Kamu adalah harapanku

Posted on Updated on

Salam,

( entry kali ini panjang supaya korang tak sempat baca sampai abes..hehehe)

lagi 20 minit ke pukul 2 am.

Esok ikut jadual, saya kene naik train kol 7 am utk ke Leeds, berjumpa adik2 saya di sana.Muayashah dan sama2 berkongsi sedikit sebanyak di jalan tarbiyah dan dakwah ini.

Maknanya kol 6. 12 am kene amik bas luar rumah utk catch train 7 am. akan sampai kol 11 am di Leeds dan start program pukul 12 pm sampai malam..


Itu… kalau saya tidur sekarang!!!

Astaghfirullah astaghfirullah. ( dulu saya salu tak berapa suka blog2 warung kopi, asyik citer bangun pagi buat apa, sebelum tidur buat apa. But yet im doing the same!!!!! )

Sape lagi tempat saya meluahkan kisah saya kecuali pada Allah dan kamu semua yang care pasal saya.. πŸ™‚ ( JZKK SEMUA!)

Kebanyakan kamu semua tentu ada adik2 usrahkan? anak2 binaan yang sentiasa di dalam fikiran kamu siang dan malam.

Pernah di satu ketika saya menegur adik2 penggerak saya ( bukan anak binaan saya) , kerana saya melihat kemungkinan mereka kurang sedikit memberikan fokus kepada pemahamana tarbiyah dan dakwah kepada anak binaan mereka.

Mungkin di program besar sebegitu, banyak adik2 penggerak itu tertumpu kepada perkara2 teknikal yang tidak kurang pentingnya bagi menjayakan program tersebut.

Cuma keprihatinan saya agak terover sedikit memandangkan penceramah tidak mampu memberikan ‘DUSH’ yang terbaik pada program besr seperti itu. Program yang banyak mengubah manusia tahun-tahun sebelum itu.

Dan ada seorang adik mengatakan:

‘ Tak fair akak cakap camtu pada mereka. Adik2 penggerak ini bekerja sungguh2. Mereka sangat ikhlas bekerja. Mereka sangat concern je dengan adik2 mereka, cume mereka tak tunjuk sahaja. Mereka semua nak sangat yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyah adik2 mereka di sini. Nak sangat mereka jadi pelapis. iAllah walaupun buat kerja2 teknikal , mereka nak sangat adik2 mereka faham dan dapat yang terbaik dari program ini.’

Mungkin aku bernada sarkastik dan bercakap seolah2 aku tidak menghargai mereka. Aku akui itu. Maafkan saya adik2…

Dan adik2 yang rapat denganku pernah mengatakan itu juga pada aku.

Aku menegur mereka seolah2 mereka ini hampeh sangat buat kerja dan teruk sangat. ( sedihnya sebab sekelumit takde langsung niat cam nak tunjuk saya cam bagus… 😦 )

Sedangkan aku sendiri tidak pernah dipuji selama aku berada di bumi ini. Membuat kerja2 both teknikal dan tarbawi.

Pernah aku memegang masulah teknikal PMS untuk 3 tahun berturut2. ( cam takde orang lain je..huhuhu)

Dan pernah ditegur dahsyat oleh murabbi sebab aku asyik fikir benda teknikal je.. tapi ntah time tu redha je dengan teguran walaupun 3 bulan sebelum itu memang aku teramat sibuk buat kerja2 teknikal PMS.

Malah pernah ditegur tahap giga oleh akhawat atau qiyadah sampai terasa nak keluar dari jemaah ini.

Sebab rasa sangat time itu segala usaha aku DIPERLEKEHKAN oleh semua orang di sekelilingku…!!

tapi biasalah, itu kan emosi perempuan. Selalu ditiupkan syaitan.

Rileklah kan.

Kita buat untuk Allah. Bukan untuk manusia.

Biasalah awal2 itu cam terasa seket. Lepas itu bila dah rasionallise, betul je teguran orang pada kita. Bersyukur ada orang nak tegur kita, kalau tak bertambah2 lupa dan egoistiklah kita…huhuhh

Dulu aku sangat bersyukur ada kakak yang sudi menegurku, walaupun perit teramat menerimanya.

Bersyukur ada orang menegurku walaupun aku terasa hina sekali.

Namun semua itu tarbiyah, dan perkara itu mendidik kita menjadi manusia yang lebih rendah hatinya, dan mudah menerima teguran orang lain.

Cuma apabila mereka mengatakan mereka concern sahaja, tapi mereka tak tunjuk, di situ aku mula berfikir kembali.

Mungkin sudah 5 tahun aku melalui program besar itu, menjadi tulang belakangnya, menjadi ajk teknikal, menjadi peceramah dan sebagainya.

Aku bersama adik2 di tahun2 sebelum itu melaksanakan dan merancang program itu.

Dan tentu aku tahu, dan nampak, siapa yang betul2 concern, siapa yang tidak.

Kita dapat baca dari urat wajahnya dan kata2nya yang ringkas pada kita.

Dia tak cukup dengan kata2,

‘ Adik2 ok kat sana? semua faham ke?’

Tak.

Dia lebih dari itu, kerisauannya itu pernah tertonjol pada seorang ukhti yang aku temui di Besancon tempohari. Yang amat sibuk, teramat sibuk dengan perkara2 teknikal, tapi aku amat tahu, dari raut wajah dan pertanyaan dia padaku yang serba ringkas, memang dia teramat concern dengan kefahaman adik2 dia.

Walaupun dia sibuk takde di tempat program, meeting sampai 3 am, tapi dia berusaha sangat2 untuk berada di tempat program, dan follow up semua adik2 dia, dan make sure adik2 dapat yang terbaik dari program tersebut.

Dan aku menegur dia dan sama2 mengubah tentatif program supaya adik2 akan dapat full blast dari program besar mereka di sana. Supaya adik2 dapat apa patut mereka dapat melalui objektif yang mereka mahukan.

Dan lain penerimaan mereka, walaupun teguran itu terhampir sama.

Mungkin kerana mereka tiada murabbi di sana, Mungkin itu satu kelainan yang amat besar. Dan aku sendiri pernah menjadi murabbi mereka.

Sedangkan aku sendiri teramat jauh hubungan hati dengan adik2 kat sini dan itulah kelemahan yang teramat perlu aku baiki.

Tentu saya tidak menidakkan usaha amat besar mereka menjayakan program tarbiyah itu.

Kesungguhan yang tampak pada kepenatan wajah mereka. Ikhlas demi melahirkan adik2 yang dapat mewarisi dakwah ini. Itu tidak dapat disangkal lagi.

Namun perkara perlu dibaiki akan tetap perlu dibaiki.

Dan itulah tugasku sebagai orang yang nampak dan perlu mengubah keadaan itu.

Dan satu muhasabah diriku sendiri.

Mereka perlukan didikan, bukan teguran, kerana selama ini walaupun aku assume mereka semua ada naqibah/murabbi, namun tak semuanya mendapat bimbingan dari sudut memahami waqie dakwah serta berfikir bagaimana untuk berjalan mengikut neraca fiqh dakwah waqieiyah ( faham tak nih?)

Dan tentu teguran aku itu adalah supaya mereka…….

Dapat mewarisi dakwah ini sepeninggalanku.

Merekalah harapanku dan aku amat menyayangi mereka. Teramat ingin aku melepaskan baton dakwah ini pada mereka. Bukan aku lelah, namun di sisiku terlalu ramai hati-hati dan manusia yang perlu dijaga dan dibimbing juga.

Hari ini aku bersama widad munisah dalam usrah kami. Ada 14 orang semuanya. Biasanya K mimi akan ambil separuh dari usrah kami. Tapi K mimi ke umrah ( tak sabarnya nak jumpa k mimi!).

Memang membawa usrah mereka terasa amat istimewa di hatiku. Aku tak tahu apa mereka rasa sebab selalunya tak pernah mereka ceritakan perasaan mereka dalam blog mereka ( bz nak exm tu). Atau tak pula tulis dalam YG. Namun melihat wajah mereka, sungguh rasa syahdu dan indah kerana aku tahu mereka adalah insan yang teramat mahu mengubah diri mereka untuk berada di atas jalan ini.

Melihat setiap seorang mereka memberikan pengisian, memegang masuliyah, berubah pakaian…. subhanaallah. Wal Hamduilillah. Cume perasaan seorang murabbi sahaja memahami keadaan itu.

Dari mereka, aku belajar semula menguatkan perkara-perkara asas di dalam tarbiyah ini, akhlak, quran, aqidah dan lain2.

Aku masih ingat satu ketika dahulu( 4 tahun lepas), ketika aku DF adik2 yang baru di atas jalan ini. Aku travel bertemu mereka. Jarak kami 7 jam jauh. Jumpa kadang2 satu hari sahaja, main badminton, masak sama2, then aku balik. Kemudian contact gune telefon dan emel. Jumpa time program sahaja. ( Aku DF dia je sebab dia dah usrah dengan usrah mate aku. ) Time tu saya dah pegang usrah lain juga, cume time tu maybe anak2 usrah saya jauh dan tak ramai orang2 dekat dengan saya boleh diDFkan.

Dari DF itu, saya nampak perubahan yang ketara dari hidup dia. Pakaian dia, pergaulan dia, dan paling penting, amal dakwah dia. ALhamdulillah hampir kesemua adik2 yang aku DFkan dahulu amat mantap amal dakwah mereka di Malaysia. ( course mereka 3 tahun je kat UK)

Dan aku sedih kerana tak mampu berbuat demikian pada adik2 aku di sini. Memang rasa amat mustahil untuk berbuat perkara yang sama.

Itu baru widad munisah.

Ada lagi 3 adik2 usrahku. Nama mereka rawahil. Sangat baik dan comel. Sayang sangat pada mereka, dan baru sahaja tiba di Uk ini. Lagi 4 tahun mereka ada di sini.

Widad munisah akan pulang ke malaysia tahun ini.

Sekejapnya mereka ada di Scotland ini. Rasa tak puas bersama mereka. ( memanglah, asyik jumpa time usrah je.. waktu lain tak sempat….)

dan memang bestlah kalau dapat DF mereka semua. Dapat memasuki hati dan kehidupan mereka. Dapat bimbing mereka. Dapat bawa mereka kenal dunia tarbiyah dan dakwah yang penuh dengan cabaran ini namun indah dan damai.

Sebab memang, kebanyakan mereka yang kurang DFnya, akan kurang keterikatannya pada dakwah dan tarbiyah ini di kemudian hari…

KECUALI jika mereka sudah benar2 faham dan kuat azam mereka untuk tsabat..

Dan itulah harapanku buat mereka..

‘ K aisyah, apa harapan k aisyah pada kami ye’,

tanya salah seorang dari mereka.

Dulu jawapanku:

‘ Saya takdelah berharap apa2 pada korang. Sebab yang paling penting apa yang korang nak untuk diri korang. Korang nak masuk syurga ke tak nak. Nak sama2 dapat redha Allah ke tak nak. Saya hanya seorang kuli je untuk bawak korang sama2 mengenal Allah menerusi jalan ini.’

Takdelah exactly jawapan camtu arh. Saya ubah mengikut kesedapan cerita. Chewah. Tapi camtulah.

Namun sekarang, dalam keadaan jahiliyah makin memekat dan kekuatan Islam makin berkurang..

Aku teramat ingin sangat, terlalu menginginkan yang:

Mereka akan tetap berada di jalan dakwah dan tarbiyah.

Itu sahaja harapanku.

Itu sahaja. Agar kami sama-sama dapat menikmati kemenangan Islam atau syahid di jalan Allah.

Dan untuk rawahil, tentulah harapanku agar mereka dapat menyambung dakwah dan tarbiyah di UK ini sepeninggalanku nanti, walaupun banyak lagi jalan2 yang mereka belum lalui. Ya Allah, mudahkah perjalananku membimbing mereka itu. Amiin..

Dan itulah ghirah sebenar kita. Keinginan paling besar kita..

Kita nak supaya mata rantai dakwah ini tak terputus. Kita nak supaya walaupun kita sudah takde di dunia ini, ada orang akan sambung usaha-usaha dakwah kita.

Bukan menunggu orang memanggil, tapi dialah yang memanggil orang.

Tentulah usaha untuk membina orang yang sebegitu amat sukar dan memerlukan masa yang panjang.

Kerana itulah aku berharap adik2 penggerakku ( yang dah aku ceritakan di atas) memahami keinginan ini. Memahami apa yang aku harapkan buat mereka ( walaupun aku tahu mereka pressure bila akak2 ada expectation pada mereka.. sabar ye dik dengan kami πŸ™‚ ).

Kerana aku mahu supaya dakwah itu merebak dan berkembang di UK ini dan dirasai kehangatan dan kehebatannya di seluruh pelusuk pulau ini.

Dan mereka akhirnya mampu menjaga adik2ku di sini walaupun aku sudah pulang nanti.

Tak mampu aku katakan perkara itu buat mereka di waktu itu. Kerana kesuntukan masa dan kerana aku sedari ketika itu, aku sendiri kurang membentuk mereka kerana kurangnya masa aku sendiri untuk itu.

Dakwah ini perjalanannya panjang.

Bebanannya berat juga. Jika ada manusia yang sannggup memikulnya bersamaku, tentu aku akan menjadi manusia paling gembira di dunia.

Namun kini,aku akan terus berjalan dan maju.. Namun di sebalik perjalananku yang sendirian di bumi ini, aku tidak dapat tidak, akan rasa terkilan dan kesal, kerana aku masih tidak mampu menDF semua anak binaanku sehingga mereka nampak dakwah ini dalam bentuk yang paling best untuk dirasai cahayanya.

Dan akhirnya mereka akan tsabat dan lebih baik dari aku. Terbaik dari manusia yang ada sezamanku.

Namun usaha dia bukan senang.

Bukan sekadar bagi usrah 2-3 jam, pastu balik.

Bukan sekadar kasi makan sahaja..

Tapi bersama2 dengan mereka melalui kehidupan itu sendiri, membimbing mereka dan akhirnya menikmati hidup seorang daie seperti kita.

Moga Allah mudahkan perjalanan hidup kita.

Untuk adik2 di luar sana yang ku kasihi.

Mungkin ada yang mahu menolong meringankan beban saya , namun tak mampu.

Doalah untuk saya dan adik2 saya di sini. Semoga kami beroleh kemenangan atau mati syahid.

Di kelapangan masa yang kamu ada, tak ramai anak binaan dan tak busy dengan kehidupan, GUNAKAnLAH masa yang kamu ada untuk:

1) Dakwah
2) mentarbiyah diri sendiri – baca buku, dengar lecture/mp3 etc.

Jangan bazirkan masa antum.. Sebab kalau antum start nak buang masa je, ingatlah orang seangkatan dengan saya yang memang masanya hanya pada celah2 waktu sengang, yang mencemburui masa yang antum ada.

Yang wish dapat curi masa antum utk DF adik2 kami dan buat banyak benda untuk mereka ( masak, bagi hadiah, tolong study sama2)

dan juga wish utk curi masa antum untuk lengkapkan diri kami dengan tarbiyah, hafazan dan zatiyah.

kerana kami sudah tidak punyai waktu itu ( unless kalau dapat cuti setahun. bestnya!!)

janganlah buang masa.. dengan gaduh2, kecik hati, berangan, sedih lama2..

Bangunlah, dan bukaklah pintu, lihatlah dunia luar. Di sana ramai manusia menanti kamu, menadah tangan agar kamu dapat membimbing diri mereka..

Moga Islam dan dakwah akan sentiasa bersama kita sehingga di syurga nanti..

Wallahualam bis sawabb..

sekadar coretan
Muharikah
2.24am ( doakan saya sempat catch train!)

Advertisements

16 thoughts on “Kamu adalah harapanku

    Qurratulain said:
    April 10, 2010 at 6:47 am

    end post akak at least buat sy rasa terketuk.

    jgn buang masa. dengan lamunan memanjang.

    moga saya dapat meninggalkan jejak yang pertama di bumi Canada ni dan kemudian membina rantai-rantai utk teruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah. insha Allah.

    mahu islah diri.
    agar gerabak dapat bergerak dengan lebih rancak lagi.

    ameen.

    aizadiha said:
    April 10, 2010 at 10:47 am

    -_-
    jazakillah ukhti! banyak sangat pesanan.. Allah,akulah yang panjang angan2 tuuuu…banyak masa terbuang (padahal lagi 2bulan nak final exam)…oh,nasib baik akak ingatkan hafazan banyak lagi!!~
    semalam bagi KOL, rasa mcm cakap banyak sangat.

    pengamalan?
    astaghfirullah,astaghfirullah…

    assalamualaikum..rindu akak^_^

    kiasu_khuruj said:
    April 10, 2010 at 2:33 pm

    Subhanallah..tinggi nyer expectation dakwah ni kn sbnrnye…

    sy nih masih lg di awang-awangan…anak binaan pn x ramei, tp diri sndri pn masih lg terkoyon-kayan untuk di’stable’kan…betul, bila ada masa terluang dan digunakan untuk buat benda lain, kita akan ter’draw’ into dunia yg lagi satu, dunia ketidaksedaran…dunia kelekaan…pastu, mula balik buat apa yg kita buat dlu, rasa tarbiyyah dan dakwah ni sgt lah kurang penting dalam kehidupan sehari2…terminal stage…FUTUR…off…padam…hilang kelip.

    Ke’hipokritan’ yg dialami sehari2 tidak lagi menjadi kerisauan utama. Yang ada hanyalah untuk memuaskan diri, nafsu n minat ke arah benda2 yg x produktif. Masa lebih banyak dihabiskan bagi mengisi kefuturan itu dgan lebih dahsyat sekali.

    Sy rasa mmg sy dh syndrome down abeh nih….xtau ler sy bknnye letih disebabkan dakwah, tp kerana nk mengejar nafsu. Bukannya rasa nk tarik diri keluar drp jemaah kerana dipressure atas kerja yg dibuat, ataupun kurang PASSION, ataupun kurang DUSH, tetapi nk tarik diri sbb mmg dh cemuih. Benci sgt kt dri sndri nih kdg2…depan org lain act lain, dpan ikhwah akhowat lain pulak. Hipokrit habis.

    Sy selalu pikir ntah mcm mane la nasib sy ngan dakwah nih pada masa depan. Anak2 usrah amat mengharapkan sy dpt mengubah diorg, tensionnyer xleh nk ckp…”aku pn lg teruk drp korg tau x??!”

    Dgan muwasofat yg xpernah tercover (n even x amek kesah pn) n yet leh lagi dilantik masuk ke dlm ahli gerak kerja jemaah…rasa terbakar betul, bkn sbb marah kpd sesape, bkn…tidak melainkan dri sendri….bila la nk berubah? bila la nk betul2 serious dgn dakwah? bila la nk jadi “truly ikhwan”???

    Kata Allah matlamat, kata Rasulullah qudwah, kata Al-Qur’an dustur, kata Jihad sbg jalan, kata cita2 ntuk syahid, tapi….huhu

    Maafkan sy kerana meluahkan everything (almost) di sini…sy nih mmg emotional orangnya, wlupun x tnjuk sgt dpan org, particularly ikh & akh….sbb sy nk luahkan kpd yg sedang mentarbiyyah sy pun, dia ada masalah dia juga…ada keluarga juga…

    Di sini lebih confidential, n sy x expect apa2 reply n comment pn…kerana sy cuma inginkan secebis doa drp ikhwah & akhowat, agar diri sy n org2 yg seangkatan dgn sy agar berubah ke arah yg sepatutnya dh lamer kami tuju, sjak mula2 join tarbiyyah dlu.

    Maaf kerana menyelit di sini, cuma tertrigger oleh kupasan2 memori sang penulis yg amat menarik utk diambil sbg iktibar n amat2 dicemburui.

    Yg jeles, kiasu_khuruj
    Ma’assalaamah.
    Jzkk for the share, thanks a lot! :))))

    semut said:
    April 11, 2010 at 6:48 am

    setat baca tadi tgok jam dahulu; 140am? heehe. sama time akak mula menulis.
    tu yg penghayatan lebih sikit. terasa akak tulis sebelah saya, sambil2 membicarakan isi post bersama2.

    ternyata, hati ini lebih merasai getarnya. sungguh! baru plan nak buang masa tadi, tp baca -punya baca..alahai. buang masa tol dengan masa yang ada!!

    doakan semuts US dan Canada juga, akhwats semua.

    slm.

      Qurratulain said:
      April 11, 2010 at 10:11 am

      @semut,

      ameeen.

      kita adalah perintis gerakan dakwah di sini insha Allah. jadi kita patut rasa lagi semangat dalam melangkah! ^_~

    semut jugak said:
    April 12, 2010 at 1:07 am

    Bismillah..
    Entah kenapa coretan kak Aisyah sangat-sangat kena dengan kami yang berada di US dan Canada nih. Rasa macam baru selangkah kaki ni gerak dah nak rasa letih. Banyak lagi sebenarnya nak kena wat di bumi yang dakwahnya alahai baru setahun jagung. Doakan kami akak. Moga Allah kuatkan tekad kami untuk melangkah. Moga Allah kuatkan kami untuk terus lakukan pengorbanan untuk Islam dan bukan dok fikir pasal diri sendiri je (cakap kat diri) huhu.Jzkk akak dengan perkongsian. Saya suka nak baca kisah-kisah akak. Almaklum, bumi US dan Canada ni besar. Anak-anak binaan jauh2. Somehow, cerita kak aisyah menjadi pembakar semangat untuk kami di sini. Jarak bukan penghalang untuk wat dakwah. It is possible, insyA. πŸ™‚

    muharikah responded:
    April 12, 2010 at 2:28 am

    salam,

    rasa kene reply juga untuk geng2 semut ini,

    kasihan antum..

    ok tak kat sana?

    usrah ok?

    yang penting zatiyah kene kuat ok?

    jgn lemah.

    ukhuwah sesama antum kene kuat.

    YG kene bising2. jgn senyap je tunggu lain2 upadte. kalau boleh hari2 tulis something kat YG kasi orang lain bersemangat juga.. kalau ada member senyap, cepat2 call, kot2 dia ada masalah.

    lagi satu bekalan rekording kene cukup. dengar tiap2 hari. kalau nak buat maksiat je, terus cepat2 dengan rekording, kalau cakap pasal azab Allah lagi bagus.

    Sibukkan diri dengan membaca although it is boring. cari yang best2 utk dibaca. pastu jgn putus asa dalam memberi taujih/pengisian secara online. make it alive. gunekan webcam, etc etc semua.

    gunakan whiteboard online utk lukis apa2. tahukan website dia? pastu…

    of course bacaan2 quran dan masturat, doa2 kita di waktu subuh dan tahajud. benda itu amat menguatkan iman di dada.

    make sure antunna jumpa akhawat sebulan sekali.

    itu sekuarng2nya.. kalau hari2 lagi bagus, kalau seminggu sekali lagi bagus. tapi kalau tak dapat, make sure dapat jumpa sebulan sekali. walaupun hanya 24 jam, iAllah it is worth it.

    pastu dapatkan taujih dari ikhwah PKS sana kalau ada, kalau tak muslim US di sana. kalau tak pujuk murabbi2 kita utk turun sana..hehehe

    kalau tak juga, antum kene datang UK, eire, france atau mana2 yang ada akhawat kita, berkampung sebulan dua di sana, dan betul2 menuntut ilmu dari mereka..

    dan antum ramaikan kawan2 yang duduk di ukereire yang ramai murabbi ini.. minta mereka kongsikan semuanya dengan antum apa mereka dapat kat sini ok?

    jgn putus asa ok? Allah itu ada, dan sentiasa menguatkan kita, jika kite benar2 fight for His cause.. ( muhammad : 7)

    kalau ada apa2 masalah, drop me a line ok?

    moga Allah bantu angkatan semut di sana!!

    sayang antum!

      aizadiha said:
      April 12, 2010 at 7:38 pm

      Fuhh,,banyaknya taujih untuk sang semut;) tumpang sekaki,jzkk!

    nadhirah said:
    April 12, 2010 at 7:42 am

    salam.. kak aisyah…
    rindu ngan akak n ber yahoo conference dgn akak…hehe

    tadi.. ngantuk tgh study…
    pastu alhamdulillah rasa nak buka akak pnye website…
    terus dah segar…

    lately…
    selalu je Allah bg hint utk penerangan apa yg syed qutb cakap tntg resepi pnjg umur
    “pada waktu kita hidup utk diri kita sendiri, nampaklah kehidupan ini singkat dan pendek. dimulai sejak kita sedar, dan diakhiri dgn kepergian usia kite yg pendek.
    namun, ketika kita hidup utk selain diri kita, yakni idea, maka terlihatlah kehidupan yg dan terbentang luas sekali. dimulai sejak awal kemanusiaan dan berlanjut terus sampai kita meninggalkan permukaan bumi ini…”
    terima kasih kak aisyah z…
    (kak lion_na a.k.a kak liyana ada datang jordan baru ni.. ^_^)
    doakan kami exam esok…

    ainulmardhiah said:
    April 12, 2010 at 12:01 pm

    slm wrt k aisyah… byk dapat d setiap artikel akak.
    pjg dan banyak points. banyak dpt iAllah.

    doakan kami juga d dublin =)

    ainulM

    semut jugak said:
    April 12, 2010 at 9:34 pm

    salam..
    Wah, banyak pesanan akak. Terima kasih. Kena catat nih. ehe. Alhamdulillah setakat nih usrah kitorg consistent. Alhamdulillah dpt kakak semut yang hebat. πŸ™‚ InsyaAllah, mahu jadi semut yang hebat jugak. jzkk akak. =)

    atam said:
    April 17, 2010 at 3:49 am

    salam,
    bestnye!..byk pesanan kat sini.
    nak take note jugak ye..
    betol2 bakar semangat ni.. πŸ™‚
    jzkk kak aisyah..
    sibuk2 pun, ade je coretan yg menggetarkn hati2. moge terus tsabat~
    =)

    muharikah responded:
    April 24, 2010 at 11:39 pm

    nadhirah, sibuk ea kat sana? bestnya k lionna dapat ke sana.. jeles!! bila kita nak berym lagi nih? ( paling penting bila kita nak jumpa kan? huhuh- rindu~) moga masih semangat dan tsabat di sana iAllah!

    AM –> nantikan surprise dari saya k? rindu kamu! dan rindu pada kehendak kamu yang membuak2 pada tarbiyah! ( tetibe teringat perjalanan kita yang panjang dan penuh memori itu!)

    semut –> saya rasa setiap semut2 kat sini kene letakkan nama khas utk setiap semut suapaya tak keliru ok? tak tahulah korang ni mak semut ke ,anak semut ke, cucu semut ke..huhuhuhu.. semut2 cukup makan gula tak bulan ni?hehhehe

    atam –> jangan down2 kat bumi hujung sana. ternanti2 cerita antunna saban waktu. sibuk exam eh skrg?

    Bintsyakurmubin said:
    April 27, 2010 at 4:56 am

    I like!!!!!!! kak Aisyah… Baru tahu Blog nie dari Kak Mimi.. ehehe (mimi surrey) πŸ˜‰

    H A J A R said:
    May 9, 2010 at 5:56 am

    salam ‘alayk..

    salam kenal buat akk..

    rse2 bersemangat ble “lepak2” kt warung kopi nih..eheh..

    akk, tbe2 interested dgn whiteboard on9..ape wbesite nye?mau lukis2 jugak! =)

    hee..

    ok, lps ni warung kopi nih la tmpt lepak2 sy plak..

    muharikah responded:
    May 10, 2010 at 1:42 am

    salam hajar..
    salam ukhuwah juga.. warong kopi dan teh atau milo pun boleh..hehehe

    ni dia website online whiteboard

    http://www.skrbl.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s