Luar biasa atau biasa?

Posted on Updated on

Salam,

apa kabar semua?

aku rindukan kalian. terutama yang saban waktu menjenguk blogku ini, adik2 dan mutarabbiku.

ada yang mengomen, namun tak sempat untuk membalasnya.

entah kenapa terasa keberkatan seolah2 terambil dariku…

duit,

masa..

di satu sisi kita amat mewah dengan duit dan harta..

di satu tika lain kita papa kedana dan terpaksa meminta pada manusia lain.

Begitu juga dengan masa kita..

pernah tak anda dihimpit dengan tanggungjawab atau perihal keduniaan yang ada, sehingga sempitnya masa anda untuk mengaji quran dan mentelaah ilmu?

Apabila malam mula menyinsing, kita mula mempersoalkan diri kita sebelum tidur, apa yang aku sudah buat hari ini?

Begitu juga denganku. Jika on call menggila dari 8 am – 9.30pm, seharian akan sibuk menguruskan penyakit-penyakit manusia. ada yang tenat, ada yang bakal menjadi tenat. semuanya memerlukan perhatian dan tumpuan.

Sedikit kesalahan, mungkin salah tercakap atau lupa nak memaklumkan jururawat  maklumat mengenai pesakit, manusia sekeliling akan memandang kita dan menjengkilkan mata seolah-olah mengatakan dari alis matanya:

Kamu ini tak pandai buat kerja ke?

Sedangkan dunia ini hanya mainan dan perhiasan.

tumpuan utama dan matlamat utama tetap Allah.

tetap akhirat. ( ra’du : 35)

Tapi kita pasti akan berputar pada mereka yang berada di sekeliling kita.

Samada kita mahu berdiri tetap pada paksi kita, ataupun mengikuti paksi dunia sekeliling kita.

Kerana itu selepas on call, nak solat sendiri hampir tak larat dan terkadang tertidur sambil nak baca Quran.

dan di situ aku bertanya diriku..

‘kenapa aku bekerja kalau itu menghancurkan diriku sendiri?’

Dan iman makin merudum, sedangkan taujihat diperlukan saban waktu buat anak-anak binaan yang ada di sekeliling.

Mujurlah on call sebegitu jarang berlaku. Namun di waktu kelapangan yang ada, pasti ada urusan lain mendatang.

Urusan keretalah, urusan kerjalah, teknikal-teknikal lain.

Hattakan dakwah sendiri menjadikan kita bertumpu pada dunia.

sehingga mengurangkan tawakal kita pada Allah.

mengurangkan harapan kita pada akhirat.

Dan kurang tumpuan kita meminta pengampunan dari Allah.

Sehinggalah Allah menegur kita.

Dengan teguran yang keras.

Di saat kita saling melupaiNya.

Sedangkan, setiap fasa hidup kita.. Bangun dan tidur.. seharusnya adalah digunakan untuk mempersiapkan diri kita menuju akhirat.

Memang mudah berkata:ikhlaskanlah niat.. dapat pahala per, tolong orang sakit..

Namun kita sendiri akui.. bukanlah masalah niat. Niat kita mungkin pada awalnya hanif. Namun pada waktu selanjutnya, pasti terpesong dengan perkara-perkara yang tak membuahkan pada pahala dan iman itu sendiri.

Jadilah kita makhluk leka, lagi terhina…

Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (53) Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (54) Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. (55)  supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)! (56) Atau berkata: Kalaulah Allah memberi hidayat petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertakwa! (57) Atau berkata semasa dia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan! (58)  Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar! (59) Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah  muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur? (60) Dan  Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita. (61)   ( Azzumar : 53-61)

Bukan mudah menjadi tsabat.

Harganya tidak murah.

Sedangkan kita amat memerlukan ramai pelapis dakwah untuk menampung kebangkitan daulah.

tak cukup hanya seratus dua. bahkan dua tiga ribu orang belum tentu cukup. Kita perlukan seramai mungkin manusia untuk beriman pada manhaj islam ini dan mampu mendokongnya.

Mendokongnya bukan sehari dua. tapi untuk tahun-tahun mendatang yang amat sukar dalam hidup mereka. Mereka harus beriman pada fikrah ini dan memperjuangkannya sehingga syahid.

Seperti mana penduduk palestin kesemuanya tidak tunduk pada tangan taghut zionis laknatullah, begitu jugalah kita mahukan penduduk bumi kita memiliki keimanan seutuh pergunungan Alps ( saya mahukan katakan seperti kereta bentley yang tahan kebal dari tembakan peluru mahupun denator dan bom tangan. even kalau letak bom kat bawah bonet kereta pun takkan meletup juga. kereta ini orang cam james bond je pakai, ataupun ketua mafia dan gengster di South America mahupun afrika dan negara diktator yang lain)

'kereta kebal' --> tapi tak semua model bentley tahan peluru.

Apabila kebal, hentakan dan ancaman yang lain akan melantun dari diri kita.

Dan kita akan terus tsabat dan tetap dalam pendirian kita.

Tetap melalui jalan ini. Tak mengapa futur sebentar. Moga kefuturan itu menemukan kita pada hakikat kehidupan kita.

Namun kita harus tetap berada pada rel jalan ini.

Rel jalan dakwah dan tarbiyah.

Dahulu orang mengejar kita untuk mengikuti liqa dan halaqah.

Akan tiba di satu fasa, di mana tiada siapa akan pedulikan kita.

Tak kisah kita futur mahupun tidak.

Jika kita jatuh dan tenggelam, orang akan membiarkan kita untuk membuat keputusan sendiri. Samada mahu terus dalam liburan dunia, ataupun mengorbankan perasaan keseronokan di hati demi Deen ini.

Memang pahit di detik keputusan dibuat, ketika memilih deen ini.

namun kebahagiaan hakiki akan pasti terasa setelah kamu melangkah di jalan ini.

Di jalan ini pada permulannya sahaja kamu akan dilayan begitu istimewa. Dipandu dan dibimbing seintimnya.

Namun di tika kamu sudah membesar dan perlu bersedia, bergeraklah mencari jalan ini. Harungilah dugaan. Tempuhilah kepayahan itu.

Kamu perlu kuat melawan arus itu.

Kamu perlu memilih dalam hidup kamu.
Samada kamu mahu pilih jalan Allah ini ataupun memilih jalan selainnya.

Dan apabila kamu memilih Allah, Allah akan memudahkan langkah kamu dan membantu kamu.

Insyaallah.

Namun kamu harus tahu apa kamu mahukan.

Dan berpegang pada prinsip itu.

Sekuat-kuatnya!

Saya perlu membaca sekarang walaupun esok kerja lain… ( bantulah aku Ya Allah!)

faqiratun ila rabbiha

muharikah

glasgow

Advertisements

10 thoughts on “Luar biasa atau biasa?

    aisyah ismail said:
    July 15, 2010 at 6:27 am

    =)

    barakallahufeek ukhti.

    qumfaanzir said:
    July 16, 2010 at 2:48 am

    sampai satu ketika kita yg memilih untuk teruskan perjalanan ini. kerna manusia tdk selamanya berada di sisi, mungkinkah mrk2 telah penat melayan kerenah manja kita??

    jom berusaha!

    tidak senang tsabat. yes indeed sgt2 betul!
    adakalanya lembik taknak bangun langsung hingga allah dtgkan adik utk meminta taujih.uh! akkmu tgh pening ni! tapi bangunya kita dr fasa lembam itulah yg menuntun utk terusan tsabat iAllah..

    jzkk kak:)
    cant wait to meet:)

    klcitizen said:
    July 16, 2010 at 3:56 pm

    assalammualaikum

    kekuatan dalaman tidak datang sendiri
    terusan lah berdoa untuknya

    saya juga mendoakan yang terbaik untuk muharikah

    qs said:
    July 18, 2010 at 8:47 am

    soooooo true
    mohon allah bukakan pintu-pintu hikmahnya… ameen

    hamba yg dhoif

    cik mus'ab said:
    July 18, 2010 at 9:04 am

    hurm, dah tak boleh manja 2! Murabbi banyak keje ! Umat merana !! huhu. -_-”

    kalau tgh down, cepat2 up kan diri sendri. jangan duk nak harap orang sekeliling. syaitan sangt pandai ambil kesempatan. dan.. daei pun kena pandai ambil kesempatan upkan iman diri sendiri. syaitan x berehat.. daei nk berehat ??? wahh.. seronoklah syaitan kalau mcm tu.

    syaitan langsung x terleka dari terus membawa manusia ke arah jahliah. so, kita pun sebenanrya x leh duk leka2 lagi ! x der masa nk leka !

    wahai syaitan ! sila duduk senyap2 kat satu tempat. sila bekukan diri kamu ya syaitan. jangan aktif sgt ! saya mengaku yg saya selalu terpengaruh dengan kamu.. kamu duduk senyap2 ye cik syaitan ! please.. please..

    syaitan !!! saya benci kamu !!! benci !! benci !!!!

    ****

    adeh, sorry .. terEmoSi. 😛

    astaghfirullah hal azim .

    *** betul la apa yg akak cakap tu…

    “Akan tiba di satu fasa, di mana tiada siapa akan pedulikan kita.
    Tak kisah kita futur mahupun tidak.
    Jika kita jatuh dan tenggelam, orang akan membiarkan kita untuk membuat keputusan sendiri. Samada mahu terus dalam liburan dunia, ataupun mengorbankan perasaan keseronokan di hati demi Deen ini.
    Memang pahit di detik keputusan dibuat, ketika memilih deen ini.”

    Cik Mus’ab ,
    Malaysia .

    Fathiyyah / Qudsia said:
    July 18, 2010 at 3:37 pm

    Assalamualaikum kak,

    I was inspired by your writing.. Syukran kak atas semua perkongsian dan ilmu dari akak.. saya sedang mengislahkan diri ini.. akak doakan saya ye kak.. Kalau ada apa2 salah dan silap akak tegurlah saya..

    Barakallahufik ya ukht ya habibti..

    irbed said:
    July 18, 2010 at 3:55 pm

    akak!!entry ni sgt2 kena dgn perasaan dan kondisi yg saya alami skrg..Allahuakbar Allahu akbar

    jazakillah khairan jazak akak,Allah yurdho alaik!

    muharikah responded:
    July 18, 2010 at 6:00 pm

    tersenyum saya baca entry anda semua.. sunguh menjadikan hari saya berwarna warni… alhamdulillah…

    ace said:
    July 19, 2010 at 10:09 pm

    salam kak. how’s ur days there? been thinking bout u. kereta dh ok?

      muharikah responded:
      July 20, 2010 at 1:09 pm

      salam,

      asyik letih je kerja skrg. kereta kat bengkel lagi. dapat courtesy car. fiat punto manual..uhuhuhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s