Sedikit dariku

salam,

banyak yang berlaku semenjak Jumaat yang lepas.

Saya bertemu sahabat2 dari nihon. Kerinduan kepada mutarabbi di bumi rusia sana.

Ntah, wajah2 mereka hampir sama, soalan2 pun begitu juga.

Sebab kedudukan dalam tanzim pun sama ke?hehehe

kasihan adik2 aku, kecik2 lagi kene belajar berdikari. Tapi itulah cara tarbiyah paling mapan.

Antum belajar bangun semula selepas jatuh.

Belajar improve selepas buat kesalahan.

Aku pulang malam itu agak lewat juga. memang digagahkan diri untuk pulang walaupun malam semakin pekat.

Aku tidak sangka akan begitu mengantuk sekali. biasanya ada teman berbicara, tapi adikku mungkin tidak biasa berjalan selewat begitu.

Aku terpaksa berhenti di R&R, merehatkan tubuh untuk seketika, namun masih kantuk,

Hampir2 sahaja keretaku berlanggar dengan lori besar kerana mataku tertutup selama 5 saat. Alhamdulillah Allah taala menyelamatkan aku.

Hari-hari seterusnya, tenagaku diperah sehabisnya untuk kerja di hospital 8 tingkat itu.


Memang betul2 diperah.

sehingga pulang sahaja terus aku tertidur. Solat tak menentu. Bacaan Quran juga.

Ntah terkadang aku rasa tak mampu langsung menjadi murabbi. Susah nak mengesankan jiwa manusia jika diri kita dihambat dengan dunia.

Dihambat sedahsyatnya.

Namun aku gagahkan juga diriku ini.

Aku tahu dibelakangku, puluhan malah ratusan adik2 yang akan mengikuti jejak langkahku ini.

antum akan kerja, jadi doktor atau apa2 lagi selainnya.

Balik rumah penat.

Takde makanan.

Kene masak atau beli.

Malam maybe ada usrah.

Kalau takde kene prepare usrah

Kalau takde pergi meeting.

Hujung minggu pergi memancing sambil duduk tepi sungai.  kene pula pergi program tarbiyah diri dan mutarabbi.

Terkadang kene susun hujung minggu yang sedikit itu untuk keluarga, masyarakat dan tarbiyah.

Badan kita akan makin penat dan penat.

mAsa kita akan makin kurang dan kurang.

Jangan pelik dan hairan.

memang terkadang kita akan sampai rumah 2-3 am selepas halaqah.

atau tidur 4-5 jam walaupun esoknya kene kerja 12 jam straight ( atau 36 jam di malaysia)

dan aku menangis semalam, kerana kepenatan akan urusan duniawi.

Perlukah aku bertempur di dalam duniaku ini. Bersungguh2 buat kerja, tengahari sempat makan doughnut sahaja. Balik rumah, bukan sisa2 basi tenaga, memang takde tenaga pun!

Tapi mmg betul, Allah sahaja sumber kekuatan, Allah sahaja,

Dan diturukannya kekuatan itu dari bentuk nikmatnya pengaduan kepadaNya dan ukhuwah.

( baru first time saya solat jemaah tadi kat chapel. ada 2 orang iranian lelaki baru kerja kat sepital saya. tapi derang macam syiah sebab waktu solat tak letak tangan kat perut pun…huhuh)

Itu tentang kerja,

ada satu lagi ujian yang pasti menimpa kita..

itulah dia ujian dalam jemaah dan tarbiyah kita.

perkara ini akan sentiasa menghambat hati kita dan menyedihkan diri kita..

tak selamanya kita akan berada dalam zon selesa.

tentu kita mengenali seseorang yang sangat dahsyat ujian menimpa dirinya. WAlaupun dia banyak memberikan kesedaran supersaiya kepada ratusan ( mungkin ribuan ) mutarabbinya.

diuji dari sudut perasaan

emosi,

mental

hattakan wangnya.

Terkadang aku teramat malu kepadanya.Saat bila aku menangis kerana beratnya ujian aku terima, aku rasa dia lebih2 lagi.

Dia mengorbankan semuanya untuk dakwah

Semuanya

sehingga apa yang ada pada dirinya?

di poket ana ada 15 riyal sahaja.. hattakan 10 sen pun ana kene kira sekrang..

ya allah ampunilah aku..

walaupun pada kedudukan dia, dan orang sebayanya, mampu membeli kereta mercedes mata kacang itu..

dan benar, ramai yang tidak menyukainya, dengki padanya.

samada mereka itu orang yang menyokong dakwah mahupun tidak.

Berat sangat ujian yang ditimpanya itu.

mungkin kerana itu dakwahnya teramat berkesan di hati jiwa mad’unya.

mungkin kerana itu kita tidak…

kita akan diuji.. kita baca banyak ayat-ayatnya.. dan kita pasti akan diuji:

1) apsal tarbiyah aku tak meningkat?

2) apsal ada oarng fitnah kita eh walaupun sama2 nak buat dakwah eh?

3) program ada kat negeri X, tapi duit dalam bank dah negatif dah. camne eh….

dan macam2 lagi…

4) aku ni dah lama jadi akhawat, nape takde sapa nak aku lagi? mana naqibah aku tak carikan ke orang utk aku?

5) apsal anak usrah aku tak menjadi2 nih.. dah setahun dah , camtu juga..

6) kawan saya semuanya cemerlng je dalam study. saya je yang tak meningkat2. camne nak ikut program kalau camtu?

dan macam2 lagi..

bile kita dah kerja.

difitnah rakan sekerja

bila dah kahwin, ada anak,

perlu bahagikan masa pula..

memang jika kita kene kuat. kene kental.. paling utama, kene kuat tali hubungan dengan Allah.

kerja2 kita memang banyak, pembinaan diri kita perlu mantap juga.

seorang murabbi pernah berkata pada saya:

Paling penting bukanlah nak habiskan silibus usrah, tapi adalah tautan hati antara naqibah dan anak usrahnya, itulah kepentingannya dalam tarbiyah kita. adanya suasana kasih sayang di situ..

memang banyak ujian kita..

jangan putus asa.. hadapinya dengan tenang, solat dan sabar..

Moga Allah membantu kita..

wassalam

yang tertimpa ujian juga,

muharikah

glasgow

23 thoughts on “Sedikit dariku

  1. syukran atas perkongsian~
    kadang letih ,tp bila ingat matlamat yg satu, kerana Allah, jadi termotivasi sendiri.
    tambah pula baca kata2 akak , lg bertmbh2,alhmdllh.
    jzkk ya ukhti! =)

  2. (T_T)

    strength is with none but allah..

    moga kita sering perbaharui dan ikhlaskan niat.. dan mudah2an hubungan kte yg erat dgn allah akan memudahkan segala hubungan kte dgn manusia agar da’wa kasih sayang ini akan tersebar dengan penuh rasa cinta membawa manusia menujuNya.

    barakallahufik akak. moga sentiasa dalam redha dan rahmat allah.

    salam sayang,
    🙂

  3. alahai siannya adik naqibah saya…
    nak tolong masak pun, sendiri selalu balik lambat.
    InsyaAllah, kesabaran tu pasti ada ganjaran.

  4. sabar akak. mendoakan yang terbaik untuk sisters semua. memang tak layak saya nak mengadu sibuk melihatkan orang lain yang berjuta kali ganda kerjanya. jazakillah. akhwat KUAT 🙂

  5. Akak,
    Akhawat kuat! kerana kuatnya PERGANTUNGANNYA KEPADA ALLAH.

    Dan masih segar di ingatan dengan bait2 ini:

    “Allah menyatakan kecemburuannya kepada kita, di saat Dia menimpakan ujian kepada kita..”

    ujian, agar kita semakin banyak mengadu kepadaNya,
    ujian, agar kita semakin dekat kepadaNya..
    ujian, agar kita memperbaiki cinta kita kepadaNya..
    ujian, agar hidup dan mati kita, benar2 hanya kerna CINTA kepadaNya…

  6. salam wbt..jazakillah khair kak sanggup meluangkan masa untuk berjumpa dengan kami hari tu. Alhamdulillah, selamat akak sampai ke sana walaupun ngeri jugak bila baca akak hampir2 nak accident…

    saya..yang baru nak bertatih2 dalam jalan ni. sememangnya perlukan inspirasi sebegini. moga Allah kuatkan kakak, dia, saya dan seluruh umat yang bekerja untukNya…

  7. alhamdulillah, through all the thick and thin yg akak lalui (bekerja, usrah, meeting, family and whatnot) akak masih punya kesempatan utk sharing dgn kami yg tidaklah begitu busy mcm akak (tp perasan je busy).

    akak tulis2 n sharing2 dgn kami ni inshaAllah bukan sahaja dpt memberi himmah dan bekalan buat kami tetapi akak juga dpt beribu-ribu maybe even millions and zillions of pahala melalui titipan akak ni yg sudah berapa byk mata2 membaca dan hati-hati disentuhnya.

    smart beribadahlah, katakan 😉

    akak, teruskan bekerja. kita kena beat the time. moga penat itu penat mengikuti kita. moga futur itu futur mengekori kita. and most of all, moga Allah istiqamahkan hati2 kita ni.

    and to end this accidentally-long comment,
    walaupun tak byk kali pernah bersua dgn akak dan tak sempat panas lutut pun bila berjumpa,
    i love you, kak because of Allah, inshaAllah =)

    1. salam farah,

      ahabbakillah min ajhlihi ahbabtini..

      datanglah glasgow jika ksemepatan ek? kita duduk bertemu lutut insyaallah…

      🙂

      rindu russia!huhuhu

  8. slm wrt k muharikah.

    namapun muharikah.
    tidak pernah berhenti atau statik.

    inshaAllah, akaklah bukti yang dunia ini hanyalah membawa penat pada kita, dan akhiratlah kerehatan yg abadi. doa ana bersama ukhti…

    ainulM

  9. salam kak aisyah,

    maaf..sy ingin bertanya soalan tp tak tahu nk tny kt mana..

    boleh tak akak post kn pasal ayat nie,

    ‘ kalau ada byk2 jemaah, smpi bila Islam akan bersatu?’

    boleh tak akk tlg ulaskan sikit..

    or simply email me at eunsuh_88@yahoo.com

    or akk leh refer sy pd mana2 blog yg ada tulis psl nie..

    jazakillah akk.. 🙂

  10. Salam kak,
    Walaupun kita tak pernah jumpa, tapi tulisan akak sentiasa menggetarkan hati ni.
    Moga akak berada dalam himmah yang tinggi sentiasa.
    InsyaAllah, semangat akak tu terasa bahangnya sampai ke US nih. =)

    go akak go!

  11. Salam kak aisyah muharikah, jazakillah khair atas pertemuan dgn akak haritu yg walaupon singkat amat memberi makna pada kami.
    Tau tak, waktu sy mula2 jmp akak sy rasa kagum, sbb akak ni sorang yg nmpk ceria, walaupon hy Allah je yg tau apa yg berlaku kt akak. Ada aura2 yg sy hy rasa pada certain2 org yg sgt berpengalaman dlm tarbiyah. tatau cmne nk describe.
    spjg sy di uk, perkara yg plg sy nampak adalah cinta yang melimpah ruah. Yang Allah beri kepada hamba2 nya yang mencintaiNya.
    ada sorang akhawat kata, kerana dakwah kita dakwah kasih syg……

    p/s: sy lupa nk bitau akak, waktu akak mintak pggkan milkshake tu sy terminum skit. halalkan eh…. (;-_-)

  12. “Saya bertemu sahabat2 dari nihon. Kerinduan kepada mutarabbi di bumi rusia sana.

    Ntah, wajah2 mereka hampir sama, soalan2 pun begitu juga.

    Sebab kedudukan dalam tanzim pun sama ke?hehehe”

    assalamualaikum,ukhti…
    huhu..rindu juge..lama menunggu dari akak (oh ya,saya sendiri lama tak menulis -_-). DIR masih berlangsung tapi di tempat laen, alhamdulillah alhamdulillah..kalau berkesempatan kite bercerita ok.

    Akak, 3bulan lagi 😦 kami takut…….
    tanggungjawab lebih dari masa…

  13. Ukhti …

    Dalam dakwah dan tarbiyah , ujian adalah sesuatu yang wajib dan bersifat ‘ tsawabit’ untuk mentahkikkan kebenaran dakwah itu dan itu tidak perlu dihairankan …

    dan …..sebagai daiyah kita tidak seharusnya merenung diri kita yang melalui ujian itu kerana ianya akan melemahkan dan boleh memfuturkan kita dijalan dakwah ini apabila kita merasakan kita seorang saja yang merasakannya ….

    Tapi sekiranya kita dapat bukakan sikit basirah kita dan merenung jauh akan duat terdahulu dan yang sekarang ini yang diluar pengetahuan kita .. mereka juga melalui, apa yang telah anti lalui malah lebih teruk lagi …

    Bukan sahaja tak dapat makan doughnut ( berharga RM3 di malaysia ) , kadang roti canai saja yang sempat dijamah dengan air sejuk…..

    Insyaallah, harap lepas ini anti cerita yang kuat kuat saja dan jangan cerita kelemahan kelemahan kita kerana secara psikologynya nanti semua mad’u dan mutarabbi kita jadi lemah dan takut dijalan dakwah ini …

    Maaf. sekadar komen untuk membina. Insyaalah.

    Wallahuaklam.

  14. As’kum Kak,

    Sekadar pendapat dari saya yg masih mentah di bidang da’wah dan tarbiyyah,

    indeed ‘sharing’ is a very good therapy,

    tpi ana rase, lbih elok jika kisah2 begini tidak dikhabarkan pada adik-adik dengan keadaan horror…kerana memang begitulah tabiiny jalan dakwah ini…memenatkan, menuntut sejuta pengorbanan, memeningkan, namun penuh dengan kemanisan yg tidak tergambar keindahannya.

    Biarlah mereka belajar dari pengalaman mereka sendiri in the future , takut ada yg berundur kerana takutkan kisah2 horror sebegini.

    Sekadar pendapat dari diri ana yg hina dina, boleh ditolak, boleh diambil…

    btw ‘sesetengah pengikut mazhab maliki juga tidak meletakkan tangan mereka di dada semasa solat’

    terus ‘maju mengalir bersama deru da’wah hingga ke surga’

    1. muharrik dan nawzah

      jzkk atas komen dan input..

      insyaallah akan consider

      ana rasa 80% pembaca blog ana adalah mereka yang berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah.

      rata2nya mengalami rentetan peristiwa yang lebih kurang serupa dengan ana..

      tentu blog ini didekasikan utk mereka yang berada di atas jalan dakwah ini, yang warna warninya tentu berkisar antara kepahitan dan kemanisan insyaallah

      so, ana tujukan tulisan2 yang ada buat mereka, yang baru mengenal dunia dakwah ini.

      buken menjadikan mereka jauh dari dakwah, tetapi menguatkan lagi hati2 mereka di jalan ini..

      memang dunia ini tidak indah, samada jadi daie atau tak.

      sebab mmg syurga je keindahan2 yang azali pasti wujud.

      apapun jzkk for the input. maybe kene balancekan antara benda best dan tak kan…

  15. buat antum semua yang lain,
    tak mampu nak reply satu2 komen…huhuhuh .. banyaknya amanah lain tak tertunaikan..huhuhu

    insyaallah saya membacanya sepanjang masa, cume betul takde masa untuk membalas..

    moga Allah rahmati antum atas kata2 antum yang menguatkan jiwa saya iAllah..

  16. assalamualaikum…

    akak! pandu cermat jiwa selamat..

    meh sisters sume kita pakat urut kak aisyah supaya kurng penat!

    take care! hanya Allah yg mampu jaga akak.. 😛

Leave a reply to maisarah Cancel reply