Dakwah itu Faan! Bukan bosan!

Posted on Updated on

Dan tentu ianya fun!

faan –> seni

fun –> menyeronokkan.

Mungkin belum saya nyatakan, saya lebih gemar menyampaikan sesuatu dengan lidah saya, menyampaikan sambil menautkan hati mutarabbi saya dengan pandangan mata saya.

Air laut itu sendiri mengajarkan kita...

Baru menghunjam

Baru mengubah

Baru tertazkiyah

Dan tentu apabila berlakunya perbincangan dalam liqa, maka penyampainya itu menjadi hidup, dan amat relevan dengan kehidupan mereka.

‘ Akak, camne saya nak kasi usrah adik-adik saya seronok, jika usrah saya sendiri rasa baku dan tak best?’

Saya gelak je dengar kata-kata dia.

Sebab last-last dia jawap:

Kita kenalah jangan biarkan adik-adik kita experience benda yang sama cam apa kita rasa. So kita kene usaha sungguh-sungguh supaya adik-adik rasa seronok dengan usrah tu.

Saya terkedu juga mendengar jawapannya.

Sebab kita semua tahu dan pernah rasa..

‘ Takkan ada usrah lebih best dari usrah pertama saya dahulu..’

‘ kenapa saya takde hubungan hati dengan naqibah saya?’

‘ usrah saya takde qadhaya!’

‘Usrah boring !’

memanglahkan, antumkan dah penggerak… so di tahap kita, kene belajar menerimalah tarbiyah itu dari mana dan siapa sahaja tarbiyah itu diberikan?


Betul ke camtu?hehehe…

Tarbiyah itu seharusnya menjadi darah daging kita, wlupun ianya bukan segala-galanya.

Dia perlu menjadi sesuatu yang kita dambakan, yang kita fahami merupakan tunjang kepada kebangkitan islam ini.

Dan kita betul-betul faham, permulaan yang betul itu bermula dari tarbiyah yang benar dan mapan.

Dan kita jadi tersaiko pula kadang-kadang.

Fokus untuk menjadikan tarbiyah itu best.

Lantas kita lupa tujuan kita melaksanakan tarbiyah itu.

Lebih memikirkan bagaimana nak jadikan ianya best, baru memikirkan apa untuk diisi dalam tarbiyah itu.

( saya maksudkan tarbiyah utk merangkumi usrah, daurah, jaulah, etc etc)

Dan terkadang kita tak tahu sangat nak kasi apa dalam tarbiyah/usrah kita, lantas kita menjadi murid kepada buku, dan silibus, akhirnya jadi baku dan kaku dalam penyampaian tarbiyah kita…

Dan jadilah usrah kita itu majlis ta’lim dan ilmu.. sekadar menambahkan ilmu semata-mata..  bukan lagi memenuhi ciri usrah sepatutnya, iatu mengubah dan berubah.

Kita tahu, usaha kecil kita dalam melaksanakan kerja tarbawi ini ( sebab buat kerja tarbawi ini tidak pernah popular walaupun semua sedar ianya penting) adalah merupakan langkah-langkah awal kepada satu kebangkitan islam yang amat besar di dunia ini.

Seperti mana orang Yahudi mereka juga, mentarbiyah anak muda mereka untuk mewujudkan Israel  Raya dengan keganasan dan penyesaran( membunuh) bangsa lain dari wujud di dunia ini..

Maka kita sebagai orang muslim, perlu menyedari, jika kita tak bersungguh -sungguh mentarbiyah manusia, maka Yahudi jahiliyah akan lebih hebat mentarbiyah lebih dari kita!

Mahu kalah dengan mereka?

Dalam keadaan kita pula, terutama dalam waqie masyarakat Malaysia, pentarbiyahan yang didapati setiap individu adalah berbeza2.

dan manusia akan mentarbiyah menurut cara dia ditarbiyah.

Lain acuan, lainlah kuihnya.

Atau paling tepatnya, dia akan mentarbiyah manusia dengan cara tarbiyah paling berkesan di hatinya.

Namun, cara yang berkesan dengan dia, mungkin tak berkesan bagi mutarabbi dia..

Meneroka istana lama

Dia merasai dah best usrah sebegitu, tapi mutarabbinya rasa berbeza pula.

Kita yang menerima tarbiyah, perlu terima tarbiyah dari cara apapun ia datang.

Namun bila kita mentarbiyah, kita mentarbiyah dengan cara paling best dan terbaik , yang mampu kita berikan.

Bagaimana nak dapatkan semua itu?

Inilah kuncinya…

belajar lah dari ramai orang.

Jangan sempitkan scope belajar dari naqibah kita sahaja..

keluarlah menuntut dari murabbi lain. Bertanya pada ramai akak2  yang sudah lama dalam tarbiyah. Perlu mencari murabbi-murabbi kita di mana sahaja mereka berada, samada di malaysia mahupun di mana sahaja.

jangan lepaskan peluang dalam menuntut ilmu itu..

Dan dari situ kita akan dapat kutip, lautan pengalaman dan cara tarbiyah paling fun dan faan utk diberikan pada mutarabbi kita.

Namun jika hanya berasa cukup dengan tarbiyah yang kita dapat melalui usrah, maka kita akan menjadi kekeringan idea, rigid/jumud dan skema dalam mentarbiyah mutarabbi kita.

Sedangkan zaman cepat beredar. Begitu juga dengan generasi yang baru ini.. berubah dengan cepatnya sekali. Dulu hanya mesin taip, sekarang sudah ke ipad. Maka kita perlu adapt dengan kesukaan mereka dan cara yang paling cepat dan tepat dalam memberikan kefahaman buat mereka.

Bukan sekadar lunaskan tanggungjawab dalam memberikan usrah dan tarbiyah.

pastikan tarbiyah itu efektif dan berkesan!.

Dakwah itu seni dan menyeronokkan!

Luaskan ufukmu. Belajar dari ikhwah dan akhawat kita di seluruh dunia. Kutip pengalaman mereka untuk diaplikasikan di waqie kita.

Apa yang kami sendiri buat di sini( scotland), kami sering menjemput akhawt datang menziarahi kami dan memberikan nasihat dan cadangan untuk memperbaiki tarbiyah kami di sini.

Dan semenjak kebalakangan ini, kami membuat aktiviti outdoor disebabkan cuaca yang amat menyegarkan.

Alhamdulillah 3 pulau telah kami jelejahi.. isle of cumbrae, bute dan dunoon.

dan apabila membuat pengisian berlatar belakangkan alam, bukan sahaja kefahaman itu dapat, ikatan hati makin bertambah erat juga..

dan terkdang kami menziarahi para murabbi di sini mendapatkan taujih.

dan di malaysia, saya sering ditarbiyah untuk pergi ke kedai buku. Dan buku saya dipilih sendiri oleh naqibah saya.

Maka itulah yang saya lakukan pada adik2 saya jika saya berpeluang membeli buku dengan mereka.

Dan tentu, cara penyampaian melalui video, gambar-gambar, kartun2, amat menyentuh hati manusia..

Maka jadilah manusia berseni dan fun!

Kenapa saya kata begini?

Sebab satu hari, setelah lama dengan tarbiyah, kita akan jadi sangat selesa dengan keadaan kita.

Kita akan jadikan usrah dan tarbiyah ini sebagai satu rutin.

Maka hilanglah fun dan faannya tarbiyah ini.

Kita ikut sahaja flow keadaan kita. Dah usrah kita dapat camtu, usrah yang kita bawa begitu juga.

Terkadang kita memberi tumpuan untuk menjadi kreatif pada aktiviti tajmik kita, tapi kita jarang menumpukan untuk mengkreatifkan usrah kita.

Kita akan bekerja, jadi ibu , dah bekerjaya, dah makin tua, maka kita akan terdetach dari dunia kreativiti mahupun dunia pelajar … maka kita akan jadi skema..

Sedangkan kita jangan lupa..

dan jangan pernah sekali-kali lupa..

kita adalah pendidik..

kita tetap murabbi.

Jika kita nak jadi orang mukmin biasa sahaja.., maka ingatlah bahawa orang2 yahudi dan jahiliyah bersungguh-sungguh juga membina rijal mereka.

( walaupun saya tak nafikan, pentingnya peranan penyokong-penyokong islam dan daie yang popular ini kerana pengaruh mereka amat besar dalam mendidik manusia ini)

Kreatif, tapi maksud tarbiyah itu perlu sampai juga! Jangan fikirkan kreativiti, tapi ruh dan makna kepada tarbiyah itu hilang…

Wallahualam.

Yang paling saya suka..

Alhmdulillah, saya makin rasa cinta pada akhawat di sepanjang perjalanan tarbiyah kami ini… di atas kepelbagaian yang berlaku di atas jalan ini.

Allah tak pernah bosan dengan kita, sedangkan kitalah yang cepat bosan.

Tarbiyah itu adalah benda yang perlu kita sentiasa nanti-nantikan..

Moga antum dapat manfaat dari tulisan ini.

Wallahualam

Muharikah

London

Advertisements

9 thoughts on “Dakwah itu Faan! Bukan bosan!

    qumfaanzir said:
    June 6, 2010 at 12:33 am

    salam kak,

    seakan akk memahami ape yg dicari oleh hati ini buat masa n saat ni:)
    jazakillah utk tidak pernah henti memberi rasa pada hati kami, adik2:)

    tarbiyah, suatu yg anjal bila tiba masa utk dilaksanakan..
    sgt2 sebijik mcm dlm class, kene fkr cara paling best utk buat students engage.
    n paling penting, isinya dpt di diliver dgn baek!!

    memang sgt penting utk terus mengutip pengalaman2 berharga dari ikhwah akhawat kite di seluruh dunia, kerna dari siitu kita belajar utk cretive dlm delivering. faan akn tetap faan, cuma kadang kita yg bagi tak best:) huhu

    p/s: ni yg jeles akk jelajah 3 pulau ni..huhu

    Aisyah said:
    June 6, 2010 at 3:49 am

    Jazakillah kak aisyah~~~
    Fun & faan.

    salwa oklen said:
    June 6, 2010 at 8:49 am

    salam..kak aishah..jazakillah atas sharing. akk mcm tgh bg ubat..hehe..

    Aisuki said:
    June 6, 2010 at 9:38 am

    akak… lamenye tak dengar suara akak…
    urm… saye sokong…dan saye merasakan sy tidak fun dan faan.. huhu

    qumfaanzir said:
    June 6, 2010 at 2:38 pm

    salwa oklen n aisuki,

    come on!! jom2 bersemangat sket..huhu
    kene creative, faan n fun:)

    sharing jom! 🙂
    rindu anatum seh..huhu

    hslnmkmr said:
    June 7, 2010 at 8:08 am

    tarbiyah itu sungguh indah. sentiasa membuatkan hati saya tertaut!

    Subahanallah!

    rai said:
    June 9, 2010 at 5:35 am

    salam kak aisyah…bile balik msia?

    hurm, sangat perlu kreatif tu, n kadang2 yg kreatif tu tak mampu difikir sendiri, itulah pentingnya amek tahu pasal waqi’ lokaliti lain kan? n penting jugak untuk selalu update org lain dgn sharing DnT di waqi’ sendiri untuk dimanfaatkan…

    tapi, ape2 pun, segala2 yang bersumberkan Ilahi, pasti akan sampai pada hati2, biiznillah…=)

    looking forward to the next entry

    manfaatkannya.. « Cheritera said:
    June 17, 2010 at 2:57 pm

    […] benar kata Ukhti Muharikah, dakwah itu faan(seni) dan bukannya […]

    Luaskan ufukmu …. « kembara cinta ku said:
    October 7, 2010 at 3:46 pm

    […] by:muharikah […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s