Funun Tajmi’ ( Seni mengumpulkan orang)

Posted on Updated on

Salam,

Entry ini untuk ukhti asiah yang bertanya saya pada entry https://muharikah.wordpress.com/2009/11/11/its-me/

Memang ada pengisian yang menarik tentang bagaimana untuk mentajmik manusia ini.

Perkara ini dihuraikan dengan ringkasnya dalam blog ini.  Menarik jugalah huraian dia.

Jujurnya terlalu ramai masyayikh dakwah yang berpengalaman namun tak sempat untuk menitipkan tinta di medan tulisan ini utk tatapan kita semua.

Dahulu saya amat meminati karya Abbas Assisi- kafilah di jalan dakwah. Memang terbaik. Saya juga membaca kisah pendakwah-pendakwah di Bosnia, tak ingat siapa penulis mereka. Membaca juga sebuah buku tebal para pejuang ikhwan, tak ingat sape juga penulisnya.

Penulis daie melayu belum ramai yang melakarkan lukisan-lukisan dakwah dalam bentuk novel mahupun cerpen.

Dahulu saya hampir membukukannya, cuma baru ada 6 cerita sahaja terkumpul.

Ramai masyayikh kita yang sangat lama dalam medan ini namun kurangnya masa mereka menulis. Mereka lebih gemar menulis manusia, kerana itu lebih lazat, kurang popular dan memelihara hati mereka.

Ramai yang pandai menulis, namun mungkin terlalu baru dalam dakwah, maka tak banyak pengalaman dakwah mampu dicoretkan ataupun menggunakan kepakaran menulis itu untuk perkara-perkara ilmiyah bukannya menulis tinta sejarah.

Kesibukan daie ditambah dengan kekurangan kelebihan menjadikan sampai sekarang, kita amat kurang bahan bacaan untuk para pemuda dakwah di Malaysia sendiri.

Pada saya, adikku asiah ( dan semua juga yang membaca),

kita takkan dapat memahami dan belajar sesuatu seni dakwah itu tanpa kita beramal dan terjun dalam medan amal siang dan malam.

Seperti mana orang yang memperolehi seni suara, tentulah setelah dia berhempas pulas berlatih menyanyi, dan tahu selok belok pernafasan untuk memerdukan suara yang nyaring.

Kita takkan tahu bagaimana nak mentajmik orang jika kita kurang menyentuh ramai orang, dan hanya tertumpu kepada anak binaan kita sahaja.

Pengalaman adalah guru paling berharga.

Bila dah beramal, kemudian dapat pengisian funun tajmik, barulah nampak….

‘ oooo, camni rupanya..’

Suka saya ingatkan diri saya juga, dalam mentajmik manusia ini, kita perlu betul-betul jelas yang kita mentajmik manusia kepada Allah, bukan kepada diri kita sendiri ataupun kepada jemaah ataupun kumpulan kita.

Kita bawa manusia kepada Allah.

Dan itulah magnet yang akan membawa mad’u kita kepada Allah dan DeenNya.

Kerana kunci kekuatan seorang duat itu adalah pada kejernihan hatinya kepada Allah.

Kita rasai benda itu terhadap para murabbi kita.

Keikhlasan mereka mengenalkan kita pada Islam dan dakwah ila Allah ini amat menyentuh hati kita dan dapat  memalingkan hati kita dari jahiliyah kepada Islam.

Ketulusan hati mereka mengajak kita mengenal luasnya Islam ini menjadikan hati kita membuak-buak untuk mengenal dakwah dan Islam ini.

Kerana itu, saya amat faham bila pada awalnya ramai adik-adik yang baru dalam tarbiyah ini tidak mahu mengangkat bendera MSM pun. Sebab faham kita bukannya nak bawak manusia kepada jemaah, kita nak bawak manusia kepada Islam.

Bila kita dah fahamkan dia tentang Islam, barulah dia rasa lazat dan nikmatnya beramal dengan islam. Bila dah beramal dengan Islam, dia akan rasa dia kene share nikmat itu dengan orang lain.

Bila dah rasa nak share, dia akan dakwah pada orang lain, dan bila dah start dakwah, barulah dia nampak, jemaah mana perlu dia berintima dan membantu dia dalam dakwah itu.

Itulah kekuatan kita.

Membawa manusia mengenal Allah dan cahaya RabbaniNya.

Even sekeras manapun hati seseorang itu, bila kita dengan keihklasan yang jernih, yang takde niat pun nak masukkan dia dalam saff kita, dia pasti akan berpaling kepada Islam.

Sebab Islam itu tinggi, dan tiada lebih dari Islam.

Islam itu memiliki kekuatannya tersendiri.

Kita hanya jadi pengantara sahaja untuk mengenalkan manusia kepada Islam.

Kesimpulannya dari pengalaman saya sendiri, dalam mentajmik manusia ini, kekuatan-kekuatan yang boleh kita miliki adalah dari:

1) Kekuatan Doa

Saya amat terkesan dengan murabbi saya yang tak henti-henti mendoakan saya dan mendoakan semua anak binaan dia. Di saat dia tak berpuas hati dengan orang lain, akan terlucut dari mulutnya:

‘ astaghfirullah, ana belum berdoa lagi untuk dia.’

Kekuatan doa ini amat luar biasa kesannya!

Umar bin Khattab meriwayatkan, detik-detik pecahnya pertempuran di Badar, Rasulullah saw memandang para sahabatnya yang berjumlah tiga ratus orang. Lalu ia melihat barisan kaum Musyirikin yang jumlahnya lebih dari 1000 orang. Utusan Allah swt itu bersabda,

“Ya Allah, berikanlah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau musnahkan kelompok Islam ini, Engkau tidak lagi disembah di muka bumi selamanya.” Kata Umar, Rasulullah saw terus menerus berdoa sampai selendangnya terjatuh dari pundaknya. Abu Bakar ra yang memungutnya mengatakan, “Wahai Nabi Allah, cukup sudah doamu kepada Allah swt. Dia pasti memberimu apa yang dijanjikan kepadamu…” (HR.Ahmad)

Dalam banyak keadaan, malah mungkin hampir kesemuanya, kita dapat menawan hati manusia dengan sekuntum doa.

Bukan kita yang menawan mereka, namun Allah.

Lihatlah lagi saudaraku, bagaimana Solehuddin Al Ayyubi, tokoh pahlawan pembebas Al Quds dari tangan pasukan salib. Dikisahkan, “Solehuddin, ketika mendengar pasukan salib berhasil mendesak kaum Muslimin, ia tersungkur sujud kepada Allah swt sambil berdoa, “Ya Allah aku telah terputus dari sebab-sebab bumi untuk memenangkan agama-Mu. Tidak ada yang tersisa kecuali menyerahkan semuanya kepada-Mu, sambil tetap berpegang pada ajaran-Mu dan bersandar pada kurnia-Mu. Engkaulah Penolongku dan sebaik-baik Pelindung.” Dalam sujudnya itu ia menangis dan air matanya masih menitik di antara janggut hingga membasahi sejadahnya. Dan ketika itulah Allah swt menurunkan kemenangan pasukan Islam atas pasukan salib.

Maka jangan lokek mendoakan mad’umu!

2) Ikhlaskan niatmu.

Kita tahu perkara ini, tapi kita selalu leka dari benar-benar meresapkan keikhlasan dari hati kita.

Kadang2 kita tajmik orang sebab suka ramainya pengikut kita.

Terkadang kita buat sebab naqibah suruh.

Atau rasa excited je nak buat.

Atau memang nak meramaikan ahli dalam jemaah kita.

Orang tak suka jika kita ada niat di sebalik batu. Mereka tak suka kalau kita kenalkan mereka pada Islam kerana kita nak bawak mereka ke ‘sesuatu’. Walaupun sesuatu pada kita adalah supaya akhirnya mereka menjadi tentera Allah yang akan memenangkan agamaNya.

Namun keikhlasan dan ketulusanlah yang akan menyentuh hati manusia.

Yakinlah.

Manusia akan tertawan dengan pengorbananmu yang ikhlas, untuk mengajarkan mereka lembaran-lembaran kalimah Tayyibah ini.

3) Up-to-date dengan cara mad’u zaman sekarang.

Kalau dulu saya selalu tajmik adik2 dengan menulis surat kepada mereka.

Tulis surat dengan tangan ok!

Dan lakarkan bait-bait sajak buat mereka.

Saya buat kad sendiri dan ditujukan buat mereka.

Selepas itu zaman berlalu. Ada saya tajmik dengan membelikan buku buat mereka.

Ada yang saya tajmik dengan video-video yang saya buat khas untuk mereka.

Ada seorang adik pandai main gitar, maka saya buatkan lirik untuk dia nyanyikan lagu.

Mungkin zaman sekarang kene gunakan medium facebook, dan selalu up-to-date dengan perkembangan semasa yang mereka suka borakkan.

Saya sendiri struggle nak borak dengan adik2 yang jauh 6-7 tahun dari saya, tapi mmg diri kene sentiasa rasa muda supaya sentiasa mudah diterima orang.

4) Jadikan mad’u mu central of attention.

Tapi jangan berlebihan sampai mad’u mengada-ngada dan jeles bila awak ada mad’u lain.

Orang akan terkesan pada kita bila kita sayangkan dan kisah akan hidup mereka. Menghargai kehidupan mereka di dunia ini.

Dia akan mendengar kata-kata kita jika kita banyak menadahkan telinga mendengar cerita dia.

Di tahap ini kena banyak bersabar untuk menawan hati dia.

5) banyakkan tsaqafah Islam.

Inilah kekuatan kita sebagai seorang daie. Kita perlu banyak ilmu supaya kita tahu kat mana kita dapat sentuh mad’u kita. DAri situ kita akan dapat jawap persoalan-persoaalan yang berlegar dalam kepada mereka.

Kita tahu jawapan kepada setiap masalah mereka dan mereka akan jadikan kita tempat rujukan mereka.

6) Persisten dan jangan putus asa.

Memang, kene banyak sabar dan jangan putus asa mengajak mereka. Terus meneruslah dalam mengajak dan mengajak. Kene pelbagaikan cara dan kreatif dalam menarik mereka.

You’ll be amazed satu hari mereka pasti akan tersentuh juga.

Ingatlah, kita yang menjadi penyambung mata rantai. Bukan kita sahaja kene tajmik mad’u kita. Gunakan kekuatan sahabat-sahabat lain untuk tajmik juga.

Tak semua manusia dapat masuk dengan kita. Seperti itu juga tak semua mad’u kita boleh masuk.

So kalau rasa tak boleh go dengan kita, kita minta sahabat kita yang tolong.

Maaflah tulis dalam ward. Kene panggil pula review patient.

Mungkin pendek dan tak cukup. Namun moga bermanfaat.

Astaghfirullah waatubu ilaihi

wassalam

muharikah

inverclyde hospital

Advertisements

7 thoughts on “Funun Tajmi’ ( Seni mengumpulkan orang)

    Faridul said:
    May 13, 2010 at 2:03 am

    Salam.

    Mungkin anti boleh kumpulkan cerita2/ pengalaman2 daripada masyaikh2 dakwah kita tentang funun tajmi’. Benar, mungkin mereka tiada masa untuk menulis, jadi mungkin kita yang boleh “tuliskan” untuk mereka.

    Menarik nak dengar dan belajar lagi tentang funun tajmi’ ni….

    zikr said:
    May 13, 2010 at 2:16 am

    ada benarnya, betapa di malaysia ini sudah ramai dai22 dan masyaik2 dakwah, tetapi sangat kurangnya pendedahan dan pengalaman dakwah yang didedahkan bagi manfaat daie2 baru.

    seni mentarbiyah manusia pasti ada keunikannya, kerana manusia itu sendiri Allah jadikannya unik, ahsanitaqwiim..sebaik-baik kejadian. maka, sangat2 dialu-alukan pendedahan seni mentarbiyah, dan funun tajmi’ bagi memperkasakan lagi dakwah di malaysia.

    ya, berdakwah kepada Allah, bukan kepada jemaah.

    Pencinta arabiyyah said:
    May 13, 2010 at 5:16 pm

    Ukhti..sgt best perkongsian..mnta izin copy-paste di fb ya.. Moga bermanfaat utk semua..

    Teruskan menulis ukti dr hati..kerna dr hati itulah yg akan masuk ke dlm jiwa2 insan lain..

    =)

    aizadiha said:
    May 13, 2010 at 6:46 pm

    assalamualaikum wbt..
    ukhti,tulis kat ward pun gini, subhanallah.. suka! ^,^
    nway kak, rasanya xramai yang berani tulis artikel ttg pengalaman dakwah (ditambah kekangan masa).. sebabnya umur masih setahun jagung dan akhirnya segan dijadikan alasan (ohh~).. betullah akk kata, menulis manusia lebih lazat,kurang fofuler dan hati lebih bersih insyaAllah.

    Namun sgt best juga kalau dapat tulisan pengalaman masyaikh2 dakwah kita dalam tangan sendiri satu hari nanti. alhamdulillah wallahuakbar
    kemudian seluruh dunia membacanya tanpa perasaan jengkel, malah jatuh cinta dengan dakwah! amin~

    muharrikdaie said:
    May 13, 2010 at 6:51 pm

    7) Matarantai yang perlu kita sambung dan yang tersangat perlu diberi perhatian oleh sang daie dalam mentajmik manusia selain niat adalah harus berdasarkan atas keyakinan aqidahnya bukan diatas ” religious spiritual ” … yang tidak membekas dihati manusia kerana jauh dari maiyatullah dan pertolongan Allah …

    selintas pandangan
    wallahuaklam

    H A J A R said:
    May 17, 2010 at 5:47 pm

    subhanallah..best2..sgt2 mbantu..

    akk, teruskn menulis spy saya pula boleh “menulis manusia” kembali..

    muharikah responded:
    May 19, 2010 at 11:50 am

    tak sempat nak balas komen semua! kerja night shift skrang ni sangat2 mengambil banyak juzuk masa saya…huhuhh jzkk semua!

    iAllah mari sama2 kita tuliskan kisah2 para pejuang dahulu dan menulis manusia juga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s