Suatu kerinduan..

Posted on

Salam,

sudah lama saya tak bukak facebook saya. Memang itu kelemahan kita semua bila berhadapan dengan wajah-wajah mereka yang dirindui saban waktu. ( susah nak control masa time dah buka facebook!) Sebab itu saya jarang bukak facebook, takut diri ini tergugat dengan masa.

Niat di hatiku adalah untuk melihat gambar perkahwinan mutarabbi yang sangat dekat di hatiku. Dipelawanya aku menjadi pengapitnya, namun kerana terpaksa memilih cuti waktu yang lain, aku hanya menerima kadnya di UK tanpa dapat melihat tuan empunya diri yang cantik.


Namun kebiasaanya, bila dah buka facebook itu…

Lantas dari satu laman ke satu laman tetikusku berketik.

Dari situjugalah wajah-wajah yang lama tidak kutemui meresapi ke dalam rongga hatiku, menyelebungi ia dan membuahkan rindu yang terhampar.

Rindunya aku pada mereka. Dah lama tak bersua wajah dan bertukar-tukar cerita.

Teman2ku di zaman persekolahan dahulu.. yang mengenali diriku , luar dan dalamnya.

‘ Dik, awak tahu tak saya rasa dah lama saya tak jumpa rakan sebaya sangat. sometimes i do forget my age tau.’

Benar, terkadang rasa terperasan je hebat bila berhadapan dengan adik-adik. Namun apabila sebaris dengan teman seangkatan, baru tahu mana langit dan awannya.Mana tanah dan pokoknya. Tentu jauh nilaian aku dengan mereka.

Afifah bersamaku seminggu di sini menghabiskan cutinya. Bahagianya ada teman seperjuangan di muka bumi Allah ini. Dia muda 2 tahun dariku namun aku menganggap dia rakan baikku di jalan dakwah ini. Kami memahami dengan tanpa bicara. Dan tentu apabila pulang bekerja,sudah siap lauk di rumah dan ada teman bicara tentang dakwah, barulah benar-benar ku rasai, nikmatnya hidup bertemankan sahabat di jalan Allah ini.

Walau berbeza umur, tempat, background dan sebagainya, kami bertemu atas dasar aqidah, dan kesatuan hati ini lebih erat berbanding dengan mereka yang fizikalnya selalu bersama kita.

Adik-adik kami di sini sibuk dalam jihad pena. Kasihan aku tengok mereka, peperiksaan cuma beberapa minggu sahaja.

Kerana itu aku tak mahu membebankan mereka dengan mengambil masa mereka berusrah.

Kaget juga aku kerana kebiasaannya setiap hari pasti ada aktiviti-aktiviti tarbawi. Tapi kerana musim exam, aku dan afifah mencari alternatif lain untuk memenuhi masa-masa kami.

Di tempatku kerja, terdapat ramai pesakit yang datang dari pulau-pulau yang berdekatan dengan inverclyde. Memang kepingin aku ke sana cuma tiada teman yang mampu menemani.

Aku mengambil kesempatan dengan kehadiran afifah untuk meronda-ronda disekeliling daerah ini,ย ย menikmati keindahan ciptaan Allah.

Destinasi kami adalah pulau-pulau kecil di sini, isle of cumbrae dan isle of Bute.

( wah banyaknya masa!huhuh.. dah takde usrah, kami pun jaulah!!)

Kedudukan isle of bute yang bersebelahan isle of cumbrae. Dua2 kami naik ferry

Pada awalnya kami hanya mahu survey tempat program utk adik2 saya di sini. Kami rancang untuk pergi ke Lochranza, sebuah pertempatan di Isle of Arran, menaiki ferry dari Ardrossan ke Broderick dan pandu kereta ke sana.

Saya kerja separuh hari waktu itu. Kami bertolak pukul 4pm ke Ardrossan dan hampanya ferry hanya akan bertolak pukul 6pm. Perjalanan ke Isle of Arran itu sendiri ambil masa 40 minit dan bayaran untuk menaiki ferry dan kereta mencapai angka 50 pound.

Maka sangat mustahil untuk pulang malam itu juga kerana saya sendiri bekerja. Dengan hampa kami gagahkan diri untuk menyelusuri persisiran pantai sekitar Largs dan sekeliling borders Strathclyde ini.

ALhamdulillah, Allah temukan kami dengan ciptaannya yang amat luar biasa. Pantai-pantai yang indah dan kecantikan yang mengkagumkan.

Aku dan afifah amat sukakan pantai.

Kerana pantai sering membawa bayu cinta, melambaikan wajah kita dan mengingatkan kita untuk tunduk pada Pencipta.

Kerana pantai amat menyemilirkan kesyahduan, mengingatkan mereka yang amat dekat di hati kita. Bersyukur kerana bertemu dan berikat janji setia dengan mereka atas dasar aqidah.

Padaku, jika aku mahu tingggalkan kenangan yang mendalam pada hati seseorang, akan ku bawanya ke pantai, kerana di situ akan termateri sebuah kisah yang tak terlukis pada gambar dan tertulis dengan kata-kata.

Tiba di pekan Largs, kami berkesempatan makan aiskrim yang dibuat sendiri oleh tuan kedai. Sambil berjalan-jalan di persisiran pantai dan makan aiskrim, disimbahi angin bayu yang menyejukkan tulang belulang kami, kami perasan ada sebuah ferry berlabuh di situ.

Terus kami find out ferry itu pergi ke Isle of cumbrae. Kami terus menaiki ferri dan menikmati sepuluh perjalanan yang indah merentasi lautan scotland itu. Di pulau itu, kami merondainya selama 30 minit ( bayangkan keciknya pulau itu sebab 30 minit dah habis ronda!)

Isle of Cumbrae- kecikkan?

satu je ucapanku:

SUBHANALLAH!

Saya tak dapat nak ambil gambar sebab kamera kami habis bateri dan tak sempat nak charge.

2 hari selepas itu, aku mengajak afifah dan arinah untuk pergi ke isle of bute. Seusai pulang dari kerja, afifah dan arinah datang ke hospitalku, yang ternyata dekat untuk mengambil ferry ke pulau bute itu.

Dan ternyata perjalanan bersama afifah dan arinah sangat indah di hatiku. Menikmati indahnya ciptaan Allah di bawah panahan matahari yang terik dan pukulan angin yang mendamaikan jiwa kami.

Ferry yang kami naik untuk ke isle of bute
Ferry ini mengangkut kenderaan juga, termasuk pesakit2 yang ke hospital tempat saya kerja. Kire hospital saya cover rural area termasuk kat isle of bute ni.
Pantai yang indah di isle of bute.
Di hadapan perkampungan yang menghadap ke pier
Village ini menghadap ke laut dan kebanyakan orang di pulau ini ada bot
Di isle of bute juga ada tempat memancing, dipanggil loch fad. time ni dah tutup kedai so kami tak dapat nak sewa bot.
Memikirkan lirik nasyid.. heheh

( ada banyak gambar lain, tapi nampak muka terang2 sangat, so cam tak best nak tunjuk, afwan!huhuh)

Kami pulang malam itu sebelum 8 malam. Sempat aku belanja afifah makan luar sebelum dia pulang ke tempat jihad sebenarnya.

Alhamdulillah.

Ikut rasa hati, ingin aku bawa semua akhawat yang dekat di hatiku menikmati keindahan alam ini, merasai kebesaranya.

Tentu dua tempat ini jadi tempat utama kami untuk berprogram nanti iAllah!

DAn ketika aku melihat gambar-gambar rakan lamaku di facebook itu, tercuit perasaan rindu yang cemburu. Keinginan yang meninggi, supaya mereka merasai apa yang aku rasai kini.

Hidup seperti ini.

Namun aku tahu tentu mereka kaget dengan kehidupanku sendiri.

Nak kata kaya, duit mmg laju macam air.

( afifah ada sebut, ada sorang adik first year ada simpanan 4000 pound, tapi akhawat kita walaupun dah kerja, duit pun takde. Benar ya ukhti)

Nak kata bergaya, memang tak delah. Aku rasa balik malaysia aku akan jadi spotlight sebab akan jadi orang yang sangat tak berfesyen dengan orang muda zaman skrg)

Dan kehidupan, yang diliputi pelbagai tuntutan. Dan tak semua orang akan faham kesibukan kita. Usrah dan majlis ilmu hampir setiap hari. Jika tiada program pasti akan mencari juga program utk dibuat.

Aku dan mereka – tentu 7 tahun aku di bumi asing ini menjarakkan hubungan aku dengan mereka. Terlalu lama aku tidak bersama mereka, apatah lagi mampu aku dapat pengaruhi mereka. Sekurang2nya hak aku adalah menghubungkan tali yang jauh itu. Sudah lama aku tidak mampu menghubungi kerana faktor masa dan alasan (!) , dan tentu kerana merasai ramainya mereka di sini yang aku sendiri tak mampu nak hubungi.

Tentu itulah hidup kenyataannya. Hidup di realiti malaysia. Islam yang benar kami pegangnya di bumi asing ini, nampak terlalu janggal pada mata mereka di malaysia. Menjaga hubungan lelaki perempuan, aurat, semuanya menjadi ringan dan mudah di bumi malaysia.

Tentu segalanya dapat diatasi dengan tarbiyah. Susah sangat nak istiqamah dalam dunia yang arusnya deras dan kuat mengombak pantai.

Dan aku tahu , asbab kenapa aku masih mahu bekerja di sini walaupun rasa amat keseorangan lantaran ramai sahabat-sahabatku sudah pun pulang ke malaysia, kerana aku tahu aku belum kuat menempuh arus itu.

Dia bukannya arus jahiliyah yang terang.

Dia arus duniawi yang menipu daya, yang membuai perasaan kita, dan akhirnya menjadikan kite bermudah-mudah dengan Islam yang kita pegang dengan kuat ini.

Memang aku rindukan mereka.

Dan tentu juga hati nurani sebagai orang biasa sedikit tergugat dengan mereka. Mereka yang amat bergaya, sudah berpunya dan kelihatan bahagia di sana.

Namun hidup ini mmg Allah taala kata, ‘La’ibun ( permainan) dan lahwun (senda gurau). Di situlah neraca hati kita kene kuat sangat menilai dan pegang pada as-solah.

Kami semua datang dari sekolah yang sama. Ada yang bersekolah al-amin dari darjah 1 hingga form 5. Ada yang memang setahun dua sahaja.

Silibus pelajaran dinniyah ( agama) yang kami belajar semuanya adalah silibus usrah di bumi uk ini, yang sangat sungguh2 dipelajari oleh mereka di sini.

Sedangkan hasilnya sekarang, adalah berbeza sama sekali. Dan tidak dapat tidak, kesedihan itu pasti wujud, kerana di situ kita akan bertanya: kenapa begitu keadaannya? Bila Islam itu cuma sekadar bicara di hujung bibir tapi tidak merasuk benar dan tertancap di hati.

Memang tugasku untuk bersama mereka, dan membawa mereka kembali. Menghidupkan izzah dalam hati mereka, merasai mulia dengan Islam yang dirasai imannya di hati. Dan dari situ generasi Al-Amin semuanya akan bersama memastikan jahiliyah dunia ini runtuh demi menaikkan islam yang mulia.

Ada satu artikel saya ingat nak kongsi, sebab dua tiga hari ini agak kefuturan sket.. iALlah doakan dapat menulis dengan laju.

last one, dah lama saya tak buat pose, hehhe….

Bukanlah, ini arinah! hehehe…

dah lama tak tukar heading, tapi sebab gune lattop yang takde adobe, so dah lama tak main edit2 ini.

Tugasan kita makin banyak.

Alhamdulillah di saat saya futur, ALlah menyedarkan saya, betapa ramainya manusia yang perlu dihidupkan hatinya.

Moga kita beroleh kekuatan dalam setiap amal kita biiznillah.

wassalam

ukhtikum,

muharikah

glasgow

Advertisements

9 thoughts on “Suatu kerinduan..

    cucutokjanggut said:
    April 25, 2010 at 5:02 am

    Salam wbt..
    Kak Aisyah..kirimkan salam rindu ana pada Kak Fifah..
    Wa..bilakah lagi dapat menjejak bumi sana untuk temui antunna semua

    a.i. said:
    April 25, 2010 at 6:57 am

    wahhhh.. nak ikut gakkk..

    (T_T)”

    moga terus istiqamah di medan jihad yg sebenar.

    barakallahufik!

    qs said:
    April 25, 2010 at 8:38 am

    canteknye pulau.
    nak ikot!

    mmg ingat lg kat kak fifah.. lamanya tak jupo

    kak mimi said:
    April 25, 2010 at 10:10 am

    terserlah ‘kenakalan’ afifah dlm gambar tu…hihihihi

    Aisyahsukimin said:
    April 26, 2010 at 2:05 am

    Salam kak… Nak petua jenjalan supaye x kosong:)

    muharikah responded:
    April 28, 2010 at 3:27 am

    cucu tok janggut –>iAllah. dia baca blog ni pun. moga salam anti terjawap..hehehe

    a.i –> jom arh ikut lepas exam ok??

    qs –> nak ikut kene meh sini sayang..heheh… tape kita pergi sama2 pulau kat malaysia ok? ( pulau apa erk yang ada?huhuhh)

    k mimi–> mmg afifah budak nakal..patut emel dia daknakal@yahoo.com..hehehe.. gurau je eh cik pipah .. ๐Ÿ˜€

    aisyahsukimin –> aisyah, ini kene buat entry baru utk jawap soalan anti ni.hhehehe

    zikr said:
    April 28, 2010 at 3:40 pm

    Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yamg mendustakan(Rasul-rasul) (surah Al-Nahl,36)

    Katakanlah โ€˜berjalanlah kamu di bumi merantau,lalu memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.Dan janganlah kamu berduka-cita terhadap mereka dan janganlah(dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka

    (surah al-Naml,69)

    moga perjalanan itu menambahkan kekuatan keyakina kita semua kepada Rabb.
    http://satuummah.blogspot.com

    zikr said:
    April 28, 2010 at 3:41 pm

    Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yamg mendustakan(Rasul-rasul) (surah Al-Nahl,36)

    Katakanlah โ€˜berjalanlah kamu di bumi merantau,lalu memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.Dan janganlah kamu berduka-cita terhadap mereka dan janganlah(dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka

    (surah al-Naml,69)

    ummu said:
    April 30, 2010 at 9:20 pm

    kak, teringat pantai aberdeen yg kita g sama2 dulu.. and laut Plimot yg kita mkn eskrem sama2 tu..huhu..memang laut penyatu cinta ye??hihi suke2:)

    jeles neh..meh turun PLimot!! byk tmpt menarik nk tunjuk, tmbh2 boleh jumpe kami2..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s