Di sana, ada manisnya cinta

Posted on Updated on

Antara yang kurasai manis di jalan ini,

adalah nikmatnya merasai cinta di jalan Allah itu.

Tentu aku mengasihi semua mutarabbiku.

Namun tentu aku lebih mengasihi mereka yang bersama-sama denganku memikul beban dakwah yang amat berat ini. merasai pahit manisnya berjuang di jalan ini.

apatah lagi mereka yang saban waktu denganku berbincang akan perihal dakwah dan tarbiyah di sini

Kami duduk berjauhan.

Bertemu seminggu sekali jika bernasib baik.

Jika tidak 2 minggu sekali

Pernah paling kronik 3 minggu sekali.

dan sekali-sekali aku merasai rindu padanya, dalam ungkapan yang sukar dimengertikan.

Dan inilah keindahannya di jalan ini.

Kita bertemu cinta tanpa kita mencarinya

dia hadir menghiasi diri dan dia sentiasa membasahi kepenatan yang mengeringkan iman oleh perkara-perkara duniawi.

Ia penolak semangat dan tentu sentiasa membangkitkan himmah di jiwa

seorang adik saya pernah cakap:

‘ Jangan anggap orang yang dah berkahwin tak perlukan akhawat juga’

Faham sangat kenyataan itu.

Namun terkadang , aku merasai seolah-olah aku sahaja menyayangi mereka.

mengusap kepala mereka dan merangkul tubuh mereka dengan kasih.

Serta mengucapkan kata-kata kasih dan sayang pada mereka.

Dan aku terkadang merasai bilakah adanya seorang yang ada di atasku melakukan itu pula padaku.

sudah lama menjadi kakak, aku lupa bagaimana perasaan menjadi seorang adik.

Adik2 yang rapat denganku jarang menceritakan perasaan mereka padaku. Seperti mana aku menyatakan buat mereka.

Pernah aku bertemu dengan akhawat brunei, dan mereka amat mesra dan sering menyatakan apa mereka rasai pada sahabat mereka.

Dan seringkali aku hiba dan teramat sedih tatkala berpisah dengan adik-adikku itu. Merasai sebahagian dari hatiku telah pudar dan kekuatan itu menjadi berkurangan. ( namun aku tahu hidup ini perlu diteruskan walau sesukar mana pun perjalanannya)

Dan aku mahu menyatakan betapa aku kasihkan mereka di jalan Allah ini, dan merekalah yang menjadi penguatku di jalan dakwah itu.

Mereka selalu pulang tanpa sempat aku menghantar mereka. Aku terpaksa bergegas ke hospital dan pulang selalunya sudah lewat.

Tiba sahaja di rumah, terasa sunyi dari perbincnagan dakwah, dan amalan2 ibadah jamaiy yang kami laksanakan bersama.

Dan di situ aku berada pilu.

Hinggalah aku melihat ada sesuatu yang tertancap pada cermin bilikku.

‘ Jzkk kak.. Sayang k aisyah, kerana Allah .’

Dan aku tersenyum ,dan melupai kesedihan silam itu.

Memang benar, di jalan ini, kite temui manisnya cinta.

Aku juga menerima kad jemputan kahwin dari malaysia.

dia tahu aku tak dapat pergi ke majlisnya kerana aku berada di sini..

dan dia kata:

‘ive cherished every single things yang manis, pahit dan masin dengan akak..’

langkah saya baru bermula..

barakallahu fiikuma…

ini baru sebahagian dari kisah-kisah manusia yang ada di sisiku, insyaallah di kesempatan lain, akan saya nukilkan cerita orang lain plak.. ( jangan jeles k?sayang antum)

Sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya.” (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

Sabda Rasullulah S.A.w..”umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.

masa untuk beradu, esok perlu kerja…

jaga diri antum baik2

ukhtikum fillah,
muharikah
glasgow

Advertisements

16 thoughts on “Di sana, ada manisnya cinta

    ummu said:
    April 2, 2010 at 4:04 am

    kak,
    tidak semua senang menyatkan rasa hati, namun kami ttp mempunyai rasa itu:)
    sukar juga apabila kita yg byk rsa ini bermadah sorang, mengharapkan insan sana juga
    menyuakan rasa hati dia..

    tapi itulah manisnya ukhuwah, dia terima segala macam jenis sifat manusia,
    asal landasannya iman, kita akan belajar menerima..

    syg akkk!

    -budak yg xreti memendam rasa:)

      muharikah responded:
      April 10, 2010 at 1:37 am

      betul tu ummu, jgn rasa keseorangan lagi ye ๐Ÿ™‚

      syg ummu jugaa!!

    hikari said:
    April 2, 2010 at 6:45 pm

    salam akak yg dirindui,
    “Namun terkadang , aku merasai seolah-olah aku sahaja menyayangi mereka.”
    huhu. (T_T)
    saya jua sedang mengalami rasa yang sama akhir2 ini.
    tapi..
    ari tu ustaz atep ada ckp,
    kita sayang seseorang krn Allah means kita sayang dia sbb dia buat kita makin rapat ngn Allah..
    so kalo sayang kita tergugat bila tidak berbalas,
    tu bukan purely hubb fillah la kan..
    huhu
    astaghfirullah…

      muharikah responded:
      April 10, 2010 at 1:40 am

      salam, sgt terkesan juga kata2 awak…kenapalah antum jauh sangat.. rindu!!! dah lama tak dipeluk adik2 cam korang peluk saya…uwaaa!!!

      mungkin juga kejauhan itu selalu menyebabkan kite lebih akrab kan?

    ummusalma said:
    April 2, 2010 at 6:51 pm

    iyaa,, ana terasa rindu sangat pada akhawat sekarang ni
    of course akhwat yg dah kawen masih butuhkan akhwat yg lain
    coz the husband shall never ever ever be a woman,what more an ukhti, hehehehe

      muharikah responded:
      April 10, 2010 at 1:40 am

      kenapa ada orang downgrad entry anti ni zin?

      camne baby baru? nak jumpaaaaa….. iAllah jumpa spring camp summer sana nak? tak sabar2 nak gi nihhhhh!!!!!!

    cassandra 'ashiq said:
    April 3, 2010 at 3:50 pm

    salam k.aisyah..
    dah lame kita tak berjumpa..
    saya pun asyik xavailable for usrah..
    huhuhu..semalam dah rasa ok sket, nak g spring camp, pakcik offer nak hantar, tapi
    saya risau on the way naik kete, saya muntah2 lagi.huhuhu..
    hari ni pun pakcik offer lagi nak hantar g birm..
    saya tanya dia nak watpe kat sane bila saya g prog, dia kata jadi jaga pun xpe, asalkan dia boleh nampak saya yang masih tak sihat ni..
    xsabar dengar cerita widadmu’nisah balik dari SC, nanti jangan lupa share, k..

    cassandra@baitulmawaddah

      muharikah responded:
      April 10, 2010 at 1:41 am

      salam cassandra..

      we miss u again today… siannya awak salu tak sihat nak datang usrah.. kuatkan diri fizikal dan mental ok? saya doakan awak cepat sembuh dan cepat2 boleh terus melaju iAllah..

      next week ada qiyam + solat hajat. datang tau!

    Khadijah Azhariyyah said:
    April 5, 2010 at 9:21 pm

    Masha Allah..bestnye!.hny org yg merasainya tahu betapa manisnya ukhuwwah fillah 2 kn??rindu nye sisters kt sana..k.aisyah x nk dtg mesir lg?:) uhibbuki fillah

    Amy said:
    April 7, 2010 at 12:09 pm

    Salam kak,

    Rindu betul kat akk. Betul kak, manis ukhuwwah fillah tu lain… ada org pernah marah kat sy sbb rindu sisters lebih dri rindu family sendiri… huhu… Bila akk nk dtg Brunei lagi?

    Amy Brunawi

    pemiutang kebab said:
    April 7, 2010 at 8:05 pm

    assalamualaikum kak!

    Sabda Rasullulah S.A.w..โ€umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.

    -terpana-

    wah!!!!!!!!!!!!!!! โค

    muharikah responded:
    April 10, 2010 at 1:43 am

    amy –> hari tu saya ada jumpa kawan2 bruneai awak… ada yang saya jumpa kat brunei 2 tahun lepas… rindu sangat dengan derang.. and of course rindu dekat mereka di brunei itu including u!!!!!! selalu teringatkan kampung air dan juga rumah hijau, of course juga ITB dan tempat2 lepak kita… bila nak jumpa lagi?

    pemiutan kebab –> aiyak makcik, kat sana takde kebab lagi ke? meh nanti saya kirimkan kat orang yang datang sini nak? heheheheh .. rindu kamu!

    Amy said:
    April 13, 2010 at 12:15 pm

    Salam kak,

    InsyaAllah, ada jodoh kita jumpa lagi, (huhu, which means akak ke mari lah tu, masih x mampu beli tiket pegi uk). Akk jumpa sape? Izzah ke?

    muharikah responded:
    April 14, 2010 at 12:21 am

    err… nk gi brunei? susah tu… doakan .. tak tahu lagi bile dapat cuti..

    Umairah said:
    April 24, 2010 at 8:41 am

    Assalamu’alalaikum wrt wbt ๐Ÿ™‚

    Meh dtg Brunei! ๐Ÿ™‚ InsyaAllah, satu hari nanti kita jumpa lagi ye? *hugs*

    “Pernah aku bertemu dengan akhawat brunei, dan mereka amat mesra dan sering menyatakan apa mereka rasai pada sahabat mereka.”

    ๐Ÿ™‚ I still remember your expression when you commented abt this. hehe. Jaga diri syg! Miss & love you fillah. InsyaAllah, kita surprise calls lagi yekk? ๐Ÿ˜€

    Kalu ada rezeki, insyaAllah ada surprise visit juga!

    Hee..

    Wassalam.

    Umairah
    p/s: Teringat plaks time mkn lunchbreak & sushi-ing. Waaaaah!

    muharikah responded:
    April 24, 2010 at 11:30 pm

    Mama hana!!!

    I mishhh those moment!!! teringat time kita curhat2 makan sushi, dan one of the thing kita borakkan came true! Alhamdulillah..

    miss receiving ur call at odd hour!

    nak jumpa juga! insyaallah.. doakan!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s