Dunia yang berbeza

Posted on Updated on

Salam,

sudah genap 7 hari saya bermastautin di tanah Gombak, tempat saya membesar.

Alhamdulillah , 7 hari yang penuh cerita dan tentu penuh warna..

Siangnya aku cuba manfaatkan dengan menziarahi ramai murabbi dan menuntut dari mereka. Tentu juga mengambil kesempatan yang lumayan pada masa yang sedikit untuk bertemu dengan saudara-saudaraku di jalan dakwah ini. Mengutip semangat dan membasahkan ukhuwah pada hati kami ini.

Alhamdulillah. Terasa amat sedih kerana tidak mampu bertemu dengan mereka yang telah lama tidak kutemui. Yang telah pun pulang ke Malaysia untuk beraksi di medan pentas di sini.

Semakin lama menyaksikan pelbagai generasi telah pulang ke Malaysia, semakin dirasai betapa usiaku sendiri telah beranjak senja. Fasa baru turut bermula apabila melihat ramai sahabat-sahabat telah pun berumah tangga. Tentu perbualan dan masa yang diberikan tidak sama seperti mana ketika mereka sendiri.

Tentu fasa-fasa itu perlu dijangkakan dan diterima sebagai sunnah kehidupan.

Di waktu malamnya aku cuba sedaya upaya berbakti kepada keluargaku, memastikan mereka merasa cukup dengan masa yang kuberikan buat mereka.

Pengalaman yang tidak dilupakan juga adalah membantu saudaraku, teman baikku di dalam walimahnya. Bermula dari awal perancangan walimah sehinggalah aku menjadi pengapitnya di hari bersejarah tersebut. Tentu kaget juga merasakan kini dia sudah berpunya, namun alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana prosesnya berjalan lancar penuh barakah.

Raja Sehari


Tentu juga keadaan tidak sama seperti dulu. Tidak boleh sesuka hati memintanya berjalan-jalan bersamaku seperti mana dahulu kami sering ke mana2 bersama2. Sampaikan orang kaget jika salah seorang dari kami tidak hadir ke sesuatu program.

Aku jumpa sempat bertemu dengan adik-adik baru dalam tarbiyah ini, berkongsikan pengalaman, namun tentu masa amat sedikit untuk mencurahkan segalanya. Moga dakwah ini meriah dengan himmah generasi muda tanpa henti insyaallah.

RAmai lagi hak-hak sahabat dan keluarga yang belum sempat tertunai. Ramai lagi yang belum diziarahi, namun aku terasa tak mampu untuk menghubungi semua di dalam masa sedikit yang ada ini.

Kerana itu jugalah aku tidak dapat menghadiri Majlis Perlancaran Ikram yang menyaksikan pelbagai peristiwa agung dalam harakah dakwah di Malaysia ini.

Dahulu kami menggelarkan diri kami sebagai jemaah ruh.

kerana ramai menjadi skeptik dengan nama-nama wadah jemaah yang ada, be it JIM mahupun Konsis.

Kerana jemaah belum boleh memunculkan dirinya sehinggalah hari ini.

Di hari ini, kita semua bergelar IKRAM.

Website IKRAM, klik sini.

Namun IKRAM bukanlah pengganti JIM. Bukan juga konsis.

Namun IKRAM adalah lebih besar dari itu.

IKRAMlah jemaah kita dan kita bersatu hati di bawah IKRAM.

Di bawah IKRAMlah terdapatnya JIM, aqsa syarif, MIG, KONSIS, MUSLEH dan pelbagai lagi pertubuhan lain yang menjadi wadah kepada jemaah kita.

Dan kita perlu sama-sama menjadikan IKRAM sebuah jemaah yang benar-benar Ikhwanul Muslimin compliance dari sudut amal tarbiyah dan dakwahnya.

Kerana IKRAMlah imej baru kita. Di mana sahaja kita pergi, orang melihat amal kita dan merasai dia perlu bersama IKRAM.

Maka IKRAM bukan hanya sebuah badan NGO, dia bukanlah sebuah slogan yang gemar dilaung-laungkan. Bukanlah sebuah badan yang manusia hanya memikul sepanduknya namun tidak memahami isi kandungan mottonya.

IKRAM adalah jemaah kita, dan kita membawa Islam bersama IKRAM.

Moga dengan ini ramai jemaah lain mahu bersama kita membawa Islam terus ke hadapan..

Izzah kita bersama jemaah kita kerana kita mahu ISLAM ini menerajui pemerintahan alam ini insyaallah.

IKRAM bukanlah sebuah persatuan yang tertahkik keanggotaannya dengan bayaran yuran bulanan. Ikram adalah simbol kesatuan hati dan kefahaman. Ianya slogan sebuah amal jamie. Ia membawa kita merasai bahawa, jalan dakwah ini harus melaju dan terus melaju.

Jangan pandang belakang lagi!

IKRAM meraikan persamaan yang ada pada kita semua dan meleburkan perbezaan yang ada.

Seharusnya juga kemunculan IKRAM ini membuka medan -medan amal yang luas buat kita. Lagi bertambah tanggungjawap kita, lagi tegar kita dalam memimpin manusia.

Satu perkara yang tidak dapat dimungkiri didalam membawa IKRAM melaju dalam arena dakwah ini adalah, pentingnya juga penyediaan yang mapan bagi pelapis-pelapis dakwah ini.

Persediaan inilah yang dimaksudkan sebagai proses tarbiyah yang berterusan dan tersusun. Semua ahli IKRAM perlu berada dalam sistem usrah dan perlu berusaha membawa satu usrah atau berDF dengan seseorang. Kerana penyediaan tarbiyah pemuda inilah nadi kepada jemaah ini.

Kita perlu bersungguh-sungguh ke arah itu.

Bukan mudah membawa semua badan berada di bawah IKRAM. KEsemua badan itu akan sentiasa berusaha bekerjasama agar dakwah kita akan terus maju dan melaju di malaysia ini insyallah..

mungkin suatu hari akan muncul cawangan-cawangan ikram di luar negara, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Ya, di seluruh negara! Nantikan ia!

Saksikan kelajuan dakwah ini bergerak insyaallah!

Saya masih ada seminggu di Malaysia, untuk sesiapa yang berhajat bertemu saya, boleh ziarah ke rumah insyaallah.

ukhtikum

muharikah

gombak, KL

Advertisements

15 thoughts on “Dunia yang berbeza

    Hamimmi said:
    June 20, 2010 at 7:24 pm

    assalamualaikum akak…mabrrookk!!!hehe…chantek sangat..subhanallah. daoakn kami di czech dengan perjuangan yang masih bersisa ini inshaAllah.
    take care..

    maisarah said:
    June 21, 2010 at 5:02 am

    salam kak aisyah!

    semalam masa dapat tau dari nurani yang kak aisyah tak dpt nak ke IKRAM, kami semua =(. teringin sgt nk jumpa akak. tapi takpe kan kak, insyaAllah akan ada masa lagi

    jaga diri kak

    p/s: jemput ke melaka kak ^_^

    [small footsteps]

    H A J A R said:
    June 23, 2010 at 5:10 pm

    assalam,,

    misi kearah ustaziatul ‘alam,,insyaAllah,,

    akk, saya tak kenal akk, tapi saya teringin nk jumpa akk,,serius!

      muharikah responded:
      June 24, 2010 at 1:35 am

      salam hamimmmi.. kuatkan semangat.. jangan putus asa k? iAllah balik malaysia nanti kutiplah mutiara terhebat iAllah

      maisarah –> saya sedih juga tau!uwaaaaaaaaaaaaa…. ada juta2 kawan saya datang juga… yang dah berapa tahun tak jumpa, tapi nak wat cmne.. balik kejap, aulawiyat pada family…huhuh

      Hajar….. ramai je nak jumpa saya nih, tapi jgn kecewalah bile jumpa saya, saya orang biasa je..hhuhuh

    ProfHussaini said:
    June 24, 2010 at 10:06 am

    Jemaah Ikram Malaysia
    Macam sama je

    fadiah said:
    June 24, 2010 at 11:15 am

    slm kak..
    igt sy lg? eheh.. akak sihat? lama x bertanya khabar. Maaf sbb x jaga ukhuwah dgn baik. sy manusia biasa, byk wat slh ehehehe. harap akak tenang2 slalu ye. wassalamu =)

    amirahsaryati said:
    June 24, 2010 at 11:55 am

    salaam.. kak aisyah.. ingat saya? amirah, dari bangalore, india? hehe.
    we have once been on YM. πŸ™‚
    oh sekarang hidup sangat chaotic~ huhu. test test test je keje. tapi at the same time mahu terus menDF, berdaurah n bina kefahaman. huhu.
    saje je nak update. πŸ˜‰
    hope akak baik2 saja. harap dapat jumpa one day, inshaAllah.

    supir said:
    June 27, 2010 at 4:21 am

    ya allah, patutlah! saya terlupa bahawa kakak saya balik bulan jun! lupa sangat, sebab dok terkenang zaza dan diha yang balik lambat lagi! !_!

    kak, asif jiddan xsempat jumpa… banyak sangat nak tuntut dari akak… planning india terutamanya =)

    xpe2, kita bertemu di maya, insyaallah. doa2kan saya yg sendiri di sini, huhu…

    syaradhiyah said:
    June 27, 2010 at 6:22 am

    salam kak aisyah~

    patut lah bila baca entry2 di blog akak ni, selalu rasa dekat.. rupanya kita dari fikrah yg sama. cuma saya ni masih disuap.. (n_n)

    alhamdulillah, aritu ke Majlis Pelancaran IKRAM. subhanallah..5ribu lebih org yg dtg..! terasa sgt bhw kita bukan sendiri.. ucapan syuyukh2 mmg sgt bersemangat. rasanya, 3/4 yg hadir tu adalah generasi muda. sbb kami yg muda2 ni, kna bangun dan bertakbir. semangat! ha. gerai2 yg ada, meriah betul.. =)

    kan indah, kalau community mcm tu, wujud di serata dunia ni…

    muharikah responded:
    June 30, 2010 at 3:12 am

    Prof Husaini –> iAllah kita sama πŸ™‚

    fedy–> mestilah ingat kat awak.. awak kat ne skrg? ni kene jumpa ni…lama dah tak jumpa awak…huhuh

    amirah…. iAllah saya masih ingat.. camne keadaan kat sana? banyak juga saya dapat update ttg india ni…hehehe…nantilah saya ke sana juga k?

    supir –> hari tu saya gi pustaka fajar.. tetiba noltagic plak… saya pergi sorang.. tetiba rindu plak kat orang yang teman saya tahun lepas ke sana…huhuhuuh… dah kuasai dunia dah awak eh supir?hehhehee

    syarahdiyah.. awak dari mana eh?iAllah kita luaskan lagi jaringan kita. saya sedih tak dapat gi ikram hari tu…huhuhuh

    hamba Allah yg perlu bimbingan said:
    October 12, 2011 at 9:15 am

    salam..
    sy nk tnya..
    em..knp ikram ditubuhkan?
    knp org2 yg menubuhkan ikram tidak menguatkan jemaah yg sedia ada?
    knp mesti ada jemaah baru sdgkan sudah wujud jemaah2 yg lain?
    sekiranya satu hari nnti ikram bgkit sbg sebuah parti politik,adakah undian penyokong2 islam di malaysia akan berpecah kpd dua?maka berkuranglah bilangan undian utk setiap parti umat islam,masing2 dapat 1/2..
    maaf tnya..
    sekadar persoalan drpd seorg hamba Allah yg jahil..
    harap persoalan ini dpt dijawab supaya fikiran hamba ini menjadi tenang..
    syukran..

    muharikah responded:
    October 12, 2011 at 11:41 am

    salam hamba,

    saya bukanlah orang terbaik untuk explain pasal perkara ini. saya cerita mengikut apa yang telah diceritakan kepada saya, tanpa berbelit.
    1)sebelum ikram ditubuhkan mmg ada usaha untuk menguatkan jemaah yang telah sedia ada. pelbagai cara telah dibuat untuk bergabung dan bekerjasama
    2) tapi susah juga nak bekerjasama jikalau fikrah dan cara kerja itu berbeza. penekanan utk dua2 group adalah berbeza. sedangkan ikram ada manhaj dan halatujunya tersendiri dalam mendapatkan daulah.
    3) bila masuk bab politik, ahli ikramlah antara tonggak atau tulang belakang yang akan membantu jemaah yang telah sedia ada yang involve dalam politik.
    4) keadaan politik di malaysia agar berbeza apatah lain dengan keadaan kepelbagaian jemaahnya. iAllah bila tibe setiap kali musim politik, akan berlakunya perbincangan untuk menyeragamkan gerak kerja agar sama2 bersatu pada hadaf yang sama –> mendapatkan sebuah daulah.

    Husna said:
    October 7, 2012 at 2:43 pm

    sy kagum dgn usaha IKRAM. Tapi apa yg buatkn rasa kagum itu makin pudar? sy lihat dakwah dan ukhuwwah itu sekadar dlm ahli2 IKRAM sahaja.akak2 IKRAM trlalu taksub dgn jemaah,sesiapa yg bkn ahlinya xtrmasuk dlm ukuwwah mereka.bg mereka ahli mereka sntiasa betul.belum lg memikrkn bagaimana IKRAM disini menafikn kewujudan badan organisasi pelajar.sayang benar.takut2 sbb jemaah IKRAM disini yg byk silapnya bg nama buruk pd IKRAM keseluruhnnya. -Mesir

    muharikah responded:
    October 7, 2012 at 3:25 pm

    jzkk ukhti husna atas teguran sangat membina. memang kita semua manusia penuh kelemahan. jzkk sangat kerana sudi menjadi cerminan.

    telah ana panjangkan komentar ukhti sebagai muhasabah demi penambah baikan.

    Firdaus said:
    April 24, 2014 at 5:14 am

    Usaha IKRAM mmg baik, tp sy pernah jumpa seorang ahli yg terlalu taksub smpaikan menganggap orang yg tidak menyertai organisasi mereka tiada matlamat hidup yg jelas. Dia merasakan dirinya mempunyai matlamat hidup yg jelas dan mendapat keredhaan Allah Taala. Bagaimanakah terjadi sedemikian rupa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s