Demi detik yang kucintai…

Melalui arus perjalanan yang panjang..

Isle of cumbrae. Misi untuk mengelilingi pulau ini…
Basikal yang kami tinggakan semasa berehat
berehat mendengar pengisian selepas berbasikal
Kemudian kami berBBQ
Kerana pantai sentiasa menjadi sebuah saksi


Di sini,

Aku temui kamu,

Aku temui cinta ini

Yang menakluki diriku,


Ceritera kita sentiasa beda

aku dan kau

dari dunia yang berbeza

Umurku

umurmu

juga begitu.



Kaget manusia luar sana.


Bagaimana kita boleh mengenali  sesama sendiri?

Dan bagaimana hati kita bertaut hebat sekali?


Dan pantai itu menjadi sebuah saksi

Sebuah sakti termaktubnya cinta kita

Tidak ada kekagetan pada cinta demi sebuah aqidah

Tiada kepelikan bagi kasih  kerana sebuah paksi

Paksi mengabdikan diri kepada Ilahi.


Walau perit kisah kita terjalin

kerana fitnah dan alhawa yang sering mengotori jiwa kita

Namun kelelahan itu mengikat semula

hati-hati kita

di saat kite bersimpuh

kita berteleku di hadapan Allah

dan kau memelukku seusai doamu padaNya

Dan tak mahu kau lepaskan aku dari dakapanmu.

sedangkan aku

mengejapnya dengan ulasan yang mulus

Sederhana namun jauh di detik itu,

Aku mahu kau memelukku selama-lamanya


Dan demikianlah cinta ini bertahkik

Manusia akan pelik

adakah masih wujud manusia sebegini?

yang tak pernah mengenali

namun amat mencintai sesama

amat mendalam sekali


dan demikianlah sebuah cinta

bila semuanya

berpasakkan ilahi

may 2010

Muharikah

Glasgow

______________________________________

Alhamdulillah,

seusai sudah jaulah kami ke pulau isle of cumbrae.

Banyak suka dan duka berlaku.

Bermula dari kami makan aiskrim yang amat sedap di pantai Largs.Kemudian mendengar tazkirah dari ukhti kami tentang niat.

Seterusnya kami berbasikal mengelilingi pulau itu sejauh 15 km.

sudah hampir beberapa minggu tak beriadah. Alhamdulillah satu jaulah yang cukup manis dirasai. Kami berhenti di pertengahan jalan untuk mendengar pengisian dan berBBQ. Sangat bersyukur seorang ukhti datang bersama zaujnya untuk menemani kami dan menjaga keselamatan kami.

Masyaallah, magnificent pemandangan Allah di sepanjang perjalanan kami itu.

Malam itu kami kepenatan teramat sangat kerana tidak pernah berbasikal sejauh itu. Memang penting sangat menjaga stamina ini di masa akan datang.

Esoknya Ahad, seharian kami di rumahku untuk berdaurah penuh. Padaku, aku bersyukur, kerana pada dua hari ini, penuh dengan tarbiyah bukan sahaja untuk adikku, tapi untuk kami semua kakak-kakak mereka.

Tak tahu nak cakap camne.

Alhamdulillah Ya Rabb!!

Kekalkan kami di jalan ini!

Satu ayat yang amat mengesani diriku di sepanjang jaulah ini adalah:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ خُذُواْ حِذۡرَڪُمۡ فَٱنفِرُواْ ثُبَاتٍ أَوِ ٱنفِرُواْ جَمِيعً۬ا

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah, kemudian  maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.. ( AnNisa: 71)

Kene bersedia…

untuk berjihad.

samada kita pergi dahulu mendahului teman kita..

ataupun tunggu untuk pergi beramai-ramai..

tapi perlu bersedia untuk jihad itu….

Alhamdulillah.

Kene kerja pulak pagi ini.huuhuhh

Wassalam

Muharikah

2.30am

Glasgow