terharu saya dengan sajak awak..huhuhu.. apalah saya ni pun kan.. moga awak sentiasa dikuatkan oleh Allah.

      qumfaanzir dan thumuhat, sayang antum! korang selalu jadikan saya kuat! dengan semangat antum.. kita je memahami rasa hati kita kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s