Diri kita yang terbaik..

Posted on

Fasa kita akan sentiasa berubah2.

Setiap kali kupulang ke Malaysia begitu juga.

Suasananya.

Cerita-ceritanya.

terkadang aku amat rindu pada kenangan lalu.

Pada kelapangan waktu untuk berbuat dakwah sehabis baik.. sampai ke setiap lumat waktuku.

Dan terkadang aku terlalu pantas sehingga ramai ketinggalan di belakang dan aku tak boleh berbuat apa2 melainkan menunggu mereka.

Dan kini fasanya telah berubah.

Diri sudah mula terikat dengan tanggungjawab dan bebanan.
Diri bukan lagi muda.

Ada harapan, ada expectation dan ada masuliyah yang diharapkan untuk ditanggung.

Melalui kedewasaanku ini, aku melihat, ramai adik2 berharap kepada manusia sepertiku untuk berkongsi.

Walaupun terkadang otak blur untuk menyampai.
atau hati terlalu kesat untuk menghambur pembersih kata.
Ataupun terkadang niat tersalah pesong sehingga aku terpaksa istighfar ratusan kali untuk memulakan bicara.

Dan terkadang dalam kelam kelibut dakwah mula menyimbahi alam ini, aku bertanya pada diriku sendiri:

Aku ini nak kasi pengisian supaya orang rasa best ke.. ataupun supaya orang memahami fikrah ini?

Manusia mula mengenaliku walaupun niatku tidak pernah sebegitu.

Aku yakin ramai mengenali muharikah, tapi tak ramai mengenali nur aisyah.

kerana itu dahiku sentiasa sujud di bumi, menyedari kelemahan dan kekerdilan diriku ini. Dosa yang bertimbun dan kelalaian yang sering mewarnai pesona hatiku ( movie dalam flight emirates mmg menggoda jiwa!)

Dan dengan kelemahan inilah tentu tak wajar dijadikan kehendak dalam memberi taujih. Populariti tidak boleh dijadikan asbab untuk menarik manusia kepada diri kita.

Apatah lagi menjadi kunci untuk orang mendengar kata-kata kita.

Manusia mendengar kebenaran. Mengimani kebenaran dan berpegang kepadanya.

manusia mungkin terhibur dengan kita. Kagum dengan kita. mencintai kita. Namun kebenaran pasti menang dan kekal.

Sedangkan populariti akan pudar dan kita pasti akan membuat kesalahan yang menjadikan manusia kembali benci pada kita.

Sebab kita manusia.

Pasti membuat kelemahan dan kesilapan.

Kerana itu, terkadang mengatakan kebenaran menjadikan kita kurang popular dan kurang digemari.

Kerana kebenaran juga menyebabkan kita akan sentiasa diperlekehkan mahupun mungkin tidak mendapat kedudukan yang sebenarnya.

betapa ramai asatizah kita yang hebat dalam dakwah, namun sentiasa sahaja dicerca manusia, walaupun manusia itu berada dalam jemaah yang sama dengannya.

Kebenaran itu pasti menang. Kerana itu tidak guna memesongkan niat kita. Tak guna propulariti tanpa keikhlasan.

Tak guna niat berucap dengan harapan orang suka dan rasa best dengan pengisian kita.

Yang penting kebenaran itu perlu disampaikan,,..

PS: saya tak abes lagi jet lag. barang pun tak kemas lagi… usrah2 berderet2 lepas ni…huhu doakan!

Advertisements

One thought on “Diri kita yang terbaik..

    Syahida said:
    June 30, 2010 at 4:23 am

    semoga kita sama2 istiqamah ^_*
    salam ukhwah+juang ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s